Tuesday, 30 January 2018

19 TIPS DIET

Assalammualaikum wbt.
Salam 13 Jamadilawal 1439h

Lama juga Yaya tak share tips diet dan kesihatan macam ni kan. Jadi hari ni nak share tips yang amat berguna ni untuk korang semua dan sebagai 'REMINDER' juga buat diri Yaya sendiri yang kadang TERlupa juga..hehe

But TRUST ME. Jika anda mengamalkan TIPS seperti dibawah ni, InsyAllah, akan terlihat perbezaan pada tubuh badan anda. Yang penting, DISIPLIN!

1. JANGAN BERLAPAR



Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN


Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI


Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS


Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI


Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang SEDIKIT daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. BERUS GIGI

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. KURANG PRODUK TENUSU
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. KURANGKAN MINUMAN BERGULA
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. LEBIHKAN BUAH DAN SAYUR-SAYURAN


Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. JANGAN TIMBANG BERAT SETIAP HARI


Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet. 


Timbanglah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Pilih SATU HARI dalam 7 hari yang ada ni dan jadikan hari tersebut sebagai hari menimbang berat badan anda setiap minggu. Contoh masa timbang berat badan yang sesuai adalah waktu pagi selepas buang air kecil. Jadi, kalau nak timbang berat badan setiap  hari sekalipun, pastikan:-

- waktu pagi
- selepas bangun pagi
- sebelum sarapan
- selepas buang air kecil
- pada masa yang lebih kurang sama

Dan waktu yang perlu dielakkan untk timbang berat badan adalah pada semasa kedatangan haid (period) bagi wanita. Ini kerana, sewaktu datang bulan, terdapat gangguan hormon. Selain jiwa kacau (emosi tak stabil), badan juga menyerap lebih banyak air. Oleh sebab itu berat badan kita berkemungkinan boleh bertambah sehingga 1-2 KG.

Bagi wanita, waktu yang sesuai untuk timbang ialah selepas seminggu datang bulan. Ini kerana, pada waktu tersebut, keadaan tubuh telah kembali seimbang.

15. AMBIL MAKANAN BEREMPAH


Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. LEBIHKAN BIJIRIN DAN KACANG


Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. NAK SIHAT! BUKAN KURUS.


Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. TUKAR CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

(Rujukan : beratbadan.com )

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.


Wassalam...=)

Monday, 29 January 2018

KONONNYA REZEKI TERPIJAK RUPANYA BATIL?

Assalammualaikum wbt

Pernah atau tidak sewaktu kalian membeli, peniaga tersilap menekan item, atau jumlah atau harga? 

Hasilnya, barang tersebut tiba-tiba dimiliki dengan harga LEBIH MURAH. Peniaga pula TIDAK PERASAN kesalahannya. 

Ramai menggelarkan ini sebagai rezeki terpijak atau tuah dan sebagainya. SEBENARNYA, ia adalah aqad yang TIDAK SAH di sisi hukum Fiqh Islam disebabkan harga yang silap itu bukanlah yang diredhai dan yang diijabkan oleh penjual. Dalam Fiqh Muamalat ia dinamakan Al-Ghalat 

الغلط‏:‏ بأنّه تصوّر الشّيء على خلاف ما هو عليه
Ertinya : Dia membayangkan sesuatu yang tersasar dari apa yang sebenarnya. 
(Hasyiah Al-'Adawi 'ala Khurashi) 

Dalam contoh isu kita adalah tersilap meletak sama ada harga atau jenis barang sewaktu aqad dimeterai.

Kesannya, jika kita terus mendiamkan diri dan mengambil barang terbabit maka HUKUMNYA adalah kita memiliki dan menggunakan hak orang lain tanpa sah, maka boleh jatuh ke dalam dosa merampas harta orang lain tanpa aqad yang sahih. 

Malah keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Al-Syafi'e dan Hanbali mengganggap aqad tersebut sebagai Batal.

Pun begitu, ia  boleh menjadi SAH dan HALAL jika :-


a- Dimaklumkan kepada penjual dan minta dihalalkan & penjual mengizinkannya.
b- Pergi semula ke peniaga terbabit lalu dibayar harga sebenar.
c- Jarak terlalu jauh untuk bertemunya, MESTILAH hubunginya melalui medium komunikasi moden bagi mendapat izin.
d- Jika tidak mampu dicari peniaga terbabit kerana tiada lagi ingat tempatnya dan resit juga sudah hilang, serta memang tidak mampu sama sekali menjejakinya, bolehlah MENDERMA perbezaan nilai wang terbabit dan disedekahkan atas nama peniaga yang tidak dikenali tersebut, kelak di akhirat, Insha Allah ia akan menjadi ganjaran luar dugaan buatnya. Jika dia bukan Islam, derma tersebut bakal memberikannya kebaikan di dunia. Wallahu'alam.
(sumber perkongsian dari Dr Zaharuddin Abd Rahman)

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

REVIEW MOVIE : MAZE RUNNER - THE DEATH CURE

Assalammualaikum wbt.
Salam 12 Jamadilawal 1439h


MOVIE : MAZE RUNNER - THE DEATH CURE
Rate : 8/10 @ 4****

HAMPIR seminggu dah MOVIE : MAZE RUNNER - THE DEATH CURE ni ditayangkan dipawagam. Terlewat pula Yaya nak buat review pasal movie ni sedangkan dah tonton di pawagam sejak hari pertama movie tu ditayangkan. Masa hari Rabu (24.01.2018).

Dah masuk thriller yang ke-3 dah MOVIE MAZE RUNNER ni kan. Siapa yang dari awal mengikuti cerita ini dari 1st thriller lagi pasti nak tengok yang ke-2 dan yang seterusnya. Nak tahu apa kesudahan yang berlaku pada Thomas dan kawan-kawannya yang lain?

Actually Yaya pun hampir ingat-ingat lupa macam mana pengakhiran cerita ni masa thriller yang ke-2 tu. Jadi masa tayangan movie yang ke-3 ni start, jadi 'blur' sikit.haha (masuk pun lambat..mana tak blur..huhu =p)

Di thriller yang ke-3 ni,Thomas masih lagi berusaha untuk menyelamatkan kawan-kawannya dan membawa mereka keluar melarikan diri dari kawalan WCKD (wicked). Dan untuk melakukan hal tersebut, demi menyelamatkan kawan mereka yang terakhir tu, mereka perlu menempuh kawasan lagenda yang lebih mencabar. Lebih mencabar dari kawasan-kawasan lain yang pernah mereka tempuh. Iaitu kawasan yang dikawal penuh oleh WCKD.

Berjaya atau tidak Thomas membawa keluar rakannya yang terakhir itu? Adakah jawapan yang selama ini menjadi persoalan pada mereka semua dapat terjawab? Nak tahu apa kesudahan cerita MAZE RUNNER - THE DEATH CURE ni,korang kenalah pergi menonton buat yang masih belum menonton tu. Terutama peminat yang mengikuti movie thriller ni sejak tahun 2014 (kalau tidak silap Yaya). 

Antara babak-babak filem MAZE RUNNER - THE DEATH CURE







  
Secara keseluruhan yang boleh Yaya beritahu mengenai movie ni, adalah BEST! Dari awal cerita sampai pengakhirannya penuh dengan aksi. Memang tak terasa langsung masa tayangan yang 2jam lebih tu berlalu. Tetau je dah nak habis cerita. Banyak babak yang tidak dijangka berlaku terutama kemunculan orang-orang yang tidak disangka. Yang masa thriller ke-2 tiada, kembali semula di thriller yang ke-3 ni. Memang mendebarkan. 

Review movie ni adalah dari pendapat Yaya. Tak tahulah jika dari pandangan orang lain bagaimana. Yang penting I enjoy my self while watching this movie.hehe Dan tak lupa juga..mengenai suatu perkara yang Yaya suka dengan MAZE RUNNER ni, pelakon utama dia cute bangettt sihh. Tetap cute dari awal movie masa 1st keluar sampai yang ke-3 ni, ke'cute'tan nya (ada ke perkataan ni..haha =p) tu maintain je. ^o^ lol 

<3<3<3 ^,^

Itu sahaja review dari Yaya mengenai MOVIE MAZE RUNNER - THE DEATH CURE ni. Buat yang belum menonton dan ada plan nak pergi menonton nanti, SELAMAT MENONTON ye. Dan please, enjoy yourself! Jangan fikir pendapat negatif mengenai filem ini. Anda perlu menontonnya sendiri. Ok. ^_^

Sekian, Wassalam =)

Friday, 26 January 2018

SOLAT ITU MENCEGAH DIRI DARIPADA MAKSIAT

Assalammualaikum wbt.
Salam 9 Rabiulawal 1439h


Macam mana nak tinggalkan maksiat dan dosa?

JAGA SOLAT FARDHU 5 WAKTU




Firman Allah, maksudnya:
“Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah
daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(Al-Ankabut: 45)


Tapi.. Ada juga orang yang solat, masih lagi buat maksiat. Macam mana tu?

Sebab ada something wrong pada solat dia. Apa yang something wrongnya?

1. Mungkin tak khusyuk
2. Mungkin solat laju macam Komuter,
3. Masa solat asyik ingat awek / pakwe je,
4. Solat pun ala kadar je,
5. Solat lambat
6. Solat sengaja tak nak berjemaah
7. Dan lain-lain

Allah dah janjikan solat PASTI dan PASTI akan cegah kita dari perkara keji dan mungkar.
Kalau kita solat tapi masih lagi buat perkara keji dan mungkar (maksiat), maknanya solat kita tak betul la tu.

Jom hijrahkan solat kita. Budayakan solat dalam diri, keluarga dan masyarakat kita.
Maka siapa lagi yang Maha menepati janji melainkan Allah. InsyaAllah. Mudah-mudahan.

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

Thursday, 25 January 2018

'TEST DRIVE' KE HOT SPRING, SUNGKAI, PERAK

Assalammualaikum wbt.
Salam 8 Jamadilawal 1439h

Lepas dah TINTED KERETA ni, baru lah syiok nak jenjalan kan..lebih-lebih lagi kalau tempat jauh. Yang tak syiok jadinya tu, sebab kereta tu baru lepas tinted, tak boleh buka cermin selama SEMINGGU kaoo..jenuh nak TOUNCH N' GO masa kat tol..haha. Mesti orang belakang kata, aii, kereta cantik tapi tingkap tak boleh buka ke?tak boleh nak betulkan ke? huhu. Tak mengapalah orang belakang jika kamu berfikir begitu, biarlah aku dan orang-orang yang ku bawa je tahu..hehe. 

Kemana Yaya TEST DRIVE kereta ni..Sebenarnya ibu dengan ayah Yaya dah planning hari Ahad (21.1.18) tu nak pergi jenjalan Sungkai, Perak. Nak cari resort atau hotel yang available kat area Hot Spring tu masa cuti tahun baru cina, tapi malangnya,semua FULL HOUSE time tu. Dah nama pun PUBLIC HOLIDAY kan, meme ramai la yang bawa keluarga masing-masing pergi bercuti.

Kenapa tak cari dan book online je? Hm. Al kisahnya, ayah ni seorang yang suka berjalan. Tengok jalan,tengok orang, tengok pemandangan..gituu hehe Jadi memang sengaja lah nak berjalan ke Sungkai,Perak tu sambil usha tempat tidur yang still available. Kalau boleh nak yang berhampiran dengan HOT SPRING tu, tapi dah penuh kan, takda rezki nak bercuti disana. Tapi (eh banyak tapi pula..huhu) nasib baik juga takda tempat kosong, ayah kata. Sebab apa? Sambung baca kat bawah naa...

HOT SPRING SUNGKAI PERAK KURANG MESRA OKU

Bila tiba je di Hot Spring tu,tengok memang agak jauh sikit kawasan parking kereta dengan tempat untuk beli tiket masuk. Ada yang berdekatan tapi dah penuh. Masa tu pergi sana dengan 2 kereta. Kereta yang Yaya bawa,ada ibu dengan ayah Yaya je. Kereta lagi satu tu kakak Yaya dengan anak dia dan dengan sorang kawan kakak Yaya aka driver.hehe. Masa nak beli tiket, Yaya terus drive ke kawasan tempat beli tiket tu. Yela, takkan nak ulang alik dari tempat parking pastu pergi beli tiket dengan bawa OKU lagi,kan. Lepas tu, ada bertanya dengan guard polis sebelum jalan masuk dalam Hot Spring tu, berkenaan dengan OKU ni. Sebab nya kereta orang luar tidak boleh masuk ke dalam kawasan tu. Memang banyak nya Yaya tengok orang ramai parking kat luar je. 


Bila nak masuk dalam Hot Spring tu, kena naik 'bas' kenderaan yang mereka sediakan untuk masuk ke dalam. Masalahnya, Yaya bawa OKU yang berkerusi roda, memang taklah kan nak naik kenderaan tu. Bila diberitahu pada polis jaga tu, dia beri kebenaran untuk turunkan penumpang OKU tu sampai depan Hot Spring tu. Diulangi, TURUNKAN PENUMPANG OKU SAHAJA. Bermaksud, Yaya kena turunkan ayah dan mak disana dan kemudia Yaya keluar semula dan kena parking kereta diluar sama macam orang lain. Hm. Bukan minta diberi layanan istimewa pun. Yaya tak kisah nak jalan jauh. Cuma...hmm.Korang tengok gambar dibawah ni



Parking dalam ni lapang + luas giler kot, tak boleh ke bagi kami terus parking kereta kat sana untuk memudahkan ayah yang OKU tu turun naik. Mungkin mereka risau kami bawa barang terlarang atau makanan luar (kat sana tak boleh bawa masuk makanan dari luar) tapi takda masalah kalau diorang nak cek samada kami bawa atau tak ke dalam tu. Faham. Mungkin juga kawasan tu untuk parking staff mereka sahaja atau mungkin orang-orang TERTENTU (banyak betul kemungkinan tu..haa). Apa salah kalau mereka sediakan sedikit ruang tempat untuk OKU juga disana, jadi tidak perlulah OKU ni time waktu nak balik, terpaksa juga menunggu ditengah panas atau hujan sementara orang lain pergi mengambil kereta di luar lepas tu masuk semula kedalam untuk ambil penumpang. Itu membuang masa namanya.
Nun dihujung sana (berdekatan dengan kereta warna merah tu),
Ibu dan ayah Yaya yang terpaksa menunggu Yaya pergi ambil semula kereta diluar.
Nasib ada pokok untuk berteduh.

Dan bila tiba kat dalam ni pula. Memang jalan laluannya bersimen, tapi tak rata.


Ayah Yaya ni OKU. Sebelah kaki je ada. Sebelah lagi kena potong sebab diabetis (pesanan ringkas: sila jaga pemakanan anda,ye untuk mengelak penyakit-penyakit yang tidak diingini dari berlaku). Dan dah tentulah berkerusi roda. Untuk orang berkerusi roda yang kurang berat badannya tu senangla sorong kat jalan tu tapi bagi yang terlebih berat badan ni....huhu agak sukar sedikit dengan jalan nya yang berlubang, berlopak,tidak rata. Sampai ayah hampir terjatuh masa kami sedang menolak kerusinya tu sebab roda termasuk dalam celah lubang tu.Haihh..

Lagi satu bab tempat makan ni. Kawasan ok dah. Cuma..




Kebetulan masa ni orang tengah ramai (tapi takdalah sesak pun) order makanan. Tempat masaknya pula ada satu gerai je, faham banyak order, tapi pekerja nya pun,bila bercakap dengan pelanggan yang datang tu,sopan santun la sikit. Masa ibu Yaya hulur resit makanan kat sorang pekerja wanita yang tengah sediakan makanan ni, dia boleh beritahu kami begini, "tunggu sekejap ye,banyak lagi order ni.." (tanpa senyum) Kami pun...emm ok (=_=) Tahulah banyak order tapi guna ayat elok sikit,boleh? Sabar je la. Nasib tak tunggu terlalu lama.




Yaya tahu, faham kawasan macam ni memang agak kurang sesuai untuk OKU 'ambil angin' disini tapi ayah Yaya dah teringin nak pergi. Dalam fikiran dia mungkin kawasan HOT SPRING ni laluan bersimen je, ala-ala macam kawasan taman tema air gitu kot. Padahal, kawasan 'berhutan', berumput tanah semua, memang agak kurang sesuai la jika OKU nak berehat-rehat disini. Mungkin lepas ni, kawasan HOT SPRING atau yang seumpama denganya ni perlu naik taraf lagi kawasan laluan nya tu dan juga kemudahan yang lain seperti bilik air dan kawasan-kawasan lain. Pendek citer jadikan tempat tu sebagai tempat yang mesra OKU. Jadi bolehla orang-orang kurang upaya ni merasa juga pergi tempat sebegini. Hm. Kesian pula tengok ayah. Mesti sedih bila pergi tempat macam ni yang menyukarkan dia untuk bergerak. ='(

Tak mengapalah ayah. Kami sentiasa akan cari tempat lain yang memudahkan pergerakan ayah dan kawasan yang lebih cantik pemandangannya. Pergi Hot Spring tu bukan ada pun. Tempat orang mandi manda je.

Alhamdulillah, so far, tiap tahun kami adik beradik bawa ibu ayah pergi makan angin, bercuti diluar. Tapi dalam Malaysia je la.hehe. Tak mampu nak bawa luar negara lagi. Dan InsyaAllah tahun ni kami dalam perancangan nak bawa ibu ayah pergi makan angin di Langkawi pula...yeaaa! Sebab ayah kata nak merasa naik kapal terbang pula. Bukan tak pernah naik tapi kali terakhir kami satu keluarga naik kapal terbang tu pun dan berkurun lama. Jadi kali ni nak bawa pula ayah merasa naik macamana. ^_^ Tak sabar pula rasa. Lama juga Yaya tak naik kapal terbang dan pergi ke Langkawi tu..huhu (kesian =( )

Panjang betul bebel Yaya ni. Ok. Sampai sini sahaja. Bersambung entri lain pula nanti.Hehe.
Sekian,Wassalam...=)

Wednesday, 24 January 2018

PEMASANGAN TINTED MUDAH ALIH

Assalammualaikum wbt.
Salam 7 Jamadilawal 1439h


Amacam. Cun tak cun kete? Hehe. Berkilat nye. Dalam gambar je..haha. Gambar diambil saat selesai pemasangan tinted di salah sebuah kedai yang berlokasi di Bukit Kemuning, Seksyen 33, Shah Alam. 


Nama kedai 'UMASHI RESOURCES'. Sebuah kedai pemasangan TINTED MUDAH ALIH untuk semua jenis kenderaan. Memilih TINTED mudah alih kerana harga yang lebih murah dan hasil nya lebih kurang sama sahaja dengan tinted biasa. Cuma tinted jenis mudah alih ni bermaksud, ia mudah untuk dibuka dan dipasang semula. In case, jika terpaksa buka bila nak buat checkup JPJ kan..hehe. Bila buka boleh pasang semula. Sebab kedai ini juga mempunyai tinted jenis tahap gelap yang diluar kebenaran pihak JPJ =p

Dan lagi satu, tinted ini juga boleh dilakukan sendiri dirumah atau dimana sahaja lokasi anda. Maksud mungkin ada yang nak pasang untuk rumah, pejabat ke. Ikutla mana nak pasang. Jika kereta, anda cuma perlu beritahu mereka jenis kenderaan anda secara terperinci semua dan mereka akan potong siap terus dan poskan pada anda. Jadi, anda boleh lakukan sendiri dirumah, lebih jimat. Tapi jika ada 'pakar' yang boleh buatkan, kalau anda baru pertama kali, Yaya cadangkan biar kedai sahaja yang lakukan untuk hasil yang lebih baik.hehe

Pemilik kedai adalah seorang BUMIPUTERA. Itu adalah salah satu sebab memilih kedai ini untuk pemasangan tinted kereta kami. Siapa lagi nak SUPPORT jika bukan bangsa sendiri kan. Sedikit review mengenai kedai tinted ni. Yang Yaya rasa sendiri la. Waktu pergi pun dah petang. Kedai buka jam 10 pagi hingga 7 petang. Setiap hari buka kecuali hari Jumaat tutup. Waktu Yaya pergi hampir jam 4 petang. Sebelum pergi tu dah whatsapp kedai untuk beritahu nak datang. Kira buat appointment la. 

Tujuan buat appointment ni biasanya untuk mengelakkan pelanggan menunggu lama. Dan supaya pekerja boleh susun atur jadual kerja mereka macamana, nak urus pelanggan yang datang macamana. Yaya rasa, mungkin disebabkan baru berapa tahun kedai dibuka, mereka masih lagi belum dapat menguruskan 'bab itu' dengan baik. Kenapa Yaya kata begitu? Melihat pada IG mereka iaitu @umashi_resources, ada diberitahu mengenai masa yang diambil untuk pemasangan tinted kereta adalah dalam masa 40 MINIT sahaja. Jadi Yaya expect, even datang dalam jam 4 petang pun, sempat siap sebelum mereka tutup kedai iaitu jam 7. Lebih pada cukup sebenarnya. Tetapi mungkin pengurusan masa dan kerja mereka yang kurang disitu membuatkan kami menunggu lebih dari 2jam. Bukan hendak menyalahkan mereka. Lagipun Yaya datang dengan 2 kereta yang hendak dipasang tinted. Dan masa sampai di kedai ada sebuah kenderaan sedang dalam proses pemasangan juga. Mungkin baru sampai dan Yaya cuma lihat ada 2 pekerja disana pada waktu tersebut. Yaya tak rasa mereka cuma ada 2 pekerja sahaja, mungkin waktu itu kedai dah arrange berapa orang pekerja yang perlu ada pada waktu itu. Pendek kata, ok je la kedai tu, cuma bagi Yaya perlu manage beul-betul waktu urus kereta yang keluar masuk untuk buat pemasangan tinted tu. 

Jika ada yang dah buat appointment,standby je extra staff untuk stay dan tolong apa yang patut, mana yang perlu. Ramai pekerja, cepatla kereta siap,kan. Kalau 2 orang yang buat kerja untuk pasang 3 buah jenis kenderaan memang la mengambil masa yang lebih. Itu sahaja la yang Yaya nak komen tentang pengurusan kedai tu. Nasib baik juga lokasi kedai mereka agak strategik. Shop lot yang berdekatan juga dengan Pasaraya (Giant), berdekatan juga dengan restoran makanan segera (Fast Food) jadi tidaklah terasa terlalu lama menunggu sebab banyak berjalan..hehe Yaya pergi dengan kakak ipar masa tu, jadi lepas hantar kereta, pergilah menghabiskan masa di Giant, cuci mata sekejap disana. Solat Asar sekali. Dalam jam 6++ petang kami kembali semula ke kedai. Tunggu sana terus. Masa tu kereta Yaya dah siap tinted. Tunggu kereta kakak ipar Yaya pula. Jam 7 baru siap semua. Hm. Agak stress sedikit sebab Yaya ada planning lain waktu tu tapi terpaksa tunda dan cancel sebab dah terlalu lewat. Haih...Apapun still support kedai ni. But maybe after this nak datang kena mai hari biasa mungkin atau jika nak pergi waktu cuti sabtu atau ahad tu kena pergi awal. Waktu pagi atau tengahari. 

Kalau ditanya berapa STAR yang Yaya nak bagi untuk servis kedai ni? Cukup bagi 4**** la..'slack' 1* sebab mengambil lebih masa. Dan membuatkan Yaya terpaksa cancel 'few things' yang Yaya dah plan tu. Itu sahaja. Yang lain semua ok. Staff pun ok. Nice. Sopan je cakap. Ewahh..haha. Sesiapa yang nak buat pemasangan tinted jenis mudah alih ni boleh je pergi sana. No problem. Nak walk in atau buat appointment terpulang. Boleh whatsapp mereka untuk buat appointment dan tanya mengenai tinted lebih lanjut. Boleh rujuk dibawah ni ye untuk informasi kedai dan Yaya selitkan juga jenis tinted yang mereka 'provide' untuk pemasangan ^_^

LOKASI KEDAI:


Tinted Mudah Alih HQ Umashi Resources

No.27-G, Jalan Kemuning Prima D33/D, 
Taman Kemuning Prima, Seksyen 33, 
40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

(Berdekatan Giant Kota Kemuning)

Tel / Whatsapp:

FB Page:
Tinted Mudah Alih HQ - Umashi Resources

Instagram:
@umashi_resources


Boleh pilih tahap gelap yang korang nak. Kalau taknak kena tahan JPJ pilih la yang bawah 70-75% tahap gelap tu.hehe. Tapi kalau tanya Yaya, nak yang paling gelap...haha yela, kita ladies. Amat bahaya tau bila memandu kat luar tu. Penjahat @ syaitonnn yang bertopengkan manusia ni ramai..huhu kena ambil inisiatif untuk keselamatan sendiri. Betul tak, betul tak?? ^o^

Anyway, actually gambar kereta diatas is kereta ibu Yaya. Yaya yang suggest untuk buat tinted ni sebab lebih murah dan kualiti ok. Kualiti memang ok jika kita tak 'usik' tinted tu..hehe Maksud Yaya if takda gatal tangan nak buka pastu pasang balik la. Haa itu memang akan merosakkan kualiti tinted. 

Hmm. Kereta Yaya sendiri pun belum pasang tinted lagi. Maybe tunggu sesapa yang BAIK HATI nak BELANJA Yaya tinted kete ni..hehe. Adakah?? =p

Lepas dah tinted, esok nya baru pergi TEST DRIVE. Kereta baru la katakan.. Baru pakai..hehehe =p. TEST DRIVE ke mana? Tunggu next entri Yaya ok. Review sikit jugak tempat yang Yaya pergi tu.huhu

Ok. Sekian sahaja review Yaya. Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap ayat dan kata-kata mohon ditegur dengan cara berhikmah, ye. Yang baik datang dari Allah SWT yang buruk dari diri sendiri.

Wassalam. =)

Tuesday, 23 January 2018

ZIKIR ALLAH.. ALLAH..

Assalammualaikum wbt.
Salam 6 Jamadilawal 1439h


Sekadar perkongsian di sini. Teruja nak share sebab masa baca, bulu roma meremang sikit..huhu ade pula sikit nya tu ye...Allahu. Kenapa meremang? Teruskan membaca. Tapi harap dapat membaca dengan MATA HATI, bukan sekadar membaca sepintas lalu, ye. Pendek kata, tolong HADAM.

Syeikh Ibnu Atha'illah menuturkan:
"Al-Jurairi menuturkan, “Salah seorang sahabat kami selalu mengucap : Allah ... Allah

Lalu pada suatu hari, kepalanya terkena batang pohon hingga pecah dan mengucurkan darah. Dari darah itu kemudian tertulis di atas tanah lafaz Allah ... Allah.” 

ZIKIR laksana api yang bekerja secara aktif dan memberikan pengaruh. Ketika masuk ke dalam sebuah rumah, ZIKIR itu akan berucap, “Aku, tidak ada lagi selainku.” Itulah makna ungkapan LA ILAHA ILLA ALLAH. 

Jika di dalam rumah itu bertemu dengan kayu bakar, ZIKIR tersebut akan segera membakar. Jika rumah itu gelap, ia akan menjadi cahaya penerang. Jika rumah itu memang memiliki cahaya, ia akan menjadi cahaya di atas cahaya. 

ZIKIR berfungsi menghilangkan endapan berlebih dalam tubuh yang diakibatkan oleh makan berlebihan dan mengkonsumsi barang haram. Saat endapan kotor itu terbakar sehingga hanya yang baiklah yang bertahan, barulah ia mampu mendengar senandung ZIKIR dari semua organ tubuhnya.

Suara ZIKIR itu seperti tiupan terompet. Pertama-tama, ia jatuh di sekitar kepala sehingga kau akan mendengar suara seperti terompet. 

ZIKIR adalah penguasa, jika singgah di suatu tempat, ia akan singgah dengan membawa terompet itu. Sebab, ZIKIR menghadang apa saja selain al-Haq. 

Ketika menempati suatu tempat, ia akan sibuk melenyapkan segala sesuatu yang menjadi lawannya laksana air bertemu api. Lalu, akan terdengar berbagai macam suara seperti desir air, deru angin, golakan api, derap kuda, dan suara dedaunan tertiup angin. 

Sebab, struktur tubuh manusia terdiri dari unsur mulia dan hina. Unsur yang hina meliputi tanah, air, api, udara, bumi dan langit, serta segala yang berada di antara keduanya. Jadi, semua suara itu berasal dari seluruh unsur asli di atas. 

Ketika suara itu terdengar, bererti ia sedang bertasbih dan mensucikan Allah dengan lisannya. Itulah hasil dari zikir lisan yang optimal."


Sumber : Ibnu Atha’illah dalam Kitab Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

Monday, 22 January 2018

CARA MENJAWAB SALAM ORANG BUKAN ISLAM

Assalammualaikum wbt.


Perkara ni bukan lah baru berlaku. Rasanya sudah banyak kali dengar kan. Yaya sendiri kadang terlupa dan kadang juga rasa ragu-ragu nak jawab..haha. Dan, juga boleh tak kita ni mendoakan orang yang bukan Islam ni. Yaya teringat yang pernah juga terbaca suatu artikel tapi tak ingat pula dimana, cerita dari zaman Nabi SAW. Ada yang bertanya soalan sebegini pada baginda dan jawapan baginda juga sama maksudnya seperti jawapan dibawah ni. Apa jawapannya? Sambung baca dibawah ye ^_^. Jawapan di bawah ni menjawab keraguan Yaya dan mungkin juga kat korang yang mungkin ramai juga kengkawan bukan Islam yang pandai pula memberi salam pada kita,orang Islam ni..huhu

Soalan : Apakah kita boleh mengaminkan doa orang bukan islam..? Contoh dia kata…saya doakan kamu selamat dan bahagia..dan jika orang bukan Islam memberi salam apa kah cara kita menjawabnya?

Jawapan :

Umat Islam dilarang mendoakan orang yang bukan Islam selamat sejahtera , tetapi kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepadanya dengan dia masuk Islam. Doa kebaikan dan kesejahteraan hanya untuk orang Islam sahaja. Jika dia mendoakan kita , kita sebut terima kasih.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:

إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Haa, begitulah jawapannya jika anda dalam situasi diatas dimana jika ada sahabat yang bukan Islam memberi salam. Sesungguhnya jawapan begitu adalah lebih baik. Betul tak? =)

(Nota : Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz)

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

HUKUM MAKAN IKAN YANG TIDAK DIBUANG PERUT

Assalammualaikum wbt.
Salam 5 Jamadilawal 1439h


Kadang pernah terfikir juga apa hukum makan ikan atau ayam yang masih tidak dibuang perutnya dan masih ada kotoran sisa didalam badan haiwan tersebut. Tapi biasanya lah ikan makan dah siap dibuang isi perutnya kan. Kot manalah tahu ada yang masak lauk ikan atau ayam tidak dibersihkan bahagian tersebut. Sini Yaya kongsi apa apa kata Ustaz ni bila diajukan soalan berkenaan dengan hal ini.

Soalan : Ustaz.. Di perak ada menjual ikan rebus yang dimasak terus selepas ditangkap dan baru2 ini saya mendengar ceramah bahawa ikan rebus itu haram dimakan sebab direbus sekali dgn isi perutnya.. Betul ke ustaz?

Jawapan :

Ulama berselisih pendapat najis daripada haiwan dagingnya boleh dimakan Imam Syafie mengatakan najis secara mutlak tetapi Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hanbali megatakan suci.Dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhadzab, Imam Nawawi mengatakan:

وقد سبق أن مذهبنا أن جميع الأرواث والذرق والبول نجسة من كل الحيوان ، سواء المأكول وغيره والطير وكذا روث السمك والجراد وما ليس له نفس سائلة كالذباب فروثها وبولها نجسان على المذهب ، وبه قطع العراقيون وجماعات من الخراسانيين . وحكى الخراسانيون وجها ضعيفا في طهارة روث السمك والجراد وما لا نفس له سائلة ، وقد قدمنا وجها عن حكاية صاحب البيان والرافعي أن بول ما يؤكل وروثه طاهران وهو غريب ، وهذا المذكور من نجاسة ذرق الطيور كلها هو مذهبنا

Maksudnya, “Sudah dijelaskan dalam mazhab kita (yakni mazhab Syafi’i) bahawa seluruh kotoran haiwan, tahi burung dan kencingnya itu najis. Baik haiwan yang halal dimakan atau tidak. Adapun burung, tahi/kotoran ikan dan belalang dan haiwan yang darahnya tidak mengalir seperti lalat, maka hukum kotoran/tahi-nya dan kencingnya adalah najis menurut mazhab (Syafi’i). Ini pendapat ulama Irak dan segolongan ulama Khurasan.

Najisnya kotoran burung semua adalah pendapat majoriti mazhab Syafi’i.

KOTORAN HAIWAN SUCI MENURUT MAZHAB HANBALI, MALIKI DAN HANAFI

Menurut mazhab Hanbali, seluruh kotoran dan kencing haiwan yang halal dimakan itu suci.

Ibnu Qudamah seorang ulama mazhab Hanbali dalam Al-Mughni mengatakan:

وبول ما يؤكل لحمه وروثه طاهر … قال مالك : لا يرى أهل العلم أبوال ما أكل لحمه وشرب لبنه نجساً …. وقال ابن المنذر : أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم على إباحة الصلاة في مرابض الغنم ، إلا الشافعي فإنه اشترط أن تكون سليمة من أبعارها وأبوالها

Maksudnya, “Kencing dan kotoran/tahi haiwan yang halal dimakan itu suci. Imam Malik berkata: Ahlul ilmi tidak menganggap kencingnya haiwan yang halal dimakan dan meminum susunya itu najis. Ibnu Mundzir berkata: Ahul ilmi sepakat atas bolehnya solat di kandang lembu kecuali Imam Syafi’i yang mensyaratkan harus selamat dari kencing dan kotoran sapi itu.

Kesimpulan: Haiwan yang halal dimakan baik itu haiwan laut seperti ikan dan udang, haiwan udara seperti burung, atau haiwan darat seperti kambing, dll maka kotoran dan kencingnya hukumnya :

1. Menurut mazhab Syafi’i hukumnya najis, kecuali pendapat sebagian kecil ulama mazhab Syafi’i yang mengatakan suci.
2. Menurut ulama mazhab yang lain seperti mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi, hukumnya suci.

Oleh itu ikan yang direbus bersama isi perutnya menurut mazhab Syafie najis dan ikan rebus tersebut tak halal di makan tetapi menurut majoriti ulama di dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah suci dan ikan rebus tersebut hukumnya halal dimakan.

Adapun kotoran / najis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti babi, burung elang, buaya, anjing, biawak dll maka ulama dari keempat mazhab sepakat atas kenajisannya.

(Nota : Info ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz)

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

Friday, 19 January 2018

10 KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH IBU BAPA

Assalammualaikum wbt.

Kita semua mahu menjadi ayah atau ibu yang baik kepada anak-anak kita, tetapi adakah anda tahu perkara yang mungkin kita lakukan tanpa sengaja? Setelah dikaji (kaji la sangat..hehe) di bawah ini adalah antara 10 kesilapan yang telah dibuat oleh ibu bapa sehingga mendatangkan kekesalan pada Einstein! #ehh hehe

Yaya belum berkahwin (ehem...=p), tetapi Yaya suka juga dengan budak-budak. Itu pun kalau jenis yang tak nakal. haha. Kengkadang, Yaya tidak bersetuju dengan cara tradisional sesetengah ibu bapa yang menghukum anak-anak dengan meletakkan kesalahan atau memarahi mereka. Tapi itu jika sebelum ini lah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yaya selalu juga berjumpa dengan ibu bapa muda yang memberikan anak-anak tablet atau telefon mudah alih mereka di meja restoran, agar mereka tidak membuat bising. Itu mungkin perkara biasa, tapi yang terus belikan anak mereka gajet canggih seperti Smartphone, tablet, Ipad ni semua, Yaya terfikir sendiri,  adakah ianya suatu yang tepat?

Berikut adalah 10 kesilapan keibubapaan untuk dikongsikan dengan anda

1. Membandingkan Anak Anda Dengan Orang Lain


Semakin anda membandingkan anak-anak anda dengan orang lain, semakin mereka merasa rendah diri. Sesetengah daripada mereka mungkin menyembunyikan kebolehan mereka daripada anda kerana mereka takut dibandingkan dengan anak-anak lain yang lebih disukai.

Sesetengah kanak-kanak yang didominasi dibandingkan dengan orang lain mungkin menjadi sombong atau narsistik (mencintai diri). Sesetengah daripada mereka mungkin menjadi pembuli atau memandang rendah terhadap orang lain. Dalam suatu sudut yang lain pula, sesetengah kanak-kanak dengan keyakinan diri yang rendah mungkin menjadi lebih menyedari bagaimana orang lain melihatnya. Ini boleh menyebabkan mereka sengaja menonjolkan diri mereka, untuk menarik perhatian orang lain untuk memperlihatkan nilai diri mereka. Betapa kesiannya tengok anak-anak kecil terpaksa merasakan persaingan antara mereka sendiri =(

Bagi Yaya, membandingkan anak-anak kita dengan orang lain mungkin perkara yang paling tidak diingini sebagai ibu bapa. Berdaya saing di luar zon selesa adalah sebahagian daripada proses dewasa. Oleh itu, ibu bapa yang dikasihi, binalah keyakinan diri anak anda dan mengetahui nilai diri mereka adalah sangat penting, kerana ini boleh menjejaskan pertumbuhan peribadi anak-anak anda!

Ini adalah beberapa contoh buruk yang biasa untuk membandingkan anak-anak kita dengan orang lain:

"Anak lelaki XX sangat baik, lebih bijak daripada rakan sekelasnya!"
"Tidak kira apa, anak-anak saya adalah yang paling hebat"
"Kenapa anaknya kelihatan lebih cantik dengan pakaian ini?"
"Kenapa abang dan kakak awak boleh buat, dan awak tak boleh?"
"Kenapa awak mendapat gred buruk sekali lagi? Lihat rakan sekelas kamu! Mereka patuh dan pintar ... ibu bapa mereka tidak perlu risau tentang mereka! "

Bagaimana untuk tidak membandingkan anak-anak anda dengan orang lain? Malah, contoh di atas adalah kebanyakan "nasihat negatif". Apa yang anda perlu lakukan hanyalah untuk mengubah cara anda menyatakan nasihat tersebut dan sekaligus mengurangkan perasaan terluka mereka! Juga, selalu ingat bahawa semasa mengajar anak-anak anda tentang pelajaran, cuba untuk tidak selalu menyebutkan tentang "anak-anak lain", dan elakkan membandingkan anak-anak anda dengan orang lain untuk memberikan galakan atau menyalahkan mereka.

2. Memberikan Ganjaran Berbentuk Kebendaan Pada Anak Anda


Pernahkah anda melihat senario seperti ini: kanak-kanak kecil bosan dengan mainan kegemaran mereka selepas 2-3 minggu? Atau anak-anak yang ingin membeli mainan baru dan bila mereka tidak dapat, mereka akan menangis sepuasnya.

Contoh situasi lain, bila ada anak yang tidak suka mandi, adakah baik untuk memberikannya mainan untuk menggalakkannya mereka mandi?"

Well, antara jalan yang boleh dilakukan adalah dengan mengatakan pada anak,'bila dah mandi, nanti boleh tolong ibu buat kerja.'" Itu jika anak perempuan, kalau anak lelaki, boleh menggalakkan mereka dengan perkara yang sama juga.

Berbanding jika diberikan ganjaran untuk anak-anak anda, apakata menukarnya dengan sesuatu yang menarik dan menyenangkan untuk dilakukan bersama? Pada masa yang sama, ini boleh menjadi salah satu peluang untuk korang sebagai ibu bapa untuk menghabiskan lebih masa bersama dengan anak-anak. Betul tak? ^_^ 

3. Membiarkan Anak Fikir Bahawa Pelajaran Suatu Yang Sukar


Ramai ibu bapa berfikir cara terbaik untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, dengan memaksa mereka mematuhi jadual harian. Sebagai contoh, kanak-kanak hanya dibenarkan bermain apabila mereka telah selesai melakukan kerja rumah mereka.

Saya fikir ibu bapa harus mengubah minda mereka tentang "waktu bermain". Konsep "kerja rumah” sama seronoknya seperti waktu bermain, dan sebaliknya harus disesuaikan, supaya anak-anak anda tidak memisahkan kerja rumah dari waktu bermain. Ini bermanfaat untuk anak-anak anda kerana semakin lama mereka akan rasa tidak suka dengan ujian disekolah. Mereka akan mengetahui bahawa ujian atau peperiksaan tidak hanya mengenai markah akademik, tetapi penilaian kemajuan pembelajaran mereka, dan menilai sejauh mana mereka dapat memperbaiki diri mereka sendiri.

Apabila hujan, anda boleh menghentikan apa yang anda lakukan, dan keluar berjalan-jalan dengan anak-anak anda. Contoh aktiviti atau permainan yang boleh dilakukan seperti meletakkan daun di sungai yang diambil di taman dan biarkan ia mengalir – kemudian tengok  daun siapa yang mengalir paling cepat? Atau anda boleh bertanya kepada anak-anak anda tentang hujan,contoh, "mengapa hujan? Kenapa kita mempunyai ribut petir? "Ini mungkin membawa rasa ingin tahu dalam diri anak-anak anda dengan menjawab soalan anda.

Anak-anak anda mungkin belajar dengan lebih baik dengan apa yang mereka perhatikan atau rasai, Selain itu, mereka mengetahui bahawa pembelajaran tidak begitu sukar pun hakikatnya. Sering kali, anak-anak kita tidak dapat memahami mengapa mereka perlu untuk belajar mata pelajaran yang sukar di sekolah, seperti matematik atau sejarah. Walau bagaimanapun, dengan perspektif pandangan lain tentang pendidikan, jika anak-anak anda dapat memahami teori-teori di sebalik apa yang berlaku di sekeliling mereka, itu menjadikan pendidikan lebih bermakna dan lebih mudah kepada anda dan anak-anak anda.

4. Membuat Keputusan Bagi Pihak Anak Anda


Apabila anak-anak membesar, mereka perlu menghadapi banyak cabaran dalam membuat pilihan, atau keputusan. Oleh itu, biarkan mereka belajar bagaimana membuat keputusan, serta memahami bagaimana untuk menghadapi akibat daripada pilihan mereka adalah kemahiran hidup yang penting untuk dipelajari. Kebanyakan pendidikan akademik tidak menyentuh proses pembelajaran ini.

Sebagai ibu bapa, anda boleh menggalakkan dan membimbing anak anda membuat keputusan sendiri. Jika anak anda menyesali pilihan mereka yang salah, ibu bapa harus membimbing mereka untuk bertanggungjawab dengan keputusan mereka, dengan memahami mengapa mereka merasa kesal atas keputusan mereka, belajar dari kesilapan mereka - supaya mereka boleh membuat keputusan yang lebih baik untuk diri mereka pada masa akan datang.

Pengajaran yang boleh diberikan adalah semudah mendapatkan ais krim untuk anak-anak anda. Anda boleh membiarkan anak anda memilih perisa kegemaran mereka sendiri dan membayar ais krim mereka. Jika mereka mendapati bahawa mereka tidak menyukai rasanya dan tertipu oleh warna, mereka mungkin telah belajar bagaimana membuat pilihan lebih bijak pada masa depan.

Inilah beberapa amalan mudah yang dapat memupuk kemahiran anak-anak anda, yang tidak dapat diajar di sekolah:

- Mewujudkan keupayaan untuk membezakan antara kebaikan dan keburukan
- Menubuhkan keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan buruk
- Mewujudkan keupayaan untuk membezakan antara kehendak dan kehendak

Melaluinya anda mungkin dapat membuktikan keupayaan anak anda untuk bersikap tegas, melihat perkara dalam perspektif yang lebih luas, dan juga mempunyai pemikiran dan prinsip mereka sendiri. Ini boleh menghalang anak anda menjadi 'pengikut buta' dalam kehidupan.

5. Memaksa Anak Ke Kelas Tambahan Untuk Mendapat Gred Yang Tinggi


Jika anda memaksa anak-anak anda menghadiri kelas tambahan hanya untuk meningkatkan markah akademik mereka, mereka mungkin mengandaikan bahawa "pendidikan adalah semua tentang gred yang lebih baik," melainkan seperti disebutkan di # 4 di atas (bahawa anak-anak anda akan suka belajar lebih banyak daripada apa yang diajar di bilik darjah).

Sekiranya anak-anak anda mempunyai gred cukup baik, namun anda mendesak mereka untuk mengikuti begitu banyak kelas tambahan selepas sekolah, tidakkah ia hanya akan memberi beban dan tekanan pada anak untuk belajar dengan lebih baik? Yuran pengajian kelas tambahan  sepanjang tahun yang terkumpul sebenarnya boleh digunakan untuk membawa anak-anak anda keluar dan mengalami pembelajaran dengan cara yang berbeza!

Sebagai contoh, jika anak-anak anda suka melihat ikan, selain membaca Ensiklopedia atau imej grafik, anda boleh membawa anak-anak anda ke pusat akuarium atau melihat pelbagai jenis ikan di sungai-sungai. Jika anak-anak anda sukakan bangunan, anda boleh membawa mereka melihat bangunan yang berlainan di seluruh bandar, ini membantu dalam mengiringi mereka sepanjang proses pembelajaran.

6. Melarang Cinta Monyet Zaman Sekolah


Tidak kira anak lelaki atau perempuan mereka sering merahsiakan tentang kisah cinta mereka.

Cinta pertama mengajar kita tentang ketidakamanan, dan bagaimana mencintai orang lain. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu sentiasa bersetuju dengan hubungan mereka. Walau bagaimanapun, anda tidak sepatutnya menghalang mereka daripada meneroka perasaan mereka sendiri, apa kata anda mengajar mereka tentang tanggungjawab mencintai seseorang, dan mempunyai seseorang untuk dicintai. Sudah tentu yang lebih penting, adalah tidak mempunyai anak luar nikah!Na'uzubillah min zaliq. Mohon dijauhkan ye.

Ia bukan sesuatu yang boleh dikuasai dalam sehari. Bagaimanapun, komunikasi sehari-hari, keintiman dan ekspresi kasih sayang antara anda dan pasangan anda memberikan contoh terbaik untuk anak-anak anda. Keluarga yang bahagia untuk anak-anak anda bermula dari ibu bapa yang penyayang!

7. Memukul Fizikal Anak Anda


Pukulan fizikal mungkin mendatangkan kesan yang cepat. Sebaik sahaja anda memukul anak-anak anda, mereka akan berhenti berperilaku dengan teruk. Bunyi seperti pintasan yang baik untuk ilmu keibubapaan anda? Tetapi adakah ia benar-benar berkesan? Bolehkah anak-anak anda memahami niat anda dengan baik?

Walau bagaimanapun, cuba untuk tidak bercakap tentang alasan anda dengan mereka apabila mereka sedang beremosi atau menangis. Biarkan mereka berhenti menangis sebelum anda bercakap dengan mereka, anak yang mempunyai emosi stabil akan selalu mendengar kata!

8. Berbohong Kepada Anak Anda


Sebagai ibu bapa, anda harus cuba untuk tidak berbohong kepada anak-anak anda.

Contoh, sekiranya anda telah berjanji untuk membawa anak-anak anda ke Wonderland pada hujung minggu ini, tidak peduli betapa letih anda, cuba untuk menepati janji anda. Jika tidak anak-anak anda mungkin mendapati bahawa anda berbohong.

Jika mereka tidak mempercayai anda lagi, mereka mungkin merasa anda tidak mempedulikan mereka.

9. Mengabaikan Anak Kerana Terlampau Sibuk


Apabila anak-anak anda bertanyakan soalan, tolong jangan menolak dari memberikan jawapan,  atau mengabaikan mereka.

Sekalipun jika anak-anak datang kepada kamu dengan penuh semangat ketika kamu sedang memasak,contoh nya mereka bertanya, "Ibu, kenapa langit biru?" Anda boleh mematikan gas memasak, dan menjawab persoalan mereka dengan berkata, "Bagus soalan tu,sayang! Tunggu ya, biarkan ibu siapkan masak dahulu lepas tu ibu akan jawab soalan tu ye. "

Selalunya, orang dewasa  lupa untuk tetap mempunyai perasaan ingin tahu dalam kehidupan, kerana memasuki dunia digital semasa di mana segala-galanya tersedia dengan teknologi terkini. Oleh itu, kita harus menghargai dan menghormati rasa ingin tahu di kalangan anak-anak kecil, yang ingin meneroka dan menemui lebih banyak benda lagi dalam kehidupan mereka.

Daripada memberi ganjaran dengan wang, adalah lebih baik jika anda boleh meluangkan sedikit masa dengan anak-anak anda, serta menggalakkan mereka belajar dan berkembang bersama, anak-anak akan membesar dengan lebih baik.

10. Sering Lupa Meluangkan Masa Dengan Anak-Anak


Ramai di antara ibu bapa yang bekerja sepenuh masa mungkin secara tidak sengaja mengabaikan anak-anak anda. Faham, kadang-kadang ia memenatkan selepas melalui hari yang panjang di tempat kerja, dan tidak banyak tenaga yang tinggal untuk berbual dengan anak-anak anda atau menceritakan kisah sebelum waktu tidur. Malah, jika anda boleh menghabiskan masa hanya 2 minit dengan anak-anak anda setiap hari, ia boleh memperlihatkan perbezaan ketara! Anda boleh meluangkan sedikit masa setiap malam untuk bermain permainan ringkas yang digemari oleh anak-anak anda, dan mereka dapat mengingat kenangan zaman kanak-kanak kecil yang menyeronokkan ketika mereka membesar.

(Sumber : SINI)

Popular Posts