Assalammualaikum wbt.
Salam 13 Jamadilawal 1439h
Lama juga Yaya tak share tips diet dan kesihatan macam ni kan. Jadi hari ni nak share tips yang amat berguna ni untuk korang semua dan sebagai 'REMINDER' juga buat diri Yaya sendiri yang kadang TERlupa juga..hehe
But TRUST ME. Jika anda mengamalkan TIPS seperti dibawah ni, InsyAllah, akan terlihat perbezaan pada tubuh badan anda. Yang penting, DISIPLIN!
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. MAKAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang SEDIKIT daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. BERUS GIGI
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. KURANG PRODUK TENUSU
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. KURANGKAN MINUMAN BERGULA
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. LEBIHKAN BUAH DAN SAYUR-SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. JANGAN TIMBANG BERAT SETIAP HARI
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
Timbanglah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Pilih SATU HARI dalam 7 hari yang ada ni dan jadikan hari tersebut sebagai hari menimbang berat badan anda setiap minggu. Contoh masa timbang berat badan yang sesuai adalah waktu pagi selepas buang air kecil. Jadi, kalau nak timbang berat badan setiap hari sekalipun, pastikan:-
- waktu pagi
- selepas bangun pagi
- sebelum sarapan
- selepas buang air kecil
- pada masa yang lebih kurang sama
Dan waktu yang perlu dielakkan untk timbang berat badan adalah pada semasa kedatangan haid (period) bagi wanita. Ini kerana, sewaktu datang bulan, terdapat gangguan hormon. Selain jiwa kacau (emosi tak stabil), badan juga menyerap lebih banyak air. Oleh sebab itu berat badan kita berkemungkinan boleh bertambah sehingga 1-2 KG.
Bagi wanita, waktu yang sesuai untuk timbang ialah selepas seminggu datang bulan. Ini kerana, pada waktu tersebut, keadaan tubuh telah kembali seimbang.
15. AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. LEBIHKAN BIJIRIN DAN KACANG
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. NAK SIHAT! BUKAN KURUS.
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. TUKAR CARA MASAKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
(Rujukan : beratbadan.com )
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Wassalam...=)
3 Comments
setuju sangat dengan 17 & 18. Ingat nak tukar cara makan ni, tapi tulah tunggu kerja and ada income. dengan keadaan student life ni cam susah je haha..
ReplyDeletetapi buat masa ni set goals juga la nak kurangkan makanan proses macam sosej.
Good tips mama dah Naik 3 kg ni nak kena diet dah
ReplyDeletenice share.. nk buat tu senang, tapi nk istiqamah tu yg payah.. hahaha
ReplyDelete