Saturday, 13 July 2013

DOA KETIKA AZAN

Assalammualaikum w.b.t.
Selamat bpuasa kawan2 blogger Yaya sekalian.. =) Hari ni Yaya nak share sesuatu yang kita sudah tahu tetapi kengkadang terlepas pndang juga..berhati2 apabila bercakap ye..lebih-lebih lagi bila sudah dengar azan mula berkumandang..

Beberapa pengajaran doa:

1. Ketika azan berkumandang, janganlah kita berbual-bual, berborak atau bercakap-cakap. Apatah lagi mahu bergelak ketawa dan bergurau senda.
2. Apabila kita mendengar azan dilaungkan, sama ada secara langsung dari masjid atau melalui radio, TV dan lain-lain, kita dianjurkan menjawab azan tersebut.
3. Cara menjawab ialah menyebut kembali setiap satu yang disebut oleh tukang azan. Contohnya apabila tukang azan menyebut: "Allahu Akbar! Allahu Akbar!", kita menjawab: "Allahu Akbar! Allahu Akbar!.
4. Pengecualian ialah apabila tukang azan menyebut "Hayya 'ala sholah" dan "Hayya 'ala falah", maka kita jawab: "La Hawla wa la quwwata illabillah" yang bermaksud "Tiada ada daya dan kekuatan melainkan dengan (kehendak) Allah."
5. Apabila laungan azan ini dijawab dengan sepenuh hati, yakni dengan kekhusyukkan, kefahaman dan pengamalan, maka ia menjadi salah satu saranan yang mendorong ke arah syurga Allah di Hari Akhirat kelak.
Rasulullah saw bersabda:
Apabila tukang azan melaungkan azan lalu ia disambut atau dijawab dengan sepenuh hati, nescaya dia masuk syurga.
(Ringkasan hadis shahih Muslim, no:578)

Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan. Diterangkan juga, sesiapa yang berkata-kata ketika azan (yang membawa perbuatan sia-sia) Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Tentunya tidak dapat menyebut kalimah 'Lailahaillallah' semasa ajal hampir menjemput. Oleh itu sama-samalah kita menghormati laungan azan dam memohon kepada Allah SWT supaya lidah tidak kelu semasa nyawa dicabut. Wallahu'alam..
(Sumber: Majalah dara.com)
Sekian,Wassalam..

16 comments:

  1. btol tu..hormati azan..thanks for sharing this info :)semoga sama2 kita mendapat manfaat darinya..

    ReplyDelete
  2. Nice Sharing...
    Thanx for sharing Cik Yaya...~

    ReplyDelete
  3. perkongsiaan yang bermanfaat. Thanks yaya :)

    ReplyDelete
  4. perkongsiaan yang bermanfaat. Thanks yaya :)

    ReplyDelete
  5. kalau azan tu clear mmg jawab la.. tp kalau tak clear takut salah lak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..samela yaya pon..
      tp yg pasti,lau yg xclear tu.bila xde dgr sore lg,trus la doa lepas azan tu =)

      Delete
  6. betul tu kadang2 terlepas pandang.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene sntiasa perbaiki diri.. ^_^

      Delete
  7. Ye betul tu, kita sebagai orang Islam kena la hormati azan. Kalau tengah cakap tu tak salah pun diam sekejap. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tp tu la.kdng syiok sgt bckap smpi xsempt nk benti..huuuu

      Delete
  8. salam cik yaya..
    perkongsian yang sangat baik :)

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016