Assalammualaikum wbt.
Perkara ni bukan lah baru berlaku. Rasanya sudah banyak kali dengar kan. Yaya sendiri kadang terlupa dan kadang juga rasa ragu-ragu nak jawab..haha. Dan, juga boleh tak kita ni mendoakan orang yang bukan Islam ni. Yaya teringat yang pernah juga terbaca suatu artikel tapi tak ingat pula dimana, cerita dari zaman Nabi SAW. Ada yang bertanya soalan sebegini pada baginda dan jawapan baginda juga sama maksudnya seperti jawapan dibawah ni. Apa jawapannya? Sambung baca dibawah ye ^_^. Jawapan di bawah ni menjawab keraguan Yaya dan mungkin juga kat korang yang mungkin ramai juga kengkawan bukan Islam yang pandai pula memberi salam pada kita,orang Islam ni..huhu
Soalan : Apakah kita boleh mengaminkan doa orang bukan islam..? Contoh dia kata…saya doakan kamu selamat dan bahagia..dan jika orang bukan Islam memberi salam apa kah cara kita menjawabnya?
Jawapan :
Umat Islam dilarang mendoakan orang yang bukan Islam selamat sejahtera , tetapi kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepadanya dengan dia masuk Islam. Doa kebaikan dan kesejahteraan hanya untuk orang Islam sahaja. Jika dia mendoakan kita , kita sebut terima kasih.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.
Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).
Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).
Haa, begitulah jawapannya jika anda dalam situasi diatas dimana jika ada sahabat yang bukan Islam memberi salam. Sesungguhnya jawapan begitu adalah lebih baik. Betul tak? =)
(Nota : Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz)
Wallahua'lam. Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Wassalam...=)
4 Comments
Kalau org bukan islam memberi salam dgn sempurna cmne pula jwapannya? Cth dia bg salam.. Assalamualaykum..
ReplyDeletesama je..baca btul2 entri atas ni.. =)
Delete"apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (yang bermaksud - dan ke atas kamu juga)"
Ada sorang bukan islam tya, saya bagi salam, dia bleh jawab apa ya...?
ReplyDeleteSetahu saya, salam yang diberi sesama islam ni adalah lebih kepada maksud mendoakan.
DeleteAssalammualaikum dalam bahasa melayu terjemahannya adlh- Salam sejahtera ke atas kamu
Sila baca entri saya diatas, dah terjawab rasanya nya soalan saudari/saudara tu. kita xboleh mendoakan pada yang bukan muslim. tapi kalau dlm situasi, kita xtahu org yg kita bg salam tu seorang beragama islam (sebab ramai pun skrg nampak muka mcm melayu-islam tapi bgsa & agma lain ) yg bukan islam boleh je jwb yg sama - waalaikumsalam @ slm sjhtera jg k ats kamu
Wallahua'lam . Boleh bertanya pada yang lebih arif =)