Is, ana nak nikah la..." Ujar ustaz Man.
"Uih? Alhamdulillah. Dengan siapa?""Dengan salah seorang yang ada dalam senarai bait muslim ni haa...ada 3-4 orang akhawwat dalam ni. Solehah belaka. Nantilah ana istikharah..."
Ustaz Is pun menunjukkan borang tu kepada ustaz Man.
"Man, ni ada lagi seorang ni. Kenapa enta tak masukkan sekali dalam senarai istikharah enta?"
Ustaz Man melihat borang tu.
"Mana boleh, Syeikh. Ana nak cari isteri yang solehah. Ana berhasrat nak lahirkan jundu-jundu agama kita ni. Nak lahirkan anak yang baik mestilah dari benih yang baik. Perempuan ni sosial laa, Syeikh. Enta tengok sendiri gambar dia, profile dia. Lagipun cuba enta bukak Facebook dia - penuh gambar dia clubbing!" ujar Ustaz Man.
Ustaz Is tersenyum.
"Lagipun Syeikh, bukankah lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik-baik?" sambung Ustaz Man.
Ustaz Is menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Dia gini Syeikh. Memanglah budak ni sosial. Kaki clubbing bagai. Tapi enta baca tak borang dia habis-habis?" tanya Ustaz Is.
Ustaz Man cepat membalas....
"Tak payah baca habis, Syeikh. Sekali tengok pun ana tahu dah dia tak sesuai dengan ana!"
"Takleh gitu Syeikh..." Ustaz Is memotong.
"...soal sesuai, tak sesuai bukan urusan enta. Ni urusan Allah. Lagipun enta tak baca habis borang dia. Mana mungkin enta terus judge dia teruk? Dia tulis dalam borang ni yang dia nak berubah. Dia nak kembali. So dia perlukan lelaki yang baik untuk didik dia. Siapa lelaki yang baik tu? Mungkin orang-orang macam kita yang terdidik dengan akhlak dan iman ni. Kalau bukan orang macam kita yang hulur tangan sambut depa, siapa yang akan menarik depa nanti? Enta sanggup ke dek kerana mementingkan thiqah kita, budak ni terus hanyut dalam dunia dia tu? Memang lelaki yang baik untuk wanita yang baik tapi Allah juga berfirman "sesungguhnya pintu taubatNya terbuka luas". Orang yang bertaubat ni kekasih Allah tahu? So orang yang bertaubat ni baik ke jahat? So jika orang yang bertaubat itu baik, maka bertepatanlah ayat Quran itu pasal lelaki yang baik untuk perempuan baik, betul tak?" kata Ustaz Is penuh makna.
“Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu istri solehah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.”
(HR. Abu Dawud)
Ustaz Man terdiam. (HR. Abu Dawud)
"Ginilah man." Ustaz Is menyambung....
"Ana nasihatkan enta masukkanlah sekali perempuan sosial tu dalam senarai enta. Jika benar itulah jodoh enta, ana yakin enta mampu bimbing dia menjadi muslimah yang solehah.. Itu lebih manis syurganya Insya'Allah..."
8 Comments
suka cerita ni sangat mendalam maksudnya dan sememangnya ada kebenarannya di situ.
ReplyDeletemanis dunia sekejap sana akan kekal juga.salam kenai dari cahayacinta.com
ReplyDeletebetul...
Deletesalam kenal juga =)
menarik kisah ni yaya...banyak pengajaran disitu
ReplyDeletemmg kan..utk renungan bersama..lelaki or perempuan
Deletecüte picture
ReplyDeletehttp://www.sherrylicious7.blogspot.com
Kisah yang menarik. Menjadi pedoman untuk kita semua.
ReplyDeleteKajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!
mudah-mudahan =)
Delete