Assalammualaikum w.b.t.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memnuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 186)

Jika merasa keseorangan, sentiasa ingatkan pada diri bahawa Dia ada, sentiasa menemani!
Jika merasa sedih, sentiasa ingatkan diri bahawa Dia ada, sentiasa melihat!
Jika punya masalah untuk diluah, sentiasa ingatkan diri bahwa Dia ada, sentiasa mendengar!
Jika merasa takut, gelisah, sentiasa ingatkan diri bahawa Dia ada, sentiasa melindungi!

Sentiasa Mengingatinya tidak kira walau dimana sahaja kita berada,walau apa jua sekalipun yang sedang kita lakukan, semasa kita susah mahupun senang, semasa sihat mahupun sakit..YAKIN! DIA sentiasa ADA-DEKAT dengan diri kita, memerhati dan mendengar setiap apa yang kita lakukan..

Renung-renungkan..
Sekian,Wassalam =)