'TEST DRIVE' KE HOT SPRING, SUNGKAI, PERAK

Assalammualaikum wbt.
Salam 8 Jamadilawal 1439h

Lepas dah TINTED KERETA ni, baru lah syiok nak jenjalan kan..lebih-lebih lagi kalau tempat jauh. Yang tak syiok jadinya tu, sebab kereta tu baru lepas tinted, tak boleh buka cermin selama SEMINGGU kaoo..jenuh nak TOUNCH N' GO masa kat tol..haha. Mesti orang belakang kata, aii, kereta cantik tapi tingkap tak boleh buka ke?tak boleh nak betulkan ke? huhu. Tak mengapalah orang belakang jika kamu berfikir begitu, biarlah aku dan orang-orang yang ku bawa je tahu..hehe. 

Kemana Yaya TEST DRIVE kereta ni..Sebenarnya ibu dengan ayah Yaya dah planning hari Ahad (21.1.18) tu nak pergi jenjalan Sungkai, Perak. Nak cari resort atau hotel yang available kat area Hot Spring tu masa cuti tahun baru cina, tapi malangnya,semua FULL HOUSE time tu. Dah nama pun PUBLIC HOLIDAY kan, meme ramai la yang bawa keluarga masing-masing pergi bercuti.

Kenapa tak cari dan book online je? Hm. Al kisahnya, ayah ni seorang yang suka berjalan. Tengok jalan,tengok orang, tengok pemandangan..gituu hehe Jadi memang sengaja lah nak berjalan ke Sungkai,Perak tu sambil usha tempat tidur yang still available. Kalau boleh nak yang berhampiran dengan HOT SPRING tu, tapi dah penuh kan, takda rezki nak bercuti disana. Tapi (eh banyak tapi pula..huhu) nasib baik juga takda tempat kosong, ayah kata. Sebab apa? Sambung baca kat bawah naa...

HOT SPRING SUNGKAI PERAK KURANG MESRA OKU

Bila tiba je di Hot Spring tu,tengok memang agak jauh sikit kawasan parking kereta dengan tempat untuk beli tiket masuk. Ada yang berdekatan tapi dah penuh. Masa tu pergi sana dengan 2 kereta. Kereta yang Yaya bawa,ada ibu dengan ayah Yaya je. Kereta lagi satu tu kakak Yaya dengan anak dia dan dengan sorang kawan kakak Yaya aka driver.hehe. Masa nak beli tiket, Yaya terus drive ke kawasan tempat beli tiket tu. Yela, takkan nak ulang alik dari tempat parking pastu pergi beli tiket dengan bawa OKU lagi,kan. Lepas tu, ada bertanya dengan guard polis sebelum jalan masuk dalam Hot Spring tu, berkenaan dengan OKU ni. Sebab nya kereta orang luar tidak boleh masuk ke dalam kawasan tu. Memang banyak nya Yaya tengok orang ramai parking kat luar je. 


Bila nak masuk dalam Hot Spring tu, kena naik 'bas' kenderaan yang mereka sediakan untuk masuk ke dalam. Masalahnya, Yaya bawa OKU yang berkerusi roda, memang taklah kan nak naik kenderaan tu. Bila diberitahu pada polis jaga tu, dia beri kebenaran untuk turunkan penumpang OKU tu sampai depan Hot Spring tu. Diulangi, TURUNKAN PENUMPANG OKU SAHAJA. Bermaksud, Yaya kena turunkan ayah dan mak disana dan kemudia Yaya keluar semula dan kena parking kereta diluar sama macam orang lain. Hm. Bukan minta diberi layanan istimewa pun. Yaya tak kisah nak jalan jauh. Cuma...hmm.Korang tengok gambar dibawah ni



Parking dalam ni lapang + luas giler kot, tak boleh ke bagi kami terus parking kereta kat sana untuk memudahkan ayah yang OKU tu turun naik. Mungkin mereka risau kami bawa barang terlarang atau makanan luar (kat sana tak boleh bawa masuk makanan dari luar) tapi takda masalah kalau diorang nak cek samada kami bawa atau tak ke dalam tu. Faham. Mungkin juga kawasan tu untuk parking staff mereka sahaja atau mungkin orang-orang TERTENTU (banyak betul kemungkinan tu..haa). Apa salah kalau mereka sediakan sedikit ruang tempat untuk OKU juga disana, jadi tidak perlulah OKU ni time waktu nak balik, terpaksa juga menunggu ditengah panas atau hujan sementara orang lain pergi mengambil kereta di luar lepas tu masuk semula kedalam untuk ambil penumpang. Itu membuang masa namanya.
Nun dihujung sana (berdekatan dengan kereta warna merah tu),
Ibu dan ayah Yaya yang terpaksa menunggu Yaya pergi ambil semula kereta diluar.
Nasib ada pokok untuk berteduh.

Dan bila tiba kat dalam ni pula. Memang jalan laluannya bersimen, tapi tak rata.


Ayah Yaya ni OKU. Sebelah kaki je ada. Sebelah lagi kena potong sebab diabetis (pesanan ringkas: sila jaga pemakanan anda,ye untuk mengelak penyakit-penyakit yang tidak diingini dari berlaku). Dan dah tentulah berkerusi roda. Untuk orang berkerusi roda yang kurang berat badannya tu senangla sorong kat jalan tu tapi bagi yang terlebih berat badan ni....huhu agak sukar sedikit dengan jalan nya yang berlubang, berlopak,tidak rata. Sampai ayah hampir terjatuh masa kami sedang menolak kerusinya tu sebab roda termasuk dalam celah lubang tu.Haihh..

Lagi satu bab tempat makan ni. Kawasan ok dah. Cuma..




Kebetulan masa ni orang tengah ramai (tapi takdalah sesak pun) order makanan. Tempat masaknya pula ada satu gerai je, faham banyak order, tapi pekerja nya pun,bila bercakap dengan pelanggan yang datang tu,sopan santun la sikit. Masa ibu Yaya hulur resit makanan kat sorang pekerja wanita yang tengah sediakan makanan ni, dia boleh beritahu kami begini, "tunggu sekejap ye,banyak lagi order ni.." (tanpa senyum) Kami pun...emm ok (=_=) Tahulah banyak order tapi guna ayat elok sikit,boleh? Sabar je la. Nasib tak tunggu terlalu lama.




Yaya tahu, faham kawasan macam ni memang agak kurang sesuai untuk OKU 'ambil angin' disini tapi ayah Yaya dah teringin nak pergi. Dalam fikiran dia mungkin kawasan HOT SPRING ni laluan bersimen je, ala-ala macam kawasan taman tema air gitu kot. Padahal, kawasan 'berhutan', berumput tanah semua, memang agak kurang sesuai la jika OKU nak berehat-rehat disini. Mungkin lepas ni, kawasan HOT SPRING atau yang seumpama denganya ni perlu naik taraf lagi kawasan laluan nya tu dan juga kemudahan yang lain seperti bilik air dan kawasan-kawasan lain. Pendek citer jadikan tempat tu sebagai tempat yang mesra OKU. Jadi bolehla orang-orang kurang upaya ni merasa juga pergi tempat sebegini. Hm. Kesian pula tengok ayah. Mesti sedih bila pergi tempat macam ni yang menyukarkan dia untuk bergerak. ='(

Tak mengapalah ayah. Kami sentiasa akan cari tempat lain yang memudahkan pergerakan ayah dan kawasan yang lebih cantik pemandangannya. Pergi Hot Spring tu bukan ada pun. Tempat orang mandi manda je.

Alhamdulillah, so far, tiap tahun kami adik beradik bawa ibu ayah pergi makan angin, bercuti diluar. Tapi dalam Malaysia je la.hehe. Tak mampu nak bawa luar negara lagi. Dan InsyaAllah tahun ni kami dalam perancangan nak bawa ibu ayah pergi makan angin di Langkawi pula...yeaaa! Sebab ayah kata nak merasa naik kapal terbang pula. Bukan tak pernah naik tapi kali terakhir kami satu keluarga naik kapal terbang tu pun dan berkurun lama. Jadi kali ni nak bawa pula ayah merasa naik macamana. ^_^ Tak sabar pula rasa. Lama juga Yaya tak naik kapal terbang dan pergi ke Langkawi tu..huhu (kesian =( )

Panjang betul bebel Yaya ni. Ok. Sampai sini sahaja. Bersambung entri lain pula nanti.Hehe.
Sekian,Wassalam...=)

Post a Comment

5 Comments

  1. bagus dapat berjalan ni..tempat best

    ReplyDelete
  2. Mudah2an hasrat murni tu akan tercapai.

    ReplyDelete
  3. memang pun ,masa kak sue pergi pun memang tgk tak sesuai tuk bawa oku,payah skit...tempat makan dalam tu tak bestttttt seriussss apa je yg ada pun...huhuuuu

    ReplyDelete
  4. sian kann..patut kena ada parking OKU tuu...

    ReplyDelete
  5. Nampak macam best je tempat ni, bole pergi ngn family Tarot ni

    Jangan lupa singgah sini untuk bantu,
    http://tarotthefool.blogspot.my/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete