Salam 12 Rabiulawal 1435h
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Salam Maulidur Rasul semua..ada yang keja ke hari ni? Yaya cuti..yeaa..;p Takde pergi mana pun. Duduk rumah saje. Sambil dengar youtube & radio..dengar apa? Hari ni kan Maulidur Rasul, duduk rumah daripada xda buat apa lebih baik isi masa dengan perbanyak selawat dan dengar ceramah2 tentang Nabi kesayangan seluruh umat Islam didunia ni. Al-maklum, kat bilik Yaya xda radio and televisyen..huuu nasib bek ada laptop, ni pon da nazak, screen dier rosak, tapi still boleh tengok lagi..Alhamdulillah =>
Untuk tahun ni Yaya xda nak update lagi entri yang sama tapi still nak sharing juga kat korang sesapa yang nak tambah ilmu, share ilmu pon boleh, dan yang belum baca entri2 yang sebelum ni mengenai Maulidur Rasul..
Sedikit info ringkas tentang Nabi Muhammad SAW, seperti sejarah ringkas, nama isteri dan anak-anak Nabi Muhammad saw boleh klik sini - SEJARAH RINGKAS NABI SAW
SubhanaAllah..rupa paras Nabi SAW adalah yang terbaik..xterbayang diri ni bagaimana rupa paras Rasul junjungan kita tu. MasyaAllah, rasa sayu bila cuba untuk membayangkan rupa paras baginda kerana ianya tidak dapat dibayang oleh kita..rindu sangat rasanya.. =< - RUPA PARAS BAGINDA SAW
AKHLAK RASULULLAH SAW yang patut kita ikut dan contohi..
Ketahui apa maksud sebenar ISLAM, IMAN & IHSAN..
Sambungan daripada Hadis 40 1 & 2
Sedikit Yaya nak kongsi serba sedikit mengenai Isteri Rasulullah SAW dan Sebab Baginda Menikahi Mereka
ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW
1. Siti Khadijah binti Khuwailid.Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.
2. Saudah binti Zam'ah.Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
3. Aisyah binti Abu Bakar.Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.
4. Hafsah binti Umar.Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.
5. Zainab binti Khuzaimah.Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.
6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.
7. Zainab binti Jahsy.Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.
8. Juwairiyah binti Al-Harith.Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.
9. Safiyyah binti Huyai.Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.
10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.
11. Maimunah binti Al-Harith.Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.
12. Mariah binti Syam'un.Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.
ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah, kecuali yang ketujuh. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)
ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)
Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman. Wallahu'alam...
Layan untuk hiburan halwa telinga...InsyaAllah =)
KASIH PADAMU - HAFIZ HAMIDUN
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan
Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah
Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku
WAHAI PURNAMA (YA BADROTIM)
WAHAI PURNAMA (YA BADROTIM)
Ya Allah..
Hidupkan Cinta dalam jiwa ini pada Rasulullah Rahmatulilamin
semoga dengan cinta nan suci ini
membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahagiaan menatap wajahnya..
mendengar kalimahnya "..ENGKAULAH UMATKU.."
biarpun sedetik sudah memadai
namun selamanya adalah yang ku impikan..
Assalammualaika Ya Rasulullah..
Assalammualaika Ya HabibaAllah..
16 Comments
salam maulidur rasul :)
ReplyDeletesalam maulidur rasul juga =)
DeleteSALAM MAULIDUR RASUL...
ReplyDeletesalam maulidur rasul juga bunda =)
DeleteSalam Maulidur Rasul..
ReplyDeletesalam maulidur rasul =)
Deletesalam maulidur rasul cik yaya.
ReplyDeleteand thanks for sharing.. :)
ye..slm maulidur rasul juga =)
DeleteSalam maulidurasul yaya.. banyak yg kita xtau pasal nabi Muhammad.. tq kongsi ilmu tau.. :)
ReplyDeletesamela..sntiasa rajinkn diri mbca..InyaAllah..btmbh ilmu kan =)
Deleteslm maulidur rasul juga cik na =)
Assalamualaikum..salam maulud nabi...selawat dan salam atas nabi junjungan kita
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt..
Deletesalam maulidur rasul juga.=)
yaya, bila nak letak shoutbox balik :)
ReplyDeletetu la..ade tfikir juga nk buh balik..nti la yaya buh ye..hehe
Deleteilmu bermanfaat cik yaya...sblm ni tau sbgian je nama isteri2 nabi..
ReplyDeleteye =)
Delete