Friday, 29 March 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 2

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat =) Hari ni Yaya nak sambung lagi bagi entri yang INI..untuk menambah pengetahuan semua pembaca agar tahu antara golongan orang2 yang didoakan malaikat..bukan senang! Semoga kita dapat manfaatkannya dalam kehidupan seharian dan mudah2an kita semua termasuk dikalangan orang2 yang didoakan malaikat..amin 'Selamat Membaca'ye.. =)

Orang Yang Ternanti-nanti Waktu Solat

Adakah kita ternanti-nanti masuknya waktu solat setiap waktu?
Ketika azan dikumandangkan, di manakah kita terus menyahut seruannya?
Ketika azan berkumandang,apakah kita terus meniggalkan segala urusan dan bersedia untuk solat?
Bagaimanakah persediaan kita sebelum mendirikan solat dari segi kekemasan diri, kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat?

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah  seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:"Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."

Dalam kehidupan kita didunia, kita sekadar menjadikan kehidupan yang singkat ni dengan melakukan amal ibadat sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk hari akhirat, kerana di sana matlamat hidup kita yang sebenar-benarnya. Daripada Ibnu Umar RA beliau berkta: Rasulullah SAW bersabda 
"Jadilah engkau didunia seperti orang asing atau musafir." Ibnu Umar berkata: "Jika engkau berada di siang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya siang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sbelum mati."
(HR Bukhari)

Hadis Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
"Maukah kalian aku tunjukkan pada perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Para sahabat menjawab: 'Mahu wahai Rasulullah.' Sabda baginda: Iaitu menyempurnakan wuduk pada saat yang tidak disukai(menyulitkan), banyak melangkah ke masjid, dan menunggu solat setelah solat. Itulah ar-ribath, dan itulah ar-ribath." (HR Muslim)

Umat Islam hari ni tidak seperti para sahabat Rasulullah SAW dahulu kerana ianya boleh jelas kelihatan. Dengan tugas seharian yang dilalui oleh umat Islam, ramai yang menganggap untuk melakukannya sukar kerana kekangan tugas dan urusan tertentu. Ini ternyata lebih mengutamakan hal-hal keduniaan terlebih dahulu. Tanpa disedari urusan akhirat telah dikesampingkan. 

Kalau tanya Yaya, waktu bila tunggu solat? bagi Yaya kalau hari bekerja macam ni..ada 3 waktu je yang sempat tunggu untuk bersolat..iaitu waktu solat Subuh, waktu maghrib dan waktu Isyak..dan Yaya tau ramai juga kan yang senang untuk menunggu waktu Isyak..sebab masanya xpnjng diantra selepas mgrib tu..xpe..asalkan ada.. =) bagi Yaya paling senang waktu Subuh..macamana nak senang tunggu waktu Subuh? mudah je..bangunlah sebelum subuh..siap2 mandi semua then,siap untuk solat..malas bangun? hmm itu terpulang pada diri..kalau rindu pada Allah, nak segera menghadap Allah, InsyaAllah,akan mudah untuk bangun awal =) Lepas tu, Yaya lagi suka time cuti,sabtu dengan ahad..sebab boleh tunggu dalam ke-5-5 waktu seharian..^_^ dari Subuh sampailah Isyak..yela..Yaya ni bukan jenis suka keluar..dok rumah je..jadi mudah sgt nak amalkan..Alhmdlh..

Tapi ramai jugak masa sekarang ni, macam Yaya tengok, ada sesetengah orang yang sengaja melengahkan solat hingga akhir waktu semata-mata menghabiskan rancangan televesyn yang diminati. Macam tu jugak ramai yang lebih suka bersengkakng mata menunggu,sanggup berjaga sampai larut malam semata nak tengok perlawanan bola sepak. Betul atau x??? sudahnya Subuh pun tertinggal..selain tu yang ber'gayut' dalam hp borak2 pon ramai jugak...ini ke amalan yang kita hendak bawa ke alam akhirat nanti?? Nasib la Yaya ni bukan peminat bola,lau suka pun biasa2 je kot..xde smpi snggup bsengkang mta tunggu bola, lebih baik g tido jap then bgun utk solt tahajud.dari bgun untuk tengok bola..SIA-SIA je.. =_= 

Terdapat 3 golongan manusia yang dikira mengutamakan waktu solatnya:
a) Golongan yang paling utama adalah apabila masuk sahaja waktu solat, dia sudah pun berada di tempat solt.
b) Golongan kedua adalah orang yang bila masuk waktu solat, dia sedang berwuduk dan bersiap2 untuk berda di tikar solat.
c) Golongan ketiga pula adalah orang yang bila masuk waktu solat, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wuduk dan mengerjakan solat.

"Yang pertama sekali dihisab ke atas seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Maka jika baik solatnya, nescaya baiklah amalannya yang lain. Dan jika rosak solatnya, maka binasalah amalan-amalan lainnya."
(HR Thabarani)

Semoga kita tergolong dalam kalangan Muslim yang Istiqamah dengan amalan ini dan insya-Allah kita akan dijauhkan oleh Allah SWT daripada api neraka. Renung2kan & sama2la kita amalkannya ye. InsyaAllah 

Sekian,Wassalam =)

32 comments:

  1. amin...hope kita pun tergolong..^_~

    ReplyDelete
  2. tuntutan masa kdg2 menghalang untuk buat semua tu. :) tp bila ada masa terluang InshaAllah akan amalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. smoga kita dpt luangkan lebih msa utk amln akhrt..amin

      Delete
  3. Thanx for sharing Cik yaya..Inshaa ALLAh..sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. =) same2la kita sntiasa mperbaiki diri

      Delete
  4. jom kita sama2 perbaiki solat kita dan menjadi org yg didoakan oleh para malaikat :)

    nice sharing dik!

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang didoakan malaikat..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ingatkan, bagus kak Yaya, saya pernah dengar ada seorang wanita tu mudah je dia meninggal sbb amalan dia selalu tunggu waktu solat dan solat awal waktu.

    'delay anything but not Solat'

    ReplyDelete
  7. sama2lah kita berubah untuk menjadi yang lebih baik...insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. semoga kita termasuk didalam golongan yg didoakan oleh malaikat..insyaallah.

    ReplyDelete
  9. kadang2 tu , leka buat benda lain sampai kan solat di akhir waktu . astaghfirullah . temaseh atas peringatan ni kak yaya :)

    ReplyDelete
  10. salam cik yaya :)

    ayie suatu ketika jadi org pertama..menunggu waktu solat berjemaah...indah nya masa tu...x terkata

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ayie..
      suatu ketika? da xde lg ke skrng? =)

      Delete
  11. Terima kasih cik yaya.. utk panduan dan peringatan. =)

    ReplyDelete
  12. salam cik yaya
    Terima kasih sudi kogsikan.

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016