Friday, 12 April 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 5 & 6

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat.. =)

Mengucapkan 'Amin' Bertepatan Dengan Ucapan 'Amin' Malaikat
Daripada Abu Hurairah RA  bahawasanya Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Jika Imam menyebut amin maka sebutlah amin, sesungguhnya barangsiapa yang sebutan aminnya bertepatan (bersamaan) dengan amin para malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah berlalu"
(HR Bukhari no.780,Muslim no.410 & at-Tirmizi no.250 serta Abu Dawud no.936).

Maksud 'Amin' - menurut Ibn Katsir, perkataan 'Amin' bermakna "Ya Allah makbulkanlah" dan disebut dari riwayat Abu Musa al-Asya'ari yang berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila Imam membaca "Ghairil Magh'du bi'alaihim waladdhoo'lin" maka sebutlah amin, maka Allah akan memakbulkan kamu"
(HR Muslim no.404.)

Tahukah Anda? - Pembacaan amin oleh makmum perlu selepas imam menamatkan bacaan al-Fatihah, dan bukannya sebelum imam atau mendahului imam. Sesungguhnya amin para malaikat ialah selepas aminnya imam, bukan sebelum atau bersama imam.

Cara Mengucap Amin: Disebutkan dalam kitab Fathul Mu'in bahawa terdapat empat cara melafazkan 'Amin' dalam solat iaitu:

1. Menyebut 'Aa' dengan kadar satu harakat dan memanjangkan 'miin' dengan kadar empat hingga enam harakat.
2. Sebutan 'Aa' dibaca panjang (dengan kadar dua harakat) dan miin (empat hingga enam harakat).
3. Memanjangkan sebutan 'Aa' (dengan kadar enam harakat) dan mensaqalkannya ke dalam hurum miim seperti membaca hukum mad lazim kalimi mutsaqqal menjadikan sebutannya: "Aaaaaaammmiiiiiiinn."
4. Menyebut 'A' secara imalah, mengubah bunyi 'Aa' menjadi 'Ee' menjadikan sebutannya: Eemiin.

Melafazkan Amin Sebagai Penutup Doa - Orang-orang mukmin yang berdoa kepada Allah SWT serta saling mangaminkan nescaya akan dimakbulkan Allah SWT. Hadis yang ririwayatkan oleh al-Hakim bahawasanya Rasulullah saw menyebut:
Apabila para pembesar yang berhimpun lalu sebahagian mereka berdoa sedang sebahagian yang lain mengaminkannya, nescaya doa itu akan diperkenankan oleh Allah SWT."

Rugi seseorang yang berada dikalangan orang yang berdoa tetapi hanya berdiam diri tanpa mengaminkan doa tersebut. Sabda Rasulullah saw:
"Bandingan orang yang tidak mengucap Amin seperti seorang yang akan diundi sama ada ia turut berperang bersama kaumnya atau tidak. Kemudian ia tidak terpilih lau ia bertnya kenapa anak panahku tidak terpilih? Begitulah perumpamaannya bagi orang yang tidak menyebut 'Amin'.
(HR Abu Yakli)

Orang Yang Duduk Di Tempat Solatnya Selepas Menunaikan Solat
Rasulullah saw bersabda:
"Para malaikat itu berselawat ke atas salah seorang daripada kalian selama dia masih tetap di tempat duduknya yang menjadi tempat solat. Mereka mengucapkan: Ya Allah,sayangilah dia. Ya Allah, berikanlah keampunan kepadanya. Ya Allah ampunilah dia, selama dia tidak mengganggu dan tidak berhadas"
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Qurthubi dalam kitab al-Mufhim lima Asykala min Talkhiishi Kitab Muslim, mengulas lafaz 'selama dia tidak mengganggu' dalam hadis di atas bererti selama seorang itu tidak melakukan sesuatu gangguan atau menyakiti anak Adam dan para malaikat.
Dalam erti kata sebenar adalah mereka yang tidak melakukan perkara sia-sia, tidak menimbulkan gangguan, sebaliknya berada di tempat duduknya dalam keadaan bersuci daripada hadas serta melakukan amal soleh seperti berzikir, berdoa, merenung kebesaran Allah SWT dan sebagainya.
Same2la kita mengamalkan zikir kepada Allah..dengan meningatiNYA..hati akan menjadi tenang....

10 comments:

  1. time berjemaah kat masjid je ada peluang nak aminkan. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tv, radio kan selalu ade.. kena rajin buka la cik na.. ^,^

      Delete
  2. terima kasih sebab berkongsi :)

    ReplyDelete
  3. stiap pknsian yg baik akn mnjadi "perisai" di sana nnt insyaallah., amin... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..hrp mberi manfaat pada yg mbca =)

      Delete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016