Wednesday, 31 July 2013

WORDLESS WEDNESDAY : WISH!!

Assalammualaikum w.b.t.


















PANDAN LAYER CAKE
*ngidam @,@*

p/s: maaf ye.Bukan sengaja nak letak pic makan mase bulan pose ni..xde niat nak bg korang terliuq..huhu.juz nak gtau Yaya tengah ngidam kek atas ni utk tahun ni....umm dapat x agak2 tahun ni??huuu (it's tomorrow!)

Tuesday, 30 July 2013

10 MALAM TERAKHIR

Assalammualaikum w.b.t


Rasulullah SAW bersabda: 
Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” 
(Hadis riwayat Al-Baihaqi).
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.
Wallahua'lam
Lately ni Yaya sangat busy..jadi kurang ada masa untuk update.Tapi sedaya upaya juga online untuk sharing perkara2 yang bermanfaat dan bkunjung ke blog2 kengkawan.. mengeratkan silaturrahim kan ^_^ jangan mara ye kawan2 sekalian..terima kasih sudi datang lagi ke blog Yaya walaupun Yaya belum kunjung blas lagi ke blog kalian..
Jum..dah masuk 10 Malam Terakhir Ramadhan ni..TINGKATKAN AMAL IBADAH kita di masa2 terakhir ni..rebut peluang yang ada..walaupun nak raya tapi amal ibadah jangan diabaikan..semoga segala amal ibadah kita dterima ALLAH S.W.T .InsyaAllah.Amin. Mudah-mudahan =>
Sekian,Wassalam =)

Friday, 26 July 2013

SALAM NUZUL QURAN

Assalammualaikum w.b.t.

Aminn....

Selamat menyambut Nuzul Quran pada seluruh umat Islam.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 17 Ramadhan,dan kita masih lagi berpeluang untuk berpuasa dan menyambut Nuzul Quran. Semoga kita diberi kesempatan lagi untuk melakukan ibadah puasa Ramadhan sehingga akhirnya. InsyaAllah. Semoga juga segala amal ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT.Amin.=)

Nak tambah pahala lagi hari ni? Jom dengar ceramah dalam video kat bawah ni tentang Hikmah Penurunan Al-Quran secara berperingkat-peringkat  ^_^ 

p/s: korang,hari ni dah masuk juz ke berapa baca Quran? baca perlahan-lahan ye.fahamkan makna ayat Quran yang dibaca tu.biar lambat, jangan cepat habis baca tapi tidak faham maksud ayat.semoga mendapat manfaatnya =) InsyaAllah. *peringatan untuk diri sendiri juga.*

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 25 July 2013

RENUNGAN : PERLU SEBAB?

Assalammualaikum w.b.t.

*Sentiasa Muhasabah Diri*
*Perbaiki niat kita setiap hari*
*Lakukan segala perkejaan yang baik semata kerana ALLAH SWT
termasuklah cara kita berpakaian, baik lelaki mahupun wanita..*

Renung-renungkan.....
Sekian, Wassalam...

Wednesday, 24 July 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Assalammualaikum w.b.t.

Separuh bulan sudah berlalu..separuh lagi tinggal....

Sama-sama kita mempertingkatkan amalan..
Sekian,Wassalam..

Sunday, 21 July 2013

ADA APA DENGAN WAKTU MALAM?

Assalammualaikum w.b.t.
Teringat jugak masa kecik2 dulu, bila nak masuk waktu senja atau Maghrib, ibu atau orang tua akan suruh masuk dalam rumah. Tidak elok katanya ada kat luar rumah time Maghrib, senja-senja tu, nanti nampak or kena sorok dengan makhluk halus dan yang sewaktu dengannya..^_^ masa tu, memang diri dah dibiasakan bila masuk waktu senja je, memang akan ada kat rumah dan tutup semua pintu n tingkap.kan? Kadang-kadang perasaan takut tu pulak mula terbawa-bawa sampai la nak tidur.huhu..*Yaya memang penakut giler dulu..sekarang pun tapi da kurang..ngeee;p*

Namun,tahu tak kawan-kawan sekalian, di sebalik kegelapan malam yang diciptakan Allah untukk manusia ada seribu satu rahsia dan nikmat yang Allah bentangkan untuk hamba-hambanya. Dan ketika malam berlabuh, Allah turunkan malaikat untuk turut sama menyampaikan rahmat Allah kepada hamba-hambnya yang taat. Jadi kegelapan malam itu bukanlah untuk ditakuti tapi sebaliknya untuk merebut ganjaran dan mengambil kesempatan untuk beribadah dan berdoa kepada-NYA. Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya di waktu malam ada satu masa yang apabila seorang Muslim meminta kebaikan kepada Allah tepat pada waktu itu, nescaya Allah memberinya".
Pun begitu para ulama membincangkan, ada 4 waktu tingkatan malam yang afdal untuk berdoa. Antaranya:
  1. Waktu tengah malam, iaitu apabila sudah lebih separuh malam (mulai pukul 1.00 malam@pagi)
  2. Sepertiga akhir malam.
  3. Sepertiga dari sepertiga akhir malam.
  4. Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” 

(Surah al-Muzzammil, 1-3) 

 “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman dengan ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin tamak untuk memperoleh keredaan Allah SWT. dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.” 
(Surah al-Sajadah, ayat 15-16)

Jadi rebutlah waktu-waktu itu kerana di situ ada rahmat menanti...
(Sumber: Majalah Al-Islam)
Sekian,Wassalam =)

Thursday, 18 July 2013

RENUNGAN : SOLAT ORANG YANG LALAI

Assalammualaikum w.b.t.


Sama-sama kita renung dan muhasabah diri.
Perbaiki solat kita. =)

Monday, 15 July 2013

10 MASJID PALING INDAH DIDUNIA

Assalammualaikum w.b.t.

Walaupun dah tahu, tetap nak share jugak..hehe..sebab kita bukan ingat sangat MASJID yang mana paling cantik ke..paling mahal ke..ada kat mana suma kann..so, cuci mate jap la ye + add sikit info berkenaan dengan MASJID terindah.sempena hari ISNIN ni..^_^

(klik pic untuk tumbesaran okeyh!)
Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.

Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.

Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.

Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.

Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.

Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha

Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.

Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.
*sumber: yahoo.com*
Bagi Yaya, semua masjid kat dunia ni cantik. Pasti korang setuju dengan Yaya kan.cuma senibina nya sahaja yang membezakan masjid-masjid diseluruh dunia ni..dan itulah yang membuatkan sesebuah Masjid tu kelihatan cantik luar dan dalam juga unik.. Dalam pic kat atas ni pula, kalau tanya Yaya, mana paling2 cantik pastilah Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi yang femes ni.. ^_^ SUBHANALLAH..semua Masjid pun cantik2la.. =)

Sekian, Selamat Menjalani Ibadah puasa
Wassalam.. ^_^

Sunday, 14 July 2013

SEGMEN : "KAD RAYA OH KAD RAYA"

Assalammualaikum w.b.t.

Nak kad raya juga tak -ACIK-? heheeh ;p

Pada sesiapa yang nak kad raya, silalah join SEGMEN dari blog Cik Aisya ni..
Cuma klik je banner kat atas untuk tahu cara untuk join..ok! 
Cepat2 tau..segmen ni sampai 16 Julai 2013 - 12 Tengahari jeee!!

*excited nak kad raya..ngee =D*
Sekian,Wassalam =)

Saturday, 13 July 2013

DOA KETIKA AZAN

Assalammualaikum w.b.t.
Selamat bpuasa kawan2 blogger Yaya sekalian.. =) Hari ni Yaya nak share sesuatu yang kita sudah tahu tetapi kengkadang terlepas pndang juga..berhati2 apabila bercakap ye..lebih-lebih lagi bila sudah dengar azan mula berkumandang..

Beberapa pengajaran doa:

1. Ketika azan berkumandang, janganlah kita berbual-bual, berborak atau bercakap-cakap. Apatah lagi mahu bergelak ketawa dan bergurau senda.
2. Apabila kita mendengar azan dilaungkan, sama ada secara langsung dari masjid atau melalui radio, TV dan lain-lain, kita dianjurkan menjawab azan tersebut.
3. Cara menjawab ialah menyebut kembali setiap satu yang disebut oleh tukang azan. Contohnya apabila tukang azan menyebut: "Allahu Akbar! Allahu Akbar!", kita menjawab: "Allahu Akbar! Allahu Akbar!.
4. Pengecualian ialah apabila tukang azan menyebut "Hayya 'ala sholah" dan "Hayya 'ala falah", maka kita jawab: "La Hawla wa la quwwata illabillah" yang bermaksud "Tiada ada daya dan kekuatan melainkan dengan (kehendak) Allah."
5. Apabila laungan azan ini dijawab dengan sepenuh hati, yakni dengan kekhusyukkan, kefahaman dan pengamalan, maka ia menjadi salah satu saranan yang mendorong ke arah syurga Allah di Hari Akhirat kelak.
Rasulullah saw bersabda:
Apabila tukang azan melaungkan azan lalu ia disambut atau dijawab dengan sepenuh hati, nescaya dia masuk syurga.
(Ringkasan hadis shahih Muslim, no:578)

Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan. Diterangkan juga, sesiapa yang berkata-kata ketika azan (yang membawa perbuatan sia-sia) Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Tentunya tidak dapat menyebut kalimah 'Lailahaillallah' semasa ajal hampir menjemput. Oleh itu sama-samalah kita menghormati laungan azan dam memohon kepada Allah SWT supaya lidah tidak kelu semasa nyawa dicabut. Wallahu'alam..
(Sumber: Majalah dara.com)
Sekian,Wassalam..

Thursday, 11 July 2013

RENUNGAN : KONSEP TUDUNG ISLAMIK

Assalammualaikum w.b.t.



Buat PENDESIGN, PENJUAL & PEMBELI
Berhati-hati la ye...

*Peringatan untuk Yaya sendiri juga..huhu..nasib baikla bukan jenis terikut sangat fesyen berhijab ni..pkai pon biarla murah asalkan menutup seperti yang disuruh oleh syarak. ^,^* ok. 

Lagipun, dalam bulan Ramadhan ni, elok la ubah sikit-sikit cara berhijab tu kepada yang lebih cantik mata memandang..biar orang xpandang,asalkan ALLAH SAYANG <3<3<3 ^_^

Sekian,Wassalam.. =)

Wednesday, 10 July 2013

SALAM 1 RAMADHAN 1434

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..dapat juga sampai ke 1 Ramadhan 1434 hari ni..SELAMAT BERPUASA ye pada semua.. =) da berapa kali wish dah ni..hehe xpela..hari2 wish pon xde masalah kan ;p
Malam tadi sudah bermula Terawih..dan dah boleh mula juga bertadarus Al-Quran..Yaya plan nak khatam dalam bulan Ramadhan ni..sekali dengan terjemahannya. Adalah lebih elok jika kita baca Al-Quran dengan faham maknanya sekali kan..pasti lebih terkesan dihati dan pada diri juga..=) Apa plan korang..xpe.xkisah apa pun amal ibadah yang dirancang, semoga segala amalan kita diterima oleh-NYA. Yang penting niat kita. Mesti ikhlas, bukan sebab nak tunjuk pada manusia kita banyak buat amal ibadah ke apa ke..

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lakukanlah segala amal ibadah kita tu dengan sebaik mungkin, yang terbaik, walaupon sedikit tapi berterusan dan mudah2an amalan tu akan berterusan walaupun habis bulan Ramadhan. Itulah yang terbaik. Jika ada seseorang yang nak berubah kepada yang lebih baik, bulan Ramadhan merupakan antara bulan terbaik untuk bermula, sebab kita dah biasakan diri selama sebulan dan bila diri dah terbiasa melakukan kebaikan tu, pasti kita akan terkesan pada diri dan sekaligus menarik diri kita untuk terus-menerus lakukannya.InsyaAllah.Jika orang tu betul2 ikhlas, pasti Allah SWT akan permudahkan segalanya. 

Firman Allah SWT bermaksud: 
"Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya.
(QS Al-Kahfi:7-8). 

Daripada Aisyah R.Ha, Nabi SAW bersabda: 
“ Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan  kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling sedikit Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” 
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Selamat berpuasa semua =)
Sekian,Wassalam..

Monday, 8 July 2013

MISI RAYA?

Assalammualaikum w.b.t.

Memang melampau kann..pose pon belum ni sibuk nak raya..siap ade misi plak tuh?! Ceh! =_=" huuu.. Well, xde misi sangat la..Yaya lebih suka nak pose..bukan nak raya..tapi ikut mak Yaya je..so,dah alang2, Yaya pon sekali la..

Apa benda yang ikut mak Yaya je ni...? hehe mak Yaya la..suh teman cari baju untuk raya tahun ni..nak buat baju dah xsempat..kain pon xde beli..ngee dah..mak Yaya plak xsabo nak raye ke? hehe xdelaa..cian kat mak Yaya. Dia kate xnak berjalan time pose, takut penat. Lagipun mak Yaya memang kurang sihat sikit, jadi Yaya setuju je la ikut 'sopping' cari baju untuk mak. ^_^ tapi masa mak bali tu Yaya teman n survey dulu je mana yang mura,cntik...almaklumlah, baju bukan pakai untuk raya je..pegi majlis apa2 pun boleh..kan =)

eh,lupa nak gtau..maaf pada kengkawan blogger yang Yaya belum kunjung balas ni..sekarang kekurangan masa untuk buka internet..bukan internet je,buka laptop pon xde masa @,@ wuuu..ni curi masa kt office..amboi! sangat xpatut!jangan tiru sikap ini..xde lama pon..Yaya jap2 je curi tengok..erk..yekeeee ;p

Malas nak taip panjang2..layan gambar sambil Yaya 'bercerita' bleh x?hehe Ala..korang kan suke tngok gambar kan..xdela ngntuk sangat baca huhu

Sabtu (27 Syaaban 1434)
Lokasi 1: Plaza Alam Sentral,Shah Alam
Terpedaya dengan iklan disurat khabar, jadi pergi la beli kat sini..from Butik Peace..ala yang iklan dia kate ada baju saiz XXS-XXXXXXL..huhu bpe bnyk XL pun Yaya xtaula..mak nyer saiz susah sikit nak cari,ade, tapi mak xberkenan pula..mak xsuke jenis bnyk manik2..glamor sgt katenyer.. ^o^ 
Rege pon bleh tahan kat Peace ni =)

Lokasi 2: Giant, Sek.13, Shah Alam
Boleh agak x siapa yang nak beli ni..?hahaha ;p
Beli tuk mkan sendiri..tapi plan jugak beli utuk raya nanti..ngee =D (bleh la plak kannn)

Lokasi 3: Aeon Jusco, Klang
P singgah Jusco plak..atas tu my luvly mummy..weee ^o^ pergi jap je..xlame pon...cuci mate tengok lau ada yang mura..tapi hampe..
Baju biasa je tapi harga mak aii...xberbaloi Yaya lau beli..huhu ;p 
tapi yela kan..lain mate, lain rase..

RM10-3pcs
Mak beli pin yang matching dengan baju baru beli kat Peace tu.. ^,^ nak sedondon aje..huh

Yang ni xde kene mengena dengan raya..ahhaah..^,^
nampak ada booth Herbalife kat dalam Aeon tu..then, dia kate untuk cek berat tinggi n tahap metabolisme badan semua just bayo RM2 then dengar dia terang sikit2..macam yang korang leh tengok kat atas ni la..
Dia kate prob Yaya ade 2 je..dan penyelesaiannya Yaya perlu mkan banyak..hoho..agak dahh =_=
Lama da Yaya dengar pasal shake herbalife tu tapi bila dengar dia promote tu macam nak plak..haha..tapi belum ada kemampuan nak beli.. >,< tunggula nanti..lau ade rezki lebih
nak rase perisa strawberi ;p
p/s: ada sesape pengalaman dengan shakelee ni?ok ke?

Ahad (28 Syaaban 1434)
Lokasi 1: Kedai Borong Makanan Ringan, Jalan Pasar Klang (Meru)

Survey tempat nak beli kerepek dan makanan ringan lain..haha..
Raya untuk menambah lemak je =_= ngeeee (sila jangan tiru sikap ini..huh)
Memang murah sangat2..cume rase nyer xtaula camana kannn..
Muruku..fevret orang ramai ;p
Kerepek Bawang - fevret Yaya..haha
Kerepek Ubi - hamik ko besar punyer pack..ngeee =D
Ni pon ade..wahahah lama xmakan >o<
Baru punye ke?Yaya xpernah tgok pon..kelaka pon ade..berbentuk2..huhu 
1 bekas kecik ni..mahal sikit..RM7++
Sapa pernah makan?Sedap ke?lau gula2 da tntu la sedap kann.. ^,^
Ok DONE! ehh ni bukan Yaya punye..hahaha..ni orang punyer Yaya curi snap! ;p
Yaya beli 1 brang je..untuk makan sendiri..nak raya nanti baru la pergi membeli belah kat sini..^_^

Lokasi 2: Seksyen 7,Shah Alam
Singgah kedai jual bahan kek jap..nampak mende alah ni..boleh la beli nanti..cer try wat..
untuk raya..ngeee..nyummy..lau cantik n sedap,boleh buat untuk raya,lau sebaliknye, makan sendiri la jawabnya..hahahahah ;p 

FINALLY!
2 helai baju sudah berjaya di-'GRAB' di kawasan ini..^,^
Setelah lama meng-usha dan xdapat ditahan lagi..
takut nanti baju semua SOLD OUT..jadi sebelum nangis, Yaya g la beli..

Harga ok la..korang tau ke pasal ASHANIM ni?bleh lawat dorang kat FB juga..Klik je kat link atas pic tuu ye..Baju semua besh2..! ^_^ Nak beli o9 pon boleh..tau ^,^ Yaya beli yang mana?haaa
PEPLUM LONG DRESS-MUSTARD (RM64)
JUBAH DIAMOND CINDERELLA - BLACK (RM89)
(Sumber picture:FB Ashanim)
2helai baju tu je Yaya mampu beli..cantik sangat..lagipun xpernah pakai jubah dengan peplum.dah try. ok la kot..huhu Ada banyak warna lagi. Lau korang berminat, boleh la cuci mate g tengok kat page FB Ashanim ni ye ^_^ Lau pergi kat kedai dia sendiri ada diskaun 10% ^o^ Ada stock baru juga tapi Yaya xdela beli.. Cantik jugak tau! Pic nye macam kat bawah ni:
PEPLUM LACE KURUNG - PURPLE (RM89)
Suka warna Purple ni..heeeee =D Ada warna2 lain juga =)

Alhamdulillah..ade lagi bajet ni..bleh beli untuk tudung yang sesuai pula..ngeee.
Tapi tu tunggu bbrapa hari nak raya baru beli..awal lagi lau nak beli sekarang.betul x? huuuu..

PERTAMA KALI
Nasi Telur Berlada + sayur campur goreng
Lau bulan lepas ada update tentang pertama kali..kali ni untuk bulan Julai pula..hehe
Gambar makan? sapa makan ni?banyak giler..huhu
sapa lagi.yang amik gambo ni la..;p makanan cukup untuk 2 orang makan..serius dalam tahun 2013,ni 1st time makan nasi bnyk ni..dan makan seorang diri..huhu >,<
(xhabis pon,sayang...tlalu bnyk nasi..pwot da xbleh masuk makanan)

Ok..tu je yang sempat Yaya update..thanks singgah blog Yaya..;p
Sekian,Wassalam =)

Friday, 5 July 2013

RINDU KEDATANGANNYA...

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Jumaat bersamaan dengan 26 Syaaban 1434h..Alhamdulillah Allah SWT Maha Pemurah, Maha Penyayang masih lagi memberi diri ini bernafas hingga ke hari ni..tapi untuk saat selepas ini tidak tahu lagi sama ada masih lagi diberi kesempatan seperti hari ini. Tiada siapa yang tahu melainkan NYA..Tuhan yang menggenggam jiwa seluruh makhluk ciptaanNYA..

Dari Kedatangan Bulan Rejab lagi diri ni sudah seperti xsbar menunggu kedatangan bulan yang penuh barakah, Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini.^_^ bukan nak menunggu waktu tibanya hari RAYA..tapi nak merasai keberkatan bulan Ramadhan itu sendiri..Yaya pasti pasti korang pun merasakan perkara yang sama kan? Bila masuk bulan Ramadhan, setahun sekali je, akan rasa kelainan. Antara salah satu sebabnya adalah amalan sunat yang lebih banyak dilakukan sepanjang bulan Ramadhan..salah satunya ialah Solat Sunat Terawih..=)

Lagi, bulan Ramadhan ni terasa lebih tenang berbanding bulan-bulan yang lain..bukan nak kata bulan lain xtenang tapi mungkin disebabkan keberkatan yang ada dalam Bulan Ramadhan itu sendiri.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah : 183)

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Krena itu, barang siapa diantara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah…" 
(QS. Al-Baqarah : 185)

Oh Ramadhan,
kedatanganmu semakin hampir,
rinduku padamu semakin menggila,
kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,
kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.

Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,
supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,
Al quran, akan sentiasa ku bawa,
mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama

Bebarapa hari lagi tersisa
bekalan akan ku persiapkan secukupnya
kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta
cinta pada yang Maha Esa.
(copy dari iluvislam.com)

Semoga diri ini dapat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi ni dan berharap dapat menyempurnakan kewajiban dalam waktu sebulan Ramadhan kali ini. Mari kita start 'planning' segala amalan sunat yang hendak dilakukan sepanjnag bulan Ramadhan ni..^,^ semoga kita semua dilimpahkan Rahmat dan Keberkatan dari NYA dan segala amal ibadah diterima di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah yang bakal tiba ni.amin.InsyaAllah..

p/s: akan buat entri2 yang dapat memberi manfaat untuk pembaca sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni.^_^

Sekian,Wassalam..=)

Thursday, 4 July 2013

RENUNGAN : HARGAILAH!

Assalammualaikum w.b.t.


Sama2 kita renungkan....
*Peringatan untuk diri sendiri*

Sekian,Wassalam...

Wednesday, 3 July 2013

WORDLESS WEDNESDAY - COUNTDOWN!

Assalammualaikum w.b.t.


p/s: xsabar nak masuk bulan pose ^_^

Sekian,
Wassalam =)

Popular Posts