SEMARAK CINTA RASUL


Assalammualaikum w.b.t.
Hari ni Hari Khamis (17.01.2013) bersamaan dengan 5 Rabiulawal 1434 Hijrah. Tahu tak lagi beberapa hari je lagi kita akan sambut hari apa? Cepat2 korang p tengok kalendar kan..tengok ada apa..huhu..kurang seminggu je lagi kita akan sambut ‘Maulidur Rasul’, hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW.. ^_^

Jadi sempena detik2 hari keputeraan Baginda Rasul, Yaya akan share serba sedikit yang boleh dikongsi bersama mengenai Rasulullah SAW..xkira la tentang apa pun ye..

Dan, hari ni Yaya nak share serba sedikit sejarah secara ringkas hidup Baginda Nabi Muhammad SAW kita ni..dulu masa sekolah rendah dengan Sekolah menengah pon ade belajar kann..sekarang revised balik la ye..mesti ada yang ingat2 lupa..macam Yaya ni..huuu - 'SELAMAT MEMBACA' =>
Nabi Muhammad SAW ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 


p/s: info Yaya cari di Google..kalau ada tersilap dimana-mana silalah beritahu ye ^_^

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

19 Comments

  1. thanks sharing ye kak . benda-2 mcm ni kalau tak diingatkan boleh terlupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..sesama.. tu la kan..
      nk kene refresh selalu..hehe

      Delete
  2. Maulidur Rasul semakin menghampiri...
    selawat ke atas Nabi Muhammad SAW....

    ReplyDelete
  3. lagi 7 hari lagi,kte maw smbut maulidur rasul..:)

    ReplyDelete
  4. Aku mengaku hanya Muhammad SAW itu pesuruh Allah ..terime kasih Yaya ... :D

    ReplyDelete
  5. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, para sahabat dan keluarga baginda. Salam maulidur Rasul :D

    ReplyDelete
  6. thanx yaya...kdg2 kita lupa sejarah Rasulullah..
    semoga kita dpt sama2 mencintai Rasulullah & selawat padanya..

    hmm...cuma didiey nak kepastian. yg didiey tahu,Khadijah meminang Nabi Muhammad..tapi kat info tu,Baginda & sahabat2 pergi meminang Khadijah..maaf kalau didiey salah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..tu pon mmg btul cik didiey..apa yg ade kt ats ni cuma secara ringkas..kalau nak diikutkan mmg pnjng..huhu dan dari apa yang Yaya dah baca, pada mulanya memang Khadijah yang melamar Rasulullah, selepas Abu Talib dan bbrpa saudaranya tahu, baru mereka pergi meminang Khadijah..pnjng ceritanaya..ni secara ringkasla..kalau nak lebih terprinci kene search kat internet ni atau cari buku tentang sejarah Rasulullah ^_^

      Delete
  7. nice one !!!:) tatau pula ade ibu susuan yang pertama sebelum Halimah Sa'diah ..

    ReplyDelete