Assalammualaikum wbt.
Jadikanlah puasamu benar benar untuk mentarbiah diri agar menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Dikala syaitan dan nafsu yang dibelenggu tidak daya menggoda, inilah masanya untuk mendidik lidahmu pada berkata kata hanya perkataan yang baik baik atau diam.
Lidahmu sangat mampu untuk merosakkan nilai ibadah puasa yang engkau usahakan sejak pagi jika ia digunakan tanpa kawalan iman dan dibiar mengatakan perkara perkara yang tidak berfaedah.
Boleh jadi asal puasamu diterima oleh Allah, tetapi rosak binasa tidak ada nilai dek kerana lidah yang engkau gunakan untuk bermegah megah mencanang ibadah puasa yang telah engkau lakukan kepada orang lain
Perbanyakkanlah olehmu akan mengingati Allah. Zikir zikir seperti istighfar, tasbih, tahmid dan takbir akan mampu melembut dan melunakkan agresif lidahmu.
Jadikanlah juga lidahmu itu sebagai medium perantara engkau bersahabat baik dengan Al Quran. Gunakan ia membaca bait bait kalam Allah yang mulia itu sekerap mungkin ketika engkau menjalani ibadah puasa. Mudah mudahan Al Quran mampu engkau "jinakkan" dengan bantuan lidahmu sekali gus engkau akrab dengannya.
Ingatlah! Aku menasihati diriku dan dirimu agar jangan membiarkan lidah merosakkan segala nilai dan pahala ibadah puasa yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Ini kerana, apabila ia rosak tidak bernilai, tidaklah puasa itu menjadi pahala di sisi Allah. Lalu puasa itu nilainya hanya penat menahan lapar dan dahaga. Wallahu'alam.
Wallahua'lam.
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
4 Comments
sentiasa beringat
ReplyDelete=)
DeleteRamai orang jadi binasa hanya kerana mulut. Moga kita sam-sama dapat menjaga lidah di bulan puasa ini.
ReplyDeletelangkah berdiam diri bukanlah langkah yang salah. demi kebaikan semua kalau tak mampu bercakap yang baik kita diam sajalah. takut lebih mudarat =)
ReplyDelete