Assalammualaikum wbt.
Kebanyakan orang yang berusia 40-an yang mengadu mereka mengalami satu keadaan ‘mudah lupa’. Ia berlaku secara berulang-ulang. Terutamanya kaum lelaki.
Kalau yang lupa tarikh dan nama orang yang ditemui dianggap masalah yang biasa. Ada yang tidak jumpa di mana dia letakkan pen, sedangkan pen itu berada di celah telinga mereka.
Ada yang meletakkan kunci kereta, seharian mencarinya tetapi tidak jumpa. Ini bukan masalah ‘salah letak’ tetapi tidak ingat di mana diletakkan kunci tersebut.
Malah ada yang terpaksa berpatah balik ketika memandu ke rumah, kerana menyangka dia masih lagi bekerja, tetapi sebenarnya di telah pun pencen.
Ada yang lupa jalan balik ke rumah apabila pergi ke masjid, selepas solat subuh. Inilah yang kita sangat bimbangkan.
Padahal semua penyakit ini sudah ada penawarnya, iaitu dengan cara BERPUASA dan BERJALAN KAKI.
Bagi mereka yang mempunyai ibu atau bapa yang mengalami masalah nyanyuk atau pelupa ini, mereka lebih berisiko untuk mengalami masalah yang sama. Jadi banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.
Apabila semakin berumur, saiz otak kita akan berkurangan. Dalam erti kata yang lain, otak kita mengecut. Tetapi dengan banyak berjalan kaki, ia dapat melambatkan proses pengecutan otak ini.
Secara tidak langsung ia melambatkan proses dementia. Malah ada kajian yang menunjukkan dengan kerap berjalan, ia akan menyebabkan kawasan dalam otak yang dikenali sebagai hippocampus, (yang bertanggungjawab dalam proses mengingat dan menghafal), akan menjadi lebih besar dan tetap sihat.
Dalam kajian yang menggunakan pemeriksaan MRI, orang yang banyak berjalan kaki, otak kita akan menjadi lebih muda dua tahun berbanding dengan orang yang tidak suka berjalan kaki.
Sebab itu kita selalu digalakkan untuk pergi ke masjid dengan hanya berjalan kaki. Walaupun jarak rumah mungkin agak jauh dari masjid, mungkin ambil masa 30 minit, bukan sahaja mendapat keberkatan daripada Allah SWT malah ia boleh dianggap sebagai satu riadah untuk menyihatkan tubuh dan otak.
Elakkan daripada mengeluh. Untuk mengelakkan lambat ke masjid, rancang waktu ke masjid, mungkin 30 minit sebelum azan dilaungkan.
Mungkin kita boleh simpan motorsikal dan kereta kita untuk perjalanan yang lebih jauh, malah menjimatkan penggunaan minyak kereta.
Begitu juga para pelajar, terutamanya pelajar madrasah yang ingin menghafal ayat-ayat Quran. Cara terbaik ialah dengan banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.
Tiada yang dapat menajamkan fikiran dan memperbaiki ingatan kita kecuali dengan banyakkan berpuasa dan berjalan kaki.
Jom kita berubah!
Kurangkan makan, perbanyakkan berpuasa.
Minimakan menaiki kenderaan, maksimakan berjalan kaki.
Rujukan;
K. I. Erickson, M. W. Voss, et al., Salk Institute, San Diego, CA, “Exercise training increases size of hippocampus and improves memory,” Proceedings of the National Academy of Science USA (January 2011): 3017–22.
Wallahua'lam.
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
8 Comments
alamak okaylah xmo merungut dahla kalau kena jalan jauh. demi masa depan ehehe..
ReplyDeletesalam ramadhan Yaya =D
hehe
Deletesalam ramadhan jg =)
Hari2 pun memang bayak berjalan kaki.
ReplyDeleteMudah2an tak jadi pelupa di usia emas ini.
InsyaAllah
Deletebaru tau ni. terima kasih yaya.
ReplyDeletesame Gja =)
Deletextau la knp. nk jalan amek remote tv pun makin malas skrg. huhuhuh
ReplyDeleteTiada alasan nak bermalas2 time puasa kan. Benda simple tapi nak amalkan susah juga. Berjalan2 ke mall rajin pula ye. Huhuhu
ReplyDelete