AMALKAN ENAM (6) AYAT SYIFA' INI

Assalammualaikum wbt.
#sajakongsi

Al Quran merupakan pedoman hidup bagi umat manusia khususnya bagi orang orang yang beriman, kandungannya memberitakan khabar gembira bagi orang yang beriman dan khabar seksa bagi orang yang ingkar.

Namun jika ditinjau lebih teliti ternyata Al Quran juga dapat MENYEMBUHKAN segala macam penyakit. Didalam sebuah kisah Imam Abu Qasim Qushairi ra berkata:

“Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir meninggal. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah saw. 

Baginda bersabda:
“Mengapa kamu tidak ambil manfaat dari ayat-ayat syifa’?
Mengapa kamu tidak mengamalkan ayat-ayat itu dan memohon
(kepada Allah swt) untuk disembuhkan?”

"Aku pun bangun dari tidur dan mencari cari ayat syifa' yang dimaksudkan. Dan akhirnya aku bertemu dengan enam (6) AYAT tersebut"

Adapun ayat-ayat yang dapat digunakan sebagai rawatan dari segala macam penyakit itu dinamakan dengan ayat-ayat syifa’. 

Didalam Al Quran terdapat 6 (enam) ayat syifa’ ayat tersebut:

1.
وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ
Dan (Allah ) akan melegakan hati orang-orang yang beriman
(At-Taubah : 14)
2.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ
وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hai Manusia sesunguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus : 57)
3.
يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia
(An-Nahl : 69)
4.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
(Al-Israa : 82)
5.
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
Dan apabila aku sakit.. Dialah Yang menyembuhkan aku
(Do’a Nabi Ibrahim dalam Surah Asy-Syu'ara’ :80)
6.
قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ
Dan katakanlah (wahai Muhammad ) bahwa (Qur’an) itu adalah petunjuk
dan menyembuhkan bagi orang-orang yang beriman
(Fusilat : 44)

Perhatikan keenam enam ayat di atas semuanya ada perkataan “syifa” yang menjadi isyarat bahawa ayat-ayat tersebut boleh diamalkan dan akan menjadi ayat-ayat syifa (penyembuh) dengan izin Allah dari sebarang penyakit.

Bagaimana Menggunakan Ayat Ini?


Menurut Imam al-Qusyairi beliau menulis ayat-ayat syifa di atas satu kertas kemudian menghapuskannya dengan air dan kemudian diminum air tersebut.

Kita boleh gunakan cara di atas untuk dibuat minum dan juga mandi. Malah kita boleh gunakan sebagai wirid lepas solat atau dimasa lapang.

Dan kita boleh gunakan sebagai ruqyah buat bacaan pada air juga. Mudah-mudahan dengan keyakinan kita pada Allah dan keberkatan Al Quran. Allah memberikan kesembuhan pada kita dengan sebab mengamalkan ayat-ayat syifa.

Sama samalah kita mengamalkannya

Wallahu ‘Alam. Sekian. Wassalam =)

Post a Comment

17 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dengan perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  4. Syukran Sayyidi

    ReplyDelete
  5. Salam. Surah Asy-Shuraa 1-53 ayat sahaja. Ayat 80 tidak ade. Harap semak semula. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ni dari Surah Asy-Syu'araa' - سورة الشعراء ada 227 ayat.
      yang 53 ayat tu Surah Asy-Syuura - سورة الشورى =)

      Delete