HUKUM MAKAN IKAN YANG TIDAK DIBUANG PERUT

Assalammualaikum wbt.
Salam 5 Jamadilawal 1439h


Kadang pernah terfikir juga apa hukum makan ikan atau ayam yang masih tidak dibuang perutnya dan masih ada kotoran sisa didalam badan haiwan tersebut. Tapi biasanya lah ikan makan dah siap dibuang isi perutnya kan. Kot manalah tahu ada yang masak lauk ikan atau ayam tidak dibersihkan bahagian tersebut. Sini Yaya kongsi apa apa kata Ustaz ni bila diajukan soalan berkenaan dengan hal ini.

Soalan : Ustaz.. Di perak ada menjual ikan rebus yang dimasak terus selepas ditangkap dan baru2 ini saya mendengar ceramah bahawa ikan rebus itu haram dimakan sebab direbus sekali dgn isi perutnya.. Betul ke ustaz?

Jawapan :

Ulama berselisih pendapat najis daripada haiwan dagingnya boleh dimakan Imam Syafie mengatakan najis secara mutlak tetapi Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hanbali megatakan suci.Dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhadzab, Imam Nawawi mengatakan:

وقد سبق أن مذهبنا أن جميع الأرواث والذرق والبول نجسة من كل الحيوان ، سواء المأكول وغيره والطير وكذا روث السمك والجراد وما ليس له نفس سائلة كالذباب فروثها وبولها نجسان على المذهب ، وبه قطع العراقيون وجماعات من الخراسانيين . وحكى الخراسانيون وجها ضعيفا في طهارة روث السمك والجراد وما لا نفس له سائلة ، وقد قدمنا وجها عن حكاية صاحب البيان والرافعي أن بول ما يؤكل وروثه طاهران وهو غريب ، وهذا المذكور من نجاسة ذرق الطيور كلها هو مذهبنا

Maksudnya, “Sudah dijelaskan dalam mazhab kita (yakni mazhab Syafi’i) bahawa seluruh kotoran haiwan, tahi burung dan kencingnya itu najis. Baik haiwan yang halal dimakan atau tidak. Adapun burung, tahi/kotoran ikan dan belalang dan haiwan yang darahnya tidak mengalir seperti lalat, maka hukum kotoran/tahi-nya dan kencingnya adalah najis menurut mazhab (Syafi’i). Ini pendapat ulama Irak dan segolongan ulama Khurasan.

Najisnya kotoran burung semua adalah pendapat majoriti mazhab Syafi’i.

KOTORAN HAIWAN SUCI MENURUT MAZHAB HANBALI, MALIKI DAN HANAFI

Menurut mazhab Hanbali, seluruh kotoran dan kencing haiwan yang halal dimakan itu suci.

Ibnu Qudamah seorang ulama mazhab Hanbali dalam Al-Mughni mengatakan:

وبول ما يؤكل لحمه وروثه طاهر … قال مالك : لا يرى أهل العلم أبوال ما أكل لحمه وشرب لبنه نجساً …. وقال ابن المنذر : أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم على إباحة الصلاة في مرابض الغنم ، إلا الشافعي فإنه اشترط أن تكون سليمة من أبعارها وأبوالها

Maksudnya, “Kencing dan kotoran/tahi haiwan yang halal dimakan itu suci. Imam Malik berkata: Ahlul ilmi tidak menganggap kencingnya haiwan yang halal dimakan dan meminum susunya itu najis. Ibnu Mundzir berkata: Ahul ilmi sepakat atas bolehnya solat di kandang lembu kecuali Imam Syafi’i yang mensyaratkan harus selamat dari kencing dan kotoran sapi itu.

Kesimpulan: Haiwan yang halal dimakan baik itu haiwan laut seperti ikan dan udang, haiwan udara seperti burung, atau haiwan darat seperti kambing, dll maka kotoran dan kencingnya hukumnya :

1. Menurut mazhab Syafi’i hukumnya najis, kecuali pendapat sebagian kecil ulama mazhab Syafi’i yang mengatakan suci.
2. Menurut ulama mazhab yang lain seperti mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi, hukumnya suci.

Oleh itu ikan yang direbus bersama isi perutnya menurut mazhab Syafie najis dan ikan rebus tersebut tak halal di makan tetapi menurut majoriti ulama di dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali adalah suci dan ikan rebus tersebut hukumnya halal dimakan.

Adapun kotoran / najis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti babi, burung elang, buaya, anjing, biawak dll maka ulama dari keempat mazhab sepakat atas kenajisannya.

(Nota : Info ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz)

Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

Post a Comment

2 Comments

  1. encik . .Yang menyatakan najis haiwan yang halal dimakan itu suci bukan bab makan ,tpi bab terkena baju . .Mana ada ulama membenarkan makan najis haiwan yang halal dimakan . awak dh silap tafsir

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum. memang xde yg kata najis haiwan halal itu bole dimakan, mungkin encik yg perlu faham kan soalan dan jwpan mereka ye =) kurang faham akan jadi salah faham nti ^_^

      Delete