KEBAIKAN TANPA SOLAT

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share tentang sesuatu perkara..yang biasa kita lihat atau mungkin kita juga pernah melaluinya.

Sekadar perkongsian untuk kita MUHASABAH dan menilai DIRI kita sendiri sebelum kita sibuk nak memperkatakan tentang orang lain.
Renung-renungkan bersama ye.
====================================================================================
Soalan

Seorang muslim yang meninggalkan solat tetapi berpuasa, membayar zakat dan sebagainya, adakah puasa dan amalannya itu akan diterima kerana dia seorang muslim?.Bagaimana pula jika ia hanya bersolat hanya pada bulan ramadhan sahaja sedangkan bulan-bulan lain ia tidak menunaikan solat?

Jawapan

Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji. Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalannya menjadi gugur"
[hadith riwayat Al-Bukhaari]


Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.

Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) :
Barangsiapa yang meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman :

"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama" [Al-Taubah: ayat-11]

Didalam Fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya:

"Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir."

Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140].
====================================================================================
Sekian,Wassalam....

Post a Comment

18 Comments

  1. perkongsian yang sangat bermanfaat ni yaya..sama-sama kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing, and thanks for the reminder. :)

    ReplyDelete
  3. betul hanya amalan sholat yang diperintahkan langsung di langit

    ReplyDelete
  4. jangan pernah tinggalkan sholat keadaan apapun

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik.. tq Yaya

    ReplyDelete
  6. solat adalah amalan utama berbanding amalan lain

    ReplyDelete