TIPS MUDAH UNTUK KEMPISKAN PERUT

Assalammualaikum w.b.t.

Kalau ternampak kat mana-mana tentang nak dapat bentuk tubuh yang ideal dan seimbang ni memang Yaya suka..hehe..cepat je membaca..ni terbaca kat Yahoo! plak..lau ada yang xbaca lagi, boleh la baca ye, untuk tambah info..^_^

Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Tinggalkan makanan & minuman ringanKeenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Lakukan senaman kardio

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.
sumber: yahoo!

Yaya sharing sekali jenis senaman yang korang boleh buat sendiri dirumah! hoho likeee it! Tak perlu susah-susah nak g gym ke hapa..kannn kat rumah pon boleh bakar kalori dengan banyak! ^,^

Yang ni pernah cube. Paling hard part yang mountain climbers tuu..huuu 
memang mencabar ketahanan kaki n tangan ^o^ try ye!
Yang ni pon ok,,tapi sukar skit untuk no 11 & 12..
fuhh..lelaki ok la kot..lau wanita ni payah sikit (hehe..alasan ;p)

2-2 atas ni pon bleh tahan jugak..

Selain dari yang Yaya share pic kat atas ni, kalau nak lebih senang, korang leh tengok video2 exercise dari youtube atau pon dekat laman sesawang FITNESS BLENDER ni..Yaya lagi suka tengok kat laman ni sebab exercise dia siap tunjuk berapa kalori dah yang korang bakar dengan ikut dia buat senaman.., ada yang 10 minit, 15 minit yang paling lama 1 jam lebih la..yang Yaya buat dengan ikut dia nya senaman adalah 10 minit dengan 30minit.(siap download lagi ^o^) memang syiok keluar peluh hanya d rumah, xperlu keluar tapi memerlukan ruang yang agak besar sikit. Tu je. ^_^

Mesti ramai yang malas nak buat senaman kan, xpe, nak seribu daya. Lau xnak, terpulang. Diharap dengan tips atas ni dapat membantu bg sesiapa yang inginkan perut yang kempis@xmuncit ye.. =D. 

Selamat mencuba!

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

27 Comments

  1. Salam, sambil buat keja rumah sambil senam :) thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. jangan minum ais, muahahaha... ^_^... tapi itulah yang sedap...

    ReplyDelete
  3. tq yaya... alahai..perut mmg suka maju ke depan hihi

    ReplyDelete
  4. Nice sharing cik yaya..boleh lah di amalkan kalau rajin..nak seribu daya..Xnk seribu dalih..hehe.. ^^

    ReplyDelete
  5. bolelah diamalkan nanti..thanks sharing :)

    ReplyDelete
  6. info berguna untk dikongsi..hehe.. :)

    ReplyDelete
  7. wahhh...nice entry.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  8. tips y berhenti mkn lewat mlm tu mcm susah je nak ikot..hehe..dok stay up mlm2.. sokmo lapar..hehe..

    btw, nice tips..=)

    ReplyDelete
  9. terima kasih yaya...

    tapi bunda memang dah kurus..takder perut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tipu la lau xde pwot bunda..
      cmne makan tu..hehe ;p

      Delete
  10. Info yang sangat berguna.. tapi tak tahu mcm mana nak guna pada diri sendiri hahaha :P

    ReplyDelete
  11. tirah susah nak jaga makan...kalo lapa....makan je...hihi...xde disiplin katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lau badan jnis ssh naik brat xpe la jgk cik tirah..huuu ;p

      Delete
  12. salam cik yaya..
    aaaa... berat anna dah turun 10kg :)
    jom ---> http://annamariana1989.blogspot.com/2014/02/kini-aku-kembali-ke-dunia-blogger.html

    ReplyDelete
  13. thanks for the exercise tips!
    http://sherrylicious7.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. waaa terasa..perut sy pun buncit..kehkeh..nk senaman pemalas sgt..ni lah akibatnya..:P

    ReplyDelete