Monday, 30 September 2013

SELAMAT HARI LAHIR, AYAH!

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ini genap ayahku berumur 51tahun.. ^_^ Di kesempatan ini Yaya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat AYAH yang amat disayangi walaupun beliau tidak melihat@membaca entri didalam blog ku ni..huhu tetap juga mahu wish bufday..

Ayah teringin nak makan kek ni..jadi tolong carikan untuk ayah..huu ni Cake 'Royal Fruit' yang dibeli dari 'The Bakers Cottage'. Sedap! ^_^ boleh beli lagi kek kat situ..ngeee =D

Lepas tu belanja pula mam piza dari Dominos ni..makan panas2 memang sedap..sangat yummy!
^,^ tp xcukup..sebab ni actually guna free kupon..hoho so, dia bagi regular je la..^o^
Xpe..nanti anakmu ni beli lagi ye ayah...hee sedap yeeee =D

Semoga ayah panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezki juga dkurniakan kesihatan yang baik..InsyaAllah..amin ^_^ Saya sayang ayah saya! =>

Sekian, Wassalam =)

Friday, 27 September 2013

DOA PILIHAN : MUDAH MENDAPAT PEKERJAAN

Assalammualaikum w.b.t.
Maksudnya: Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
(Al-Qasas : 24)
Aminn...

Amalkan doa ini untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Insya-Allah Allah akan memberikan petunjuk.

Thursday, 26 September 2013

RENUNGAN : SABAR!

Assalammualaikum w.b.t.
Antara Firman Allah SWT tentang SABAR:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
 [Al-Baqarah:153]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah :155]

“… dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” 
(Al-Baqarah : 177) 

"Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar". 
[Ali Imran : 146]

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” 
(Ali ‘Imran : 200)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.”
 (Muhammad : 31)

"Dan, sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan". 
[An-Nahl : 96]

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya -karena amat banyaknya." 
(Az-Zumar : 10)

"Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu sesungguhnya termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang teguh." 
(As-Syura: 43)

Antara Hadis tentang SABAR:

Dari Anas bin Malik, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Allah berfirman : "Apabila Aku menguji hambaku dengan kedua kesayangannya lalu ia bersabar maka Aku menggantikannya dengan sorga". 
(Hadits ditakhrij oleh Bukhari)

Dari Abu Umamah ra dari Nabi SAW, beliau bersabda : "Allah Yang Maha Suci berfirman : "Hai anak Adam, jika kamu sabar dan mengharapkan pahala pada kejadian pertama, aku tidak merelakan pahala untukmu selain sorga". 
(Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah)

“Sungguh mengagumkan melihat urusan orang mukmin, baginya, semua masalah adalah baik. Dan, sikap yang demikian tidaklah terjadi kecuali oleh orang beriman. Jika dia mendapatkan kebahagiaan dia bersyukur dan itu adalah hal yang baik baginya, dan jika dia mendapatkan keburukan dia bersabar, dan itu adalah hal baik baginya.” 
(HR. Muslim No. 2999, Ibnu Hibban No. 2896)


Begitu bnyak ganjaran, pahala dan kebaikan bagi orang yang banyak bersabar dengan ujian Allah SWT..tidakkah kita mahu menjadi antara salah seorang hambaNYA yang akan dimasukkan ke syurga hanya kerana berSABAR dari ujianNYA..?? Sama-sama kita renungkan..

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 19 September 2013

RENUNGAN : KESALAHAN DALAM SOLAT

Assalammualaikum w.b.t.

Perkara WAJIB yang kita sering lakukan sebagai umat Islam dan sebagai hambaNYA..dan sering kali juga kita kadang-kadang terlepas pandang sesetengah perkara dan mengambil mudah perkara tu..jadi, sama-sama kita baiki dan audit balik solat kita adakah telah betul sempurna solat yang kita lakukan.....?
Jangan sampai kita menjadi antara orang yang celaka dalam solat..seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Ma'un : Ayat 4-5
“Maka celakalah orang yang solat”.
“(Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”
(Surah Al-Ma'un : 4-5)

p/s: AL-FATIHAH..buat pakcik Yaya yang baru meninggal dunia awal pagi tadi hari ni (sebelum subuh) Smoga rohnya dcucuri rahmat dan dtempatkan bsama dgn orang yang beriman. Amin.

Sekian,Wassalam..

Wednesday, 18 September 2013

WORDLESS WEDNESDAY : OFFICE TIMETABLE

Assalammualaikum w.b.t.
*sape punyer time table office cmni???huhu*

P/S: yang pasti bukan Yaya ;p

Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 17 September 2013

SEGMEN 1ST MAMA

Assalammualaikum w.b.t.

Terpikat dengan KECOMELAN melampau pic banner MAMA ni, jadi men-join-kan diri jugak jadi salah seorang peserta dalam segmen MAMA ni..hehe.. Senang je nak join..klik banner bawah ni untuk join jugak jadi salah seorang peserta ye.. ^,^ ngeeee


Tarikh tutup: 30 September 2013

Sekian, Wassalam =)

Monday, 16 September 2013

TIPS HILANGKAN BENGAK KAKI?

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni petang Yaya wat entri..lama da xwat entri sendiri..entri yang selalu keluar pun biase time WW..lepas tu ada sikit entri ilmu untuk dikongsi...lau entri pasal diri Yaya memang payah korang nak jumpa..sebulan tu adalah dalam cume 2-3 je..huhu ;p Bukan pasal apa, cuma xde cerita menarik untuk dikongsi. Lau nak cerita pasal xpuas ati dengan orang, bercerita psal itu ini yang xboleh bagi manfaat untuk orang yang membaca pun xguna juga kan..

Tapi entri yang kali ni pun xde cerita menarik sebenarnya cuma Yaya nak beritahu lately ni Yaya kurang sihat..minggu lepas lau nak tau, Yaya cuma kerja hari Isnin je tau! Hari Selasa sampai hari Jumaat baru2 ni Yaya MC..sebab demam panas..Fuhh..ni baru 1st time MC lepas hampir 3tahun kerja..tu la dier..Yaya lau sekali da kena demam panas memang berhari2 la jwabnya demam tu payah nak kebah..Alhamdulillah sekarang da ok.
         *google*
Esok da boleh kerja...tapi ada masalah 1 lagi..kaki Yaya bengkak..mcm orang pregnant pun ada..kaki tu xboleh nak berdiri,jalan atau ke bawah lama-lama..lau x,memang akan terjadi seperti satu ketumbuhan besar pada kaki..da macam kaki hape nth Yaya tengok..huhuhu >,< sakit sangat..time bjalan memang perlahan giler..ni xtau esok nak kerja camana..=/ Ada orang boleh tolong Yaya ke..TIPS/PETUA nak bagi hilangkan bengkak kaki ni..untuk pengetahuan, tiap malam tido kaki memang letak atas bantal..bukan 1 je..2 tau! huhu...tapi lepas tu tetap sakit..macam xboleh nak hilang sakit ni..doktor punya ubat pon da makan tapi tetap xjalan.hampir seminggu dah ni...=( ada sesiapa boleh tolong...??

Sharing is caring tau! Jangan kedekut ilmu..huhu ;p
Sekian,Wassalam =)

Thursday, 12 September 2013

RENUNGAN : DIA DEKAT!

Assalammualaikum w.b.t.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memnuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 186)

Jika merasa keseorangan, sentiasa ingatkan pada diri bahawa Dia ada, sentiasa menemani!
Jika merasa sedih, sentiasa ingatkan diri bahawa Dia ada, sentiasa melihat!
Jika punya masalah untuk diluah, sentiasa ingatkan diri bahwa Dia ada, sentiasa mendengar!
Jika merasa takut, gelisah, sentiasa ingatkan diri bahawa Dia ada, sentiasa melindungi!

Sentiasa Mengingatinya tidak kira walau dimana sahaja kita berada,walau apa jua sekalipun yang sedang kita lakukan, semasa kita susah mahupun senang, semasa sihat mahupun sakit..YAKIN! DIA sentiasa ADA-DEKAT dengan diri kita, memerhati dan mendengar setiap apa yang kita lakukan..

Renung-renungkan..
Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 11 September 2013

WORDLESS WEDNESDAY : BABY GREEN!

Assalammualaikum w.b.t.
Introduce.....
OMEI x NEW BABY GREEN SHAYER..;p
*another gift from...ehem...^,^*
Sekian Wassalam =)

Tuesday, 10 September 2013

POU SIMPLE GIVEAWAY BY CHIRP-CHIRP

Assalammualaikum w.b.t.

*KLIK BANNER UNTUK JOIN*

Pou Pilihan Yaya pula..
Yaya xreti pe mende pou2 ni..so, just pix up from google..heeee ^_^

2 gadis mangsa tag di bawah ni..xtau samada mereka sudah join or belum ..huuuu

Tarikh Tutup: 17 September 2013
Sekian,Wassalam.. =)

Friday, 6 September 2013

DOA PILIHAN : MOHON KECUKUPAN, KEMUDAHAN DAN LANJUT USIA

Assalammualaikum w.b.t.
Menurut sebahagian ulama, banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membaca dua ayat akhir Surah At-Taubah (yang juga dinamakan dua ayat Tasbih). Di antara ialah:
  • Keperluan hidupnya mencukupi (termasuk rezeki, pakaian dan kediaman).
  • Dapat mempermudah segala urusannya yang sulit dan susah.
  • Menghilangkan perasaan dukacita, resah gelisah dan susah.
  • Sebagai doa mohon panjang umur

Kaedah yang boleh diamalkan adalah dengan cara:

  • Membaca kedua-dua ayat di atas sebanyak 7 kali setiap lepas solat fardhu, atau sekurang-kurangnya selepas solt Subuh dan Maghrib.
Jom..sama2 kita mula amalkan..
InsyaAllah..dengan izin Allah, tiada yang mustahil untuk berlaku..

Sekian, Wassalam.. =)

Thursday, 5 September 2013

Wednesday, 4 September 2013

WORDLESS WEDNESDAY : FLOWER

Assalammualaikum w.b.t.








''Anak itik main dengan anak singa 
1st time dapat bunga..'' ;p 

p/s: 1 kuntum pon ok perr..heeee =D

Sekian,Wassalam =)

Monday, 2 September 2013

1,2,3......SENYUM.. =)

Assalammualaikum w.b.t.

SENYUM..adakah ia satu perbuatan/mimik muka yang sukar untuk dilakukan? Bagi Yaya, senyum tu lah satu-satunya perkara yang paling senang, paling mudah, yang boleh membuat hati merasa senang, boleh juga menyenangkan orang yang melihat, paling penting ia adalah satu SEDEKAH! Dan semua orang tahu sedekah itu adalah antara amal ibadah yang harus kita lakukan. ^_^
So, kat sini Yaya nak share jugak fakta/manfaat SENYUM ni pada diri kita..
5 manfaat yang anda perolehi apabila anda tersenyum

Senyuman itu berjangkit Akibat aktiviti otak yang kompleks yang berlaku apabila anda melihat seseorang tersenyum, senyuman itu boleh berjangkit. Kajian mendapati bahawa dengan melihat seseorang tersenyum akan mengaktifkan kawasan otak yang mengawal pergerakan muka sehingga membawa kepada senyuman. 

Senyuman mengurangkan tekanan Memang tidak mudah untuk tersenyum dalam keadaan tertekan, tetapi dengan tersenyum akan mengurangkan tekanan yang di hadapi. Caranya, apabila anda tertekan, cuba ambil masa 10 minit untuk melihat sesuatu yang membuatkan anda gembira. Mungkin gambar, video atau apa-apa sahaja. Pasti tekanan yang dirasai akan berkurangan. 

Senyuman menguatkan sistem imun anda Dengan tersenyum, sistem imun anda akan bertambah kuat dengan membuatkan badan anda menghasilkan sel -sel darah putih unutk mebantu anda melawan penyakit. Kajian menunjukkan seorang kanak – kanak yang kerap di kunjungi oleh pelawat yang membuatkan dia tersenyum mempunyai sel darah putih yang lebih tinggi daripada kanak – kanak yang tidak di lawati. 

Solekan tampak indah Senyuman merupakan solekan paling cantik. Cukup dengan bersolek nipis sahaja ke pejabat. Senyum lah dengan ikhlas anda pasti nampak lebih menarik. 


Senyuman membahagiakan orang lain Jika seseorang yang anda tidak kenali tersenyum kepada anda dan anda membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung akan terbit rasa bahagia pada orang itu.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)




*nampak Yaya senyum x?hehe*







Sentiasa amalkan untuk awet muda..ok! ^,^

Sekian,Wassalam

Popular Posts