Sunday, 28 April 2013

DIET!

Assalammualaikum w.b.t.

Minggu ni Yaya malas masak, jadi xde resepi nak share..hehe..lehhhh, macam la orang tengah tunggu Yaya punye resepi kann =_=" huuuu Tapi Yaya nak share something yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang agar lebih mengamalkan cara hidup yang lebih sihat. InsyaAllah =)
Seperti tajuk entri Yaya, DIET! Kengkawan semua tau kan Yaya ni camana...hehe.. tau ke.. ?? ;p Bila update entri makan je mesti ada sangkutkan serba sedikit pasal kalori la, DIET la..tapi Yaya tengok xramai jugak orang yang tahu tentang maksud sebenar DIET ni..sebab macam Yaya sendiri sebelum ni pun salah paham tentang maksud sebenar DIET..bila search kat Internet, baru tahu maksudnya yang sebenar.
DIET sebenarnya bukanlah bermaksud kurangkan makan, atau TIDAK makan atau yang sewaktu dengannya macam yang korang sangka sebelum ni, DIET bermaksud PENGAMBILAN MAKANAN OLEH INDIVIDU.. dan kalau DIET SEIMBANG pula bermaksud PENGAMBILAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI SEMUA NUTRIENT seperti dalam piramid makanan tu..yang mengandungi PROTEIN, LEMAK, KARBOHIDRAT, VITAMIN, GARAM MINERAL, AIR dan PELAWAS dalam kuantiti yang diperlukan.

Kalau korang perasan, sesiapa yang pernah jumpa doktor tu, kalau kurang sihat, doktor selalunya sebut amalkan diet yang seimbang, atau pemakanan yang sihat..so, DIET bermaksud, pengambilan makanan dan ianya bukanlah bermaksud kurangkan makan atau tak makan.ok. Sila faham betul2..

Macam Yaya sendiri, Yaya amalkan DIET juga. Sebolehnya cuba untuk mencukupkan kesemua nutrient yang diperlukan macam dalam piramid seperi yang kita tahu. Kurang makan or xmakan pon xboleh juga cuma perlu mengurangkan kuantiti makanan. Contoh kalau sebelum ni makan 2 cawan nasi, kurangkanlah 1 cawan..dan sebaiknya lebihkan lauk@sayur lebih. Biar nasi tu sedikit. Lauk tu pula jangan la ambil makanan yang bergoreng or berminyak, pilih makanan yang berkuah@sup, stim or bakar. Itu lebih sihat.
Lebihkan makan buah dan sayur-sayuran

Sekarang Yaya kalau makan berlauk akan lebihkan lauk dan sayur lebih dari nasi..nasi tu pun kadang macam xnamak kat pinggan sebab ambil sayur lebih..hehe. Dan sebelum makan tu pula minum 1 cawan air suam/kosong atau buah2an dahulu. Tunggu beberapa minit atau setengah jam baru makan yang berat. Cara ni untuk mengelakkan korang makan banyak sebab buah dan air ni kan boleh mengenyangkan perut..dan cara ni memang berkesan.
Pilih mana? ^_^

Kalau xpercaya, boleh la try. Lepas ni sebelum makan, korang minum air kosong 1 cawan dulu..baru makan yang berat. Dan pastikan makan tu jangan ambil banyak, sebab nanti lau perut da terasa penuh, korang dah bazikan makanan yang dah diambil tu..hehe ok? =)
Katakan TIDAK pada makanan yang tinggi kalori!

Selamat mengamalkan DIET yang sihat. Mulakan dari sekarang. Jangan tunggu sampai badan dah semakin banyak penyakit baru mula nak menjaga makan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati! Ingat ye, MAKANAN ITU PUNCA SEGALA PENYAKIT!..Sama2 kita amalkan DIET yang seimbang ye kawan2 ku sekalian. Makanan kat luar tu memang sedap, tapi yang sedap tu la yang paling bahaya. Lagi 1, Yaya terlupa, sebelum makan baca BISMILLAH ye..sebab antra manusia ni makan banyak or makan xhingat dunia! adalah terlupa memulakan makan dengan menyebut nama Allah. Makanan yang dimakan tidak disebut nama Allah sesungguhnya syaitan turut makan bersama. Sebab tu kdang orang makan xkenyang2..perasan x? Tolong jaga perut anda juga ye..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata Rasulullah saw bersabda:
“Orang muslim itu makan dengan SATU perut, sedangkan orang kafir dengan TUJUH perut”.
H/R Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan selainnya 

Semoga info Yaya hari ni dapat korang manfaat dan amalkan.
Sekian,Wassalam =)

Thursday, 25 April 2013

RENUNGAN - ILMU

Assalammualaikum w.b.t.


Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.
( Riwayat al-Bukhari )

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
( Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi ) 

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasullullah s.a.w.: "Menuntu ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."( Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la ) 

Daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a., nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) 

Daripada Sa’ad bin Abu Waqqas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak."
( Riwayat al-Hakim )

Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna." 
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban) 

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kelebihan seorang berilmu dengan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang paling rendah darjatnya dikalangan kamu." 
( Riwayat al-Tirmizi ) 

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui; kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat." 
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." 
( Riwayat al-Bukhari ) 

Sama2la kita muhasabah diri, jangan pernah putus asa dalam mencari ilmu, lebih2 lagi ilmu agama Allah SWT..mencari ilmu ni bukan setakat pergi belajar di sekolah, universiti atau di tempat kerja, tapi di mana2 saja ilmu itu kita boleh dapat. Contoh di televisyen, radio, buku, majalah, dengan seseorang yang berilmu dan lain. Cuma beza nya perlu tengok apa ilmu yang kita dapat tu, semoga ianya memberi manfaat untuk diri kita dan juga dapat sampaikan pada orang lain.

Renung2kan.
Sekian,Wassalam =)


Sunday, 21 April 2013

RESEPI : COKLAT KE PUDING...???

Assalammualaikum w.b.t.

Yeaa..ade jugak Yaya update entri..xtau nak update apa aktiviti yang paling latest untuk dikongsi dengan member bloggerku sebelum ni..haa..nak wat coklat ke puding ni..tengok pic cam puding..cam coklat pon iyer..huuuu actually ni puding ok! hari ni rajin nak buat puding (puding sajeee..), dan untuk pengetahuan, puding ni sangat senang untuk dibuat, mudah, cepat dan sangat MOIST CHOCOLATE! sangat yummy..nak try buat x? tengok resepi kat bawah ea... ^_^

Sebelum tu leh cuci mate tengok PUDING COKLAT yang Yaya ambil dari MR.GOOGLE. ^o^


Nyummy nyerrr..!! ^,^

PUDING COKLAT

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Sedikit Emulco choc (optional)

Cara-cara
-Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
-Masukkan butter, kacau hingga pekat.
-Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai. (Yaya guna acuan yang buat coklat tu..cantik dan nampak yummy! mmg sodap dimakan..hehe )
-kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan. <--kate tuan punya resepi..huu
sumber: myresepi.com 
Ni antara Yaya punye acuan..ngeh ngeh ngeh...;p
Puding Coklat yang moist..bukan coklat tau..hoho pasni nak wat cam kek la..Kek Puding Coklat..yummy!
^o^
Selamat mencuba ye!
Sekian,Wassalam =)

Friday, 19 April 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 7 & 8

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat sahabat bloggerku sekalian..hari ni nak sambung lagi entri ni..xmau bebel panjang..Selamat Membaca..semoga dihari suci ni kita dapat manfaat dan mengamalkannya bersama2 =)

Orang Yang Melakukan Solat Subuh Dan Asar Secara Berjemaah
Berkumpulnya para malaikat itu pada waktu solat Subuh dan Asar merupakan salah satu bentuk kelembutan Allah SWT kepada hamba-hambaNYA yang beriman. Ia juga menunjukkan suatu bentuk kemuliaan yang Allah SWT berikan terhadap hamba-hambaNYA, iaitu dengan mengumpulkan para malaikat disisi mereka serta membiarkan para malaikat itu bersama mereka pada waktu-waktu untuk beribadah kepada Tuhan, sehingga malaikat itu akan memberikan pelbagai kebaikan yang mereka saksikan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Silih berganti datang kepada kamu malaikat malam dan malaikat siang, mereka berkumpul pada waktu solat fajar dan solat Asar. Kemudian naiklah malaikat yang telah bermalam padamu, lalu Tuhan bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu meninggalkan hamba-hamba Ku? Maka mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka sedang mengerjakan solat dan kami datangi mereka pun sedang mengerjakan solat.:
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Istimewa Solat Subuh:
1. Disaksikan oleh para malaikat berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh, Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
-Surah al-Israk: 78-

2.Bebas dari terkena air kencing syaitan. Telah diceritakan kepada Rasulullah saw mengenai satu kejadian di mana sseorang yang tidur sampai pagi hari sehingga tidak mendirikan solat. Rasulullah saw berkata:
“Syaitan telah kencing di telinganya.”
(HR Bukhari)
3.Menjadi suatu tanda kemenangan melawan godaan syaitan.
4.Pahalanya seumpama mendirikan solat satu malam. Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa mengerjakan solat Isyak berjemaah seolah-olah dia sudh solat setengah malam. Sesiapa solat subuh berjemaah dia seolah-olah melaksanakan solat malam suntuk.”
(HR Bukhari)
5.Memperoleh cahaya terang pada hari kiamat. Sabda Rasulullah saw:
Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat.”
(HR Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibn Majah)
6.Diampunkan dosa-dosanya. Diriwayatkan daripada bapanya Sahl bin Muadz bin Anas al-Juhani, dia berkata, Rasulullah saw bersabda: 
“Sesiapa yang tetap duduk di tempat solatnya selepas menunaikan dua rakaat solat Subuh sehingga melaksanakan solat Dhuha, dan dia tidak berkata-kata kecuali kata yang baik, dosanya diampunkan oleh Allah SWT sekalipun dosanya lebih banyak drpda buih di lautan.”
(HR Abu Dawud)
7.Diselamatkan daripada neraka.
8.Mendapat jaminan syurga. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa mendirikan solat pada dua waktu yang dingin, iaitu solat Isyak dan Subuh, dia akan memasuki syurga.”
(HR Bukhari).
9.Dilapangkan rezki oleh Allah SWT.
10.Mendapat perlindungan Allah SWT.
11.Mendapat pahala seperti menunaikan ibadat haji dan umrah. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian solat Dhuha, maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah secara sempurna, sempurna, sempurna..”
(HR at-Tirmizi)
12.Beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw bersabda dan seterusnya berdoa:
“Ya Allah, berkatilah umatku pada pagi hari mereka.”
(HR Abu Dawud, at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Orang Yang Mendoakan Saudaranya Tanpa Pengetahuan Orang Yang Didoakan

Daripada Abu Darda'RA, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Setiap Muslim yang mendoakan saudara seagamanya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan oleh malaikat dengan berkata, "Engkau juga akan mendapat seumpamanya."
(HR Muslim)

Menjaga ikatan persaudaraan sesama Islam seperti:
1. Seorang Muslim itu perlu memberitahu temannya bahawa dia kasih kepadanya. Dalam hal ini Nabi saw menjelaskan:
"Jika seseorang itu kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia memberitahu temannya."
(HR Abu Dawud)
2. Perlu sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya. Sabda Nabi saw:
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."
(HR Muslim)
3. Apabila bertemu dengan saudaranya, maka segeralah bersalam dengannya. Nabi saw bersabda:
"Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah."
(HR Abu Dawud)
4. Apabila berpisah dengan seseorang maka perlu dia mendoakan sahabatnya itu tanpa pengetahuannya. 
5. Menziarahi temannya. Nabi bersabda:
"Hendaklah sesekali kamu menziarahi, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."
6. Memberinya hadiah.
7. Membantu sahabatnya di jalan Allah SWT. Rasulullah saw berpesan:
"Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim)
Allah SWT dengan sifat Rahmat-Nya menggalakkan hamba-hamba-Nya supaya memohon kepada-Nya kerana Allah SWT tidak akan menghampakan permintaan hamba2-Nya. Sabda Rasulullah saw:
"Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemurah, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepadaNya lalu Dia mengembalikan (tidak menerima) kedua tangannya (doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi."

Monday, 15 April 2013

STARTING LOVING IT!!

Assalammualaikum w.b.t.

Wahh..apa yang Yaya suka sangat ni..yup! sudah mula JATUH CINTA pada....pada siapa?? Ehhh,bukan siapa2 la..tapi Yaya sudah mula jatuh cinta dengan ROTI!! hahaha ROTI? da xda mende lain ke nak jatuh cinta..lehh =_="

Eh, jangan main2 tau, bukan senang nak cari ROTI yang Yaya suka sangat ni..ROTI apa? yang kat bawah ni la....
GARDENIA - BREAKTHRU Multigrain Oatmeal

Tengok nama roti tu pon da boleh agak roti ni macamana kan..yes! Ini adalah roti yang paling baik, paling bagus untuk kesihatan DIET anda..hehe Untuk pengetahuan, diet tu bukan nya maksud nak kurus..tapi DIET tu lebih kepada maksud, menjaga pemakanan.,ok! Jadi jangan suka salah faham terhadap perkataan DIET! 

1st time Yaya tengok roti ni, masa dekat hospital minggu lepas..masa ayah Yaya masuk pital, kan dia ada bagi makan 'snack' tu kan,dia bagi roti ni..tapi jenis paket kecil la..ada 2keping dalam dia. Bila Yaya tengok kalori dia, cuma 109 JEE!! untuk 2KEPING! tauu..bukan sekeping! amat2 terkejut..serius..sebab Yaya xpernah lagi tengok makan roti gandum macam ni yang bawah dari 130kalori. Sebelum ni Yaya makan roti gardenia jugak, yang paling rendah, kalori dia 133kcal untuk 2keping. Apa maknanya semua ini???tertanya2 diri sendiri..hehe Ini bermakna roti ni akan jadi amalan pemakanan Yaya lepas ni..hahahaha ^o^ mana boleh lepaskan roti jenis macam ni..
*Antara roti keluaran GARDENIA yang rendah kalori*

Apa yang ada, ISTIMEWANYA roti ni adalah...DAPAT MERENDAHKAN KOLESTEROL..kalau nak dibandingkan dengan roti gandum penuh biasa (yang putih tu..), Breakhthru Multigrain Oatmeal ni 28% kurang karbohidrat, 35% Lebih serabut diet, Rendah lemak, Tanpa lemak Trans, Tanpa Tambahan Gula dan Faedah Prebiotik..selain tu kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la p dekat website or Facebook Gardenia ni..ada jugak dia bagi resepi sihat yang boleh kita buat..^_^ dan banyak yang korang boleh tahu tentang roti multigrain keluaran Gardenia ni.dan memang boleh diamalkan..bagi Yaya, roti jenis ni sangat recommended untuk semua golongan..
*Antara resepi nye yang yummy..!!^,^*

Kalau sebelum ni orang kata makan roti lebih tinggi kabhdrat daripada nasi, lepas makan roti ni, dah xde kata cmtu dahh..korang tahu x roti gandum penuh biasa (warna putih) tu kalori untuk 2keping berapa? 159KALORI! ok..dan ianya ikut roti jenis apa,mungkin lagi tinggi..159kcal ni adalah roti putih jenama Gardenia ni sendiri..

Alhamdulillah, syukur sangat rasanya dapat jumpa roti jenis multigrain ni, nak makan roti ni banyak pon xpe..sebab ianya punya banyak khasiat untuk kesihatan badan..almklumlah, Yaya ni memang jarang makan nasi, dan memang sangat jaga diet..dan roti ni adalah salah satu pilihan terbaik..=) InsyaAllah lepas ni pasti lebih baik..

Roti ni xsemua kedai ada, mayb sebab mahal dan orang kurang suka makan jenis roti berkhasiat macam ni..huhu..boleh try cari kat GIANT, MYDIN, 7-11 or sesetengah stesyen minyak dan pasar raya lain juga..harga RM4.70..tapi memang xrugi kalau beli untuk jaga kesihatan..bagi Yaya la..^_^ Korang juga patut amalkan makan roti tau. Susah? hm..nak seribu daya, xnak macam2 la dalih korang tu kannnnn! huuu

Akhirnya KAU ku temui.....! huuu

(14/04/2013)
1st time pakai tudung berenda2 ni..beli nyer tahun lepas.. =_=" err

Alhamdulillah..sekali lagi, banyak rahmat Allah beri pada manusia ni kan..banyak pilihan makanan sekarang sampai ia merosakkan kesihtan kita sendiri,jadi buat para pembaca semua, nilai la sendiri..nak HIDUP UNTUK MAKAN or MAKAN UNTUK HIDUP..! Jagalah kesihatan anda dan orang yang anda sayangi..

Sekian,Wassalam =)

Sunday, 14 April 2013

SHOUT BOX TAKDA KE??

Assalammualaikum w.b.t.

Actually da berapa lama ntah Yaya buang SHOUT BOX tuu..huuu maafla pada kawan blogger yang datang menyinggah kat blog ni, nak tegur Yaya tapi xdapat sebab SHOUT BOX xda. Yaya pernah gtau sebelum ni sebab Yaya tak letak SHOUT BOX tu.. diulangi sebabnya..adalah, Yaya kekurangan masa nak blogwalking balik..so, kesian la pulak kan kengkawan datang beberapa kali tapi Yaya xbkunjung balas pun..nanti xpasal2 orang kata sombong..wuuuu >,<

Dah jarang tengok blog, so, kawan baru yang follow pon, Yaya xtau dorang ada tinggalkan 'nota cinta' kat SHOUT BOX tu..yela..xda masa..update entri pon pantas je..kejap lepas Publish terus kua..esoknya or lusa baru Yaya buka balik..then blokwalking mana yang sempat..maaf sekali lagi pada kengkawan blog yang nak tegur Yaya tapi sebab xjumpa SHOUT BOX, korang pon cam malas je kan singgah sini lg..huuu jangan ler cmtu...

TAPI..Yaya tengah dalam proses nak letak balik SHOUT BOX tu..ok..tapi bukan macam sebelum ni la..then, nak edit blog sedikit demi sedikit..mayb akn ambil masa yang lama la sebab xselalu buka blog ni..cuma datang 'mengelap' sikit-sikit supaya xteerlalu ber'habuk'..haha ^o^ kalau nak Yaya berkunjung balik blog korang, rajin2 la komen dengan Yaya kat dalam entri..Yaya pasti blkwalking balik..! InsyaAllah kalau sempat..hehe.ok.

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 13 April 2013

MAKANAN ANTI PENUAAN!

Assalammualaikum w.b.t.

Dok tengah baca, search tentang kalori (kalori lagi! ;p), ternampak pula info tentang makanan yang anti penuaan ni..atau dalam bahasa senang nya melambatkan penuaan la..sekarang ni dah xkira lelaki or perempuan mesti nak jaga kesihatan dalaman dan luaran, betul tak? 

Ramai antara kita tahu bahawa senaman dan pemakanan yang seimbang membolehkan seseorang itu menjadi lebih sihat dan bertenaga, tidur yang cukup juga membantu tubuh badan kita berehat dan membantu untuk mencantikkan kulit. Yela, kalau kita tak cukup tidur, badan akan merasa letih, jadi akan berkurang zat2 yang diperlukan dan sesetengah makanan sememangnya baik dalam menghalang atau mengurangkan kesan penuaan yang berlaku pada usia yang semakin meningkat. Apa makanan tu? Jemputlah membaca ye…^_^

1. Avocado
Avocado sangat terkenal dengan kandungan antioksida yang sesuai untuk anti penuaan seperti contoh vitamin C, E dan Omega 3 asid lemak. Avocado menghalang kedutan pada wajah dan menjadikan kulit anda lebih bertenaga disebabkan kandugan Vitamin E itu sendiri.

2. Tembikai 
Lycopene dan beta-karoten yang terkandung dalam tembikai membantu melindungi kulit dan membaiki sel-sel yang rosak akibat pancaran matahari yang terik.


3. Sayur Bayam 
Sayur bayam merupakan makanan yang mempunyai khasiat makanan yang terbaik, juga bayam kaya dengan lutein, yang dikatakan memiliki ciri ciri anti penuaan yang bagus.


4. Teh Hijau 
Kajian mendapati mereka yang mengamalkan meminum tiga cawan teh hijau sehari berupaya melambat proses penuaan. Ini kerana, teh hijau meningkatkan struktur DNA dan mengurangkan pemendekan sel sel dalam badan yang menghasilkan kesan penuaan tersebut.


5. Salmon 
Ikan salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak. Kandungan omega 3 asid lemak yang dijumpai dalam salmon ini juga baik untuk otak, mata dan sendi.


6. Minyak zaitun 
Minyak zaitun sememangnya sesuai digunakan dalam masakan (tidak sesuai untuk menggoreng) ianya juga diamalkan sebagai pelembap kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi termasuk vitamin E, juga bertindak melindungi anda dari radikal bebas yang berkait rapat dengan proses penuaan



7. Berri 
Buah berri bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, ianya tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Ianya juga sumber antioksida yang membantu melindungi otak dan kulit.


8. Ubi Keledek 
Ubi keledek mengandungi lycopene, ianya menghalang kulit dari pancaran sinar UV yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi tidak sihat. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam keledek ini menghasilkan sumber kolegen yang baik untuk kulit yang lebih sihat.


Jadi, apa tunggu lagi, rajin-rajin la masukkan makanan ni dalam menu harian kita ye..tak perlulah membazir duit beli produk-produk muka tu..dahla mahal, kalau berkesan takpe la jugak..huhu..yang ni, lambat takpe, asalkan secara semula jadi..besar kan rahmat Allah SWT pada setiap makhluk ciptaan-NYA..segala yang diberi ada manfaatnya buat seluruh makhluk di bumi ni..Alhamdulillah..sentiasa mensyukuri kurniaan-NYA ^_^

Sekian,Wassalam =)

Friday, 12 April 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 5 & 6

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat.. =)

Mengucapkan 'Amin' Bertepatan Dengan Ucapan 'Amin' Malaikat
Daripada Abu Hurairah RA  bahawasanya Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Jika Imam menyebut amin maka sebutlah amin, sesungguhnya barangsiapa yang sebutan aminnya bertepatan (bersamaan) dengan amin para malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah berlalu"
(HR Bukhari no.780,Muslim no.410 & at-Tirmizi no.250 serta Abu Dawud no.936).

Maksud 'Amin' - menurut Ibn Katsir, perkataan 'Amin' bermakna "Ya Allah makbulkanlah" dan disebut dari riwayat Abu Musa al-Asya'ari yang berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila Imam membaca "Ghairil Magh'du bi'alaihim waladdhoo'lin" maka sebutlah amin, maka Allah akan memakbulkan kamu"
(HR Muslim no.404.)

Tahukah Anda? - Pembacaan amin oleh makmum perlu selepas imam menamatkan bacaan al-Fatihah, dan bukannya sebelum imam atau mendahului imam. Sesungguhnya amin para malaikat ialah selepas aminnya imam, bukan sebelum atau bersama imam.

Cara Mengucap Amin: Disebutkan dalam kitab Fathul Mu'in bahawa terdapat empat cara melafazkan 'Amin' dalam solat iaitu:

1. Menyebut 'Aa' dengan kadar satu harakat dan memanjangkan 'miin' dengan kadar empat hingga enam harakat.
2. Sebutan 'Aa' dibaca panjang (dengan kadar dua harakat) dan miin (empat hingga enam harakat).
3. Memanjangkan sebutan 'Aa' (dengan kadar enam harakat) dan mensaqalkannya ke dalam hurum miim seperti membaca hukum mad lazim kalimi mutsaqqal menjadikan sebutannya: "Aaaaaaammmiiiiiiinn."
4. Menyebut 'A' secara imalah, mengubah bunyi 'Aa' menjadi 'Ee' menjadikan sebutannya: Eemiin.

Melafazkan Amin Sebagai Penutup Doa - Orang-orang mukmin yang berdoa kepada Allah SWT serta saling mangaminkan nescaya akan dimakbulkan Allah SWT. Hadis yang ririwayatkan oleh al-Hakim bahawasanya Rasulullah saw menyebut:
Apabila para pembesar yang berhimpun lalu sebahagian mereka berdoa sedang sebahagian yang lain mengaminkannya, nescaya doa itu akan diperkenankan oleh Allah SWT."

Rugi seseorang yang berada dikalangan orang yang berdoa tetapi hanya berdiam diri tanpa mengaminkan doa tersebut. Sabda Rasulullah saw:
"Bandingan orang yang tidak mengucap Amin seperti seorang yang akan diundi sama ada ia turut berperang bersama kaumnya atau tidak. Kemudian ia tidak terpilih lau ia bertnya kenapa anak panahku tidak terpilih? Begitulah perumpamaannya bagi orang yang tidak menyebut 'Amin'.
(HR Abu Yakli)

Orang Yang Duduk Di Tempat Solatnya Selepas Menunaikan Solat
Rasulullah saw bersabda:
"Para malaikat itu berselawat ke atas salah seorang daripada kalian selama dia masih tetap di tempat duduknya yang menjadi tempat solat. Mereka mengucapkan: Ya Allah,sayangilah dia. Ya Allah, berikanlah keampunan kepadanya. Ya Allah ampunilah dia, selama dia tidak mengganggu dan tidak berhadas"
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Qurthubi dalam kitab al-Mufhim lima Asykala min Talkhiishi Kitab Muslim, mengulas lafaz 'selama dia tidak mengganggu' dalam hadis di atas bererti selama seorang itu tidak melakukan sesuatu gangguan atau menyakiti anak Adam dan para malaikat.
Dalam erti kata sebenar adalah mereka yang tidak melakukan perkara sia-sia, tidak menimbulkan gangguan, sebaliknya berada di tempat duduknya dalam keadaan bersuci daripada hadas serta melakukan amal soleh seperti berzikir, berdoa, merenung kebesaran Allah SWT dan sebagainya.
Same2la kita mengamalkan zikir kepada Allah..dengan meningatiNYA..hati akan menjadi tenang....

Thursday, 11 April 2013

GIVEAWAY PERFUME BY MASZMADI.BLOGSPOT.COM

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni xde idea untuk update entri..so, juz join this GIVEAWAY lorh..sebab sangat mudah masuknyerr..pe lagi korang yang tengah bosan2 xtau nak wat pe, taip sekejap je entri GA ni untuk join..^_^

Nak join? KLIK je Banner atas ni ok! ^_^

Tarikh tutup dia tinggal bape ari je..ngeee
14/04/2013
Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 9 April 2013

SEGMEN BLOGLIST BULAN APRIL LELAKI INI

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni sempat update jap..masuk segmen LELAKI INI...siapa LELAKI INI?? huhu ye laa..yang dibawah ni laa..siapa lagi..kalau nak tau siapa dia dan nak join bloglist nyer sila la klik banner bawah ni ye..^_^


Syarat nak join pun xsusah..cume......erm..tapi Yaya xtau Yaya follower ke berapa la ..huuu..camana nak tau?ngeeee ^,^ tolong bagitau boleh..hehe

Tarikh tutup segmen ni: 12 April 2013
Sempat lagi nak join pada sesiapa yang belum join ok..^_^

Sekian,Wassalam =)

Monday, 8 April 2013

RESEPI: PUDING TRIFLE LAYER CAKE

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share pulak resepi puding trifle cake ni..cake ke puding ke..bantai je la..jnji sodap..ngee..walaupun pic nye xmenarik..almaklumla, 1st time buat.. >,<

BAHAN:
1) Kek Swiss Roll 

2) Fruit Cocktail 
3) Nata de Coco 
4) Serbuk Agar-agar 

Utk Custard Sos: 
1) serbuk kastard (35gm )
2) susu penuh krim (375ml)
3) gula castor (50gm )
4) esen vanila (1tsp)
5) susu penuh krim (50ml)


CARA:
1. Sebatikan serbuk kastad dengan susu dahulu agar tidak berketul. Campurkan dengan gula castor serta esen vanilla.
2.Kemudian Masak dengan api yang sederhana, sehingga custard masak dan pekat. Masukkan 50ml susu penuh krim untuk mencairkan sedikit sos kastad. Tutup api dan biarkan custard sejuk sedikit.

Untuk menyediakan lapisan bawah triffle,  
3.Potong kek swiss roll dgn ketebalan yang diinginkan, dan susun di dalam bekas.
4.Masukkan campuran buah-buahan serta nata de coco supaya sekata, dan tuangkan sedikit air gula dari campuran buah-buahan dan nata de coco tadi untuk melembabkan sedikit kek.
5.Tuangkan custard sos tadi dan ratakan sehingga menutupi seluruh lapisan kek dan campuran buah-buahan bersama nata de coco.
6.Masak agar-agar mengikut masa yang telah diberikan sehingga mendidih. 
7.Kemudian tuangkan perlahan-lahan diatas lapisan custard agar custard tidak pecah dan merekah.
8.Apabila agar-agar mulai sejuk dan keras ,masukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam.  Setelah itu, bolehlah dihidang ketika sejuk. 

Resepi ni Yaya amik dari TRYMASAK.COM Banyak resepi boleh dapat kat sini..yang senang2..hehe tengok kek Yaya atas tu xbape nak comei..tp sedap..;p Tengok pulak pic kat bawah ni..nyummyy2! 





Adess..berbeza sungguh dengan Yaya punyer..huuu tapi xpe..ade mase akan try lgi..perbaiki mana yang kurang..mencantikkan lgi..heeee ^,^ nyummy..nak wat lagi nanti..

p/s: ayah masuk pital..lum sempat blogwalking..blas komen n lain2..sempat update jap resepi ni..tu pon copy paste je..hee..nti Yaya blgwalking korang ok..thanks.=) -doakan ayh Yaya cepat sembuh..umm =( -

Sekian,Wassalam 

Friday, 5 April 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 3 & 4

Assalammualaikum w.b.t.
Berada Dalam Saf Hadapan

Nu'man bin Basyir RA berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf pertama, atau yang ada di barisan-barisan pertama."
(HR Ahmad)

Dalam sebuah hadis lain Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk orang-orang di saf pertama."
(HR an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Berdasarkan dua buah hadis di atas, Rasulullah saw menjelaskan bahawa Allah SWT dan para malaikat mengucapkan selawat kepada orang-orang yang berada dalam saf hadapan ketika menunaikan solat berjemaah.

Selalu kita lihat apabila ketika hendak solat berjemaah di masjid mahupun di surau sebelum iqamah mahupun sesudahnya, tidak ramai yang mahu tampil ke hadapan. Kebanyakan para jemaah lebih selesa berada di belakang.. Sebagaimana dalam suasana kehidupan manusia, biasanya mereka bersaing mengejar kelebihan dan keutamaan, namun dalam merebut pahala dan keutamaan dalam solat, keadaan mereka menjadi sebaliknya. Mereka berebut untuk mundur dan berada di barisan belakang.

Dalam sebuah hads diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah RA, sabda Nabi saw:
"Suatu kaum sentiasa terlambat untuk mendapatkan barisan pertama hingga Allah mengakhirkan mereka di neraka."
(HR Abu Dawud)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi saw bermaksud:
Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.
(HR Muslim)

"Andaikata manusia mengetahui apa yang ada dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling hadapan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf yang paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba."
(HR Bukhari)

Kelebihan solat di saf pertama:
1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sebagaimana saf para malaikat.
2) Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan.
3) Rasulullah saw memohon keampunan sebanyak 3 kali ke atas mereka yang berada dalam saf pertama.
Apakah kerugian yang lebih besar berbanding dengan kerugian apabila kita dibelakangkan oleh Allah? Jadi wahai Hamba Allah sekalian (terutama kaum Adam), berlumba-lumbalah datang awal ke masjid untuk solat berjemaah dan merebut saf pertama kerana ganjaran yang bakal diperoleh tidak dapat digambarkan. =)

Orang Yang Memenuhkan Saf

Daripada Aishah RA bahawasanya Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang yang menyambung saf. Dan sesiapa menutup kekosongan pada saf, makan Allah mengangkat darjatnya."
(HR Ibnu Majah)

Menyambung saf ialah merapatkan saf makmum dalam solat berjemaah dan tidak membiarkan terdapat ruang kosong di antara jemaah solat. Menyambung saf dalam solat berkait rapat dengan melurus atau merapatkan saf.

Apakah cara sebenar meluruskan saf? Ada beberapa perkara yang diperintahkan oleh Rasulullah saw berhubung kesempurnaan saf:
1) Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2) Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3) Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Hikmah merapatkan saf:
1. Merupakan faktor yang membawa kepada kesempurnaan solat. Rasulullah saw bersabda:
"Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat."
(HR Muslim)
2. Amalan merapatkan saf boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah saw:
"Luruskanlah saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercerai-berai hati kamu."
(HR Muslim)
3. Dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat. Sabda Rasulullah saw:
Rapatkanlah saf kalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi zat yang jiwaku berada dalam gengaman tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing.
(HR Abu Dawud).
4. Allah SWT menyukai mereka yang menyempurnakan saf. Sabda Rasulullah saw:
Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf  (dalam solat).
(HR Abu Dawud).
5. Mendapat ganjaran  pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw:
Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf.
(HR at-Thabrani)
6. Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat. Sabda Nabi saw:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasullulah, bagaimana dengan yang kedua." Rasulullah menjawab: Ya, demikian juga bagi saf kedua.
(HR Ahmad)

Suatu peristiwa, diceritakan bahawa Sayidina Umar bin Khattab RA pernah memukul Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Demikian juga yang dilakukan oleh Sayidina Bilal RA sebagaimana yang diceritakan oleh Suwaid bin Ghaflah:
"Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan:.
(Fathul Bari, 2/447).
Anas bin Malik RA ketika tiba di kota Madinah ditanya, "Apa yang engkau ingkari (tidak suka) daripada perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?" Dia menjawab, "Tidak ada perbuatan kalian yang aku engkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya)

Sama2 kita renungkan ye..wahai kaum Adam dan Hawa..(khusus bagi kaum Adam).
Sekian,Wassalam =)

Monday, 1 April 2013

THE LOAF


Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak share serba sedikit tentang kedai roti..haha apesal plak la Yaya sibuk nak citer pasal kedai roti ni..ni kes xde entri len yg boleh update la ni..ngeee ;p actually sedikit teruja time kua jenjalan semalam dengan kawan shayerr…pergi mana?xjao pon..Subang jeee..kami pergi shopping complex yang namanya ‘Empire Gallery’..kalau korang perasan signboard bangunan nyer tu boleh jelas kelihatan di sebelah highway..^_^

Selalu lalu kat sana tapi xpernah pun singgah..dah bertahun kat situ sekarang baru berpeluang jalan2 di sna..(me cih pada kawan Yaya yang sudi bawak budak yg suke terperap kat rumah ni g jenjalan..huu >,<) Apa yang ada kat sana?macam2..tapi tempat dier xlah sebesar Mid Valley or Sunway Pyrmid or yang sewaktu dengannyer tuu..yang ni biasa2 je..tapi dalam dier banyak restoran makanan western..yang dari Bali ada, Japan la..ala tu semua biasala kan..tempat macam tu..

Dapat lunch kat sana, nama restoran dier ‘Teh Tarik’..haha makan kat sini buat Yaya lame bebenor  nak pikir makan pe..sebab orang nga diet kann..semua nak kene teliti..nak kira bape kalori ada dalam makanan tu..heeeee banyak makanan bgoreng  n berlemak..sudahnya Yaya amik mam nasi campur je..senang sikit mengira (haha ^o^) tapi xtau napa ri tu macam kurang kenyang..bnyak jalan kot ;p lepas tu singgah kedai roti ‘The Loaf’..baru 1st time Yaya dengar..cian x??macam ni la lau orang kurang bergerak kann.. =_=” sedeyh btol

Antara makanan yang ade kat The Loaf ni..aummm..yummy2! ^o^

The Loaf ni boleh kira restoran yang jenis  lifestyle n bistro. Makanan dier boleh bawak balik or makan terus kat sana..mase Yaya beli tu bawak balik la..sebab baru pas makan nasi..xkan nk makan lagi plak kat sana kan..haha The Loaf ni rasenyer baru buka beberapa cawangan je kat Malaysia ni. Dan basic nyer apa yang Yaya dapat tau, roti n pastry dier dibuat dengan cara tradisional Jepun. Patutla Yaya ni cam ‘batak’ sket je biler tengok roti2 dier..nama pun unik2..xde unik sangat la..tapi sebab Yaya baru tengok kan..hoho ^o^


Dekat The Loaf ni jugak ada makan untuk a la carte breakfast,lau nak breakfast pon bole kat sini, lepas tu ade set lunch, ngan untuk menu dinner sekali..wahh pasni boleh try la nak merasa makan kat sini..merasa je la..sedap ke x..lau xsedap xde la nk dtg lagi kan..;p Yaya sempat search sikit pasal kedai roti ni…(haha ade plak mase siap search2 bagai =_=) Kat bawah ni ada antara pic2 yang NYUMMY! Untuk tontonan korang..heee ;p – n nak gtau roti per Yaya beli tu..ade 4 jenis.tapi xsempat nak snap pic lak so Yaya 'cilok' je kat w/site dier.. ^0^
Ni namanyer MISS BLOSSOM..
Yaya xrase lagi..bg my mom yang rase..sedap katenyer.. ^_^

Ni pulak BLACK BEAUTY..haa ni da jadi fevret! jgn tengok luaran je tau..kat dalam dier da serupa macam CHOC LAVA da..meleleh cokelat..sangat yummy..suke sgt..da tmimpi2 dah huuuu nak beli lagi!

Hard bread - ALMOND CHOCOLATE..memang sangat hard..huhu..keras..ingtkan da bape lame dia peram roti ni tp actually memang roti jenis keras..haha ;p rase kurang sedap,kecil tapi amat mengenyangkan..serius!
Ada lagi satu roti Yaya beli tapi xingt rupe plak..pun bg my mum n dad yang rase..heeee =D

Antara roti2 n menu2 lain yang ade...
Next time kene rase ni plak..heee

MAGAZINE - nth tang mane yg nampak 'magazine' nyer pon xtau..hehe

MIXED FRUIT NAMA ROLL-perghhhh!! xble thn tgok strberi tuuu 

Yang ni pun on da list! kene try len kali ni! cokelat kat tengah2 tuuuuu! nyummyy! ^,^

INDULGENCE FRUIT TART - yang ni pon on da list! (amboi bnyk plak on da list..gemuk r aku pasni =_=)
CROISSANT PETITE MIXED FRUITS - aummmm! ^o^

Dessert...UHUHU - ni bukan dibuat2 huhuhuhu tu ok..tp nama dia memang UHUHU.. apekah??-_-
tapi nampk delicious kannnn ^o^ 

Lau ada yang interested nak merasa roti kat The Loaf ni boleh try tengok kat SINI cawangan2 dier ok.. banyak sangat Yaya nak merasa makan kat sana..sebab nmpk delicious..hehe tapi kene beringat jugak.. sedap mmg sedap..kalori p0n ‘sedap’..hahahah boleh naik berat bdan Yaya dibuatnya nanti..>,<

Ok.dah.tu je..suke benor sampai memanjang nyer menaip… ^,^ ngeee
Sekian,Wassalam =)


Popular Posts