Sunday, 25 January 2015

REVIEW MOVIE : SUAMIKU ENCIK PERFECT 10!

Assalammualaikum w.b.t.

Filem melayu 2015..perghh!! Lama giler kot Yaya tak tengok filem Melayu kat pawagam ni. Paling last dulu tengok pun xhinggat..antara Ombak Rindu ke..atau Lagenda Budak Setan (yang 1st tu)..tahun bile ye..2tahun lepas ea??? dah lepas2 tu filem Melayu yang keluar semua tak menarik minat Yaya untuk tengok kat pawagam..huhu..maaflah ye, samada filem tu kurang promosi atau Yaya yang memang dah xminat tengok filem melayu sekarang..ngeee =p

Tapi entah kenapa dan bagaimana untuk tahun 2015 ni tetibe tertarik nak tengok filem 'Suamiku Encik Perfect 10..??!!
Yaya pun xtau adakah sebab tajuk filem kah, pelakon kah atau .............ehem!hehe =p 

Untuk pengetahuan,filem ni diadaptasi dari novel..
Novel ni kakak Yaya yang punya..dia sendiri pun belum baca..tapi da g tengok movie ni dengan Yaya hari ni..(Ahad) huhu

Sinopsis:
Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow,London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen (lakonan Lisa Surihani) dan Zarief Danial (lakonan Aaron Aziz). Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen (lakonan Jasmin Hamid). Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
Saat itu, Syed Muzaffar (lakonan Syazwan), bekas kekasih Aleeya cuba menagih semula kasih dari Aleeya. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkn oleh Aleeya untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura (lakonan Raja Ilya),tunang Zarief, pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief terhadap Aleeya. Aleeya menjadi keliru apabila terpaksa memilih antara Syed Muzaffar ataupun Zarief.
Siapakah yang plaing layak menjadi suami sempurna buat Aleeya? Syed Muzaffar atau Zarief?? Yang ni lau nak tahu kenalah tengok movie dia untuk tahu kesudahannya ok. hehe

Lama juga durasi filem ni..kul 11lebih tengok,jam 1lebih baru habis..ingatkan kul 1 tu dah habis da..heeee tengok novel la...tebal kot..itupun bukan semua dialog dimasukkan dalam filem,kalau masuk semua memang sampai petang kot..haha Tapi tu la, bagi Yaya filem ni ok! sampai buat Yaya 3X bergenang air mata! cuma xsempat tumpah je! hahaha cover beb! xsangka jiwang juga Yaya ni..atau tengok movie tu dengan penuh perasaan!wahaha kelasss gitu..FOKUS! ^,^

Sesiapa lum tengok tu g la tengok..lagi besh lau dapat tengok dengan orang tersayang..ehem! Masa ni Yaya pergi tengok dengan kakak n anak buah..heeee (kalaulah dah ada....emmmm lagi romantik tengok movie tu..hoho ^o^

Sekian,Wassalam =)
(p/s: tengok kat pawagam lagi syiok dari tengok tv kat rumah,ok...bg Yaya la..huhu =p)

20 comments:

  1. tak sabar nak pi tengok. kalau baca novel memang best. moovie dia lagi lah kann. pelakon pun bukan calang calang :D

    ReplyDelete
  2. org cakap citer nie memang best. tak rugi sape yang pegi tonton kat panggung. kan.
    singgah baca sambil follow. Jemput ke http://akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg xrugi...feeling2 gituuu ahaks!

      Delete
  3. huhu smpai nangis gituuu...nnti jom la tgk sama2..ehem2..yaya blnja ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi..tgok kali-2 nk kena yaya blnje plak...mmg xlaaa
      huhu manyak songeh =p

      Delete
  4. sama lah yaya, dah lama tak tengok filem melayu kt cinema. last ombak rindu la kot.
    ni tak terpanggil lagi nk tengok filem melayu kt cinema, tunggu astro tayang je lah. hehe

    ReplyDelete
  5. saya pun dah lama tak tgk wayang, kira-kira 4 tahun dah tak masuk panggung. YAYA, jiwanggggg.. hihihi.. siap nak bergenang airmata.

    ReplyDelete
  6. thanks review cik yaya, nak tengok this weekend kut,kalau jadi :)

    ReplyDelete
  7. alaa..kenapa yaya tak cerita sinopsis sampai habis? rase macam nak pergi tgk wayang malam ni jugak... tp mesti lisa pilih aaron kan?
    follower #2043

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016