Sunday, 28 April 2013

DIET!

Assalammualaikum w.b.t.

Minggu ni Yaya malas masak, jadi xde resepi nak share..hehe..lehhhh, macam la orang tengah tunggu Yaya punye resepi kann =_=" huuuu Tapi Yaya nak share something yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang agar lebih mengamalkan cara hidup yang lebih sihat. InsyaAllah =)
Seperti tajuk entri Yaya, DIET! Kengkawan semua tau kan Yaya ni camana...hehe.. tau ke.. ?? ;p Bila update entri makan je mesti ada sangkutkan serba sedikit pasal kalori la, DIET la..tapi Yaya tengok xramai jugak orang yang tahu tentang maksud sebenar DIET ni..sebab macam Yaya sendiri sebelum ni pun salah paham tentang maksud sebenar DIET..bila search kat Internet, baru tahu maksudnya yang sebenar.
DIET sebenarnya bukanlah bermaksud kurangkan makan, atau TIDAK makan atau yang sewaktu dengannya macam yang korang sangka sebelum ni, DIET bermaksud PENGAMBILAN MAKANAN OLEH INDIVIDU.. dan kalau DIET SEIMBANG pula bermaksud PENGAMBILAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI SEMUA NUTRIENT seperti dalam piramid makanan tu..yang mengandungi PROTEIN, LEMAK, KARBOHIDRAT, VITAMIN, GARAM MINERAL, AIR dan PELAWAS dalam kuantiti yang diperlukan.

Kalau korang perasan, sesiapa yang pernah jumpa doktor tu, kalau kurang sihat, doktor selalunya sebut amalkan diet yang seimbang, atau pemakanan yang sihat..so, DIET bermaksud, pengambilan makanan dan ianya bukanlah bermaksud kurangkan makan atau tak makan.ok. Sila faham betul2..

Macam Yaya sendiri, Yaya amalkan DIET juga. Sebolehnya cuba untuk mencukupkan kesemua nutrient yang diperlukan macam dalam piramid seperi yang kita tahu. Kurang makan or xmakan pon xboleh juga cuma perlu mengurangkan kuantiti makanan. Contoh kalau sebelum ni makan 2 cawan nasi, kurangkanlah 1 cawan..dan sebaiknya lebihkan lauk@sayur lebih. Biar nasi tu sedikit. Lauk tu pula jangan la ambil makanan yang bergoreng or berminyak, pilih makanan yang berkuah@sup, stim or bakar. Itu lebih sihat.
Lebihkan makan buah dan sayur-sayuran

Sekarang Yaya kalau makan berlauk akan lebihkan lauk dan sayur lebih dari nasi..nasi tu pun kadang macam xnamak kat pinggan sebab ambil sayur lebih..hehe. Dan sebelum makan tu pula minum 1 cawan air suam/kosong atau buah2an dahulu. Tunggu beberapa minit atau setengah jam baru makan yang berat. Cara ni untuk mengelakkan korang makan banyak sebab buah dan air ni kan boleh mengenyangkan perut..dan cara ni memang berkesan.
Pilih mana? ^_^

Kalau xpercaya, boleh la try. Lepas ni sebelum makan, korang minum air kosong 1 cawan dulu..baru makan yang berat. Dan pastikan makan tu jangan ambil banyak, sebab nanti lau perut da terasa penuh, korang dah bazikan makanan yang dah diambil tu..hehe ok? =)
Katakan TIDAK pada makanan yang tinggi kalori!

Selamat mengamalkan DIET yang sihat. Mulakan dari sekarang. Jangan tunggu sampai badan dah semakin banyak penyakit baru mula nak menjaga makan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati! Ingat ye, MAKANAN ITU PUNCA SEGALA PENYAKIT!..Sama2 kita amalkan DIET yang seimbang ye kawan2 ku sekalian. Makanan kat luar tu memang sedap, tapi yang sedap tu la yang paling bahaya. Lagi 1, Yaya terlupa, sebelum makan baca BISMILLAH ye..sebab antra manusia ni makan banyak or makan xhingat dunia! adalah terlupa memulakan makan dengan menyebut nama Allah. Makanan yang dimakan tidak disebut nama Allah sesungguhnya syaitan turut makan bersama. Sebab tu kdang orang makan xkenyang2..perasan x? Tolong jaga perut anda juga ye..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata Rasulullah saw bersabda:
“Orang muslim itu makan dengan SATU perut, sedangkan orang kafir dengan TUJUH perut”.
H/R Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan selainnya 

Semoga info Yaya hari ni dapat korang manfaat dan amalkan.
Sekian,Wassalam =)

26 comments:

  1. Fuyoo.. Yaya jadi doktor diet pula kali ini!!

    Thanks for sharing, nanti bolehlah azwa amalkannya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sharing is caring kannn =D

      Delete
  2. betul tu. tak semestinya org yg nak kurus je diet. semua orang kena makan makanan seimbang. cikna bab sayur & buah tu yg selalu kurang. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lepas ni kene lebihkan cik na ye..jgn makn coklat je...
      haha ;p

      Delete
  3. salam cik yaya..
    wah, nice sharing...
    :)

    ReplyDelete
  4. nice info. ada yg amik ringan pasal piramid mknn ni. ada yg fikir kurangkn mkn. sya suka mkn buah-buahan dgn sayuran. lebih suka sayur buat ulam =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayuran hijau lebih baik utk badan =)

      Delete
  5. hotlink utk yaya di pagi isnin :)

    ReplyDelete
  6. bukan kuantiti yg peru dititikberatkan tapi kualiti.. kalau diet bagai nak rak pun, tapi tubuh menangis tak cukup nutrien pun boleh mendatangkan penyakit jugak.. sebab tu kena diet secara sihat.. bukannye diet tak makan.. huhu

    ReplyDelete
  7. makan bila lapar, berenti sebelum kenyang. Insa Allah, dijauhkan penyakit...

    ReplyDelete
  8. Nice sharing cik yaya...
    Marilah kite sama sama mnjaga pengawalan pengambilan makanan seharian kite...

    ReplyDelete
  9. selalu kita dengar orang berkata, awak dah kurus pun nak diet lagi, nak jogging jugak?... diet bermakna bukan saja untuk turunkan berat badan tetapi juga mendapat makanan yg berkhasiat dan seimbang , berjogging untuk membakar lemak dan stamina..

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Lana pun yaya, zmn tak reti, selalu ingat yg diet tu maksudnya kurgkn makan, supaya badan leh kurus.

    Tapi bila makin banyak ilmu, makin bnyk mmbca, baru kita faham, diet ni sbnrnya, jaga pemakanan kita.

    Satu lgi, kita prasan, kalau tido lewat, body ni cepat lapar esok harinya, kejap2 rsa nak mkn. Sebab lawan fitrah kot,hehe. Patutnya dah waktu tido, kena tido, ni tak, kia pulun main internet,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...
      sbb tu yaya da xde tido lewat lg..
      o9 pon kdng2 lau ade mse..mlm kul 10 da siap tido..^_^

      Delete
  11. diet tu adalah mgenai pemakanan kita, tp ramai yg salah fhm ttg istilah diet tu kan. now jaa tgh usaha utk gemuk. sdg menjalani diet yg sesuai utk tmbahkan berat badan. hope berjaya up 5kg...heee!

    www.jaakechik.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...tmbh berat?ngeeeee
      gud luck ye cik jaa ^,^

      Delete
  12. ramai org salah paham skrg . bila sebut 'diet' je , mesti tak makan terus . sebenarnya , makan tu perlu . tapi dalam kuantiti yg disyorkan lah .

    thanks sharing kak ^^

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016