Teringat jugak masa kecik2 dulu, bila nak masuk waktu senja atau Maghrib, ibu atau orang tua akan suruh masuk dalam rumah. Tidak elok katanya ada kat luar rumah time Maghrib, senja-senja tu, nanti nampak or kena sorok dengan makhluk halus dan yang sewaktu dengannya..^_^ masa tu, memang diri dah dibiasakan bila masuk waktu senja je, memang akan ada kat rumah dan tutup semua pintu n tingkap.kan? Kadang-kadang perasaan takut tu pulak mula terbawa-bawa sampai la nak tidur.huhu..*Yaya memang penakut giler dulu..
Namun,tahu tak kawan-kawan sekalian, di sebalik kegelapan malam yang diciptakan Allah untukk manusia ada seribu satu rahsia dan nikmat yang Allah bentangkan untuk hamba-hambanya. Dan ketika malam berlabuh, Allah turunkan malaikat untuk turut sama menyampaikan rahmat Allah kepada hamba-hambnya yang taat. Jadi kegelapan malam itu bukanlah untuk ditakuti tapi sebaliknya untuk merebut ganjaran dan mengambil kesempatan untuk beribadah dan berdoa kepada-NYA. Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya di waktu malam ada satu masa yang apabila seorang Muslim meminta kebaikan kepada Allah tepat pada waktu itu, nescaya Allah memberinya".
Pun begitu para ulama membincangkan, ada 4 waktu tingkatan malam yang afdal untuk berdoa. Antaranya:
- Waktu tengah malam, iaitu apabila sudah lebih separuh malam (mulai pukul 1.00 malam@pagi)
- Sepertiga akhir malam.
- Sepertiga dari sepertiga akhir malam.
- Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.”
(Surah al-Muzzammil, 1-3)
“Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman dengan ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin tamak untuk memperoleh keredaan Allah SWT. dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.”
(Surah al-Sajadah, ayat 15-16)
“Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman dengan ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin tamak untuk memperoleh keredaan Allah SWT. dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.”
(Surah al-Sajadah, ayat 15-16)
Jadi rebutlah waktu-waktu itu kerana di situ ada rahmat menanti...
(Sumber: Majalah Al-Islam)
Sekian,Wassalam =)
23 Comments
seorang wali allah beribadat dengan wuduk isya' dan subuh yang sama selama 40thun smata2 merbut kelebihan dan gnjaran beribadat pada tgh malm., kerana mengthui bsarnya kelbihn ibdat pd mlm hri.., wallhualam.., (maksudnya dia tak tidur mlm hnya untuk bribadat) :D
ReplyDeletemacam pernah dgr juga tu... =)
Deletegood sharing
ReplyDelete=)
Deleteterima kaseh Yaya.
ReplyDeletejom layan Uptown Tmn Selat Butterworth.http://www.gilamodified.com/2013/07/audioshow-uptown-taman-selat.html
same =)
Deletedulu takut jgk sekarang xtakut dah.. hebatnya rahsia malam ye..
ReplyDeleteye cik na.. =)
DeleteGo tahajud, go sujud. smangat beribadah di malam hari.. walau malas tapi nilainya sangat besar, jadi harus maksain paya terbiasa. :D
ReplyDeletesalam knal mbak dari Bogor
salam kenal =)
Deletesalam cik yaya..
ReplyDeletenice sharing..
waktu malam2 memang tenang sangat
untuk berhadapan dengan Allah :)
wslm...
Deletebtul..mlm wktu yg snyp dan sunyi adlh wktu paling baik utk mghadap Allah..=)
semoga sama2 doa kita dimakbulkan :)
ReplyDeleteInsyaAllah..jgn pernh bhenti bharap dgn NYA.. =)
Deletethnks cik yaya utk perkongsian ni.. =)
ReplyDeleteterima kasih tau sebab berkongsi yaya :)
ReplyDeletesame2 =)
Deletesalam cik yaya..
ReplyDeletejom kesini tengok keputusan..
KEPUTUSAN? http://annamariana1989.blogspot.com/2013/07/kad-raya-keputusan.html
wslm... =)
DeleteSalam.
ReplyDeleteYaya.. kita bab tutup tingkap bila senja tu, kita la otainya..asyik2 kita je yg kena tutup tingkp (T__T) dah..knapa mengadu plak ni,hehehe
Malam, suasanya tenang..sunyi.. kita lebih mudah fokus, termasuk dlm soal beribadat ^_^
wslm...
Deletehaha tau xpe..;p
btul..sbb mlm wktu org semua da tdo..tu la yg pling tenang tu..=)
Betul tu Yaya. Tapi kita ni liat juga sebenarnya. Huhu~ Thanks for sharing!
ReplyDelete=)
Delete