Thursday, 31 May 2018

RESEPI : BENDI GORENG

Assalammualaikum wbt.
Salam 15 Ramadhan 1439h

Saja nak share lagi resepi ringkas kot kalau nak buat 'tambah lauk' untuk berbuka petang nanti ke..hehe layan je la ye =p

BENDI GORENG

Bahan-bahan:

- 400 gm bendi, dihiris
- 1 sudu besar minyak jagung

A (bahan dikisar)
- ½ ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili merah
- 1 sudu kecil belacan
- 1 sudu kecil udang kering
- 2 sudu kecil MAGGI CukupRasa

Cara Penyediaan:

1. Tumis bahan A hingga wangi.
2. Masukkan bendi, goreng sehingga empuk.
3. Hidang panas-panas! Nahh senang kan. Boleh sediakan 20minit sebelum waktu berbuka..haha pastu makan pepanas..nyum3. Sedap tau bendi! ^o^

Tips:
Tahukah anda, selain oat dan barli, bendi adalah sumber fiber yang baik!

Selamat memasak (untuk berbuka nanti je ok... =p )
Sekian, Wassalam =)

Wednesday, 30 May 2018

PRODUK RAMADHAN

Assalamualaikum wbt

"Saya tak setuju dengan pendapat ustaz tadi yang menyarankan supaya kita buat terawih 20 rakaat dan tidak perlu tazkirah Ramadhan" kata sahabat kepada saya seusai kuliah zohor tempoh hari.

-Gambar sekadar hiasan-

Saya senyuman lalu membalas, "tula haji, saya pun sebenarnya tak sependapat dengan ustaz tadi. Tetapi itulah, dia hanya menyuarakan pendapat dia sahaja. Lagipun tak salah pun saranan dia tu dan kita pun tak ada masalah jika tak sependapat dengannya."

"Sepatutnya time terawih inilah kita buat tazkirah Ramadhan sebab jemaah ramai. Hari hari biasa mana ada jemaah ramai macam bulan Ramadhan. Bagi saya, orang macam ustaz tu sesuai la jika dia memilih 20 rakaat kerana dia seorang yang telah banyak ilmu." Tambah sahabat saya lagi.

"Betul haji. Selalunya berapa kerat sangatlah yang datang dengar kuliah kuliah kat surau atau masjid. Saya memang seorang yang memperjuangkan solat terawih 8 rakaat diselangi tazkirah haji!" ujar saya sambil tersengih kepada sahabat saya itu.

"Enta 'Produk Ramadhan' kan dif?" Soal sahabat kepada saya tiba tiba. Barangkali dia masih ingat lagi saya pernah mengatakan kepadanya saya adalah 'Produk Ramadhan' beberapa tahun dahulu.


"Hihi. Betul haji. Syukur sangat Allah pertemukan saya dengan masjid dan majlis ilmu pada bulan Ramadhan. Haji doakanlah saya Allah berikan kekuatan untuk terus istiqomah dalam kerja kerja agama ini". Balas saya mengharapkan doanya.

Sebenarnya saya yang menggelar diri sendiri 'Produk Ramadhan' disebabkan saya memulakan langkah hadir ke masjid dan majlis ilmu adalah di bulan Ramadhan. Masih segar lagi di dalam ingatan ini tazkirah pertama yang pernah saya hadiri di Masjid Kota Damansara pada tahun 2013 dahulu. Disitulah bermulanya cinta terhadap masjid dan majlis ilmu di dalam diri ini.

Tulisan ini sebenarnya ingin menyatakan bahawa tazkirah Ramadhan adalah amat penting sekali kerana ia memberi impak yang sangat besar dan berkesan kepada ahli masyarakat.

Tidak kisahlah tazkirah Ramadhan dilakukan ketika solat terawih 20 atau 8 rakaat, tetapi yang pastinya ketika bulan Ramadhan inilah merupakan 'prime time' untuk mendidik dan mengajak masyarakat kepada kesedaran agama.

Pasti ramai yang akan mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan oleh pentazkirah kerana yang hadir ke masjid di bulan Ramadhan bukanlah dari kalangan 'kaki masjid' sahaja tetapi mereka yang mula berjinak jinak dengan masjid juga hadir mengimarahkan rumah Allah itu.

Moga moga tazkirah yang telah disampaikan memberi kesan kepada hati hati mereka yang hadir sepertimana ia telah membekas di dalam hati saya ini sejak pertama kali saya hadir ke majlis ilmu di bulan Ramadhan dahulu.

Saya menulis kisah ini bukanlah kerana ingin membangga diri, moga Allah jaga hati saya, tetapi adalah untuk membantu sekiranya diperlukan bagi mereka mereka yang sedang mencari cari jalan lurus menuju Tuhannya. 

Bagi saya, inilah masanya! Inilah bulannya! Untuk memulakan kerja kerja memperbaiki agama dalam diri kita. Jangan sekali kali dilepaskan peluang yang datang sekali setahun ini. Boleh jadi inilah Ramadhan terakhir bagi kita. Ambil dan manfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik baiknya. 

Pilihlah bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai titik permulaan mencari kasih sayang Allah dengan memperbanyak dan memperbaiki ibadah yang kita lakukan.

Tinggalkanlah sebentar dunia kita ini dan mulakan langkah menuju mengimarahkan masjid masjid atau surau surau. Moga moga Allah kurniakan kasih sayangNya kepada kita dan kita menjadi 'Produk Ramadhan' yang berkualiti. Insyaallah.


Alhamdulillah, hari ini bukan setakat Allah izinkan saya menuntut ilmu di masjid atau surau sahaja, malahan diberi amanah pula untuk menguruskan kuliah kuliah di surau pejabat dan kompleks tahfiz. Dan bagi saya lagi, inilah peluang saya untuk berbakti kepada agama.

Mengakhiri bicara ringkas ini, moga moga kita semua Allah SWT akan kurniakan Mahkota Muttaqqin di penghujung Ramadhan nanti dan sekali gus kita boleh menjadi 'Produk Ramadhan' yang berkualiti. 

Wallahu'alam.

Cerita diatas adalah sekadar perkongsian buat kita semua. Moga ada kebaikan dan pengajaran yang dapat diambil. Sekian, Wassalam =)

CUKUR JAMBUL ATAU CUKUR RAMBUT?

Assalammualaikum wbt.
Salam 14 Ramadhan 1439h

Kesinambungan daripada entri > SEBELUM INI <


Dalam Islam, mencukur rambut bayi ini afdal dilakukan pada hari ke-7 selepas bayi dilahirkan dan biasanya disertakan dengan kenduri aqiqah. Hukum mencukur rambut hingga botak ini adalah sunat. Rambut yang dicukur tadi akan ditimbang dengan emas atau perak untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

Ini selari dengan sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih 
untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” 
(Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tirmidzi)

Sungguhpun begitu, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz menyifatkan bahawa amalan cukur jambul tidak dikira sunnah jika rambut bayi itu hanya digunting sedikit dan tidak dicukur sepenuhnya selepas majlis itu. Menyokong kenyataan itu, Ustaz Azhar Idrus juga menekankan bahawa tiada pahala diperoleh daripada hanya menggunting sedikit rambut bayi yang baru lahir.

5 KELEBIHAN MENCUKUR RAMBUT BAYI DARI SEGI KESIHATAN

Berikut adalah 5 kelebihan mencukur rambut bayi dari sudut kesihatan yang mungkin anda belum tahu.

1. MEMBERSIHKAN KULIT KEPALA BAYI

Sewaktu bayi dilahirkan, bayi melalui jalan lahir / rahim yang turut membawa kotoran dan lemak ibu. Secara tidak langsung, sisa ini tertempel pada kulit kepala bayi.

Dari pandangan kasar, mungkin kita tidak dapat melihat dengan teliti apa yang terlekat pada kulit kepala bayi. Maka, sisa ini dapat dibersihkan secara lebih menyeluruh apabila rambutnya dicukur hingga botak.

2. MUDAH MENGESAN MASALAH KULIT KEPALA

Selain itu, kulit bayi yang sensitif juga mungkin menyebabkan bayi berpeluh, menggaru, dan seterusnya menimbulkan iritasi, luka, bisul dan sebagainya.

Jika ia tertutup di bawah rambut bayi yang tebal, barangkali ianya sudah menjadi lebih teruk apabila kita mengesannya.

3. MENJADIKAN BAYI LEBIH SELESA

Satu lagi kelebihan mencukur rambut bayi adalah supaya mereka berasa lebih selesa. Memandangkan cuaca panas dan lembap di negara ini, kebanyakan bayi memang cenderung untuk berpeluh dengan banyak.

Bayi yang masih kecil dan belum pandai meniarap akan selalu berbaring dan tidur, lalu menyebabkan mereka berpeluh terutamanya pada bahagian kepala.

Mereka juga tidak terganggu visualnya dengan rambut yang panjang hingga memasuki mata.

4. MENGELAKKAN ‘CRADLE CAP’

Sesetengah bayi mengalami masalah kerak kepala (cradle cap) yang ditandai dengan kerak kepala berwarna kekuningan dan agak berminyak.

Apabila rambut dicukur, lebih mudah ibu bapa memantau keadaan kesihatan pada kepala anak. Walaubagaimanapun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya kulit anak bersifat terlalu sensitif dan dikhuatiri menyebabkan luka kepala apabila dicukur.

5. MUDAH DIURUS

Walaupun tidak semua kajian menunjukkan rambut bayi yang tumbuh selepas dicukur adalah lebih lebat, tetapi ramai berpendapat mereka lebih mudah untuk mengurusnya.

Anda juga boleh memberi urutan lembut pada kepala bayi bagi meningkatkan aliran darah ke kepala. Menurut laman web kesihatan LiveStrong, tindakan ini mampu menggalakkan pertumbuhan rambut bayi dengan lebih cepat.

Seperkara lagi, untuk memastikan rambut bayi tumbuh sekata selepas dicukur, galakkan proses meniarap atau ‘tummy time’ setiap hari.

JALANKAN DENGAN BERHATI-HATI

Jika anda berhasrat untuk mencukur rambut bayi, pastikan anda menitik beratkan faktor keselamatan dan kebersihan. Ini kerana, ubun-ubun kepala bayi masih lembut dan kulit mereka juga sangat sensitif.

Maka, dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melakukannya dengan betul. Kalau bayi mengalami masalah kulit yang tertentu, dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya.


Wallahua'lam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..=)

Thursday, 24 May 2018

RESEPI : MURTABAK MAGGI CHEESE

Assalammualaikum wbt.

Korang dah pernah buat belum MURATABAK MAGGI CHEESE ni? Kalau belum, apa kata try buat hari ni untuk berbuka nanti..?


Bahan-Bahan : 

2 bungkus Maggi (perisa kari)
Minyak (untuk menggoreng)
Sedikit garam & lada sulah
5 ketul sosej Ayamas (digoreng)
2 keping keju
3 biji telur


Cara Memasak :

1. Rebus terlebih dahulu maggi. Rebus maggi hingga separa lembut.
2. Toskan dan gaul bersama perencah. Tak guna perencah maggi pun boleh.
3. Potong sosej yang telah digoreng, keju yang dipotong segi empat, sedikit garam dan lada sulah.
4. Pukul telur dan masukkan ke dalam maggi.
5. Gaul sehingga sebati
6. Panaskan minyak
7. Guna jari pun boley nak bulat-bulatkan adunan maggi tu sebelum campak dalam kuali. Make sure cheese dan sosej dalam maggi.

Selamat Mencuba! Sekian, Wassalam =)

CUKUR DAN TIMBANG RAMBUT ANAK KETIKA LAHIR 7 HARI

Assalammualaikum wbt
Salam 8 Ramadhan 1439h


Sejauh manakah adat bercukur bayi baru lahir yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu di negara ini selari dengan syariat Islam?

Menjelaskan perkara ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus pernah mengeluarkan kenyataan dengan berkata, bagi memastikan majlis itu menepati sunnah Rasulllulah, rambut bayi yang baru lahir itu perlu dicukur semua.

“Memang tidak cukur masa majlis itu, kalau cukur masa itu berdarah kepala budak, guntinglah sedikit-sedikit… lepas orang balik cukur semua rambut jadilah ia sunnah”, katanya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, sebaiknya rambut bayi yang dicukur itu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak.

“Jumlah berat rambut itu sekian sekian gram kemudian kita tengok emas atau perak berapa harganya ikut gram rambut itu, jumlahnya itu kita sedekah kepada yang memerlukan”, katanya.

Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh.

Perkongsian daripada Halimatulssaadiah Wan Jusoh boleh dijadikan sebagai rujukan para ibu bapa kerana didalam penulisannya juga, beliau ada berkongsi cara kiraan timbangan serta panduan mencukur yang betul.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya. Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.

Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pula.

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan

Contoh rambut baby R ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contoh ye.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.

Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;

1) Ambil 1 bekas berisi air suam
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mane2 yang ada. Pastikan baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas

Wallahua'lam.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Tuesday, 22 May 2018

BERJALAN KAKI DAN BERPUASA MAMPU MENAJAMKAN FIKIRAN ANDA

Assalammualaikum wbt.


Kebanyakan orang yang berusia 40-an yang mengadu mereka mengalami satu keadaan ‘mudah lupa’. Ia berlaku secara berulang-ulang. Terutamanya kaum lelaki.

Kalau yang lupa tarikh dan nama orang yang ditemui dianggap masalah yang biasa. Ada yang tidak jumpa di mana dia letakkan pen, sedangkan pen itu berada di celah telinga mereka.

Ada yang meletakkan kunci kereta, seharian mencarinya tetapi tidak jumpa. Ini bukan masalah ‘salah letak’ tetapi tidak ingat di mana diletakkan kunci tersebut.

Malah ada yang terpaksa berpatah balik ketika memandu ke rumah, kerana menyangka dia masih lagi bekerja, tetapi sebenarnya di telah pun pencen.

Ada yang lupa jalan balik ke rumah apabila pergi ke masjid, selepas solat subuh. Inilah yang kita sangat bimbangkan.

Padahal semua penyakit ini sudah ada penawarnya, iaitu dengan cara BERPUASA dan BERJALAN KAKI.

Bagi mereka yang mempunyai ibu atau bapa yang mengalami masalah nyanyuk atau pelupa ini, mereka lebih berisiko untuk mengalami masalah yang sama. Jadi banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.

Apabila semakin berumur, saiz otak kita akan berkurangan. Dalam erti kata yang lain, otak kita mengecut. Tetapi dengan banyak berjalan kaki, ia dapat melambatkan proses pengecutan otak ini.

Secara tidak langsung ia melambatkan proses dementia. Malah ada kajian yang menunjukkan dengan kerap berjalan, ia akan menyebabkan kawasan dalam otak yang dikenali sebagai hippocampus, (yang bertanggungjawab dalam proses mengingat dan menghafal), akan menjadi lebih besar dan tetap sihat.

Dalam kajian yang menggunakan pemeriksaan MRI, orang yang banyak berjalan kaki, otak kita akan menjadi lebih muda dua tahun berbanding dengan orang yang tidak suka berjalan kaki.


Sebab itu kita selalu digalakkan untuk pergi ke masjid dengan hanya berjalan kaki. Walaupun jarak rumah mungkin agak jauh dari masjid, mungkin ambil masa 30 minit, bukan sahaja mendapat keberkatan daripada Allah SWT malah ia boleh dianggap sebagai satu riadah untuk menyihatkan tubuh dan otak.

Elakkan daripada mengeluh. Untuk mengelakkan lambat ke masjid, rancang waktu ke masjid, mungkin 30 minit sebelum azan dilaungkan.

Mungkin kita boleh simpan motorsikal dan kereta kita untuk perjalanan yang lebih jauh, malah menjimatkan penggunaan minyak kereta.

Begitu juga para pelajar, terutamanya pelajar madrasah yang ingin menghafal ayat-ayat Quran. Cara terbaik ialah dengan banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.

Tiada yang dapat menajamkan fikiran dan memperbaiki ingatan kita kecuali dengan banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.

Jom kita berubah!
Kurangkan makan, perbanyakkan berpuasa.
Minimakan menaiki kenderaan, maksimakan berjalan kaki.

Rujukan;
K. I. Erickson, M. W. Voss, et al., Salk Institute, San Diego, CA, “Exercise training increases size of hippocampus and improves memory,” Proceedings of the National Academy of Science USA (January 2011): 3017–22.

Wallahua'lam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

TINGKATAN PUASA

Assalammualaikum w.b.t.
Salam 6 Ramadhan 1439h

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menerangkan tingkatan dalam berpuasa. Shaumul Umum, Shaumul ‎Khusus, dan Shaumul Khususil khusus.
Karya/Kredit art : @dakwat.putih

Puasa orang awam (orang kebanyakan)
- Puasa orang awam adalah menahan makan dan minum dan menjaga kemaluan dari godaan syahwat.

Tingkatan puasa ini menurut Al-Ghazali adalah tingkatan puasa yang paling rendah. Kerana jika puasanya hanya kerana menahan makan dan minum serta tidak melakukan hubungan suami isteri di siang hari, maka sabda Rasulullah saw puasa orang ini termasuk puasa yang merugi iaitu berpuasa tapi tidak mendapatkan pahala melainkan sedikit.

Puasa para Shalihin (orang soleh)
- ‎Puasanya golongan ini adalah selain menahan makan dan minum serta syahwat juga menahan pendengaran, pandangan, ucapan, gerakan tangan dan kaki dari segala macam bentuk dosa.

Menurut Al- Ghazali, seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan dalam tingkatan puasa kedua ini kecuali harus melewati enam hal sebagai prasyaratnya;
  1. Menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan.
  2. Menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri.
  3. Menggunakan waktu untuk berzikir kepada ALLAH serta membaca Al-Quran.
  4. Menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik.
  5. Mencegah anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Tidak berlebih-lebihan dalam berbuka, sampai perutnya penuh makanan.
  6. Hatinya sentiasa diliputi rasa cemas (khauf) dan harap (raja) kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh ALLAH.

Puasa para Nabi, Shidiqqin, Muqarrabin.
- Puasa golongan ini adalah ‎puasanya hati dari kepentingan jangka pendek dan fikiran-fikiran duniawi serta menahan segala hal yg dapat memalingkan dirinya pada selain ALLAH SWT.

Wallahua'lam.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Monday, 21 May 2018

BAHAYA LIDAH PADA IBADAH PUASAMU

Assalammualaikum wbt.


Jadikanlah puasamu benar benar untuk mentarbiah diri agar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Dikala syaitan dan nafsu yang dibelenggu tidak daya menggoda, inilah masanya untuk mendidik lidahmu pada berkata kata hanya perkataan yang baik baik atau diam.

Lidahmu sangat mampu untuk merosakkan nilai ibadah puasa yang engkau usahakan sejak pagi jika ia digunakan tanpa kawalan iman dan dibiar mengatakan perkara perkara yang tidak berfaedah.

Boleh jadi asal puasamu diterima oleh Allah, tetapi rosak binasa tidak ada nilai dek kerana lidah yang engkau gunakan untuk bermegah megah mencanang ibadah puasa yang telah engkau lakukan kepada orang lain


Perbanyakkanlah olehmu akan mengingati Allah. Zikir zikir seperti istighfar, tasbih, tahmid dan takbir akan mampu melembut dan melunakkan agresif lidahmu. 

Jadikanlah juga lidahmu itu sebagai medium perantara engkau bersahabat baik dengan Al Quran. Gunakan ia membaca bait bait kalam Allah yang mulia itu sekerap mungkin ketika engkau menjalani ibadah puasa. Mudah mudahan Al Quran mampu engkau "jinakkan" dengan bantuan lidahmu sekali gus engkau akrab dengannya.


Ingatlah! Aku menasihati diriku dan dirimu agar jangan membiarkan lidah merosakkan segala nilai dan pahala ibadah puasa yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Ini kerana, apabila ia rosak tidak bernilai, tidaklah puasa itu menjadi pahala di sisi Allah. Lalu puasa itu nilainya hanya penat menahan lapar dan dahaga. Wallahu'alam.

Wallahua'lam.

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

TIPS KHATAM AL QURAN DI BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum wbt.

Salam 5 Ramadhan 1439h



Bulan yang penuh berkat dan rahmat ini, amatlah sayang sekali jika tidak diisi dengan bacaan Al-Quran, kan. Mari, walau dah masuk 2 Ramadhan, masih ada kesempatan lagi.

kredit : darulmurtadza


UNTUK 1 KALI KHATAM, JUMLAH YG DIBACA :

1. Solat Subuh     2 helai
2. Solat Zuhur    2 helai
3. Solat 'Asar     2 helai
4. Solat Maghrib  2 helai
5. Solat 'Isya        2 helai



UNTUK 2 KALI KHATAM :

1. Solat Subuh    4 helai
2. Solat Zuhur   4 helai
3. Solat 'Asar     4 helai
4. Solat Maghrib 4 helai
5. Solat 'Isyak       4 helai


UNTUK 3 KALI KHATAM :

1. Solat Subuh    6 helai
2. Solat Zuhur   6 helai
3. Solat 'Asar     6 helai
4. Solat Maghrib  6 helai
5. Solat 'Isyak       6 helai

SEBARKAN KEBAIKAN, Rasulullah SAW bersabda,


" Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala 
semisal orang yg mengikuti KEBAIKAN "
(HR. Muslim, no. 1893).


Tapi walau apa pun, jangan kerana nak khatam Quran dengan segera, habis dilanggar tajwid bacaan itu. Jangan sampai pembacaan kita menjadi sia-sia. Jika boleh, baca al-Quran berserta dengan terjemahannya sekali. Jika tidak pun, baca dengan tajwid yang baik. Paling bagus jika dapat membaca ramai-ramai. Jadi bila membaca, jika ada kesalahan, yang mendengar dapat menegur kesalahan kita itu.

Wallahua'lam.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Thursday, 17 May 2018

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN - 1439H

Assalammualaikum wbt
1 Ramadhan 1439H

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
اهلا وسهلا يا رمضان

Ramadhan,
Engkau datang lagi,
Membawa rahmat dan berkat,
Memang engkau sangat di tunggu², 
Kerana engkau hadiah yang Tuhan kirimkan.

Ramadhan bulan ketaatan,
Bulan Al-Qur'an, 
Bulan kerahmatan dan keampunan.

Ramadhan…
Bulan ilmu dan kegembiraan,
“ Kegembiraan melakukan ibadah ”

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka,
Seperti ketibaan orang yang kita cinta, 
Dengan ucapan Ahlan Wasahlan Marhaban Ya Ramadhan.

Karya/Kredit art - @imanimex_official #Imanimex

Selamat berpuasa buat semua Umat Islam seluruh dunia. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Mulai hari ini kita akan mula menjalani ibadah berpuasa selama 30 hari. Syaitan dah kena ikat, tapi ada benda lain yang lebih menakutkan dari syaitan, iaitu NAFSU SENDIRI. Semoga kita tidak tewas dengan nafsu kita sendiri. Kerana perkara yang membimbangkan ialah apabila sudah tiadanya syaitan, nafsu pula yang memainkan peranan.

Aamiin. InsyaAllah. =)


DIAM DAPAT MEMBATALKAN PUASA?

Assalammualaikum wbt.

Kredit : instagram - @lukisan_dakwahmy

DIAM PUN DAPAT MEMBATALKAN PUASA??

Dalam acara ceramah seorang ustaz berkata…

“Ternyata diam boleh membatalkan puasa.”

Lalu para jamaah serentak menjadi kelam kabut, dan bertanya:

"Bagaimana boleh batal puasanya ?"

Lalu dengan santai ustaz menjawab,

"Ketahuilah, hal-hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam-diam ?? Sarapan pagi

Diam-diam ?? minum cendol

Diam-diam ?? mengunyah

Diam-diam ?? merokok

Diam-diam ?? makan Roti prata

Ssssshh : jangan DIAM-DIAM, kena bagi tahu orang…

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1439H

Wednesday, 16 May 2018

8 MANFAAT BUAH BIDARA UNTUK KESIHATAN

Assalammualaikum wbt.


Bidara merupakan salah satu jenis tanaman yang memiliki manfaat baik bagi manusia. Tanaman yang satu ini telah dikenali sejak zaman dahulu untuk menjaga kesihatan tubuh. 

Tanaman buah bidara menghasilkan buah bidara segar yang telah banyak dijual beli untuk dibuat minuman atau dimakan secara langsung. Bukan hanya itu, buah bidara juga dapat dibuat manisan. Buah bidara yang masih muda enak dimakan sebagai rojak atau dimakan cukup dengan menggunakan garam. Buah bidara memiliki kandungan yang baik bagi tubuh seperti vitamin A, C, lemak dan karotin.

Daun buah bidara yang masih muda dapat dimakan dengan cara diolah menjadi sayur. Sementara itu, daun Bidara yang telah tua, dapat dijadikan sebagai makanan haiwan ternak. Kehebatan lain dari tumbuhan ini adalah untuk digunakan sebagai ubat bagi orang yang sedang demam dengan cara menggunakan daun Bidara untuk mandi. Penggunaannya cukup mudah yaitu dengan cara meramas daun bidara hingga berbuih lalu digunakan untuk mandi. Tidak hanya buahnya, namun daunnya juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh.

Berikut antara manfaat buah bidara :

1. Mengandung banyak antioksidan

Kandungan manfaat antioksidan di dalam buah bidara baik untuk mencegah datangnya radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang bisa datang darimana saja termasuk dari udara yang kita hirup sehari- hari. Radikal bebas juga menjadi salah satu datangnya penyakit kanker yang harus diwaspadai.

2. Mengatasi gangguan mulut

Sariawan, gusi berdarah, bibir pecah- pecah merupakan beberapa jenis gangguan mulut yang bisa disebabkan oleh banyak hal dimana salah satunya adalah kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara bisa digunakan untuk mengatasi beragam gangguan mulut tersebut.

3. Mengubati luka

Daun bidara memiliki kandungan antiseptik sehingga cocok digunakan untuk mengobati luka entah luka yang telah lama maupun luka baru.

4. Mengatasi masalah kewanitaan

Bagi anda yang mengalami keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain, maka penggunaan daun bidara sesuai digunakan untuk mengatasi masalah gangguan tersebut.


5. Memiliki banyak kandungan mineral

Daun bidara mengandung banyak mineral yang berguna dalam merawat kesihatan tulang mahupun kesihatan gigi.

6. Mengandungi antibakteria

Daun bidara memiliki antibakteria. Antibakteria memiliki banyak khasiat seperti mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperyi demam babi, pilek, influenza, demam burung bahkan HIV/AIDS.

7. Mengatasi penyakit perut

Daun bidara dapat digunakan untuk mengatasi tukak lambung (sejenis penyakit radang perut dan usus), gangguan pencernaan hingga kanser perut.

8. Mengubati penyakit diabetes

Daun bidara memiliki kandungan glikemik yang rendah sehingga bagus untuk mengubati diabetis tahap 1, 2 serta diabetis gestasional (diabetis yang dialami oleh ibu yang mengandung).

Kegunaan Buah Bidara Lainnya

Tidak hanya digunakan untuk ubat, daun dari tanaman ini juga dapat digunakan sebagai makanan ternak. Di beberapa negara seperti India dan Afrika Utara, daun ini banyak digunakan untuk memberi makan unta, lembu, kambing, dan biri-biri. Buah bidara sesuai ditanam pada tanah yang kering dan tandus. Tanaman bidara memiliki buah dengan bentuk kecil dan bulat. Buah bidara memiliki banyak nutrisi serta gizi yang terdiri dari :

beta karotin, protein, air, gula, kalsium, riboflvin, lemak, vitamin A, vitaminC, niacin, fosfor, karbohidrat, thiamin

Kandungan-kandungan tersebut baik untuk kesihatan mahu pun kecantikan. Buah bidara pada saat muda berwarna hijau, ketika setengah matang warnanya berubah menjadi kuning dan menjadi coklat ketika sudah masak. Daun buah serta kayu tanaman bidara memilki banyak manfaat bagi manusia.

Banyak kalangan masyarakat yang menggunakan daun tanaman bidara untuk dijadikan jamu dengan cara merebus dan mencampur menggunakan daun mimba, manfaat temulawak serta manfaat lempuyang. Selain itu dapat juga dijadikan ubat akibat luka jatuh atau calar.

Sumber: manfaat.co.id

Popular Posts