8 MANFAAT BUAH BIDARA UNTUK KESIHATAN

Assalammualaikum wbt.


Bidara merupakan salah satu jenis tanaman yang memiliki manfaat baik bagi manusia. Tanaman yang satu ini telah dikenali sejak zaman dahulu untuk menjaga kesihatan tubuh. 

Tanaman buah bidara menghasilkan buah bidara segar yang telah banyak dijual beli untuk dibuat minuman atau dimakan secara langsung. Bukan hanya itu, buah bidara juga dapat dibuat manisan. Buah bidara yang masih muda enak dimakan sebagai rojak atau dimakan cukup dengan menggunakan garam. Buah bidara memiliki kandungan yang baik bagi tubuh seperti vitamin A, C, lemak dan karotin.

Daun buah bidara yang masih muda dapat dimakan dengan cara diolah menjadi sayur. Sementara itu, daun Bidara yang telah tua, dapat dijadikan sebagai makanan haiwan ternak. Kehebatan lain dari tumbuhan ini adalah untuk digunakan sebagai ubat bagi orang yang sedang demam dengan cara menggunakan daun Bidara untuk mandi. Penggunaannya cukup mudah yaitu dengan cara meramas daun bidara hingga berbuih lalu digunakan untuk mandi. Tidak hanya buahnya, namun daunnya juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh.

Berikut antara manfaat buah bidara :

1. Mengandung banyak antioksidan

Kandungan manfaat antioksidan di dalam buah bidara baik untuk mencegah datangnya radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang bisa datang darimana saja termasuk dari udara yang kita hirup sehari- hari. Radikal bebas juga menjadi salah satu datangnya penyakit kanker yang harus diwaspadai.

2. Mengatasi gangguan mulut

Sariawan, gusi berdarah, bibir pecah- pecah merupakan beberapa jenis gangguan mulut yang bisa disebabkan oleh banyak hal dimana salah satunya adalah kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara bisa digunakan untuk mengatasi beragam gangguan mulut tersebut.

3. Mengubati luka

Daun bidara memiliki kandungan antiseptik sehingga cocok digunakan untuk mengobati luka entah luka yang telah lama maupun luka baru.

4. Mengatasi masalah kewanitaan

Bagi anda yang mengalami keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain, maka penggunaan daun bidara sesuai digunakan untuk mengatasi masalah gangguan tersebut.


5. Memiliki banyak kandungan mineral

Daun bidara mengandung banyak mineral yang berguna dalam merawat kesihatan tulang mahupun kesihatan gigi.

6. Mengandungi antibakteria

Daun bidara memiliki antibakteria. Antibakteria memiliki banyak khasiat seperti mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperyi demam babi, pilek, influenza, demam burung bahkan HIV/AIDS.

7. Mengatasi penyakit perut

Daun bidara dapat digunakan untuk mengatasi tukak lambung (sejenis penyakit radang perut dan usus), gangguan pencernaan hingga kanser perut.

8. Mengubati penyakit diabetes

Daun bidara memiliki kandungan glikemik yang rendah sehingga bagus untuk mengubati diabetis tahap 1, 2 serta diabetis gestasional (diabetis yang dialami oleh ibu yang mengandung).

Kegunaan Buah Bidara Lainnya

Tidak hanya digunakan untuk ubat, daun dari tanaman ini juga dapat digunakan sebagai makanan ternak. Di beberapa negara seperti India dan Afrika Utara, daun ini banyak digunakan untuk memberi makan unta, lembu, kambing, dan biri-biri. Buah bidara sesuai ditanam pada tanah yang kering dan tandus. Tanaman bidara memiliki buah dengan bentuk kecil dan bulat. Buah bidara memiliki banyak nutrisi serta gizi yang terdiri dari :

beta karotin, protein, air, gula, kalsium, riboflvin, lemak, vitamin A, vitaminC, niacin, fosfor, karbohidrat, thiamin

Kandungan-kandungan tersebut baik untuk kesihatan mahu pun kecantikan. Buah bidara pada saat muda berwarna hijau, ketika setengah matang warnanya berubah menjadi kuning dan menjadi coklat ketika sudah masak. Daun buah serta kayu tanaman bidara memilki banyak manfaat bagi manusia.

Banyak kalangan masyarakat yang menggunakan daun tanaman bidara untuk dijadikan jamu dengan cara merebus dan mencampur menggunakan daun mimba, manfaat temulawak serta manfaat lempuyang. Selain itu dapat juga dijadikan ubat akibat luka jatuh atau calar.

Sumber: manfaat.co.id

Post a Comment

36 Comments

  1. tak pernah makan buah bidara huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya pun xpernah mkn lagi..hehe

      Delete
    2. Betul tu . Rasanya seperti epal hijau tetapi tidak mempunyai ciri ciri masam.

      Delete
  2. Sedap.. Suka buah bidara ini..

    ReplyDelete
  3. sedap raggup lbh sedap buah bidara dr epal

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah baru semalm dapat cuba . Sedap ... susah nak carik buah bidara ni ... sekali sekali je ade jual .

    ReplyDelete
  5. Saya selalu beli buah bidara..suka makan sebab bunyi krupp krapp tu..rasa pun sedap

    ReplyDelete
  6. Skg buah bidara ni tgh musim ni tempat tentu ada jual

    ReplyDelete
  7. Tengah makan sambil baca blog yaya :) sedap manis gituuuu

    ReplyDelete
  8. buah bidara sekilo 10,emm tapi tak ramai yang jual

    ReplyDelete
  9. Saya pun baru first time makan..sedap

    ReplyDelete
  10. Buat pertama kali dapat merasai makan buah bidara rasanya sedap tak berapa manis tapi berlemak dan ranggup sesuai kepada pesakit diabetis.

    ReplyDelete
  11. Mmg sedap...hrga pasaran sekilo pn Rm8

    ReplyDelete
  12. Kat pasar malam jalan kilang kulim ada jual..sekilo RM8.00. Buah baru petik..fresh lg...nyum2

    ReplyDelete
  13. Baru tadi beli di r&r..sedap, ranggup macam epal

    ReplyDelete
  14. First time mkn buah bidara..mmg sedap mcm epal..rangup..anak pn suka

    ReplyDelete
  15. Tak pernah makan sblm ni, bila dah makan wow memang sedap..rangup

    ReplyDelete
  16. Says ratha dari Johor saya pun baru Cuba sedap macam apple crunchy.Cuba makan tapi sekarang Rasa nak lagi kena tunggu satu minggu.tàk beli pula. Kecewa rasanya.

    ReplyDelete
  17. Baru beli kat mkn pasar mlm sedap rangup juga

    ReplyDelete
  18. Dulu susah nak jumpa buah Ni. Skrg kat pasar malam pun ada jual.
    Rangup Dan texture mcm epal.
    Rasanya cuma ala2 manis je.
    Tapi Tak manis Dan masa

    ReplyDelete
  19. Buah kegemaran sy..klu blik kg mesti beli..

    ReplyDelete