Thursday, 30 January 2014

RENUNGAN : RAMAINYA WANITA DI NERAKA!

Assalammualaikum w.b.t.

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah WANITA.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang TIDAK MENSYUKURI apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya TANPA SEBAB (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka TELANJANG, MELENGGOK-LENGGOKKAN kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” 

Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari) 

Yang diatas adalah sebahagian sahaja yang Yaya kongsikan..Yaya lebih suka nak berkongsi dengan korang tentang VIDEO ceramah dari Ustaz Kazim Elias mengenai DOSA WANITA.. SubhanAllah..lepas tahu kenyataan sebenar mengapa WANITA lebih ramai dineraka, baru diri ni sedar.dengan keadaan yang dapat kita lihat disekeliling kita, orang yang terdekat dengan kita mahupun diri kita sendiri, memang tidak pelik kalau baginda SAW menyatakan ramainya penghuni NERAKA adalah WANITA..

TOLONG la punya masa untuk tengok, hayati, renungkan bersama Video ceramah ni ye..mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri, menjadi wanita SOLEHAH yang TAAT pada ALLAH, TAAT pada SUAMI dan TAAT pada IBUBAPA..amin. InsyaAllah
*kalau tak dapat tengok kat blog Yaya ni bleh cari kat youtube tajuk - DOSA WANITA- ye..*

Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” 
(Hadis Riwayat Ahmad) 
Renung2kan..
Sekian,Wassalam..

Monday, 27 January 2014

TIPS MUDAH UNTUK KEMPISKAN PERUT

Assalammualaikum w.b.t.

Kalau ternampak kat mana-mana tentang nak dapat bentuk tubuh yang ideal dan seimbang ni memang Yaya suka..hehe..cepat je membaca..ni terbaca kat Yahoo! plak..lau ada yang xbaca lagi, boleh la baca ye, untuk tambah info..^_^

Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Tinggalkan makanan & minuman ringanKeenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Lakukan senaman kardio

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.
sumber: yahoo!

Yaya sharing sekali jenis senaman yang korang boleh buat sendiri dirumah! hoho likeee it! Tak perlu susah-susah nak g gym ke hapa..kannn kat rumah pon boleh bakar kalori dengan banyak! ^,^

Yang ni pernah cube. Paling hard part yang mountain climbers tuu..huuu 
memang mencabar ketahanan kaki n tangan ^o^ try ye!
Yang ni pon ok,,tapi sukar skit untuk no 11 & 12..
fuhh..lelaki ok la kot..lau wanita ni payah sikit (hehe..alasan ;p)

2-2 atas ni pon bleh tahan jugak..

Selain dari yang Yaya share pic kat atas ni, kalau nak lebih senang, korang leh tengok video2 exercise dari youtube atau pon dekat laman sesawang FITNESS BLENDER ni..Yaya lagi suka tengok kat laman ni sebab exercise dia siap tunjuk berapa kalori dah yang korang bakar dengan ikut dia buat senaman.., ada yang 10 minit, 15 minit yang paling lama 1 jam lebih la..yang Yaya buat dengan ikut dia nya senaman adalah 10 minit dengan 30minit.(siap download lagi ^o^) memang syiok keluar peluh hanya d rumah, xperlu keluar tapi memerlukan ruang yang agak besar sikit. Tu je. ^_^

Mesti ramai yang malas nak buat senaman kan, xpe, nak seribu daya. Lau xnak, terpulang. Diharap dengan tips atas ni dapat membantu bg sesiapa yang inginkan perut yang kempis@xmuncit ye.. =D. 

Selamat mencuba!

Sekian,Wassalam =)

Friday, 24 January 2014

DOA PILIHAN : MOHON KELUARGA BAHAGIA

Assalammualaikum w.b.t
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(Surah Al-Furqan : 74) 
Aminn..

Thursday, 23 January 2014

ITU LEBIH MANIS SYURGANYA...

Assalammualaikum w.b.t.

Is, ana nak nikah la..." Ujar ustaz Man.
"Uih? Alhamdulillah. Dengan siapa?""Dengan salah seorang yang ada dalam senarai bait muslim ni haa...ada 3-4 orang akhawwat dalam ni. Solehah belaka. Nantilah ana istikharah..."

Sekilas, mata ustaz Is ternampak pada satu borang yang tercicir. Borang satu muslimat. Tak pakai tudung! Tapi cantik! Tengok background sikit - budak sekolah cina? Tak ada background agama? Macam mana nama dia ada dalam senarai bait muslim? Alih-alih Ustaz Is terlihat bahagian CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN - "tidak penting rupa, harta atau gaya. Yang penting suami dapat mendidik dia kembali ke jalan Allah."
Ustaz Is pun menunjukkan borang tu kepada ustaz Man.

"Man, ni ada lagi seorang ni. Kenapa enta tak masukkan sekali dalam senarai istikharah enta?"

Ustaz Man melihat borang tu.

"Mana boleh, Syeikh. Ana nak cari isteri yang solehah. Ana berhasrat nak lahirkan jundu-jundu agama kita ni. Nak lahirkan anak yang baik mestilah dari benih yang baik. Perempuan ni sosial laa, Syeikh. Enta tengok sendiri gambar dia, profile dia. Lagipun cuba enta bukak Facebook dia - penuh gambar dia clubbing!" ujar Ustaz Man.

Ustaz Is tersenyum.

"Lagipun Syeikh, bukankah lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik-baik?" sambung Ustaz Man.

Ustaz Is menggeleng kepala sambil tersenyum.

"Dia gini Syeikh. Memanglah budak ni sosial. Kaki clubbing bagai. Tapi enta baca tak borang dia habis-habis?" tanya Ustaz Is.

Ustaz Man cepat membalas....
"Tak payah baca habis, Syeikh. Sekali tengok pun ana tahu dah dia tak sesuai dengan ana!"

"Takleh gitu Syeikh..." Ustaz Is memotong.
"...soal sesuai, tak sesuai bukan urusan enta. Ni urusan Allah. Lagipun enta tak baca habis borang dia. Mana mungkin enta terus judge dia teruk? Dia tulis dalam borang ni yang dia nak berubah. Dia nak kembali. So dia perlukan lelaki yang baik untuk didik dia. Siapa lelaki yang baik tu? Mungkin orang-orang macam kita yang terdidik dengan akhlak dan iman ni. Kalau bukan orang macam kita yang hulur tangan sambut depa, siapa yang akan menarik depa nanti? Enta sanggup ke dek kerana mementingkan thiqah kita, budak ni terus hanyut dalam dunia dia tu? Memang lelaki yang baik untuk wanita yang baik tapi Allah juga berfirman "sesungguhnya pintu taubatNya terbuka luas". Orang yang bertaubat ni kekasih Allah tahu? So orang yang bertaubat ni baik ke jahat? So jika orang yang bertaubat itu baik, maka bertepatanlah ayat Quran itu pasal lelaki yang baik untuk perempuan baik, betul tak?" kata Ustaz Is penuh makna.

Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu istri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.” 
(HR. Abu Dawud)
Ustaz Man terdiam. 

"Ginilah man." Ustaz Is menyambung....
"Ana nasihatkan enta masukkanlah sekali perempuan sosial tu dalam senarai enta. Jika benar itulah jodoh enta, ana yakin enta mampu bimbing dia menjadi muslimah yang solehah.. Itu lebih manis syurganya Insya'Allah..."



Wednesday, 22 January 2014

SHOUT BOX KEMBALI

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam entri tahun lepas yang INI Yaya dah habaq, xde shoutbox sebab nyeee.....malas nak ulang bleh tengok balik entri lepas tu..hehe dan ada bagitau jugak nak letak balik shoutbox..Yaya xde masa sangat nak edit blog ni sebenarnya..ada terfikir juga nak minta tolong dengan blogger yang pandai edit blog ni buatkan untuk Yaya..huu...tapi nanti la..(bape banyak nanti dahh ni.. >,<)

Hari tu ada kawan kita ni tegur Yaya...
Hehe...me kasih sebab ingatkan Yaya..actually memang nak letak balik tapi time nak buat je lupa, asal lupa je dan tu nak buat..huhu..lar ni buat kejap je..
bleh la dari xde...ok.layann.. =) 
Tq pada yang sudi singgah blog Yaya ye..=)
Sekian,Wassalam.

Tuesday, 21 January 2014

RESEPI : PUDING KASTARD JAGUNG

Assalammualaikum w.b.t.

Resepi dibuat sabtu lepas..hehe. dan ianya adalah kali ke-2 buat..kali pertama buat sedap tp xberapa nak menarik..ngeee;p 2nd time buat xdela lawooo mane tapi ok la..rase pon ok..kurang manis berbanding 1st time buat..^,^ 
kuningnyaa..
*pasni try buh pewarne lain ok x agak2? ^o^ lol*
Bahan-bahannya:-
1 tin jagung- jenis creamy
1 tin susu cair
3 cawan air
1 1/2 cawan gula (Yaya campur gula perang dengan gula pasir =D)
1 1/2 cawan tepung kastard

Cara :- 
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati, kemudian masukkan semua bahan2 lain satu persatu, ok. Bancuh rata.-lakukan semuanya dalam periuk tapi jangan didihkan dulu atas api, ye.
2. Lepas dah sebati semuanya, gula pun dah larut, baru letak masak atas api yang kecil. Masak@ kacau sampai jadi kental & berkilat.
3. Masukkan ke dalam loyang atau apa2 bekas yang tahan panas yang korang suka, ye.
4. Biar seketika kat luar sebelum masuk dalam peti sejuk, ye. Sambil tu boleh la nak hias pape kat atas puding tu kalau nak, kalau xde pon xpe..sodap je. ^_^

aummm! ^,^ 
Siap! Senang kan..hoho. 2nd time buat ni baru sedar yang puding jagung ni senang giler buat rupanya ^o^..sesape yang belum try leh try buat ye..serius sedap. ;p puji diri sendiri plak.maap ye..huuu


P/S: rase lau 3rd time buat nak campur roti or biskut plak..tengok rasa camne ^o^
Sekian,Wassalam =)
Iklan xde kene mengena...dengan resepi =D
kite dapat helmet baru..shanteq....;p
owang bagi..dier kate helmet kite da buwok >,<
jadi dia belikan baru..ngeh3..*suke* ^,^
Thanks! (macamla dier baca blog yaya ni..huuu)


Sunday, 19 January 2014

COLOR ME, FRESHKON! -2

Assalammualaikum wbt

Ingat lagi tak entri Yaya bulan lepas about COLOR ME, FRESHKON! ni? Yaya ingat lama lagi nak tunggu..rupanya xlama lepas tu dalam kurang 2minggu lepas dari entri Yaya tu dapat surat pula kat rumah. Yez. Surat dari FRESHKON tu, kira macam surat untuk redeem kat kedai la contact lense free yang Yaya dapat tu. Xmau tunggu lama, seminggu lepas dapat surat tu terus g selected outlet nya kat Bukit Tinggi, Klang ni.

Tapi, lepas bagi surat redeem tu pon kena tunggu juga. Dia kata nak hantar kat HQ surat tu. Sebabkan barang free, Yaya ok je..xkesah sangat..hehe. Dia kata dalam 2minggu. Xsampai 2minggu pon, seminggu je lepas tu dia call, kata dah boleh ambil contact lense kat outlet. 
Warna pink (tapi xnampak pink sangat pun..hee) =D siap dengan 'power' nya sekali ^_^
Actually Yaya  nak pilih jenis design yang Yaya hantar kat FRESHKON tu tapi dah lupa design camana. Jadi pilih je la memana yang cam ok je..huhu
ok je kan..? errr.. ;p

p/s: mata sebelah nampak kecik sebab baru pas baik bengkak..huhu >,<
Sekian,Wassalam =>

Thursday, 16 January 2014

RENUNGAN : KERANA TANGAN BUMI BINASA

Assalammualaikum w.b.t





Banjir kilat, tanah runtuh, Tsunami, Jerebu dan banyak lagi bencana-bencana alam yang lain yang sering kali kita dengar dan lihat melalui berita kan..malah bukan dalam berita je, kadang tu kita sendiri alami. Contoh macam banjir kilat, tanah runtuh dan Ombak besar@Tsunami. 

Adakah ini bencana alam biasa atau ia berlaku kerana bumi sudah tidak dapat bertahan lagi dengan sikap manusia yang kini lebih mementingkan kepentingan sendiri? Bumi memberi banyak manfaat dan kebaikan pada manusia tapi manusia membalasnya dengan pembinaan-pembinaan yang mengakibatkan alam flora dan faunanya terjejas, kerana pastinya dalam pembinaan tersebut banyak haiwan yang mati, yang sudah kehilangan 'tempat tinggal' dan begitu juga dengan sumber oksigen kita, pokok-pokok yang semakin banyak ditebang dan banyak pembakaran dan kilang-kilang banyak meneluarkan asap-asap beracun sekaligus mengakibatkan lapisan ozon bumi semakin menipis.

Semua faktor diatas dan banyak lagi faktor lain yang telah mengakibatkan segala bencana ini berlaku. Atau paling tepat boleh dikatakan ianya adalah 'balasan Tuhan' pada penduduk bumi yang tidak tahu untuk bersyukur dengan apa yang telah sedia ada ciptaanya. Sesungguhnya apa yang dicipta oleh Allah SWT itu banyak manfaat dan kebaikannya pada manusia, tapi sebab manusia itu selalu bersikap tamak, tergesa-gesa dan mementingkan diri sehingga memberi akibat buruk pada orang lain, alam flora dan juga fauna.

Tapi pelik kan, walau begitu banyak bencana yang telah berlaku, manusia tu masih lagi tidak mahu mengambil pelajaran dan masih lagi giat aktif membina pembinaan yang lebih gah!
Firman Allah:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)
(Ar Ruum: 41)
Namun, walaupun begitu, ramai juga manusia yang berhijrah diatas segala bencana yang telah berlaku ke atas mereka. Semestinya hijrah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Alhamdulillah.
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, 
maka Dia timpakan bencana kepada-Nya“. 
( HR. Al-Bukhari )
Wallahu'alam..Renung2kan..
Sekian,Wassalam..

Tuesday, 14 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

Assalammualaikum w.b.t.
Salam 12 Rabiulawal 1435h

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Salam Maulidur Rasul semua..ada yang keja ke hari ni? Yaya cuti..yeaa..;p Takde pergi mana pun. Duduk rumah saje. Sambil dengar youtube & radio..dengar apa? Hari ni kan Maulidur Rasul, duduk rumah daripada xda buat apa lebih baik isi masa dengan perbanyak selawat dan dengar ceramah2 tentang Nabi kesayangan seluruh umat Islam didunia ni. Al-maklum, kat bilik Yaya xda radio and televisyen..huuu nasib bek ada laptop, ni pon da nazak, screen dier rosak, tapi still boleh tengok lagi..Alhamdulillah => 

Untuk tahun ni Yaya xda nak update lagi entri yang sama tapi still nak sharing juga kat korang sesapa yang nak tambah ilmu, share ilmu pon boleh, dan yang belum baca entri2 yang sebelum ni mengenai Maulidur Rasul..

Sedikit info ringkas tentang Nabi Muhammad SAW, seperti sejarah ringkas, nama isteri dan anak-anak Nabi Muhammad saw boleh klik sini - SEJARAH RINGKAS NABI SAW
SubhanaAllah..rupa paras Nabi SAW adalah yang terbaik..xterbayang diri ni bagaimana rupa paras Rasul junjungan kita tu. MasyaAllah, rasa sayu bila cuba untuk membayangkan rupa paras baginda kerana ianya tidak dapat dibayang oleh kita..rindu sangat rasanya.. =< - RUPA PARAS BAGINDA SAW
AKHLAK RASULULLAH SAW yang patut kita ikut dan contohi..
Ketahui apa maksud sebenar ISLAM, IMAN & IHSAN..
Sambungan daripada Hadis 40 1 & 2

Sedikit Yaya nak kongsi serba sedikit mengenai 
Isteri Rasulullah SAW dan Sebab Baginda Menikahi Mereka

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW
1. Siti Khadijah binti Khuwailid.Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.
2. Saudah binti Zam'ah.Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
3. Aisyah binti Abu Bakar.Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.
4. Hafsah binti Umar.Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
5. Zainab binti Khuzaimah.Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.
7. Zainab binti Jahsy.Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.
8. Juwairiyah binti Al-Harith.Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.
9. Safiyyah binti Huyai.Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.
10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.
11. Maimunah binti Al-Harith.Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.
12. Mariah binti Syam'un.Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI

1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah, kecuali yang ketujuh. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI

1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman. Wallahu'alam...

Layan untuk hiburan halwa telinga...InsyaAllah =)
KASIH PADAMU - HAFIZ HAMIDUN
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta

Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Kau di utus atas nama Kebenaran

Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan
Walau diri bisa menakluki tahta

Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga
Rasulullah dengan hikmahMu

Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Rasulullah Engkau tinggalkan

Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah
Dari hadith dan AlQuran

Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah Terlalu Rindu

Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu
Rasulullah dalam sirahMu

Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu

Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah

Pabila terkenangMu mengalir air mataku

WAHAI PURNAMA (YA BADROTIM)

Ya Allah..
Hidupkan Cinta dalam jiwa ini pada Rasulullah Rahmatulilamin
semoga dengan cinta nan suci ini
membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahagiaan menatap wajahnya..
mendengar kalimahnya "..ENGKAULAH UMATKU.."
biarpun sedetik sudah memadai
namun selamanya adalah yang ku impikan..

Assalammualaika Ya Rasulullah..
Assalammualaika Ya HabibaAllah..

Saturday, 11 January 2014

MINI GA BOOKMARK LIMITED EDITION BY EMAS PUTIH

Asslaammualaikum w.b.t.

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Ok..siap dah klik2 semua seperti dalam syarat..huuuu..
Sekian,Wassalam =)

Friday, 10 January 2014

RENUNGAN : APABILA MENGUAP........

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat.. =>

Waktu bila kita selalu menguap. BIASAnya la kan, secara umumnya kita akan menguap dah tentulah bila rasa mengantuk kan, menguap tu kira tanda badan kita masih belum cukup rehat dan tak cukup oksigen. Paling kuat @ banyak menguap bila waktu pagi, kan. Biasala tu, mood tido masih ada.huuu >,<

Yaya bukan nak wat entri usul asal menguap ni..hehe TAPI, nak share ilmu. Mungkin ada yang tau, ada juga yang xtau. Menguap pun ada adab. Tahu kan menguap ni datang dari syaitan. Kerana menguap tu membawa kepada sifat KEMALASAN dan KELEMAHAN. Allah menyukai bersin kerana ia akan menghasilkan semangat dan tubuh akan menjadi ringan untuk bekerja.


Ni Yaya nak tanya, biasa korang menguap ada tutup mulut tak? Ada keluarkan bunyi tak? Macam bila menguap tu, bunyi 'haaaahh...' ada? eleh, xnak ngaku la tu..mesti ada kan, lebih2 lagi lau time tu tengah bnyak keje, penat badan plak tu, memang akan keluar la bunyi tu. Nabi SAW sangat menganjurkan kita menutup @ menahan  mulut dengan tangan jangan sampai terbuka kerana syaitan akan masuk ke dalam mulut orang yang menguap dengan mulut terbuka. Dan jangan mengeluarkan bunyi 'haaaahh..' tu kerana saat korang berbuat demikian, syaitan yang tengah tengok tu boleh ketawa terbahak2 lagi...huuuu *boleh tak korang bayangkan.....errr.. =_=*


Sesunguhnya Allah mencintai bersin dan membenci menguap. Apabila kalian menguap hendaknya ditahan semampunya, dan jangan sampai mengeluarkan suara haah.. haah.., karena dengan itu syaitan akan tertawa.
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Di akui, sebelum ni Yaya xtau pon x digalakkan mengeluarkan bunyi masa menguap tu..well, lau depan orang memang la xde kuarkan bunyi kan...hehe control ayu gitu..;p tapi bile time sensorang time nguap tu macam2 bunyi leh kuar..haha sunggug kurang sopan Yaya ni >o< ngeee tapi of course la tau kena tutup mulut..dari kecik dah diberitahu kalau menguap kena tutup mulut tu..lau tak nanti syaitan masuk...ntah sapa bagitau time dedulu tu Yaya pon lupa..tapi ingat sampai sekarang.. =D 

Dah besar ni baru tahu xdigalakkan keluar bunyi masa menguap. Jadi sekarang bila terdengar pula orang buat macam tu (keluarkan bunyi masa menguap), Yaya dah boleh bayang syaitan dok gelak tengok orang menguap tu..lau xtutup mulut lagi haru...syaitan berpusu-pusu masuk dalam mulut..aishh..xterbayang ni camane kan...err...so, korang, pasni lau nguap tutup mulut tu @ tahan jangan bagi buka lau boleh..huuu dan jangan keluarkan bunyi..renung2kan & selamat beramal..^_^

Wednesday, 8 January 2014

WORDLESS WEDNESDAY: COUNTDOWN MAULID!

Assalammualaikum w.b.t.

^_^
p/s: Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Tuesday, 7 January 2014

RESEPI : AGAR-AGAR BISKUT MILO

Assalammualaikum w.b.t.

Agar-agar ni bukan dibuat pada hari ini ye tapi update resepi je hari ni..hehe..buatnye minggu lepas..hari sabtu..kurang manis. Memang sedap! ^_^ sangat senang, boleh try bg yg belum pernah buat agar-agar lagi..hoho..;p
AGAR-AGAR BISKUT@MILO
*maap ler..kurang cantik bahagian permukaan..da mcm atas bulan dahh..heeee ;p*
Bahan-bahan:
Serbuk agar-agar (10g-15gm)
800ml air
175-180g gula
1 tin susu cair
1 cawan serbuk milo
1 bungkus biskut Oreo @ yang sewaktu dengannya ^o^ (patah2kan biskut. Nak buang krim atau tak terpulang citarasa memasing. Yaya xde buang krim. Sedap je makan ^_^)

Cara membuat:
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut *memangla masak dengan air lau x camane nak masak agar2 tu kan..errr =_="*
2. Masukkan pula gula..kacau sampai jadi air gula 
3. Lepas itu, masuk susu cair pula..kacau sampai mendidih. *di ingatkan ye, dari mula masak kena kacau tau..sesekali exercise tangan kan..huuu sebab xnak melekat pula agar2 dalam kuali@periuk tu..*
4. Masuk pula 1 cawan milo..gaul@kacau *api jangan besau ok..api tu biar buka je sebab xmau keras plak kang xpasal2 agar-agar tu nanti*
5. Bila semua dah sebati, terus masukkan dalam loyang@apa-apa bekas yang korang nak bentukkan lah,ye. Dalam 1-2 minit taburkan pula biskut yang dipatahkan tu. Sejukkan dulu kat luar sebelum masuk dalam peti sejuk, ok! 
*yang ni milo semata..xde biskut..heeee =D*
Selamat mencuba!
Sekian,Wassalam =>

Friday, 3 January 2014

RENUNGAN : PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat...

SUAMI : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya tapi isteri saya gemuk.
USTAZ : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu. Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

SUAMI : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya dan kadang-kadang garang.
USTAZ : Perempuan simpanan kamu takda tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu dan anak-anak kamu. Kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.

SUAMI : Isteri saya jarang memujuk saya, Ustaz. Tak seperti perempuan simpanan saya...
USTAZ : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak-anak kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.

SUAMI : .... tapi kan ustaz....
USTAZ : Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak. Cuba awak fikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.
" Kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki yang mereka sayang tiada apa-apa harta. Tetapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai segalanya."

Subhanallah !

Thursday, 2 January 2014

BLOGLIST PUTERIKASIH.COM 2014

Assalammualaikum w.b.t.

Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com 2014 kerana ingin berkenalan dengan lebih ramai blogger plus++ of course mahu support Cik Puteri kita ni..heeee =D

Sekian,Wassalam.. =)

Wednesday, 1 January 2014

Popular Posts