Friday, 29 March 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 2

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat =) Hari ni Yaya nak sambung lagi bagi entri yang INI..untuk menambah pengetahuan semua pembaca agar tahu antara golongan orang2 yang didoakan malaikat..bukan senang! Semoga kita dapat manfaatkannya dalam kehidupan seharian dan mudah2an kita semua termasuk dikalangan orang2 yang didoakan malaikat..amin 'Selamat Membaca'ye.. =)

Orang Yang Ternanti-nanti Waktu Solat

Adakah kita ternanti-nanti masuknya waktu solat setiap waktu?
Ketika azan dikumandangkan, di manakah kita terus menyahut seruannya?
Ketika azan berkumandang,apakah kita terus meniggalkan segala urusan dan bersedia untuk solat?
Bagaimanakah persediaan kita sebelum mendirikan solat dari segi kekemasan diri, kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat?

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah  seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:"Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

Dalam kehidupan kita didunia, kita sekadar menjadikan kehidupan yang singkat ni dengan melakukan amal ibadat sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk hari akhirat, kerana di sana matlamat hidup kita yang sebenar-benarnya. Daripada Ibnu Umar RA beliau berkta: Rasulullah SAW bersabda 
"Jadilah engkau didunia seperti orang asing atau musafir." Ibnu Umar berkata: "Jika engkau berada di siang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya siang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sbelum mati."
(HR Bukhari)

Hadis Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
"Maukah kalian aku tunjukkan pada perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Para sahabat menjawab: 'Mahu wahai Rasulullah.' Sabda baginda: Iaitu menyempurnakan wuduk pada saat yang tidak disukai(menyulitkan), banyak melangkah ke masjid, dan menunggu solat setelah solat. Itulah ar-ribath, dan itulah ar-ribath." (HR Muslim)

Umat Islam hari ni tidak seperti para sahabat Rasulullah SAW dahulu kerana ianya boleh jelas kelihatan. Dengan tugas seharian yang dilalui oleh umat Islam, ramai yang menganggap untuk melakukannya sukar kerana kekangan tugas dan urusan tertentu. Ini ternyata lebih mengutamakan hal-hal keduniaan terlebih dahulu. Tanpa disedari urusan akhirat telah dikesampingkan. 

Kalau tanya Yaya, waktu bila tunggu solat? bagi Yaya kalau hari bekerja macam ni..ada 3 waktu je yang sempat tunggu untuk bersolat..iaitu waktu solat Subuh, waktu maghrib dan waktu Isyak..dan Yaya tau ramai juga kan yang senang untuk menunggu waktu Isyak..sebab masanya xpnjng diantra selepas mgrib tu..xpe..asalkan ada.. =) bagi Yaya paling senang waktu Subuh..macamana nak senang tunggu waktu Subuh? mudah je..bangunlah sebelum subuh..siap2 mandi semua then,siap untuk solat..malas bangun? hmm itu terpulang pada diri..kalau rindu pada Allah, nak segera menghadap Allah, InsyaAllah,akan mudah untuk bangun awal =) Lepas tu, Yaya lagi suka time cuti,sabtu dengan ahad..sebab boleh tunggu dalam ke-5-5 waktu seharian..^_^ dari Subuh sampailah Isyak..yela..Yaya ni bukan jenis suka keluar..dok rumah je..jadi mudah sgt nak amalkan..Alhmdlh..

Tapi ramai jugak masa sekarang ni, macam Yaya tengok, ada sesetengah orang yang sengaja melengahkan solat hingga akhir waktu semata-mata menghabiskan rancangan televesyn yang diminati. Macam tu jugak ramai yang lebih suka bersengkakng mata menunggu,sanggup berjaga sampai larut malam semata nak tengok perlawanan bola sepak. Betul atau x??? sudahnya Subuh pun tertinggal..selain tu yang ber'gayut' dalam hp borak2 pon ramai jugak...ini ke amalan yang kita hendak bawa ke alam akhirat nanti?? Nasib la Yaya ni bukan peminat bola,lau suka pun biasa2 je kot..xde smpi snggup bsengkang mta tunggu bola, lebih baik g tido jap then bgun utk solt tahajud.dari bgun untuk tengok bola..SIA-SIA je.. =_= 

Terdapat 3 golongan manusia yang dikira mengutamakan waktu solatnya:
a) Golongan yang paling utama adalah apabila masuk sahaja waktu solat, dia sudah pun berada di tempat solt.
b) Golongan kedua adalah orang yang bila masuk waktu solat, dia sedang berwuduk dan bersiap2 untuk berda di tikar solat.
c) Golongan ketiga pula adalah orang yang bila masuk waktu solat, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wuduk dan mengerjakan solat.

"Yang pertama sekali dihisab ke atas seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Maka jika baik solatnya, nescaya baiklah amalannya yang lain. Dan jika rosak solatnya, maka binasalah amalan-amalan lainnya."
(HR Thabarani)

Semoga kita tergolong dalam kalangan Muslim yang Istiqamah dengan amalan ini dan insya-Allah kita akan dijauhkan oleh Allah SWT daripada api neraka. Renung2kan & sama2la kita amalkannya ye. InsyaAllah 

Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 27 March 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Assalammualaikum w.b.t.

Ade bran pakai?? lol ^o^
p/s: eeiii xsnggup ku nak pakai..haha ;p

Sekian,Wassalam =D

Monday, 25 March 2013

RESEPI: BISKUT ALMOND CIP + KORNFLAKES (ORIGINAL)


Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak update 1 resepi baru lagi..bukan resepi baru laa..tapi Yaya yang baru buat resepi ni..heee =D kali ni punye resepi lagi ‘SUPER’ mudah buat orang yang nak cepat siap dan xnak susah2 beli banyak bahan..kenapa? ini kerana resepi yang Yaya wat kali ni dibuat menggunakan tepung ‘SEGERA’ heheh ;p Cuma perlu tambah sedikit bahan je untuk menjadikan ia satu resepi ^,^

Seperti tajuk diatas, resepi Yaya kali ni adalah Biskut Almond Coklat Cip dengan Kornflakes (Original). Antara bahan yang diperlukan adalah:
Butter – 125gm
Telur – 1 biji
Tepung Almond Kiss Cookies – 500gm
 
Tambahan:
Kornflakes (secukup rase..hehe)

Cara nak buat camana? Yaya xde taip kat sini sebab cara2 dia ada kat belakang pek tepung ni..jadi nak tau camana nak buat kenela beli..heee;p

Mesti korang tertanya-tanya mana pulak la nak dapatkan tepung segera yang lengkap ada dalam dia coklat cip+gula+almond dan lain2 lagi kan….hehe gud pada yang dah tahu, tapi bagi sesiapa yang xtau lagi, nak try buat biskut coklat cip sedap ni dengan cara paling mudah, (ni yang nak tolong pomote ni…^,^) boleh lah order dengan Cik Zetty..xmahal pun tepungnyer..berbaloi jugak beli. Pada yang berminat, informasinya seperti pic dibawah ni ye..

Yaya dapat tau pun daripada FB..laaa rupenyer kan Cik Zetty ni satu sekolah (men.) dengan Yaya dulu..hehehe patutla macam kenaii je masa Yaya amik order tu dengan dia..ingatkan sape..hikhik ;p kira support member sekolah la ni kan..^_^ selain boleh COD area Klang yang berdekatan je, Cik Zetty ni pun boleh poskan untuk orang2 jao, yang dia xleh nak COD la..senang kan..

Owh ye, untuk pengetahuan, biskut Coklat Cip + kornflakes (original) ni hasil rasa dia jadi kurang manis..jadi kurang manis mungkin sebab Yaya letak kornflakes tu..yela..kornflakes tu bukan manis pun..tapi walaupun xmanis, tetap sedap..Yaya rase ni paling ok kot..boleh dimakan oleh ayah Yaya yang ade Diabetis tu..dan paling besh Yaya boleh makan biskut coklat cip (biskut fevret nih!) banyak sikit..hehe yela kan jaga badan, nak makan manis pun risau, tapi ni biskut tu kurang manis,jadi amik lebih sikit ;p

Menurut Cik Zetty, 500gm tepung ni boleh buat 100 biji..tu mungkin saiz yang biasa, tapi Yaya nak buat jadi banyak, jadi buatla acuan kecik2..dan boleh dapat sampai 160-180biji tau!

Ok..dah siap pek..comel2 je Yaya buat kan..hehe
sape mauu??hehe ;p nyummy..sedapp..^_^ suke

Hehe lepas ni nak try buat perisa lain (selain kornflakes). Nak pelbagaikan rase..hehe baru la besh..boleh jugak buat untuk nak raya nanti kan..hehe nak kene order tepung lagi dengan Cik Zetty lagi ni..hoohoh ^o^

p/s: walaupun xmanis tapi kene jaga2 jugak makan..sedar xsedar (disebabkan saiz kecil), hampir 10biji masuk mulut..huuuuu! >,<

Selamat mencuba!
Sekian,Wassalam =)

Friday, 22 March 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 1

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat pada semua kengkawan blog ku sekalian..me kasih coz sudi singgah blog Yaya lagi walaupun xrajin meng-update..hari ni entri sambungan dari ENTRI NI..selamat membaca.semoga bermanfaat ye! ^_^

Orang Yang Tidur Dalam Keadaan Bersuci

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
‘sucikanlah badan kalian, semoga Allah mensucikan kalian. Tidaklah seseorang hamba brmalam (tidur) dalam keadaan suci kecuali para malaikat akan bersamanya dalam pakaiannya. Tidaklah ia membalikkan badannya sesaat pun ketika tidur malamnya kecuali malaikat akan berkata, ‘Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini. Sesungguhnya ia tidur dalam keadaan suci.’ (HR At-Thabrani)
Secara umumnya, terdapat beberapa pengajaran utama yang kita perolehi daripada hadis di atas antaranya:
1)      Islam mengalakkan umatnya agar bersuci sebelum tidur.
2)      Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bersuci sebelum tidur agar disucikan Allah SWT.
3)      Malaikat akan sentiasa bersama dengan orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
4)      Malaikat memohon ampun kepada Allah SWT agar mengampuni hamba yang sedang tidur, setiap kali ia membalikkan badannya di malam hari hingga ia bangun dari tidurnya.

Amalan mensucikan diri yang diamalkan umat Islam setiap hari jelas membuktikan bahawa agama Islam mementingkan segala kebaikan dan kebersihan.

Perkara ini dijelaskan oleh baginda dalam sabdanya:
‘Sesungguhnya Allah itu baik, mencintai kebaikanm sesungguhnya Allah itu bersih suci, mencintai kebersihan kesucian.’ (HR al-Bazzar)

Tidur itu bagaikan sebuah kematian. Ketika sedang tidur, roh sesorang akan terpisah daripada badannya untuk sementara. Apabila sesorang itu bangkit dari tidur, maka Allah SWT akan mengembalikan semula roh ke dalam jasad.

Namun jika Allah mempunyai perancangan atau kehendakNya yang lain, maka dengan kekuasaanNya juga Dia akan menahan roh orang itu untuk selamanya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: ‘Allah menggenggam jiwa manusia ketika matinya dan menggenggam jiwa (manusia) yang belum mati sewaktu tidurnya. Maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.. sesungguhnya dalam hal ini terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.’ – Surah az-Zumar, ayat:42

Antara lain yang perlu dilakukan bagi seorang muslim sebelum tidur ialah:
1)Menggosok gigi
2) Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur iaitu bertasbih (SubhanAllah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 34 kali.
3) Membaca ayat Kursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang 3 kali.
4) Membaca surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.
5) Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan dgn memohon ampunan dari Allah SWT 
6) Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya dengan doa berikut: ''Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup.''

7) Mengucap dua kalimah syahadah. Semoga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.

Same2la kita amalkan untuk bersuci sebelum kita masuk tidur ye..berwuduk itu lebih baik daripada setakat basuh kaki je ye..ingat..Allah mengirim malaikat bersama kita,melindungi kita di waktu kita tidur dari gangguan,anasir2 jahat bila kita tidur dalam keadaan bersuci..
"Sentiasa ingat Allah..."
SubhanaAllah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 20 March 2013

WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni rase nak join 1ST GA by Incik Ayie..hehe sempena 2 tahun beliau terjebak dalam dunia blogging ni..cam nak sama dengan Yaya je..;p

Join cepat..klik je BANNER atas ni ^,^
Syarat-Syarat Penyertaan : 
1 - WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMAT
 dan LIKE fanpage Facebook.  
2 - Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT .
3 - Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry korang.
4 - Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry korang. 
MAKLUMAN PENTING TAK PERLU DISERTAKAN DI DALAM ENTRY.
5 - Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN.

6. Syarat seterusnya adalah TAG 5 orang blogger..dan untuk Yaya, mereka adalah:

7 - Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.
8 - Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia.

Hehe..carik la kome nama2 orang yang kene tag ni ye.. ;p saja tag untuk kome tau..ade masa leh join jgk..xde rugi apa..support sesama blogger..kan kan kan ^,^ 


Kat bawah ni pulak antara hadiah2 menarik nyer...ouww...shanteq2..^_^
Haaa..mmg cnteq plak tgok sarong kusyen2 dier..
Untuk ketahui syarat2 dan makluman yang lebih detail tentang GA ni kenala p check-it out kat blog Encik Ayie ni..ok! ^_^

Sekian,Wassalam.. =)

Sunday, 17 March 2013

KENALI KALORI

Assalammualaikum w.b.t.

Masih ingat kah anda tentang entri Yaya sebelum ni..tau memang xingat punyer...ala yang pasal kalori semua tu..hehe..yang INI. Ok..ini part pengenalan je ye..untuk tambah pengetahuan korang..supaya korang tau betapa penting untuk mengetahui kalori yang diambil setiap hari..terutama buat pada sesiapa yang ingin mengurangkan atau menambah berat badan..heeee xramai orang nak tambah berat badan kan.. ;p

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak
: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1500-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan
menaikkan 1kg berat badan.

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan
meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori



Jadi, dah tau dah KALORI tu hape?? penting tak untuk korang tau..lepas ni jganlah pelik kenapa badan korang naik cepat macam dipam-pam atau pon org yg bdiet tapi xde ubah apa2 pun..cara pemakanan korang mungkin bermasalah..kalau korang nak turun berat dengan cepat, apa yang korang (banyak sgt perkataan 'korang'..huuuu ;p) mesti buat adalah mencatat setiap hari apa yang korang makan bersama dengan kalori nya..itu adalah cara terbaik..trust me..sebab itu yang Yaya lakukan..

Nak tahu x, Yaya pon baru je tahu pasal pengiraan kalori ni..dan mula mengamalkan pengiraan keluar masuk kalori dalam badan setiap hari start bulan Januari je..baru lagi..Alhmdulillah..da bjaya turun 5kg..hehe xbnyk pon sebab memang sengaja xnk bg turun banyk..actually berat ni pon kalau ikut BMI da kategori kurang berat badan.... ;p Jadi sekarang cuma maintainkan ajee..lau nak turunkan lagi memang habis kering la badan ni plak..huuuu

Ok..sampai sini saja..Yaya akan sambung lagi nanti..ye khas untuk korang yang nak hidup lebih sihat! =D
Sekian,Wassalam ^_^

Friday, 15 March 2013

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat buat semua kawan bloggerku sekalian..entri Yaya hari ni lebih kepada untuk renungan semua ye..juga peringatan untuk diri sendiri dan pembaca2 sayangku sekalian..xnak banyak bebel..selamat membaca! ^_^

Dalam Islam, keimanan kepada malaikat merupakan salah satu rukun iman. Sebagaimana rukun iman yang lain, beriman kepada malaikat merupakan perkara wajib. Seseorang itu tidak akan disebut sebagai seorang yang beriman jika tidak meyakini salah satu daripada rukun iman tersebut. Rasulullah SAW bersabda:
"Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk."
(HR Muslim)

Malaikat melaksanakan tugasnya dengan patuh dalam menyelenggarakan sunnah alam sebagaimana perintah Allah SWT serta tugas berkaitan dengan makhluk manusia, seperti menyampaikan wahyu, mencabut nyawa, mencatat amalan kebaikan atau amalan kejahatan, menurunkan rezeki dan seumpamanya.

Para malaikat itu juga sentiasa bertasbih dan berzikir serta berselawat dan mendoakan keampunan Allah SWT kepada umat Islam. Sabda Rasulullah SAW:
"Tidaklah salah seorang dari kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoaknnya: "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

Malaikat juga turut mengaminkan doa seorang muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin' dan engkau pun mendapat apa yang ia perolehi."

Namun, harus faham bahwa tidak semua manusia yang akan mendpat keistimewaan tersebut. Hanya golongan yang memnuhi syarat-syarat tertentu sahaja berhak mendapat keistimewaan itu. Berdasarkan hadis Nabi SAW terdapat 11 situasi umat Islam yang mendapat doa malaikat seperti berikut:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf hadapan waktu solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kosong dalam saf)
5. Orang yang mengucapkan 'amin' bertepatan dengan malaikat ketika imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infaq).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menziarahi orang sakit.

Minggu depan Yaya akn kupas pula golongan2 yang didoakan oleh para malaikat ini ye.InsyaAllah. 
Harap bermanfaat untuk kita semua.

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 9 March 2013

RESEPI : AGAR-AGAR BISKUT+HORLIKS

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya update lagi resepi..actually ni Yaya buat sebelum Yaya pergi Kuching..xsempat nak update kat blog kan..jadi hari ni baru dapat wat..hehe..sangat senang..macam biasala kan..semua orang boleh buat..jum tengok camana.. =D

Bahan-bahan:
16 keping biskut..(resepi Ori guna Oreo..tapi Yaya guna Cream-O je..sodap jgk..^o^)
20g agar-agar stripe
3 cawan air
2 cawan susu segar (Yaya guna susu low fat milk Dutch Lady..hehe)
8 sudu besar gula @ secukup rase
2 sudu besar horlick (Yaya guna 1 paket horlick 3 in 1 je..=D)
1 sudu makan butter
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
- Ambil 6 keping biskut blend kasar. 6 keping lagi patah2kan dan 4 keping lagi ketepikan untuk hiasan.
Tapi sebelum blend kene asingkan dulu krim nya ye =)
- Gunting agar-agar kecil-kecil kemudian rendam sekejap. Toskan airnya lalu masak dengan 3 cawan air sampai agar-agar larut.
- Tambahkan gula, kacau lagi.
- Masukkan susu, krim biskut, horlick, butter, esen vanilla dan biskut yang diblend. Kacau selalu dengan api sederhana sampai mendidih.
- Tutup api dan masukkan biskut yang dipatah-patahkan tadi.
- Masukkan agar-agar dalam loyang.bekas, hiaskan dengan lebihan biskut tadi. Sejukkan. Dah keras, cantik! Siap! Boleh mamam.. ^o^
aummmm!! sedapnyerr...ngeeee (puji masakan sendiri..;p)

Seeee....sangat senang kannn..kalau nak lebih healthy, pandai2 la korang kurangkan apa yang patut..guna la susu low fat macam yang Yaya guna..boleh je..biskut tu xnak biskut krim, korang leh try guna biskut oat.. lebih sihat kan =) Ok la..Selamat Mencuba ^_^ !

Sekian, Wassalam =)

Wednesday, 6 March 2013

SAAT LAFAZ SAKINAH.......

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak share dengan korang 1 lagu ni..xtau pernah dengar atau x..baru xbaru jugak la..tahun lepas keluar kot..xpasti pula..tapi yang pasti, Yaya baru jugak dengar tahun lepas..sampai sekarang suka lagu ni..walaupun belum tiba masa lagi..hehe

Lagu ni amat sesuai untuk seorang bapa yang mempunyai anak perempuan, dan ingin mengahwinkan anknya dengan lelaki pilihan, juga sesuai untuk seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang wanita yang berwalikan bapanya..sedih pun ada jugak kekadang dengar lagu ni..hayati liriknya....

SAAT LAFAZ SAKINAH - FAR EAST

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Sekian,Wassalam =)

Sunday, 3 March 2013

DI BUMI KENYALANG..

Assalammualaikum w.b.t.

Wahh..agak lama sampai berhabuk blog Yaya ni xde update 1 entri pon kan.da masuk seminggu dah ni..huu.cian kat kengkawan blog semua yang dtang melawat tanpa dilawat oleh Yaya balik..maaf sangat2 ye..Yaya sangat sibuk..penat pon xilang lagi..kurang tido sangat..huuu..nak upload pic lagi kt laptop ni..hari ni baru ade sedikit masa untuk update entri..(cerita pon da basi...erk... =_=")

Macam yang korang semua tahu, sebelum ni Yaya dah war2 kan..yang Yaya nak g travel kat mana..hehe jadi ni nak share serba sedikit seringkas yang boleh la..nak pnjng2 nanti korang mmg xsuka nak membaca pon kan..tol x? (sebenarnya malas nak taip pepanjang..hahahah ;p) Ok..Yaya memang g travel to Kuching, Sarawak..untuk apa?sesaja jenjalan dengan member Yaya..ade 4orang semuanya..kami travel sendiri ok..xde pakai pakej2 ke hape..huuu.. tu yang ade terkelam kabut sikit sepanjang travel tu..pergi selama 4hari 3 malam..not bad la kan..heee =D
23 Februari 2013
Destinasi: Airport LCCT,Kuching
Mana lagi sorang?? yang amik pic ni ler..huuu..muke pon lesu..sampai airport malam..(besaunyer beg ak..haha ;p) Sampai di Kuching dalam kul 12 lebih..malam tu tido di Grand Supreme Hotel. Antara hotel budget kat Kuching..1malam dalam RM45 lebih je..ok la untuk diduduki@dkongsi bersama 4 orang ni..Ada breakfast plak tu..hee 

24 Februari 2013
Destinasi: Pasar Satok, Waterfront, Damai
Yeaa..dapat jugak bergambo akhirnya depan Kuching ni..haha ;p


Amik pic lagi..dalam pasar..bole la plak kan..hehe
Dalam 3 orang kawan itu, Yaya hanya kenal rapat dengan dak sebelah ni je..hehe..lagi 2orang tu kawan dia..baru berkenalan..ngeee =D *cumil x kami ;p*

Sebenarnya nak cari apa2 baju yng boleh dibeli..tapi disebabkan pasar ni kira baru berpindah jadi gerai jual2 baju pon xbanyak..bukan xbanyak..xde pon..huuu..xtaula..mungkin buka lambat ke apa xtaula..sudahnya jalan2 kejap kat situ tengok apa ada..tu yang kat atas ni..buah xpernah makan kat semenanjung..try makan, boleh thnla..tapi Yaya makan bbrpe bji je..=) Setahu Yaya ade 1 pasar yang femes, Pasar Serikin..tapi jao plak dari tempat kami..jadi xdapatla pergi..



Then, pergi Waterfront pulak...antara tempat femes kat bandar Kuching ni..jalan2 tengok bju,,shopping baju 'I <3 Kuching'..hehe tapi member je la..Yaya xsempat nak beli..huu..xpela..nak wat camane.. =) Pernah tengok basikal kat atas tu x?? haaa..ni yang antara aktiviti kitaorng yang paling MENCABAR..tapi Yaya lupa la plak nama dia apa..brochure dia pon entah hilang ke mana..hehe masa ni basikal macam ni baru lagi kat bandar Kuching tu..baru 2minggu kot..patutla masa kami naik pusing2 bandar semua orang cam ushar pelikss jek...rasanya orang Kuching sendri xpernah naik lagi kan..ramai yang test nek basikal ni adalah orang pelancong or orang Semenanjung..hehe..eh tadi kata mencabar..apa yang mencabarnya ye......

Kami sesatt!!huuu..masa ni mau ke Waterfront..nak snap2 pic kat sana plak..tapi xjumpe jalan,sudahnya dibagitau ni adalah jalan pintas@terdekat untuk ke Waterfront tu..naik bukit! memang xble gerak langsung, sudahnya semua turun tolak beskal tu..sonang..huhu xpela..semua tu semua pengalaman..dan pengalaman itula yang buat hari2 kita jadi menarik! betul x? ^_^
Muka penat je semua..huuu..actually ni belum gerak lagi..baru je nak gerak..hehe sapa nak ikutt?? ;p sorry..full dah..lau ada yang sampai ke Kuching, nak naik mende alah ni sila la..ade 2jenis beskal ni..ade 2 tmpt duduk dgn 4tmpat duduk..mcm kami naik ni..1 jam RM25 je..tapi untuk naik 20rg tu xingt plak..RM20  kot..kurang RM5 je..hehe
Kami mau gerak sudah...aummm! sempat lagi amik pic.heee
Sudah hampir ke destinasi seterusnya..iaitu Damai..SUBHANALLAH..cantik kan gunung tu..eh..bukit..eh..errr..?
 Untuk pengatahuan,kami ni berpindah randah..hehe ade 3malam..3tempat kami tido..malam 1 dekat Supreme Hotel..dan ni malam ke-2 pulak di Damai Beach Resort ..^_^ yang ni agak mahal sikit la..tapi xterasa mahal pun sebab kami kan berempat..hehe
Seee......bilik dia besar n cantik..sangat comfortable..sesuai la dengan harga dia.. ^,^

SUBHANALLAH....
Hati ni xhenti2 memuji keindahan ciptaan Allah ni..memang damai je rasa tengok pantai ni..walaupon agak menakutkan bila tengok ombak dia..huuuu..pntai ni xbole mandi..takat main2 air je bole la..hehe

25 Februari 2013
Destinasi: Sarawak Cultural Village 
(Kampung Budaya Sarawak)

 Alhamdulillah..sampai sudah..amboi tiketnyer..bleh tahan..tapi disebabkan 1st time..masuk jugakla..bukan senang nak datang sini kan..sekali sekala tengok budaya orang Sarawak ni..pe slhnya..hee..tapi kami dari Damai Resort tu dapat kurang RM5 la..jadi baya RM55 je..kalau student lagi murah giler..berbelas ringgit jek! huh! lau nak mai sini jangan lupa bawak student kad tau..heeee
Entah apa yang depa tengok pun xtau la..suka nooo..
Menyaksikan tarian..dekat sini namanya Rumah orang Iban kot..xingatla pula..

Cantik kan view dia..=)
Tinggi n besar kot rumah ni...banyak nor tangga nak naik..tapi Yaya naik separuh je..*tangga dia menakutkan..haha*
*Rumah Penan*
Nak jugak naik niiii..hehe
Selamat datang ke rumah Orang Iban..'Sila layan diri..' haha ;p

Ada tangga yang rendah.ada yang tinggi..memang tinggi..huuu..tapi semua tangga sama jenis..mcm ni..huu
Ye-ye je ni..huh
Cuci mata jap tengok aksesori..hehe
Amik ni je..xspecial pon..kat semenanjung pon ade kan..tapi dah Yaya nampk kat sini terus la beli..cantik pon cantik..bleh match dengan bnyk warna baju..hehe ;p
Time for the show..ni la yang pling ditunggu2..tonton tarian2 kebudayaan orang Sarawak..menarik! ^_^
Last but not least...
Xpasal2 kawan ku dipanggil naik atas pentas..haha
Tengok..takut dah dier bila orang tu letak pisau kat tangan..ingat nak buat hape entah..saje ngusik..^o^
Rupenyer nak suh menyumpit! haha nampak tak anak panah Yaya buat tu..tu la mende yang disuruh sumpit..belon! hehe 2kali sumpit xmengena..kali ke-3 sumpit betul2 kat belon tu..hehe lawak pula jadinya..=D

Sempat lagi main...haha..uma terbakor dah... ;p

26 Februari 2013
Destinasi: Brooke Terrace, Petra Jaya, Jong Crocodile Farm


Malam ke-3 kami bermalam disini pulak..Brookes Terrace Hotel..1 mlam RM80 sahaja! Mura x?? Tengoklah bilik dia..sangat2 puas hati koott..rasenya ni bilik yang paling ok sepanjng kami berada di Kuching..besar pun besar..muat kami berempat tau..then ade tmpat utk beristrhat di luar..kalau pergi dgn kengkawan mmg besh..very recommended! 

Yesss..it's timeee!! heeee =D kek lapis marii..ngee
 Tempat femes..Kek Lapis Dayang Salhah,Petra Jaya =)
Sempat lagik! heeee
 Murah jek! Nyummy2..!

Jempuat datang raye..semua hidangan Kek Lapis! hehe..konyang den kat sinii jee..^o^

Kat bawah ni antra kek lapis yang paling sedap Yaya beli..yummy2!
'Sisik Ikan'
'Cadbury'

Hasil belian..yea...aummm! =D Siap sedia untuk dibawa masuk ke dalam flight..hehe
Ikan Terubok..tapi Yaya xbeli..sebab mak xmau..*xde org nak makan..huuu*

Destinasi seterusnya............
Jong's Crocodile Farm..


Kami xdapat amik dengan ENCIK B secara dekat..jadi amik kat atas pon boleh la...hoho ^o^

Last picture....nice view... ^_^

Ok..setakat itu sahaja pengalaman kami travel sepanjang berada di Kuching, bumi kenyalang ni...maafla agak panjang sebab Yaya malas nak wat Part 1 la part 2 la...haha..korang pon mesti akan bosan baca certia ade part-part ni kan....tau dahhh ;p kira ok la ni kan..ade banyak pic,then Yaya cerita seringkas mungkin..

Eh,Yaya xde bagitau pun pe yang dimakan sepanjang berada di Kuching ni kan...heeee.. dekat Kuching ni antara makanan femes dia Laksa Sarawak, Mee Kolok, Rojak, Umai, Midin, Ayam penyet, dan banyak lagi..
Midin
Laksa Sarawak

Tapi kan.......tapiii..banyak tapi..hehe xde tapi sangat..cuma Yaya xmakan pon semua tu..mesti korang kata rugi kan..pergi jao,xmerasa makanan kat tempat orang..Sarawak plak tu..ingt senang kaa??huuu Ahhh,ade aku kesah????haha xdelaa..korang tau kan Yaya ni jenis sangat berdiet..jadi xkira la kat mana pun tempat pergi, jarang pergi ke, tapi bagi Yaya,diet tetap diet..kalori makan kene jaga jugak! Tapi apa yang Yaya makan kat sana....?
Agak terkejut bila dapat makanan dalam kuali kecik ni..huuu..macam xsopan je makan dalam kuali..huuu tapi da dapat kan..makan je la..Kuey tiaw goreng..separuh je makan..sebab kalori dalam makanan bergoreng ni sangaatt tinggii... >,<

Breakfast di Grand Supreme Hotel tu..2keping roti+kaya+mee goreng sikit tu jek..
tu pon makan sikit..heeee =D

Yang ni rendah kalori..makan nasi putih(1/2)+ikan bakar+sayur..xsampai 400kalori pon ^_^
kalau nak dibandingkan makan nasi goreng mau dekat 500-600 kalori..fuhhh
*berselera makan*

Yang ni makanan western..makan masa kat Damai..banyak sangat sampai xhabis..amik pakej set RM50..heee ^,^ Yaya cuma makan sayur+kentang je..(itu je bole makan;p)

Kesimpulan dari travel Yaya with frens ni adalah, INTERESTING! Walaupun agak kelam kabut, disebabkan segalanya tidak dirancang, semua destinasi yang nak pergi, di plan kat sana, tapi itu semua adalah pengalaman, memang beshh..! Lagipun ini 1st time Yaya travel dengan kengkawan secara sendri.. Selalu pergi holiday dengan family..sekali sekala cari pengalaman dengan kawan-kawan kan..lepas ni boleh travel dengan Encik Husband plaks...ahaks! Oppss! ^,^

Sekian,Wassalam =)

Popular Posts