Wednesday, 10 July 2013

SALAM 1 RAMADHAN 1434

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..dapat juga sampai ke 1 Ramadhan 1434 hari ni..SELAMAT BERPUASA ye pada semua.. =) da berapa kali wish dah ni..hehe xpela..hari2 wish pon xde masalah kan ;p
Malam tadi sudah bermula Terawih..dan dah boleh mula juga bertadarus Al-Quran..Yaya plan nak khatam dalam bulan Ramadhan ni..sekali dengan terjemahannya. Adalah lebih elok jika kita baca Al-Quran dengan faham maknanya sekali kan..pasti lebih terkesan dihati dan pada diri juga..=) Apa plan korang..xpe.xkisah apa pun amal ibadah yang dirancang, semoga segala amalan kita diterima oleh-NYA. Yang penting niat kita. Mesti ikhlas, bukan sebab nak tunjuk pada manusia kita banyak buat amal ibadah ke apa ke..

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lakukanlah segala amal ibadah kita tu dengan sebaik mungkin, yang terbaik, walaupon sedikit tapi berterusan dan mudah2an amalan tu akan berterusan walaupun habis bulan Ramadhan. Itulah yang terbaik. Jika ada seseorang yang nak berubah kepada yang lebih baik, bulan Ramadhan merupakan antara bulan terbaik untuk bermula, sebab kita dah biasakan diri selama sebulan dan bila diri dah terbiasa melakukan kebaikan tu, pasti kita akan terkesan pada diri dan sekaligus menarik diri kita untuk terus-menerus lakukannya.InsyaAllah.Jika orang tu betul2 ikhlas, pasti Allah SWT akan permudahkan segalanya. 

Firman Allah SWT bermaksud: 
"Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya.
(QS Al-Kahfi:7-8). 

Daripada Aisyah R.Ha, Nabi SAW bersabda: 
“ Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan  kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling sedikit Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” 
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Selamat berpuasa semua =)
Sekian,Wassalam..

34 comments:

  1. Betul pun... In pun nak baca Al-Quran sekali terjemahannya supaya lebih terasa di hati ni.. Huhu .. Salam marhaban ya ramadan :) Maaf lama tak jenguk sini! Huhuhu

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik. Selamat berpuasa buat yaya sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih yaya sebab berkongsi artikel bermanfaat ni :)

    ReplyDelete
  4. yezzza kaut pahala byk2 smga kita semua akan terus diberi kesihatan yg baik utk terus beribadah
    slm ramadhan yaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...
      slm ramadhan juga zila ^_^

      Delete
  5. Salam Ramadhan & selemat berpuasa buat cik yaya sekeluarga..moga ramadhan kali ni memberi seribu makna buat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt bpuasa juga buat cik lily sekeluarga ye =)\InsyaAllah..same2la kita

      Delete
  6. salam cik yaya..
    nice sharing :)

    ReplyDelete
  7. plan? biasalah bulan ramadhan semua org terkejar2 akan pahala ramadhan tu.. masing2 berlumba-lumba nak tingkatkan amal ibadah dan mendekatkan lagi diri kepada Allah. Cuma mudah-mudahan diri ni istiqamah lah.. bukan bulan puasa je.. insyaAllah..

    tp awal2 puasa lagi niat dah tertangguh.. Cik yaya, paham2 je lah.. hehe..

    ReplyDelete
  8. sama-sama kita mengumpul ganjaran. Selamat berpuasa Yaya :)

    ReplyDelete
  9. Selamat Berpuasa cik Yaya~ Rasanya rizal dah wish, tapi Rizal nak wish jgk lagi skali~ hehe :D

    ReplyDelete
  10. selamat ramadhan cik yaya, semoga bisa melewati ramadhan dengan penuh makna

    ReplyDelete
  11. betul tu, dibulan ramadhan nilah kita ambil kesempatan berlumba2 membuat amalan dan kebajikkan...

    ReplyDelete
  12. Selamat Berpuasaaaa kak yaya .. hikhik.

    ReplyDelete
  13. Salam Ramadhan dan Selamat menjalankan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  14. selamat berpuasa juga yaya.. semoga segala amalan kita diberkati.. ;)

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan. Banyaknya ganjaran pada bulan Ramadhan. :) Tinggal kita nak grab or tak je kan.

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016