SENYUM..adakah ia satu perbuatan/mimik muka yang sukar untuk dilakukan? Bagi Yaya, senyum tu lah satu-satunya perkara yang paling senang, paling mudah, yang boleh membuat hati merasa senang, boleh juga menyenangkan orang yang melihat, paling penting ia adalah satu SEDEKAH! Dan semua orang tahu sedekah itu adalah antara amal ibadah yang harus kita lakukan. ^_^
So, kat sini Yaya nak share jugak fakta/manfaat SENYUM ni pada diri kita..
5 manfaat yang anda perolehi apabila
anda tersenyum
Senyuman itu berjangkit Akibat aktiviti otak yang kompleks yang berlaku apabila anda melihat seseorang tersenyum, senyuman itu boleh berjangkit. Kajian mendapati bahawa dengan melihat seseorang tersenyum akan mengaktifkan kawasan otak yang mengawal pergerakan muka sehingga membawa kepada senyuman.
Senyuman mengurangkan tekanan Memang tidak mudah untuk tersenyum dalam keadaan tertekan, tetapi dengan tersenyum akan mengurangkan tekanan yang di hadapi. Caranya, apabila anda tertekan, cuba ambil masa 10 minit untuk melihat sesuatu yang membuatkan anda gembira. Mungkin gambar, video atau apa-apa sahaja. Pasti tekanan yang dirasai akan berkurangan.
Senyuman menguatkan sistem imun anda Dengan tersenyum, sistem imun anda akan bertambah kuat dengan membuatkan badan anda menghasilkan sel -sel darah putih unutk mebantu anda melawan penyakit. Kajian menunjukkan seorang kanak – kanak yang kerap di kunjungi oleh pelawat yang membuatkan dia tersenyum mempunyai sel darah putih yang lebih tinggi daripada kanak – kanak yang tidak di lawati.
Solekan tampak indah Senyuman merupakan solekan paling cantik. Cukup dengan bersolek nipis sahaja ke pejabat. Senyum lah dengan ikhlas anda pasti nampak lebih menarik.
Senyuman membahagiakan orang lain Jika seseorang yang anda tidak kenali tersenyum kepada anda dan anda membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung akan terbit rasa bahagia pada orang itu.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)
*nampak Yaya senyum x?hehe*
Sentiasa amalkan untuk awet muda..ok! ^,^
Sekian,Wassalam
19 Comments
nice sharing.. ckj nampak yaya senyum.. hehehe.. yang specialnya orang yg pakai pudah ni, dorang ada 2 senyum.. senyum di mulut dan senyum dimata.. hehehe..
ReplyDelete:)
betul...jelas kelihatan kan.. ^_^
DeleteShark sokong..
ReplyDeleteSnyum tu pn awet muda jugak..
Nk nmpk muda cm kak ton kne le rajin snyum.
haha yezzzaaa ^,^
Deletesenyum itu satu sedekah...senyum jangan tak senyum...
ReplyDeletesenyumm =)
Deleteok.. senyummmm.. ^_________^
ReplyDeletelebar cik na senyum ^_^
Deletetak susah pon nak senyum kann. hikhik.
ReplyDeleteyaya jom join!
"Pou simple giveaway by chirp-chirp""
hehe..
Deleteyee InsyaAllah =)
Senyummmm :)
ReplyDeletep/s bukan tak ingat kat blog cik yaya..tapi puteri pun lama bercuti dari blog :)
hehe..tahuuu ^_^
Deleteautomatik terus nyanyi lagi Senyum..
ReplyDeletep/s : senyum tak perlu kata apa2.. hiks
Senyummmmmmmmmmmm ....heeee :D
ReplyDeleteMudahh tapiii kekadang terlupa ;P kekekekkk ...
hehe cmne leh lupa tu In....?? ^_^
Deletesalam cik yaya..
ReplyDeletesenyummmm...
^______________^
wslm cik anna ^_^
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSenyuman itu berjangkit memang betul sgt2.. prsn tak, dgn org tak kenal, bila dia snyum, kita mesti reply blik snyum.. takpun bila tgk video/filem bahasa asing..tak fhm bhsa dia pun. Tapi bila mimik muka senyum, kita pun mesti tersenyum.. bila sedih, kita ikut sedih.. ^^
senyum..tak periu kata apa2 :)
ReplyDelete