Assalammualaikum w.b.t.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya TANPA SEBAB (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka TELANJANG, MELENGGOK-LENGGOKKAN kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Yang diatas adalah sebahagian sahaja yang Yaya kongsikan..Yaya lebih suka nak berkongsi dengan korang tentang VIDEO ceramah dari Ustaz Kazim Elias mengenai DOSA WANITA.. SubhanAllah..lepas tahu kenyataan sebenar mengapa WANITA lebih ramai dineraka, baru diri ni sedar.dengan keadaan yang dapat kita lihat disekeliling kita, orang yang terdekat dengan kita mahupun diri kita sendiri, memang tidak pelik kalau baginda SAW menyatakan ramainya penghuni NERAKA adalah WANITA..
TOLONG la punya masa untuk tengok, hayati, renungkan bersama Video ceramah ni ye..mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri, menjadi wanita SOLEHAH yang TAAT pada ALLAH, TAAT pada SUAMI dan TAAT pada IBUBAPA..amin. InsyaAllah
*kalau tak dapat tengok kat blog Yaya ni bleh cari kat youtube tajuk - DOSA WANITA- ye..*
Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Renung2kan..Sekian,Wassalam..
8 Comments
good sharing..
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat untuk kaum wanita :)
ReplyDeleteMahu pun begitu.. tetapi wanita adalah paling mudah untuk masuk surga berbanding lelaki.. :D
ReplyDeleteYa Allah..huhu na'uzubillah min zalik.... Perempuan memang mudah masuk syurga tetapi tidak terkecuali mudah juga untuk masuk neraka. huhuhu...
ReplyDeleteNice sharing Cik yaya...moga kita sama2 dapat memperbaiki diri..
ReplyDeletepernah baca dulu..perempuan mudah masuk syurga tapi ramai yg dineraka...
ReplyDeleteperempuan paling senang masuk syurga tapi perempuan la paling ramai masuk neraka. moga kita tak tergolong dalam golongan itu :)
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletebunda suka dengar ceramah UKE...