CUKUR DAN TIMBANG RAMBUT ANAK KETIKA LAHIR 7 HARI

Assalammualaikum wbt
Salam 8 Ramadhan 1439h


Sejauh manakah adat bercukur bayi baru lahir yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu di negara ini selari dengan syariat Islam?

Menjelaskan perkara ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus pernah mengeluarkan kenyataan dengan berkata, bagi memastikan majlis itu menepati sunnah Rasulllulah, rambut bayi yang baru lahir itu perlu dicukur semua.

“Memang tidak cukur masa majlis itu, kalau cukur masa itu berdarah kepala budak, guntinglah sedikit-sedikit… lepas orang balik cukur semua rambut jadilah ia sunnah”, katanya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, sebaiknya rambut bayi yang dicukur itu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak.

“Jumlah berat rambut itu sekian sekian gram kemudian kita tengok emas atau perak berapa harganya ikut gram rambut itu, jumlahnya itu kita sedekah kepada yang memerlukan”, katanya.

Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh.

Perkongsian daripada Halimatulssaadiah Wan Jusoh boleh dijadikan sebagai rujukan para ibu bapa kerana didalam penulisannya juga, beliau ada berkongsi cara kiraan timbangan serta panduan mencukur yang betul.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya. Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.

Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pula.

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan

Contoh rambut baby R ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contoh ye.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.

Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;

1) Ambil 1 bekas berisi air suam
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mane2 yang ada. Pastikan baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas

Wallahua'lam.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

2 Comments