Sunday, 17 March 2013

KENALI KALORI

Assalammualaikum w.b.t.

Masih ingat kah anda tentang entri Yaya sebelum ni..tau memang xingat punyer...ala yang pasal kalori semua tu..hehe..yang INI. Ok..ini part pengenalan je ye..untuk tambah pengetahuan korang..supaya korang tau betapa penting untuk mengetahui kalori yang diambil setiap hari..terutama buat pada sesiapa yang ingin mengurangkan atau menambah berat badan..heeee xramai orang nak tambah berat badan kan.. ;p

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak
: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1500-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan
menaikkan 1kg berat badan.

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan
meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori



Jadi, dah tau dah KALORI tu hape?? penting tak untuk korang tau..lepas ni jganlah pelik kenapa badan korang naik cepat macam dipam-pam atau pon org yg bdiet tapi xde ubah apa2 pun..cara pemakanan korang mungkin bermasalah..kalau korang nak turun berat dengan cepat, apa yang korang (banyak sgt perkataan 'korang'..huuuu ;p) mesti buat adalah mencatat setiap hari apa yang korang makan bersama dengan kalori nya..itu adalah cara terbaik..trust me..sebab itu yang Yaya lakukan..

Nak tahu x, Yaya pon baru je tahu pasal pengiraan kalori ni..dan mula mengamalkan pengiraan keluar masuk kalori dalam badan setiap hari start bulan Januari je..baru lagi..Alhmdulillah..da bjaya turun 5kg..hehe xbnyk pon sebab memang sengaja xnk bg turun banyk..actually berat ni pon kalau ikut BMI da kategori kurang berat badan.... ;p Jadi sekarang cuma maintainkan ajee..lau nak turunkan lagi memang habis kering la badan ni plak..huuuu

Ok..sampai sini saja..Yaya akan sambung lagi nanti..ye khas untuk korang yang nak hidup lebih sihat! =D
Sekian,Wassalam ^_^

23 comments:

  1. sya bayak kalori..waaaaaaaaaaa..:) hehehe

    ReplyDelete
  2. rajinnya yaya kira kalori. kalau cikna main bantai je. hikhik.. mana sempat nak kira2 semua. huhu.. tp rasanya time keja tu dah banyak bakar kalori sbb keja cikna jarang duduk kat meja. byk berdiri & terkejar2 sana sini dalam lab, naik turun tangga. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau keje bnyk bgerak kire ok la tu..
      mmg bkar bnyk kalori..tp yaya ni je mslhnye dok depan
      komputer jeee..lau mkn bnyk nti lemak bkumpul je..huuuu

      Delete
  3. salam cik yaya..
    wah,
    thanks sudi sharing cik yaya..
    kena ikut cara2 yang betul untuk turunkan berat badan..

    ReplyDelete
  4. Nice sharing..kena amalkan ni..badan kita ni cepat naik..turunnya lambat..sob².. :(

    ReplyDelete
  5. puteri nak menambah kalori..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri kurng berat ke..?
      lau kurang mmg ptt tmbh la..hehe

      Delete
    2. ha ah memang kena tambah je..haha

      Delete
  6. jns kuat mkn mcm saya ni x terkira dah kalori dia haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cik siti tuuu bdn kecik je ponn kan..
      mmg perlu tmbh bnyk...^,^

      Delete
  7. pernah ambik subjek begini dulu.. assignment kira pengambilan kalori sendiri.. utk seminggu tak silap.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh tu kira asgment? mmg senang giler la asgmnet cmtu hehe

      Delete
  8. saya perlukan kalori . heheh boleh bg sikit :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni mntak kt org yg salah ni.. ;p

      Delete
  9. Nak buang kalori . Brat bdan mkn naik nie . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kurangkan pgmbilan kalori dlm makanan je.. =)

      Delete
  10. haz mcm terkurg kalori je. haha

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016