Saturday, 13 April 2013

MAKANAN ANTI PENUAAN!

Assalammualaikum w.b.t.

Dok tengah baca, search tentang kalori (kalori lagi! ;p), ternampak pula info tentang makanan yang anti penuaan ni..atau dalam bahasa senang nya melambatkan penuaan la..sekarang ni dah xkira lelaki or perempuan mesti nak jaga kesihatan dalaman dan luaran, betul tak? 

Ramai antara kita tahu bahawa senaman dan pemakanan yang seimbang membolehkan seseorang itu menjadi lebih sihat dan bertenaga, tidur yang cukup juga membantu tubuh badan kita berehat dan membantu untuk mencantikkan kulit. Yela, kalau kita tak cukup tidur, badan akan merasa letih, jadi akan berkurang zat2 yang diperlukan dan sesetengah makanan sememangnya baik dalam menghalang atau mengurangkan kesan penuaan yang berlaku pada usia yang semakin meningkat. Apa makanan tu? Jemputlah membaca ye…^_^

1. Avocado
Avocado sangat terkenal dengan kandungan antioksida yang sesuai untuk anti penuaan seperti contoh vitamin C, E dan Omega 3 asid lemak. Avocado menghalang kedutan pada wajah dan menjadikan kulit anda lebih bertenaga disebabkan kandugan Vitamin E itu sendiri.

2. Tembikai 
Lycopene dan beta-karoten yang terkandung dalam tembikai membantu melindungi kulit dan membaiki sel-sel yang rosak akibat pancaran matahari yang terik.


3. Sayur Bayam 
Sayur bayam merupakan makanan yang mempunyai khasiat makanan yang terbaik, juga bayam kaya dengan lutein, yang dikatakan memiliki ciri ciri anti penuaan yang bagus.


4. Teh Hijau 
Kajian mendapati mereka yang mengamalkan meminum tiga cawan teh hijau sehari berupaya melambat proses penuaan. Ini kerana, teh hijau meningkatkan struktur DNA dan mengurangkan pemendekan sel sel dalam badan yang menghasilkan kesan penuaan tersebut.


5. Salmon 
Ikan salmon penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak. Kandungan omega 3 asid lemak yang dijumpai dalam salmon ini juga baik untuk otak, mata dan sendi.


6. Minyak zaitun 
Minyak zaitun sememangnya sesuai digunakan dalam masakan (tidak sesuai untuk menggoreng) ianya juga diamalkan sebagai pelembap kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi termasuk vitamin E, juga bertindak melindungi anda dari radikal bebas yang berkait rapat dengan proses penuaan



7. Berri 
Buah berri bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap, ianya tinggi kandungan serat, vitamin dan mineral. Ianya juga sumber antioksida yang membantu melindungi otak dan kulit.


8. Ubi Keledek 
Ubi keledek mengandungi lycopene, ianya menghalang kulit dari pancaran sinar UV yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi tidak sihat. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam keledek ini menghasilkan sumber kolegen yang baik untuk kulit yang lebih sihat.


Jadi, apa tunggu lagi, rajin-rajin la masukkan makanan ni dalam menu harian kita ye..tak perlulah membazir duit beli produk-produk muka tu..dahla mahal, kalau berkesan takpe la jugak..huhu..yang ni, lambat takpe, asalkan secara semula jadi..besar kan rahmat Allah SWT pada setiap makhluk ciptaan-NYA..segala yang diberi ada manfaatnya buat seluruh makhluk di bumi ni..Alhamdulillah..sentiasa mensyukuri kurniaan-NYA ^_^

Sekian,Wassalam =)

20 comments:

  1. mana nk cari avocado ek?slalu gak terbaca tentang buah ni tp xtau nk beli kat mne.tingin nk rasa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..jarang nmpak..;p
      (padhal ade je..xtau cmne..hehe)

      Delete
  2. woahh boleh masuk dlm menu makanan ni~ hehe *tetiba terasa tua..wakaka :P

    ReplyDelete
  3. huhu.. ecah muda lagi tapi tak pe kan amalkan tips tu untuk masa depan yang menawan . hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkira tua or muda,kena la amalkan adik ecah uiii..ni kan untuk mengelakkan penuaan awal..xkan da berumur baru nak amalkan..huuu

      Delete
  4. lepas ni kenalah rajin makan makanan yang tersenarai ni :)

    ReplyDelete
  5. entry nih sesuai untuk saya yg dh masuk peringkat ehem2..(x mo sebut tuh) hahaha.

    ReplyDelete
  6. dalam banyak2 tu kan, tembikai je yg cikna suka. hihihi.. avocado tak pernah mkn. cemana eh rasa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya pon lum rase lgi...xpe t kita cari dan rase ea..^,^

      Delete
  7. kan..
    sebenarnya, senang je nak dapatkan makanan2 yang sihat tanpa membeli produk kesihatan yang mahal.
    kene rajin buat researchlah untuk tahu which food yang best untuk consume.
    thanx yaya share bende nie.. :)

    ReplyDelete
  8. makanan yang segar dan berzat lebih baik dari makanan proses..

    ReplyDelete
  9. teh hijau.. that one i like sangatttt! hehe.. tp ramai yg tak suka sebab tak sedap katanya. Salmon pulak kalau pergi makan sushi ada lah ambik yg potongan kecik2 tu. Yang besar tu mcm takleh masuk pulak sebab raw kan, tapi sedap sgt! Selalu kalau masak western memang pakai olive oil tapi mahal lah olive oil ni. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..salmon tu yaya enh mam time diner je..tu pon tkulat2 nak ngabiskan.. ;p tp mmg sedap la..cume lau mam mnth mmg xleh msuk..erk..
      tu la..olive oil mmg mhal..brg baikkk kannn..hehe

      Delete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016