Saturday, 31 January 2015

KARNIVAL KARANGKRAF 2015 VS. SELANGOR FUN RUN 2015

Assalammualaikum w.b.t.
KARNIVAL KARANGKRAF 2015
Seperti yang dijanjikan..ewahh bila masa plak berjanji,kan..hehe macam entri Yaya sebelum ni ada buat pengumuman mngenai Karnival Karangkraf yang sedang berlangsung di Sek.15,Shah Alam. Memang aktiviti tahunan tu. Ni kali ke-4 Yaya join. Pepagi lagi dalam jam 9.30 dah gerak dari rumah. Alhamdulillah.Selamat sampai dan dapat park kete kat dalam. Kalau penuh jenuh la park kete kat luar pula. Tapi kali ni, Karangkraf bagi servis TERBAIK...sebab apa?? Sebab diorang ada sediakan pengangkutan percuma untuk ke Karnival tu je la..ok.Mana yang park jauh tu diorang ada sediakan kereta, akan ada 'driver' tolong bawakan ke tempat Karnival tu.Fuhh..cayalah! Takdalah nampak orang jalan kaki jauh2 lagi macam tahun-tahun sebelumnya. Ini satu peningkatan yang bagus! ^_^

Time ni memang nampak buku novel yang lama semua murah-murah la.Paling murah RM1. Lain ada yang RM3 dengan RM5..
 
Seeee.....
Pakej beli al-Quran..besh.. ^_^ my mom beli pakej Quran 3..
Banyak stok..jangan risau takkan habis.. heeee
Mmemang sesuai dijadikan hadiah pada orang tersayang..^_^
FREE...penanda buku + kalendar dengan note..Yaya amik lebih..hehehe
Kalau bukan sebab fikir orang lain,habis dah ni Yaya borong sorang..hahahah tamak =p
FREE Button.. =)
Ada majlis pelancaran buku baru dari Ustaz Kazim Elias..DAIE. Buku kecil je..
Dirasmikan sendiri oleh Ustaz Kazim tau! ^_^ xsabar jumpa =D
Owang ramai dok sibuk amik gambor ustaz..huhu
OK.Sekarang baru line clear Yaya nak amik gambar..

Slumber rock je Yaya g berdiri tepi pentas tu..haha yela..dapat tengok dekat sikit..kalau nak dibandingkan tengok kat bawah khemah macam gambar kat bawah ni...hehe jauh nak tengok ^o^ Sampai member yang ikut pun tegur, wei Yaya,jomla belakng sikit,cam depan sangat kita ni..huhu..Yaya cuma kata, "selagi xdak orang halau dok sini je la..hahah" ^o^ Nasib xde kena halau ka apa..=p Tapi sayang..xde ceramah, ni majlis pelancaran,skejap je,dalam stgh jam..mungkin esok kot postpone ceramah,dia xde bgtau la pula..esok pula Yaya xdapat nak mai lagi.. >,<

Hm! jauh duduk xbeshh..cer buat cam Yaya...hikhikhik ;p

Tamat cerita pendek di Karnival Karangkraf tuuuu...esok lagi banyak aktiviti..sesiapa yang nak p g la p yeee..banyak buku murah, jualan pun banyak..lebih2 lagi makanan..haha 
Antaranya THE PISANG CHEESE...
sayang xdapat rasa..masa nak beli ni ramai orang,then, dia masih tengah goreng pisang..malas mau tungu..huhu cam sedap je tengok..nyum3... 
SIMPLE ME! 
With anak buah.. depan Booth 'Majalah Mingguan Wanita' ^_^ merahnyer shaye..hikhik
SKEMA tetiba..dengan cermin mata..huhu.biaselah,orang rabun jauh memang cenggini.. ><

========================================================================
SELANGOR FUN RUN 2015
























Weee...It's tomorrow!! Xsabar pula tetibe..sudah lama xjoin acara larian macam ni..last masa sekolah dulu-dulu..huhu >,< Guys,wish me luck ye...hope segala berjalan dengan lancar..risau juga nanti akan sakit kaki ke ape..huhu
PRACTICE ...training..
Supposed running,tapi Yaya risau akan sakit lutut..huhu (da mcm orang tua lak =_=) so, berjalan je..
Tapi berjalan pun sejauh 7KM ok! hukhuk..lokasi?
Biasalah...tempat Yaya selalu jog. dihujung minggu..TASIK SHAH ALAM ^_^
DONE! Amik KIT RUN untuk esok...
fuhhh..berdebar la... >,<

Ok..that's all...sambungan esok la..lepas kejadian...haha..doakan Yaya! ^_^

Sekian,Wassalam =)

Friday, 30 January 2015

KARNIVAL KARANGKRAF 2015

Assalammualaikum w.b.t.

Karnival Krangkraf datang lagi..weee..Yaya ni rajin bebenao update..tiap tahun..masuk ni dah tahun ke 4 dah! Tak caya? cer tengok sat kat sini: KARNIVAL TAHUN 2012, 2013, 2014 wow..xsangka..hehe. Actually Yaya bukan peminat novel. Eh xsemestinya karangkraf ada jual novel je..kan, banyak lagi buku ilmu yang ada. 

Kali ni Karnival berlangsung dari 30 Januari - 1 Februari 2015..start hari ni sampai hari Ahad la kiranya..wuuu sesiapa yang dekat boleh la mai ye..Yaya pergi tiap tahun memang selalu full park je..sebab tu suka pergi awai pagi..kul 9lebih dah gerak dari uma..sebelum kul 10 dah sampai sana, Alhamdulillah lah ada parking lagi, tapi kalau lambat sikit mintak maap ler...huhu
Macam sedap je ni.....banyak gerai makan..fuhh harap-harap Yaya xtergoda nanti..habis diet ku nanti..hoho
Tapi kalau takat 'merasa' xsalah kot..hahaha ahhh!!alasan nak mkan! =p Ada kemudahan surau tu yang lega sikit hati bila tau, senangla nanti kan..harapnya surau pon selesa..yela,time tu nanti mesti ramai orang kan..selesa pun nak juga..^_^
Doraemon pun ada juga ka nanti..Amboi da keluar wayang ka pula si kucin ni..huhu tapi len macam kartun dia..nak tengok ke x??huhu  
Menarik! Fevret kekanak ni..suka la dorang nanti.... ^,^ 
Woww..ZUMBA! Teringin! tapi buat 1 Februari la pula..time ni Yaya join Fun Run kat Shah Alam..hari dan waktu yang sama..huu >,< terlepas laaa..

Yang ni aktiviti paling berfaedah! hehe...kan kan kan...

Haaaaa...tapi yang ni lagi ditungu tunguuuuu...^o^ kalau xsilap Yaya waktu jam 3-4 pm kot.. Hope dapat join dengar ceramah UKE ni..penceramah fevret Yaya..hikhikhik

Sekadar itu nak update..just bagitahu jeee..entri seterusnya bila dah pergi Karnival ni nanti..hehe..korang jum la joinnn..banyak aktiviti menarik ada kat sana, jualan gerai pun banyak,mcam2 ada...ehh mana pulak Yaya tahu..lum pergi lagi?hehe tauu laa..masuk ni da kali ke-4 pergi.. =p hee 

Sekian,Wassalam =)

p/s: tahun lepas nye buku beli pun xbaca lagi..hahahahah

Thursday, 29 January 2015

SEKADAR RENUNGAN : AMAL MA'ARUF NAHI MUNGKAR

Assalammualaikum w.b.t.
Kita takkan dapat menasihati manusia yang marah dengan kemarahan. Kita juga takkan dapat menasihati mahupun mengajak manusia ke arah kebaikan jika tidak kena dengan cara yang bersesuaian. Lain orang, lain cara yang perlu ditangani, jika tersalah cara, buruk akibatnya. Bak kata pepatah orang melayu, TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK BICARA BURUK PADAHNYA...kerana lidah itu tajam, mungkin lebih tajam daripada pedang..dan hati manusia ni pula sensitif, jadi perlu berfikir dengan bijak sebelum memulakan kata-kata..

Cuba letakkan diri anda pada tempat seseorang yang melakukan kesalahan atau kesilapan itu. Jika ada orang yang ingin menasihati anda, anda psti akan mendengar kata orang itu jika bertepatan dengan cara dan keadaan,bukan. Bagaimana pula jika orang yang ingin menasihati kita tu,nasihat dengan cara yang tidak betul, contohnya dengan nada marah, menengking atau sebagainya pasti kita sendiri naik marah dengan caranya itu. Keadaan akan jadi lebih keruh dan sudahnya, dua-dua pun tidak mendapat apa-apa manfaat mahupun kebaikan bersama.kan.

Jadi, jika kita hendak membawa sesorang itu pada jalan yang baik,harusla kena dengan cara, berfikir sebelum bertindak dan fikirkan kesannya itu untuk kebaikan bersama, bukan untuk kepentingan sendiri. Renung-renungkanlah ye...

Sekian,Wassalam..

Sunday, 25 January 2015

REVIEW MOVIE : SUAMIKU ENCIK PERFECT 10!

Assalammualaikum w.b.t.

Filem melayu 2015..perghh!! Lama giler kot Yaya tak tengok filem Melayu kat pawagam ni. Paling last dulu tengok pun xhinggat..antara Ombak Rindu ke..atau Lagenda Budak Setan (yang 1st tu)..tahun bile ye..2tahun lepas ea??? dah lepas2 tu filem Melayu yang keluar semua tak menarik minat Yaya untuk tengok kat pawagam..huhu..maaflah ye, samada filem tu kurang promosi atau Yaya yang memang dah xminat tengok filem melayu sekarang..ngeee =p

Tapi entah kenapa dan bagaimana untuk tahun 2015 ni tetibe tertarik nak tengok filem 'Suamiku Encik Perfect 10..??!!
Yaya pun xtau adakah sebab tajuk filem kah, pelakon kah atau .............ehem!hehe =p 

Untuk pengetahuan,filem ni diadaptasi dari novel..
Novel ni kakak Yaya yang punya..dia sendiri pun belum baca..tapi da g tengok movie ni dengan Yaya hari ni..(Ahad) huhu

Sinopsis:
Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow,London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen (lakonan Lisa Surihani) dan Zarief Danial (lakonan Aaron Aziz). Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen (lakonan Jasmin Hamid). Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
Saat itu, Syed Muzaffar (lakonan Syazwan), bekas kekasih Aleeya cuba menagih semula kasih dari Aleeya. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkn oleh Aleeya untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura (lakonan Raja Ilya),tunang Zarief, pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief terhadap Aleeya. Aleeya menjadi keliru apabila terpaksa memilih antara Syed Muzaffar ataupun Zarief.
Siapakah yang plaing layak menjadi suami sempurna buat Aleeya? Syed Muzaffar atau Zarief?? Yang ni lau nak tahu kenalah tengok movie dia untuk tahu kesudahannya ok. hehe

Lama juga durasi filem ni..kul 11lebih tengok,jam 1lebih baru habis..ingatkan kul 1 tu dah habis da..heeee tengok novel la...tebal kot..itupun bukan semua dialog dimasukkan dalam filem,kalau masuk semua memang sampai petang kot..haha Tapi tu la, bagi Yaya filem ni ok! sampai buat Yaya 3X bergenang air mata! cuma xsempat tumpah je! hahaha cover beb! xsangka jiwang juga Yaya ni..atau tengok movie tu dengan penuh perasaan!wahaha kelasss gitu..FOKUS! ^,^

Sesiapa lum tengok tu g la tengok..lagi besh lau dapat tengok dengan orang tersayang..ehem! Masa ni Yaya pergi tengok dengan kakak n anak buah..heeee (kalaulah dah ada....emmmm lagi romantik tengok movie tu..hoho ^o^

Sekian,Wassalam =)
(p/s: tengok kat pawagam lagi syiok dari tengok tv kat rumah,ok...bg Yaya la..huhu =p)

Friday, 23 January 2015

SOLAT DHUHA

Assalammualaikum w.b.t.

Tentang solat Dhuha ni pun sebelum ni pernah publish entri sebelum ni tapi xsalah untuk kita refresh lagi sekali,kan. Saling ingat-mengingatkan... ^_^


SOLAT DHUHA
Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan [sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

1) Dosa terampun
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)
2) Orang Bertaubat
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang 
bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)
3) Orang Taat
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, 
maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan 
membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

4) Masuk Syurga dari pinta yang khas
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah SWT.”
(HR At-Thabrani)

5) Allah swt mencukupkan rezekinya.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)

6) Bersedekah
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, 
setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf 
adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Sebagai ganti dari semua itu, 
maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."
(HR Muslim)

Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja. Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

Sekian,Wassalam..

Tuesday, 20 January 2015

TIDAK SAH SOLAT JIKA TIDAK SEBUT 5 BACAAN INI

Assalammualaikum w.b.t.

Sebelum ni rasanya macam dah pernah mention/buat entri tentang rukun solat. Yaya pun xingat sebenarnya.. hehe xpelah. Kita 'REFRESH' balik sesama ye,rukun solat yang kita pernah belajar masa sekolah rendah dulu..huhu 

Apabila melakukan solat, terdapat 13 perkara rukun yang mesti kita lakukan. Jika tertinggal salah satu rukun ini, maka solat kita tidak sah.

Berikut adalah 13 rukun tersebut dan juga kategori pecahannya...

*klik untuk tumbesaran ye*

Rukun Qauli yang 5 tu yang paling utama. Perkataan/bacaan WAJIB disebut hingga didengar oleh telinga kita sendiri,ok, bukan telinga orang lain..huhu Tidak akan sah solat kita jika bacaan itu dibaca didalam hati sahaja,ye.

Jadi sama-sama kita AUDIT solat kita, perbetulkan mana yang banyak silap, mudah-mudahan solat kita diterima oleh-NYA..Aminn..InsyaAllah.

Sekian,Wassalam =)

2ND GIVEAWAY SULAMAN LACE HEAVEN - HAPPY BIRTHDAY

Assalammualaikum w.b.t.
http://fuzamusa.blogspot.com/2015/01/2nd-giveaway-sulaman-lace-heaven-happy.html
2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday Fuza

Bila Cik Fuza punya bufday ni..tak dinyatakan pula tarikh specific nye =D Tapi apapun nak ambil kesempatan disini untuk wish kat Cik Fuza, 'SELAMAT HARI LAHIR' yang ke----ehem! berapa ye cik Fuza? hehe. Semoga bertambah umur dan isikanlah waktu-waktu yang telah DIA berikan ni dengan penuh manfaat, tambah amal ibadah kita,ye Cik Fuza..dan moga bertambah murah juga rezki Cik Fuza..InsyaAllah.Amin..=)
Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 31 Januari 2015
Sekian,Wassalam =)

Monday, 19 January 2015

KEBAIKAN TANPA SOLAT

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share tentang sesuatu perkara..yang biasa kita lihat atau mungkin kita juga pernah melaluinya.

Sekadar perkongsian untuk kita MUHASABAH dan menilai DIRI kita sendiri sebelum kita sibuk nak memperkatakan tentang orang lain.
Renung-renungkan bersama ye.
====================================================================================
Soalan

Seorang muslim yang meninggalkan solat tetapi berpuasa, membayar zakat dan sebagainya, adakah puasa dan amalannya itu akan diterima kerana dia seorang muslim?.Bagaimana pula jika ia hanya bersolat hanya pada bulan ramadhan sahaja sedangkan bulan-bulan lain ia tidak menunaikan solat?

Jawapan

Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji. Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalannya menjadi gugur"
[hadith riwayat Al-Bukhaari]


Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.

Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) :
Barangsiapa yang meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman :

"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama" [Al-Taubah: ayat-11]

Didalam Fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya:

"Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir."

Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140].
====================================================================================
Sekian,Wassalam....

Sunday, 18 January 2015

SEPETANG DI DATARAN SERI KEMANG PORT DICKSON

Assalammualaikum w.b.t.

Dulu Port Dickson @k@ PD ni da macam 'rumah kedua' Yaya dah. Bukan apa, tiap kali cuti hujung minggu mak ayah mesti bawak g jenjalan bercuti (bermalam) kat PD tu. Yela, time hujung minggu, cuti sekolah (time tu Yaya sekolah lagi..fuhh lamenyer citer..hahahaha), mak ayah pon banyak cuti so, apalagi, ada masa pergi la bercuti, tu yang paling dekat dan mnarik untuk jenjalan..hehe

Time da besau ni jarang da,sesekali ada masa je g bercuti, memasing sibuk bekerja, ditambah pula ayah dah tak berapa nak sihat, jadi xdapat g jenjalan sekerap dulu. So, masa pergi jenjalan ni semalam (sabtu), pergi kat Dataran Seri Kemang yang agak femes ni teringat masa sebelum-sebelum ni selalu pergi PD.. ^_^ Alhamdulillah semalam singgah Dataran dapat jugak park kat sana, selalu kalau pergi, mesti park penuh, sebab kat area situ selalu buat pesta or aktiviti jadi nak cari park memang payah gilerr..

Dapat amik sikit pic kat bawah. Bukti Yaya pergi sana ye..haahha BUKTI la sangatttt!! =p

Pandai ke tu...xnaik pon lelayang tu..hehehe ^o^
 
 
 
Kawasan dekat dengan pantai...dok jauh je..nak duk dekat dalam khemah tu bayar ye...huuu
 
Sini ada Pisang Goreng Cheese jugak..of course pilih coklat..nyum2..sedap jugak..RM3 je.. heee =D untunglaaa...
 
 
Lepas 'melepak' sekejap cuci mata, baru berangkat balik sambil singgah R n r beli sate..hoho .. Alrite, juz short entri je ni..ni pun citer semalam, hari ni nye citer cam xde je..cuma masa taip entri ni bukan kat umah sendri, g singgah uma abang Yaya..semata nak guna INTERNET...hahahah (itu pon nak bagitau kee??? =p) sebab guna BROADBAND kat umah lembab sangat line cam siput..siput pon lagi laju kot =_=..
 
Sekian,Wassalam..
 
p/s:apa line broadband yang ok ea..nak tukar la...hmm



Thursday, 15 January 2015

Tuesday, 13 January 2015

BR1M 2015

Assalammualaikum w.b.t.

Baru semalam baca and komen2 kat page Cik Puteri pasal BR1M ni hehe. Sebenarnya takda niat langsung nak cek akaun balance Yaya kat bank tapi sebab tengah kerja hari ni, nak kena try login bank online so Yaya pergi la buka sekejap. Tetibe rasa sedikit terkejut nampak akaun balance naik ..haha (drama betul =p) dalam hati da macam2 fikir mana pula datang uet yang masuk ni kan..dapat elaun ke.hiks!

Pergi cek jap transaction rupanya sumber daripada sini........
ohhh ok..-ALHAMDULILLAH-
Ada juga wang tambahan..almaklumlah memang tengah sedikit kering..bulan lepas habis uet gaji me-repair kereta..dan2 la time nak hujung tahun - tahun baru ni memacam lak yang rosak nak kena tukar. Adoi. Ujian kan..sabau jelaa..ALHAMDULILLAH rezki masuk pula bulan ni. Tak boleh nak belanja sangat pun. Nak kena bayar balik hutang..huhu keliling pinggang ni..desss.

Apapun, syukur la..memang hak kita pun kan..heeeee =D. Korang dah cek akaun tak? ^_^ Untuk cek status permohonan boleh klik kat SINI ye.. =)

Sunday, 11 January 2015

KISAH TANGISAN SEBATANG TAMAR

Assalammualaikum w.b.t.
TANGISAN SEBATANG TAMAR - DAQMIE
Sedu sedan itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul
Tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru
Kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati melonjak belasan
Benarkah aku cinta
Benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur airmataku
Mengenangkanmu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul
Tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru
Kerna keuzurannya

Betapa gelapnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuanganmu
Betapa angkuhnya diriku ini
Untuk menghargai perjuanganmu

Ya Rasulullah ingin aku menjadi
Sebatang tamar yang menangis
Rindu kepadamu

Ya Rasulullah biarlah aku hanya
Sebatang tamar
Namun dapat bersamamu
Di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul
Tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru
Kerna keuzurannya

Antara lagu nasyid terbaik yang Yaya pernah dengar untuk tahun 2014. Lagu yang penuh sejarah bagi sesiapa yang pernah mengetahui kisahnya pada masa dahulu. Memang sayu, sangat menyentuh hati. Mengikut pemahaman Yaya, pernah membaca yang ini merupakan kisah sebatang pohon yang dahulu pada zaman Rasulullah saw, Baginda menjadikannya sebagai sebuah mimbar yang Baginda gunakan untuk menyampaikan khutbah kerana pada masa itu belum lagi ada binaan/tempat, namun selepas para sahabat membina mimbar yang baru untuk Baginda, pokok tu tidak lagi Baginda gunakan untuk menyampaikan khutbah, dek kerana rasa RINDU yang teramat sangat, pokok itu menangis dengan kuat sehingga orang ramai tertanya-tanya dari mana datangnya suara tangisan itu, bila dapat tahu ia datang dari pokok yang dahulu Baginda selalu gunakan, Baginda lalu datang pada pohon tersebut lantas memeluk pokok tersebut dan pokok itu berhenti menangis. Dan Baginda saw bersabda:
"Demi Tuahn yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan menangis sehinggalah ke hari kiamat."
-Riwayat Bukhari-
SUBHANALLAH. Pokok pon menangis kerana terlalu rindukan Nabi saw, kita pula?? Muhasabah lah diri sendiri ye.

Untuk pada sesiapa yang terlepas atau tidak tahu, malam tadi (10hb Jan 15) merupakan majlis Anugerah Nasyid Ikim.fm (ANI) 2014. Satu-satunya majlis Anugerah Nasyid diadakan di Malaysia. Sebelum ni cuma masuk dalam kategori je dalam Anugerah berprestij yang lain kan, tapi kali ni IKIM telah menganjurkan majlis Anugerah yang 100% irama NASYID yang sekaligus menaikkan martabat lagu-lagu nasyid yang ada kat Malaysia ni. Bukan setakat lagu tapi juga buat penulis, penyanyi nasyid juga. 

Kat sini Yaya kongsikan juga keputusan ANI 2014:

Juara Nasyid Terbaik: Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)
Naib Juara : Seiring Sehaluan : (UNIC)
Ketiga : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)
Lirik Terbaik : Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar)
Vokal Terbaik : Daqmie (Tangis Sebatang Tamar)
Persembahan Terbaik : Mawi & Dato' AC Mizal (Al-Haq...Yang Satu)
Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta : Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)
Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta : Kasih Padamu ( Hafiz Hamidun)
Artis Nasyid Baru Terbaik : Kumpulan Du'a
Lagu Pilihan Pendengar : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)
Artis Solo Pilihan Pendengar : Hafiz Hamidun
Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar : Kumpulan Nowseeheart 

Harap Hafiz Hamidun menang tapi rezki pada Daqmie..hehe xkisahla siapa yang menang yang penting tujuan utama perlu jelas iaitu MENYAMPAIKAN DAKWAH..semoga industri nasyid berkekalan dan semakin maju di masa akan datang. Amin. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan,ye. 

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 10 January 2015

RESEPI STEVIA : AGAR-AGAR ROTI COKELAT WAFER CAPPUCCINO

Assalammualaikum w.b.t.

Lama dah rasanya Yaya xupdate resepi..dulu beriya je tiap minggu update resepi. Yela, time tu ada banyak masa time hari cuti, mase tu pun rajin ke dapur..sebab rajin makan.hahahaha Tapi sekarang jarang ke dapur bukan sebab malas tapi kurang makan..huhu tak payah makan? ish payoh tau kalau memasak pastu xmakan. Bila tengah masak kena la merasa, merasa plak xcukup 1sudu nak bersudu-sudu..haha tu pasai la makin tembam ^o^

Anyway, resepi yang Yaya nak update hari ni bukan baru pun cuma edit dari resepi sebelum ni jee..resepi apa? AGAR-AGAR ROTI ni la..cuma yang best sikit kali ni COKLAT banyak ^,^ coklat apa Yaya guna? coklat Wafer Crunch dari Nestle dan kat resepi ni Yaya kurangkan penggunaan gula pasir. Bertukar ke gula STEVIA ..SELAMAT & BERKHASIAT..hehe bukan khasiat apa tapi semua tau kan tentang gula STEVIA ni..kalau xtau boleh baca SINI. Manisnya gula biasa tu membahayakan kesihatan tapi manisnya gula stevia ni InsyaAllah tidak memudaratkan kesihatan pun. ^_^. Dah tu bukan boleh buat minum je,makan pun boleh. =D

AGAR-AGAR ROTI COKELAT WAFER CAPPUCCINO 
Bahan-bahan:
Roti - 8-10 keping
20g-25g agar-agar stripe
3 cawan air
1 tin susu cair
8 sudu besar gula @ secukup rase (Yaya guna 4 sudu besar gula perang & 5-8 titis STEVIA)
1 sudu makan butter
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil emulco cappuccino 
Coklat (apa-apa jenis cokelat pon boleh asalkan cokelat)

Cara-cara:
- Ambil roti yang 8-10 keping, masuk dalam blender, campur 1 tin susu cair dan blend sampai semua sebati..
- Gunting agar-agar kecil-kecil kemudian rendam sekejap. Toskan airnya lalu masak dengan 3 cawan air sampai agar-agar larut.
- Masukkan gula (gula perang & STEVIA), kacau lagi.
- Masukkan bahan-bahan yang dah diblend, esen vanilla,emulco cappuccino dan gula. Kacau selalu dengan api sederhana sampai mendidih. Rasa sikit untuk tau manis ke x. Ikut rasa korang nak manis ke x ye =)
- Kemudian last but not least ialah masukkan coklat..biarlah dia mencair dalam periuk tu (tapi kalau korang nak rasa coklat rngup tu masukkan masa last2 dah masak, masa da masuk agar-agar dalam loyang, baru tabur coklat pon boleh.)
- Masukkan agar-agar dalam loyang @ bekas. Sejukkan dulu kat luar baru masuk dalam peti ais,ye.Siap. =)

Apa rasa? Bagi kakak Yaya rasa, dia kata kurang manis, lepas tu mungkin roti banyak sangat kot atau sebab masa ni Yaya guna agar-agar 30gm, sepatutnya ikut resepi 20gm je..hehe mengada kan,air pula kurang so rasa pekat sikit agar-agar tu..huhu tapi kalau tanya Yaya, Yaya rasa ok je. Dah biasa makan / minum yang tawar je kot so ok je la..haha pandai-pandaila korang adjust ok! ^,^

Oh ye, kalau ada yang berminat dengan pengganti gula Royal Sweetener Stevia yang macam Yaya guna ni boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut ye. Terima kasih!

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 3 January 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1436H

Assalammualaikum w.b.t
ALHAMDULILLAH..hari ni genap 12 Rabi'ulawal 1436h, hari kelahiran Pemimpin dunia yang paling kita sanjungi dan sayangi iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW..ALLAHUAKBAR..
Bila bercerita tentang Baginda SAW, kadangkala hati ni tiba-tiba jadi sayu sangat. Hiba. Rindu sangat. Pelik kan...kita tak pernah berjumpa dengan Baginda SAW, bermimpi bertemu dengan beliau apatah lagi, hanya acapkali mendengar namanya disebut-sebut..mendengar kisah-kisah Baginda yang terdahulu, tentang perjuangan beliau, pengorbanan yang beliau telah lakukan demi Agama Islam yang telah berkembang diseluruh dunia seperti sekarang..tapi kita akan menitiskan air mata bila teringatkannya. MASYA-ALLAH..
Itulah antara tanda KEKUASAAN dan KEBESARAN ALLAH SWT..

Yaya sendiri akan rasa sayu bila terdengar kisah Baginda SAW, apabila diceritakan tentang sikap Baginda, rupa Baginda macam yang pernah Yaya update entri sebelum ni kat SINI, ALLAH...rasa teringin sangat nak berjumpa dengan KEKASIH HATI yang satu ni..eh kejap, KEKASIH HATI? Layak ke diri ni nak anggap Baginda sebagai KEKASIH HATI ini..sedangkan sejarah biodata diri, tentang pengorbanan, perjuangan Baginda semuanya pon tak 'KHATAM' lagi, kalau kena tanya ni mau nye terkial-kial nak menjawab..?? ALLAHH..sama2 kita MUHASABAH diri kita sendiri..Baginda telah meninggalkan kepada kita 2perkara, yang dengannya jika kita ikut dan amalkan INSYAALLAH akan berada dijalan ang lurus dengan izin-NYA..iaitu
AL-QURAN
&
SUNNAH SAW

Rindu Muhammadku - Haddad Alwi feat. Vita

Ya robbi bil mustofa
Baligh maqosidanaa waghfirlana mamadho
Ya wa si’al karomii

Demi cinta-Mu ya Allah
Pada Muhammad nabi-Mu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku

Ya Rasullallah salamun ‘alaik
Ya rofi ‘assyani wa daroji

Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya

*Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu padamu Muhammadku

Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintah-Nya tinggalkan larangan-Nya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullullah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullullah

Back to *

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Kutanamkan dalam hati kuamalkan sejak dini

Ya Rasullallah salamun ‘alaik
Ya rofi ‘assyani wa daroji

Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menuju surga

Back to *)
JOM SELAWAT... =)

p/s: kalaulah dah ada calon,mesti jadikan tarikh penting ni sebagai hari kebesaran..huhu *paham x?;p

Thursday, 1 January 2015

BYE 2014, HAI 2015..!!

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Genap 1 Januari 2015..selamat tinggal 2014 yang baru je berlalu semalam.. Ramai dah tengok yang update status wish new year dan ada juga update AZAM 2015 ni..korang camne? Ada perubahan tak AZAM 2014 yang lepas dan AZAM baru tahun 2015 ni?? ^,^ hehe..ada yang dah tercapai,tapi mungkin juga belum lagi..so,mana yang belum tu 'forward' je la ke tahun ni kan. =p

Macam Yaya pon ada juga..apa dia tu RAHSIA..hehe tapi ada 3 hajat yang boleh Yaya share..hehe iaitu:

  1. Moga dapat pergi UMRAH.. - umrah harga dia lebih mampu jika nak dibandingkan dengan Haji ni, tapi kalau dimurahkan rezki,manalah tau kan...tetiba uet jatuh dari langit..hehe, boleh la p..amin! 
  2. Nak KAHWIN! hehe amboi gatai naaa...ehhh dok ehh! cuma bosan dah jadi SINGLE..nak rasa hidup ber-2 plak.ewahh! calon pon xdak cmne nak kawen..huuu =p tapi xkesah sebenarnya, tunggu je la, JODOH DARI ALLAH itu lebih baik,kan ^_^
  3. Selagi belum berumah tangga,harap dapat jadi ANAK YANG BAIK,yang dapat berbakti, menyenangkan ibu bapa Yaya...moga dimurahkan rezki tahun ni, xmau mak ayah penin fikir pasal kewangan..=) dan kalau dah berumahtangga pula, harap dapat jadi ISTERI SOLEHAH, sebab saya nak jadi salah seorang PENGHUNI SYURGA!! ^o^
AMINNN...


Berada di hari terakhir tahun 2014 membawa kita pada pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah berlaku sejak dari Januari hingga Disember 2014 ni. Dalam blog Yaya ni, kita 'refresh' semula entri-entri Yaya sebelum ni dalam tahun 2014 yang boleh dikatakan emmm..takdalah menarik tapi most view la kiranya..heeee..check it out....!
2014
JANUARI
(view count : 285)

FEBRUARI
ENTRI : PENGUMPAT!
(view count : 177)

MAC
ENTRI : RESEPI AGAR-AGAR ROTI MILO (TANPA TELUR)
(view count : 2133)

APRIL
ENTRI : KUATKAN IMAN
(view count : 96)

MEI
ENTRI : RENUNGAN : TIADA TEMAN LELAKI?
(view count : 138)

JUN
ENTRI : ROYAL SWEETENER STEVIA
(view count : 818)

JULAI
ENTRI : DOA PILIHAN : MOHON NEGARA AMAN
(view count : 66)

OGOS
ENTRI : DOA PILIHAN : QUNUT NAZILAH
(view count : 147)

SEPTEMBER
ENTRI : REVIEW (MAKANAN) : PISANG CHEESE JAKARTA
(view count : 1024)

OKTOBER
ENTRI : SALAM AWAL MUHARRAM 1436H
(view count : 170)

NOVEMBER
ENTRI : KARNIVAL PERDANA,SHAH ALAM
(view count : 83)

DISEMBER:
ENTRI : BERGAYA DENGAN G-SHOCK DARI CASIO
(view count : 74)

Moga tahun baru ni dapat publish entri yang lebih banyak dari tahun sudah yang lebih dapat memberi manfaat buat kengkawan yang membaca.. ^_^ amin. InsyaAllah. #Doa untuk kalian juga ye. (^,*)

Sekian,Wassalam =)

Popular Posts