SEKADAR RENUNGAN : AMAL MA'ARUF NAHI MUNGKAR

Assalammualaikum w.b.t.
Kita takkan dapat menasihati manusia yang marah dengan kemarahan. Kita juga takkan dapat menasihati mahupun mengajak manusia ke arah kebaikan jika tidak kena dengan cara yang bersesuaian. Lain orang, lain cara yang perlu ditangani, jika tersalah cara, buruk akibatnya. Bak kata pepatah orang melayu, TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK BICARA BURUK PADAHNYA...kerana lidah itu tajam, mungkin lebih tajam daripada pedang..dan hati manusia ni pula sensitif, jadi perlu berfikir dengan bijak sebelum memulakan kata-kata..

Cuba letakkan diri anda pada tempat seseorang yang melakukan kesalahan atau kesilapan itu. Jika ada orang yang ingin menasihati anda, anda psti akan mendengar kata orang itu jika bertepatan dengan cara dan keadaan,bukan. Bagaimana pula jika orang yang ingin menasihati kita tu,nasihat dengan cara yang tidak betul, contohnya dengan nada marah, menengking atau sebagainya pasti kita sendiri naik marah dengan caranya itu. Keadaan akan jadi lebih keruh dan sudahnya, dua-dua pun tidak mendapat apa-apa manfaat mahupun kebaikan bersama.kan.

Jadi, jika kita hendak membawa sesorang itu pada jalan yang baik,harusla kena dengan cara, berfikir sebelum bertindak dan fikirkan kesannya itu untuk kebaikan bersama, bukan untuk kepentingan sendiri. Renung-renungkanlah ye...

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

4 Comments

  1. Cerita saya...

    Pada suatu masa Mekah telah di tawan oleh tentera Islam... pemimpin Mekah ketika itu ialah Abu Sufian.... bapa kepada Raja Islam pertama iaitu Muawiyah. Beliau telah datang kepada Rasullulah... demi melihat Abu Sufiyan yg telah tewas itu, baginda telah membuka serbannya dan dihampar untuk Abu Sufiyan duduk... begitu mulia serban dipandangan orang2 arab tapi diletakkan ditanah untuk beliau duduk. Abu Sufiyan pun mengucapkan kalimah syahadah... kata nya aku memeluk islam disebabkan oleh akhlak kamu Rasullulah...

    begitulah kita... akhlak kita lah yg menyebabkan orang berubah hati dan bukan kehebatan kita bercakap... menegurlah dalam senyuman...

    ReplyDelete
  2. Love this entri..pada masa yang sama kita jangan lupa Rasulullah juga meminta kita saling berpesan2 satu sama lain dan saling ingat mengingati satu sama lain.. insyaAllah kita juga perlu berusaha menjadi muslim yang baik setiap hari, barulah tertarik hati orang untuk berubah. Semoga Allah merahmati kita semua..aaminn

    ReplyDelete