Thursday, 30 June 2011

1st GiveAway by Wan Myzura Collections

Assalamualaikum w.b.t

Yaya baru terperasan comment mama kt entri Yaya huhu..3hb lepas..bru hari ni Yaya bls..adess..teruk pla Yaya ni..comment mama tu juz nk gtaw yang Yaya d tagged dlm entri dier je..dlm 1contest giveaway ni haa..Yaya pon da termasuk skali ni..hihi..jom la join reramai..klik kt pic bawah ni ok! ^,^


of coz empunya blog ni - di http://wanmyzuracollections.blogspot.com yg anjurkan giveaway ni...besh3... ^o^ tp xtaw bleh dpt atau x..errr..xpela..Yaya msuk je..=)

OK...siap..sekarang nak tag beberapa fren Yaya dlm blog ni okeyh! =)


2) http://blogcahayamama.blogspot.com/ <---Yaya punye referral



Juga kat kengkawan blog sume yang baca entri ni okeyh! sangat mengalu-alukan..dan merasa amat berbangga jika korunk bleh jadikan Yaya sbg referral ye! =)

Tarikh tutup dia lame lg..: 31 Disember 2011

Wednesday, 29 June 2011

SEGALANYA KU TERIMA....AD0I NAAA...!!! -_-

Assalamualaikum w.b.t

Haiiiii....baru je nak rase sikit hepi coz nak hbis prktikal kt tempat tu...tapi hari ni dapat berita sangat 'gembira' punyerrrr...wahahahah 'sukeee sangggaattt......!!' (smbil mta ke ats tgn di dada) nak taw apa....prktikal Yaya dan kengkawan dah dipanjang kepada 1hari...sepatutnya hbis esok je..tapi manager 'amat' memerlukan kami sampai akhr minggu ni kot..so suruh kami extend smpi jumaat...erm..=) Yaya dan kengkawan yang mendengar saat berita tu diberitahu, terkedu tetiba...mgkin terlalu 'gembira' dan xsangka la kan...wahahaha...kawan-kawan..kita akan bersama untuk 1hari lagi...xpelah..segala rancangan yang telah dibuat untuk hari jumaat telah dibuat akan Yaya batalkan serta merta semata-mata utk hadir ke kerje..ok..=) sangat 'sukee' ^,^

Tak cukup dengan 1berita...Yaya dikejutkan dengan berita lain pulak....ni waktu nak balik..bukan berita apa la..tapi sesuatu mslh yang mendatang tanpa diduga dan ianya berpunca dari KECUAIAN diri Yaya sendiri..haihhh...sampai kat kete je..tekan alarm utk buka kete tapi xbuka2..hm..masa tu Yaya dapat ingat mslh kat alarm kunci kete...Yaya kol ayah Yaya suh datang..Yaya da xtaw nak wat cmne..rupanya mslh bukn alarm kunci kete Yaya tu tapi btri kete hbis...huuuu >,< semua salah Yaya sebab pagi waktu dtg keje ujan...pasang lampu kcik depan tu..lupa nak ttp plak..adess...sangat sedih...lagi sedih bila ayah pula terpaksa byr, beli btri yang beratus tu..kalo Yaya ada uet Yaya da byr dlu da..tapi xde..xbleh nak wat ape...hmmm...kene mrh pla dgn ayh..ayh kate kalo bgtaw awl2 dlm kul 5 ptg td boleh la jgk p kdai yang terdekat..tapi Yaya kan balik 6.30..sampi kat kete pon da kol bape..xsempat..p kdai pon da tutp..nsib bek p kdai jaoh sikit buka lg..tu pon dorng tgh bkemas nak ttp kdai..haihh...mcm2 la hari ni...ni antra sbb Yaya xsuka balik lewat mcm ni...kalo kje time cmni..hm..apa2 hal jadi sush sbb wktu balik da nk malam..mgrb..kalo blik ptg dlm kol 5-5.30 xpe lg..apa2 hal pon masih ada wktu lagi..msih nmpk mthari lg..ni x..em..kul 8 baru smpi uma..nk mkn pon xde slera..tpi nsib baik mak msk sedp..mbuka slera ku kmbali..hihi ;p hm nsib Yaya la...mcm2 terjadi hari ni.. -_-

Apapon Yaya sedar..Tuhan xkan mendatangkan musibah pada hambaNya jika musibah itu tidak dapat ditanggung hambaNya kan..jadi terima je la dengan redha..RELA DALAM TERPAKSA...huuu >,<

That's all for today...
Wassalam....

Tuesday, 28 June 2011

TRANSFORMERS IN 3D !!! ^O^

Assalamualaikum w.b.t

Wahhh...hari yang ditunggu semakin tiba nampaknya....yea! Transformer akan kuar star dari 28 Jun 2011...iaitu hari ni...ditayangkan waktu tengah malam...tapi juz ssttgh pwagam je la kot..know from new paper..huhu..beshnye kalo dpt jadi org pertama yang g tengok...huuu...star sok da mula tayang..mula la cinema sibuk..berbaris panjang je kang nak g pawagam..adesss...agak2 ada harapan x Yaya nak g tengok d watu awal2 cerita ni..xmawla asyik pegi time 1mgu lebih tayang baru nak g tgok..huhu..cian btol la Yaya ni..kali ni..xmaw jadi antara org last yang g tgok..heee =D...akan cuba book tiket awal2 lagi..tgok sensorang lagi senang nak dpt tmpt..tapi tgok dgn bua hati kesayangan sy pon ok jgkkk (msti dia mra kalo Yaya kate nak g tgok sorng2...huu-asyik g tgok wyg sorng2 jee... ;p )


Tapi kali ni Yaya nak tengok versi 3D..xkire la bpe pon hrge dia..of coz la lbh mhl dri wyg biase kan... huuu...mesti best kann..cian Yaya taw..xpenah tgok wayang versi 3D...umm..agak2 boleh dapat x ea... nk jugakk..hurmm >,<
Apepon tgok la dlm mgu ni cmne...=)

Wassalam....

SALAH BAS-(70%) SALAH YAYA-(30) JEK OKEYH!!!

Assalammualaikum w.b.t

Fuhhh....tarik nafas pela2...hembusssss.....huuuuuuuuu.....jntung ni masih belum berhenti bgncang kuat eh,btul ke perkataan brgncang tuh??huhu ;p pasal kejadian petang tadi time balik umah lepas balik dari keje tadi..hari ni Yaya xikut jalan yang selalu Yaya ikut..sebab nak taw mane jalan lebih pantas time dier..hihi dan ternyata jalan yang Yaya ikut tadi merupakan jln yang pantas bila jalan 'jem'..(xjem pon lg cepat)

Nak dipendekkan citer area uma Yaya tu memang bnyk sekolah..ade 2sekolah rendah, 2sekolah menengah..depan umah Yaya ni plak 2sekolah rendah..time Yaya dok rempit lalu depan sekolah tu time budak2 balik sekolah..tp xdela jalan smpai jem pon..cume  masa 1jalan dengan 1bas ni..pelan, sebab baru lpas lalu bonggol so Yaya xde expect ape2 kot2 dia nk bhenti ke..nak ketepi ke kan..Yaya ni plak da biasa lalu belah kiri..biasala tu kan..xde slh pon..daripada lalu kt tengah jalan..masa Yaya dari blakang nak lalu tepi bas tu, bas tu xpasang lagi pon signal nak ke kiri..bila Yaya dah lalu, tapi pelan tetibe je bas tu macam nak ke kiri..Yaya da panik..terus tbyang mcm2 bila bas tu mcm xsedar yang ada org bwk mto kat tepi tu..hmpir je nak terhimpit Yaya dengan bas tu ptg td..pastu dia mcm pelan, mcm nak brhenti la kan mgkin bru perasan ada orng bwk mto kt tepi tu kot..aisssshhh!! berdegup jntung ni dbuatnya..xtaw nak kate slh sape..slh Yaya ke??sikitla....Yaya patut lalu je kt tgh2 jln rye tu..potong bas tu..mcm potng guna kete...kannn....hmmmm..bas tu ada bagi signal. Yaya perasan bila dia mula nak ketepi tu..tapi masa Yaya kt blakng dier nak ke bhgian tepi tu dia xbagi signal lg..means, sblum dia bg signal dan nak ketepi dier xtgok pon kiri, kanan ada kenderaan atau x..gram jgk...ye! itu lah 70% kesalahan terletak pada pemandu bas tu..sungguh hampehh!!! (yela..sebab msti korng kate 2-2 pon slh..kan..jadi Yaya bagi la peratusan mcm ni..huhu . Still not in mood...tatott..umm..)
Ok..tu je Yaya nak luahkan ktatotan ni kat korunk..huuu >,<
-Berhati-hati dijalan raya ok ....-
p/s: sebab mood xde hbis my sayunk kne mara...sorry..klo sy kne hmpit td ngn bas tu mgkin kamoo xkan kne mara..em -_-

Wassalam..

RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Assalammualaikum w.b.t.
Sempena peristiwa Israk dan Mikraj esok..27 rejab...jum kita rewind balik sejarah ringkas tentang peristiwa bersejarah bagi umat Islam sedunia ni coz mungkin ada yang sudah terlupa tentang kisah ni termasuklah Yaya sendiri..huhu yela..bukn lupa apa..tapi selalu baca kisah ni, dengar masa kecik2..masa kt sekolah dulu..sekarang kat kolej or tmpt keje mana ada lagi pendedahan tentang perkara macam ni..kita sebagai umat Islam lah yang sendiri perlu mengingatkan utk diri sendiri juga pada orang lain..=)
Sebelum Israk dan Mikraj

RASULULLAH S.A.W mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan agung yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk/Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah iaitu Yathrib/Madinah, tempat di mana Rasulullah S.A.W akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Thursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul-Laham iaitu tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan.
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan jamung apinya dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa pengajaran yang amat ajaib. Antaranya :
  • Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai hasil (buah) yang baru pula keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah ummatnya yang berjihad "Fisabillillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dihukum bunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh keimanannya kepada Allah Taala (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikianlah dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah S.A.W bahawa Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (menunaikan solat).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, itulah orang-orang yang makan riba'
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrai, itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, itulah orang yang memakan daging manusia yakni mengumpat dan menjatuhkan maruah (mencela/menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, itulah orang yang bercakap besar (Takabbur) kemudian menyesal, namun sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah S.A.W tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan para anbia' dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail bahawa Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj/Naik Ke Hadhratul-Qudus Bertemu Allah Taala

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
  • Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Langit Keempat : Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Langit Kelima : Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam : Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalillullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. berpesan,      "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S berpesan, " Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu : SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIMBagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga ". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan : Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai yang airnya tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan kemudian melihat neraka berserta dengan Malik malaikat penunggunya.
  • Tangga Kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki semasa di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 
  • Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah S.A.W sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Azza wajalla dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah Taala dan Muhammad s.a.w, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.   
Rasulullah S.A.W : Labbaika.  

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  
Rasulullah S.A.W : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan  Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat/sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan tetap mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi atau bukti peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Kesimpulan

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali menjelang 27 Rejab saban tahun. Ia adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara buruk. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian-kejadian yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
  
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar Insya Allah manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Peristiwa Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji iman umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir dan golongan munafik di zaman Nabi S.A.W langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Baginda sebaik saja Nabi S.A.W bercerita kepada mereka. Malah terdapat beberapa orang yang baru memeluk islam kembali murtad. Melainkan sahabat paling setia Saidina Abu bakar yang tanpa ragu MEMBENARKAN kata-kata Baginda Rasulullah S.A.W. Ekoran dari peristiwa itulah Abu bakar mendapat gelaran AS SIDDIQ yakni membenarkan.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Taala. Allah Subhanahu Wata'ala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.

Mafhum Firman Allah S.W.T : 
" Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat ". 
(Surah Al-Israa': Ayat 1) 

Pesan Rasullullah S.A.W.  "sampaikanlah pesanku pada umat2 yang lain walaupon hanya sepotong ayat..."


(segala info di atas adalah di'copy' and 'paste' oleh Yaya dari laman web - http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm -kcuali ayat yang macam ape nth tu ayt dari yaya lah..hihi.harap maklum. =) )


Wassalam..

SAAT TERAKHIR...

Assalammualaikum w.b.t.

Wahhh...sedar xsedar...mgu ni adalah minggu terakhir Yaya dan 3 lagi kengkawan lain praktikal kat tempat keje kt Alam Sentral, Shah Alam ni...tinggal 2hari lagi..hihi ^_^ mcm la lame sangat keje tu..2bulan je kot..suka xsuka sangat la coz lepas ni nak cri keje la pla kan..huuu hope dapat dalam bulan7 ni coz msuk bulan 8 da pose..kan..kalo da time pose mmg dok uma je la kojenye xde mencari..sebab Yaya xboleh la nak start keje dalam bolan pose..melainkan keje tu start sebelum bolan pose...1-2 bulan sebelum pose ke..bukan pe..boleh je keje time pose..tapi mcm nak mulakan keje yang kita xtaw buat pada mulanya, mesti agak sukar..dan mesti akan rase terlebih penat kalau nak dibandingkan bila keje ditempat n keje tu kita dah biasa buat..paham x pe Yaya maksudkan kat sini..?? -_-" nanti ada pulak yang kate Yaya mengada pla sebab xnk keje time pose..huhu..boleh je..sbnrnya..ok..Yaya lg suka keje time pose n lebih2 lagi kalo bnyk keje nak wat..msti sampai xsedar waktu berjalan dgn cepat..taw2 je da nk wktu balik..n berbuka..hihihi.... =D

Apepon harap kawan-kawan yang seangkatan dengan Yaya cepat keje dan dapat job yang bagus, yang ok ..kalau ada diantara korang yang nak smbung blaja lagi mik deg atau atas lagi teruskan okeyh! sambil keje pon bleh wat part time study kan kan...yang penting smbil blaja smbil cari duet...^,^ (nth uet yg tgl dpt shoping tuk rye or x..huhu...uet owhh uet..jtuhla dri langit...mgharap smbil pndg ke langit..ohohohho >,<)

ok tu je wat masa ni....tengah cari idea lain lagi nak wat entri pe..haha
Wassalam...=)

Sunday, 26 June 2011

TOLONG LA MENCUBA DEMI KEBAIKAN DIRI SENDIRI...

Assalammualaikum w.b.t.
Haii..pe khbr??

Lame Yaya xupdate entri ni...adess..cmne nk jdi blogger yg berjaya kalo mcm nih??huuu >,< ;p tapi xpelah...asalkan ada entri jugak ok la kan..lagipon Yaya bukan fulltime berblogging ni.mcm blogger2 yang lain..^,^ umm sume ni juz bcoz Yaya ni anti-body xbpe nak kuat..isk3...asyik demam je..pastu selsema la...skit tekak la...pening pale la..umm..asyik mkn ubt nak bg ok..tu pon kjap..lpas tu dtg balik demam..tapi xpela..wat mse ni demam+pening ni still lagi boleh bgun..bjlan..bkn mcm sblum ni..lgsung sush nk grak..grak kjap lpas tu dtg pening balik..apepon u olss..jaga ksihatan ok..almaklumlah..cuaca sekarang xmenentu..pastu udara sekililing pon da tercemar..dengan jerebu la..asp kenderaan la..paling dekat..asap rokok!!gram Yaya tiap kali time tengah keje..orang dok isap rokok..dahla tmpt tu bhawa dingin..btmbh skit idung,skit pale Yaya dbwatnya..nak ditegur kang terase hati plak..org brumur@lebih tua la katakan...payah! sudahnya Yaya sendiri asyik kene serangan demam,skit semua....nsib baik la Yaya xlama dah kat tempat keje tu..prktikal la katakan...

Pada u guys kat lua tu..tolngla ok...cubala berhenti hisap rokok...at least cuba kurangkan..insyalh..kalo niat ati tu mmg nk cube berhenti..akn ble bhenti..tapi kalo dlm ati tu kte sush nk behnti..ermm..mmg xleh ckp ape la..mean korng menemph tiket msuk n****a la..coz da mmg sedia tahu, hisp rokok ni umpama membunuh dri secara perlahan...dan dosa org mbunuh dri ni mmg ke n****a la jwbnye..wallahualam la kan...korng ada otak...pikirla sdiri..okeyh!! ^_^ apapun hrp yg terbaik utk korng..Yaya sekadar mengingatkan sebagai sesaudara ni..=)

p/s: KATAKAN TAKNAK UTK MEROKOK....no smoking area zone!!

Wassalam...

Sunday, 19 June 2011

MARI KE BUKIT MERAH...^O^

Assalammualaikum w.b.t
Hai u ollss...ni hao ma??hihi

Actually Yaya still ponat lagi..7 jam yang lepas (sekarang kul 10.40pm) baru sampai rumah..balik bercuti with my family..hihi..tapi 2hari 1malam saja la..semalam pagi hari ni da balik..tapi xpela jugak..p wif 1family n also telah menjemput kakak ku n keluarganya di Kedah nun untuk pergi sekali coz my dad pon da booking 2bilik..hihi..Yaya pulak kat sana asyik berpindah randah..kejap kat bilik mak ayah..kejap g lari kat bilik kakak..huhu..maen dengan baby..wahahaha ^o^

Eh..Yaya tak bagitau lagi ye pegi bercuti kat mana??hihi..xjauh mana pon..kat Bukit Merah jekk..Laketown Resort...^,^..<3<3<3 kat bawah ni ada sikit pic yang Yaya masukkan masa g jalan-jalan kat sana..
:
:
:
:
:
:
Bukti Yaya p sini ok..ECOPARK..hahaha ni pic kt dlm..
:
Air terjun mini kt dalam ni...^,^
:
Taw?? =)
:
Tunjuk muke kesian tapi mulut bukn men bisng taw..huhu isk3..
:
Cam pelik je palk Yaya tengok bear ni..xmcm teddy bear Yaya pon..huhu ;p
:
Buaya Tembaga..besa gilerrr
 :
Takot bile landak ni na dekat sambil kembangkan bulu dier tu..teringat citer ZOO ^o^
:
Itik....=D
:
Ikan...er..lupa ;p teruk nyer Yaya nii.. ada lagi besa giler..da mcm ikan duyng kcik plak Yaya tengok..tapi xdpt amik pic sebab xnmpk pon..huhu
:
Burung kakak tua yg pandai..=)
:
Bear Cat....=) ni bulu macam teddy bear...
hihi agak2 bole pelihara kt umah x..?
kan kucing jugk.. ^o^
:
:
:

P dengan famliy kakak ku...
:
Si comel kecik yang hyper-active ^o^

Ok ni je yang dapat tunjuk..memang beshh kat sana..kalo nak tengok lebih kene g kat FB page Yaya ok... ^_^ lepas ni xtaw apa plan g cuti kat mana pulak..hihi harap2 masih ada...ummm ^,^ 
nite u ollss..

Wassalam...

Friday, 17 June 2011

HACKER OHHH HACKER.....

Assalammualikum w.b.t.
Hai u olss...mornink...

Pagi ni Yaya xdelah nak membebel apa sangat pon sebenrnya...juz nak lepas geram..huhu geram xde mane sangat r kan kan ;p korang mesti da dengar gak kan pasal hacker2 yang nak meng-attack laman web kerajaan kat Malaysia ni..dengan alasan kerana SKMM dah menyekat laman web..err..ape nth la..Yaya xnak amik taw pe laman web yang dah disekat kerajaan ni tapi yang Yaya taw biler hacker2 ni da attack ianya akan menyusahkan lagi orang awam ni untuk membuat segala urusan yang berkaitan dengan kerajaan melalui laman web.


Contohnya macam Yaya lah...susah nak wat kerja ni..huuu sudahnya kene marah dengan bos xpasal2.. >,< Keje kat company secretary la katakan..sentiasa nak kene guna@connected dengan kerajaan ni guna online..walaupon dekat dengan tempat mereka.. ;p dari semalam cuba nak masuk tapi asyik xboleh je..sakit kepala Yaya jadinya..haiiiii...ada baik buruknya hacker ni..tapi paling banyak buruk la..adessss...nth pape la korunk si hacker2 ni..da sah2 memang xde menda lain nak buat..menyusahkan orang lain jakk.. -_- ...hope cepat2 lah kerajaan pulihkan balik semua laman web yang kene hack tu..ermm...

Wassalam..

Tuesday, 14 June 2011

GIFT FOR N FROM MY BESH FWENZZ

Assalammualaikum w.b.t.
Hai u olls...

Yaya baru blik tadi pegi jumpa member Yaya lepas balik keje tadi...huhu penat sikit tapi xpe..memikirkan bukan slalu dapat jumpa member Yaya. So, Yaya p jugak la jumpa...lagipon nak bagi hadiah kat dia.huhu belated bufday...Yaya terlambat wish kat dia..huuuu..cian dia..marah dia tadi kat Yaya sebab lupa nak wish dia..huuu >,< sygku.maaf taw..ape pon Yaya harap kamo suka hadiah yang dibeli oleh saya itu ya kawanku..hukhuk...

Walaupon Yaya lambat wish dier,tapi time Yaya datang mai je umah dia, dia bagi Yaya coklat..hihi..sebab dia baru balik dari Langkawi..sebelum tu Yaya memang da suh dia bagi Yaya sikit cklat lepas dia balik dari sana..hihi..;p syg,me cih taw bagi aku coklat ni...

 *walaupon kat sini pon ade..tapi disebabkan ko bagi aku cklt ni dari langkawi, i'm very appreciate it dear...lebih2 lagi kt coklat DAIM tu..hihi me cih..lamo den xraso cklat tu..hihi..mmuahh..me cih syg..<3 (bukan senang nk dpt cklt free dari org yg tersyg selain mk ayh..ummm -_- )

Ok ..tu je dari Yaya yg Yaya nak kongsi..hihi..
Wassalam..


Saturday, 11 June 2011

MAK BAPAK TENGOK WAYANG KE BUAT WAYANG??!

Assalammualaikum w.b.t.
Hai u ollss...

Wah..bukn main lagi tajuk entri kat atas tu kan..padahal...hihi.. ;p jap lagi Yaya citer..bukn pe, lame Yaya xupdate entri..huhu..sebab Yaya kurang sihat..sejak dari Selasa sampai laa ni xbape nak sihat sangat. Pale sakit sangat macam nak ketuk je rase..huu .>,< makan panadol baru ok ckit..itupon kejap je, pastu dtg balik sakit nya..ermmm xtaw la nape..mungkin sebab nak datang bulan (kelmarin baru dtg) jadi dia datng magrain..selalu orang skit pwot or rase haus, ni aku sekrng da trend skit pale plak..=(

Tapi sekarang Yaya bukan nak citer pasal Yaya nye sakit pale..kalo citer kat korang pon korang bleh wat ape..ye x??huhu baca je la..masuk kanan kua kiri..kan kan ^o^ Nak sambung pasal tajuk entri sekarang ni haa...nak taw, hari ni, pagi tadi Yaya pg tengok wayng..citer KL GANGSTER...besh weyhh!! Kira ok la kalo la jugak..cuma citer dia pat sangat habis..huhu..korang mesti tengok citer ni OK!! Tapi bukan takat tu je Yaya nak gtaw ni..tapi cerita disebalik tengok wayang Yaya tu..bukan disebalik la..tapi (bape bnyk tapi daaa) masa Yaya tengok wayang tu..tetibe je Yaya dikejutkan dengan 1tangan yang tetibe pegang lengan Yaya time tengah layann wayang tu..nak taw sape?? Rupenyer sorang budak kecik yang betul2 kecikk main2 kat situ..,1-1 tangga dia turun..n bukan sgja la pegang lengan Yaya..huhu..dia ingat itu kerusi kot..sebab Yaya dok kat tepi ^o^ aku pon,dengan muke terperanjat sebab budak tu...aku tengok la atas..kot2 mak ayah dia nak amik, yelaa..budak2 main2 kat tnga wayng tu kan..mestila risau dia jatuh ke ape ke dah la gelap tapi Yaya tengk xde sape pon yang dtg amik..suara orang pngil budak tu pon xde..dalam ati,"sape la mak bapak budak ni..tengok tu dia main2 kat tangga..kalo jatuh ke ape ke silap2 ble bwk maut..yela..kita xtaw pe yang budak tu main2..kalo jatuh terguling2 kat tngga tu jgn mnyesal di kemudian hari sudah..dah la bwak anak kecik tengok wayng citer gangster..ada ke patut citer gns mcm tu bwk anak sekali..kalo ank tu da boleh pahm jln citer xpela gak..ni x..budk dlm umo 3thn cmtu ko da bwk msuk tgok wyg..ko ingt ni citer Kungfu Panda ke..??" adoiyaiii pelikk Yaya jadinya..ngan mak bapk budak tu..xbleh bpikir ke apa..tawla tgh syok tgok wyg tapi xyh la smpai mgabaikan anak..kalo xlrat nak kawal,taw ank tu aktif, xpyh la bwk msuk pngung..ish3..Yaya yang tgok budk tu plak jadi risau..rase macam nak amik dukung budk tu cari sape mak bpk dia..xtaw nak jga ank..xpon bg ank tu dok diam2 ngn Yaya..senang..!ISH GRAMNYERR...

Pada sesape u ollss yang baca entri ni..tolongla ye..jangan bawak anak@ank buah@ank sedara ke yang kecik2 lagi, jenis aktif plak tu, bwak masuk pngung wayang ok..bukn takat mnyushkan dri sdri tp jugak orang lain..yang lebih bperikemanusiaan..risau,takut tgok budk tu main2 lari2 dlm wyg tu..kalo tempat tu jenis flat, rata je xpela jgk..tapi ada tangga, ada besi, dan sesetengah tempat plak wyg nyer msuk dari bwh..macam Yaya tadi tgok kt B.Raja Klang ni, wyg msuk dari atas..xdela jln msuk kt bwh tu..kalo x msti budk tu da jtuh ke bwh..haiii...cian tul budk tu..selalu beringat lah ye..ok..
Sayangi keluarga anda... ^,^
Tu je yang Yaya nak citer wat masa ni..pale ni pon pening lepas blik tgok muvie td..huuu..nsib la xlame..klo x pengsan.. >,< ok.daaa u ollss..
Wassalam...

Monday, 6 June 2011

BESH DAPAT CUBA PRODUK FREE UNTUK DALAM MASA KURANG 3HARI..HEEE =D

Assalammualaikum w.b.t.
Hai u olls…

Huuu..penat Yaya hari ni…pagi-pagi lagi da kene jalan jauh sebab tempat yang aku biasa parking tu da kene ‘teroka’..jadi Yaya sampai datang keje lewat mencari tempat parking..pusing-pusing 1tempat tu.silap parking nanti kene saman dengan MBSA plak..adoiyai..terpaksa parking kat tasik..jalan kaki punya jauh p kat Alam Sentral..heeee…ati Yaya plak tiap kali p balik tkot jerr..yela..sowang2..jalan jauh lak tu..hmm..kalaulah motor Yaya boleh guna…hmm >,< cedei..rindu dengan motor skuter Yaya..dah dekat setengah tahun xbwak..terbiar je kat bawah nun.. =(

Tapi ada yang menggembirakan hati Yaya sikit..balik je dari keje Yaya terus g jumpa member Yaya..maksud Yaya, konsultan beauty academy yang Yaya biasa pegi tu. Dia suh Yaya datang mai jumpa dengan dia sebab nak buat kaji selidik sikit dengan kerja khusus dia..hihi..Yaya pon ok je..apa je dia tanya tentang pemakanan, kesihatan badan Yaya, Yaya jawab dengan jujur dan ikhlas..hihi chewahh…. ;p betullahh.. ^o^ (Yaya sempat bagitaw dia lepas da siap nanti bagitau kat Yaya apa jadual harian pemakanan yang Yaya patut makan setiap hari, sebab dia kata Yaya ambik makanan xteratur dan xsihat..hhuu patutla berat xnak trun2.. ;p then selalu stress..grrrr -_-!! dia ingatkan jugak lepas dia da buat jadual tu nanti Yaya kene ikut..hihi..Yes Mem!!hihi haruslah ikut..Yaya nak sihat n badan maintain ok..huuu )

Tapi yang paling besh bila dia bagi Yaya cuba guna produk yang beauty academy tu gunakan..xlain dan xbukan FLP produk…Yaya baru je tulis entri pasal produk tu..da baca lum? KLIK SINI untung lah Yaya dia bagi cuba guna..tapi sampai hari rabu je la..pastu dia minta pulangkan..hihi..yela..kalo bagi lama-lama nanti silap-silap boleh habis..dahla sume produk dia baru2…hihi


*tengok..siap bagi beg lagi..hihi..sebab barang dia berat dan banyak..ada 8produk semuanya..dan kalau Yaya beli semua produk ni..hampir mencecah RM400 lebih…kalo jadi ahli,ada diskaun..dalam RM300 lebih da boleh dapat dah..kira ok la tu..produk berkualiti..maa. ^_^
Nak taw x apa produk-produk yang dia bagi dan kegunaannya tak?? Yaya terangkan ye..walaupon korang xberminat nak taw..huhu


1.     Aloe Vera Gel – membantu memperkuatkan sistem imun dan pemuliharaan badan, juga dapat meningkatkan kesihatan secara umum.
2.     Aloe Vera Jelly - melegakan luka-luka kecil, lecur ringan, melincirkan tisu-tisu kulit yang sensitif. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak. Sesuai juga digunakan pelembab untuk muka. Untuk dalam tempoh percubaan ni Yaya akan guna sebagai pelembab. Sapu kat muka sebelum tido. =)
3.     Aloe Liquid Soap – melicinkan kulit, melembabkan kulit dan melegakan kulit sambil membersihkan kotoran. Menjadikan kulit halus dan lembut. Yaya guna utk cuci muka pagi dan malam. =)
4.     Aloe Ever-Shield deodorant – mengurang dan menghilangkan bau badan..dan ada lagi lain2 kegunaannya. Yaya guna utk bwh lengan. =)
5.     Aloe Heat Lotion – mengurangkan kesakitan badan. Macam sengal-sengal badan, sengal otot, sakit sendi dan lain2. Yaya guna of coz untuk sengal2 badan..huhumacam orang tua x..;p teruk la Yaya ni..huuuu
6.     Aloe Propolis Cream – membantu melawan jangkitan, meredakan luka2 ringan dan kerengsaan.
7.     Forever Bright Toothgel – membantu menghapukan bakteria penyebab plak dan memberikan mulut yang bersih dan nafas yang menyegarkan. Yang paling penting, ia tidak berflorida dan bahan terdiri dari aloe vera dan minyak pudina. Kebanyakan ubat gigi berflorida. Florida memg bagus tapi utk mgunakan nya setiap hari adalah tidak bagus utk gigi kita dan utk kesihatan badan. Ok! =)
8.     Aloe Lips – macam yang Yaya penah bagitaw sebelum ni, ia baik utk bibr kita spy sentiasa lembab walau dalam apa keadaan cuaca sekalipon. ^_^

Ok..da cukup 8 produk..hihi..tapi apa yang Yaya beritahu ni adalah secara menyeluruh atau secara kasar nya la..kesemua produk ni mempunyai 100% aloe vera tulen dan ada sesetengah produk menggunakan madu lebah asli iaitu propolis..jadi bukan hanya utk kegunaan 1tempat je tapi semua tempat bermasalah boleh digunakan. =) 

Yup! Sampai disni shaja entri Yaya..Yaya nak start guna dah produk ni..hihi..hope ok n baik2 saje.. =D

Wassalam…. =)

KEBAIKAN ALOE VERA..-mesti cuba!!

Assalamualaikum w.b.t.
Hai u olls...

Yaya nak citer sikit je la pasal product yang Yaya baru guna ni..da dekat 3minggu jugak la..actually product yang Yaya guna ni xse-femes Bio-essence, Clinique, SK-11 ke atau yang lain-lain..Walaupon harga dia bleh tahan r jugak kan..tapi bcoz of the quality product yang bagi Yaya,sesuai la kot dengan kulit Yaya sebab Yaya pakai da nampak skit effect dia yang bagus. Produk yang Yaya habaq tu adalah dari syarikat Forever Living Product(FLP) yang datang dari USA. Agak2 korang ada tak pernah dengar nama produk ni?? Produk ni keseluruhannya berasaskan ALOE VERA ataupon juga dikenali dengan daun LIDAH BUAYA.
Seperti yang u ollss semua tahu, aloe vera ni adalah sejenis tumbuhan yang memang sejak dari dulu lagi kita sahkan tentang kebaikan nya yang lebih banyak berbanding dengan tumbuhan lain. Cleopatra yang dulu memang terkenal kerana kecantikan wajahnya pon menggunakan khasiat aloe vera ni. Ia boleh dibuat untuk rawatan muka, untuk rawatan badan dan boleh jugak dibuat minuman dan ada banyak lagi khasiat dia, kalau nak terangkan memang bosan korang baca nanti..huhu.
Tapi ramai jugak tak tahu yang kebanyakn produk aloe vera yang ada sekarang ni belum dipastikan lagi ketulenannya. Ya.Kebanyakan aloe vera yang ada dipasaran sekarang bukan lah aloe vera yang asli. Maksud Yaya, produk tu dicampurkan air. Aloe vera yang asli yang betul2 bagi manfaat kat kita adalah produk yang berasaskan aloe vera 100%..kiranya penting dan ada benefit untuk badan kita la, tapi memang susah nak dapat di pasaran yang biasa. So, untuk mengetahui samada ia produk aloe vera yang tulen atau tak, mesti ada tanda COP macam kat atas ni..biasa yang kita dapat tengok kat Malaysia bukn wrna macam atas ni tapi warna ijau ngan putih..nak tahu lebih lanjut tentang kepentingan ada cop ni bleh klik je kat pic tu.. =) dan lagi satu, kalo nak bali produk yang ada asas aloe vera, tengok la dulu Ingredients dier kat blakang produk tu..kalo isi kandungan aloe vera dalam produk tu lebih banyak dari kandungan bahan lain, jadi perkataan aloe vera (Barbadensis), adalah bahan pertama sekali. Contohnya macam ni- Ingredients: aloe vera ( barbadensis), garlic, ginseng, ginkgo biloba- .....haaa. lbih kurang la..macam ni.ok ^_^

Dan produk dari syarikat yang Yaya gunakan ni memang terkenal dengan ketulenan aloe vera nyer dan produk mereka juga telah diiktiraf oleh IASC-iaitu sebuah persatuan yang mengeluarkan cop di atas ni. Yaya da register untuk jadi member dia dah..hihi..suka..sebab dapat diskaun ^o^ produk nyer sume berkualiti jadi harga bleh tahan gak r kan..orang macam Yaya yang masih xbkerja lagi ni perit sikit la klo nak bli banyak produk. Wat masa ni cuma dpat pakai 2produk skincare shaja.hihi.Iaitu yang-1

 * yang ni adalah 'Rehydrating Toner'(RM66-120ml)-yang menggabungkan lidah buaya dgn plbagai lagi ekstrak tumbhn, pelembab, kolagen dan alantoin. Digunakan untuk melembab dan melegakan kulit sambil mengecilkan semula liang roma yang terbuka selepas kita mencuci muka. Ia tanpa alkohol dan boleh meninggalkan sisa minyak dan kotoran. Jerawat Yaya juga cepat kecut bile pakai.mesti cuba! =)

Dan yang k-2
*yang ni adalah 'Forever Aloe Scrub'(RM62-99g)- denga gabungan gel aloe vera, minyak jojoba, dan bahan pelembab lain. Sesuai digunakan pada tubuh dan wajah. Membantu menanggalkan sel-sel permukaan yang pudar dan tak bermaya, membuka liang roma dan menggalakkan proses pembaharuan kulit utk mdedahkan kulit baru yang sihat. Jojoba membantu melincirkan kulit utk melindungi daripada kekeringan dan kerosakan. Ye..tu dia..ayat yang di copy paste dari buku@katalog yang ada kat Yaya ni..hihi ;p mesti cuba! =)
Lupa Yaya nak bagitaw, ada 1product dia yang Yaya dapat free..dapat masa Yaya sertai class make up kat beauty academy tu..hihi iaitu
*Aloe Lips-hihi best x....ia menggabungkan aloe vera, jojoba, alantoin dan lilin lebah.dan of coz utk melembabkan bibir kita yang kering tidak kira musim. =) Yaya belum guna lagi. Sebab baru je guna produk Vaseline.xhbis lagi ^o^

Dan ada produk lain juga yang Yaya guna..tapi bukan dari syarikat ni la..pencuci dan pelembab muka tapi masih mempunyai bahan aloe vera jugak. Jenama dirahsiakan..hahaha..sebab lepas ni Yaya nak tukar pencuci muka ke produk syarikat ni iaitu:
 *Aloe Liquid Soap(RM62-473ml)-boleh digunakan pada badan,tangan dan wajah. Tapi kalau nak jimat lebih baik guna untuk cuci muka je..hihi..mempunyai Ph yang seimbang yang sesuai dengan kulit kita ni. Dan utk pengetahuan juga 1botol soap ni bleh btahan hampir setahun!! haaa..memang korang boleh jimat la sebab dia skali picit dgn kuantiti yang sedikit da mengeluarkan buih yang banyak dan boleh diseratakan diseluruh muka.hmm..sabar ye..xlama lagi Yaya beli n guna kamuu..huhu

Dan atas nasihat Yaya,my mum pon beli 1produk kat syarikat ni iaitu jus minuman.
 * 'Aloe Berry Nectar' (RM90-1liter)- khas untuk wanita. Melancarkan peredaran darah, menstabilkan semula kitaran haid yang tidak teratur dan bermacam lagi masalah yang dihadapi kebanyakan wanita sekarang. Biasanya bleh tahan dalam 2minggu lebih macam tu la. Kalau rajin minum, adalah kesannya dan kene minum selalu. =)
Yaya pon nak beli jus minum ni 1botl.Tapi bukan perasa berry ni tapi nak beli yang asli aloe vera.
 *'Aloe Vera Gel' (RM90-1iter)-yang asli. Didalam terkandung 97% aloe vera asli. Boleh diminum sesuai untuk orang yang ada gastrik, 'jarang g tandas' paham2 la ea..hihi ;p dan baik jugak untuk penghidap diabetis atau kencing manis..ingat nak belikan utk ayh Yaya 1bolt..huuu dan elok jugak diambil masa bulan pose nanti..kira boleh jadi pengganti makanan la..boleh tolong menahan perot kita memulas minta diisi..hoho ^o^

Dan juga nak beli 1produk ni:
*'Artic-sea' (RM112-60softgels)-yang menggabungkan minyak ikan semulajadi dengan minyak zaiton utk membekalkan asid lemak perlu (EFA) Omega 3 dan 9 yang membantu meningkatkan ketahanan tubuh,memelihara kesihatan badan,kulit dan meredakan kesakitan. Dan yang paling penting, ia dapat mengelakkan dari lebihan lemak@toksin yang ada didalam badan. So,sesiapa yang mementingkan kesihatan tubuh, nak sihat dan mengurangkan kolestrol dalam badan, bolehla ambil pil ni dan seeloknya diambil juga bersama aloe vera gel yang atas tadi. mesti cuba! =) ok

Ok..wat masa ni,diatas ni je yang Yaya dapat promote untuk produk ni..hihi..kalau ada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk n syarikat ni, boleh KLIK SINI. =)

Wassalam..

Sunday, 5 June 2011

BEZA KAMPUNG DENGAN BANDOR...

Assalammaulaikum w.b.t.
Hai u olls...pe habaq?

Yaya nak citer pasl pe yang berlaku pagi ni..pagi xpagi sangat la..nak masuk tengahari pon...hari ni Yaya ada pegi majlis kenduri kawan Yaya..kenal masa praktikal dulu..akak ni medical officer tempat Yaya praktikal dulu..=) da nikah da pon mlm semalam..alhmdulilh..selamat semuanya..tapi yang Yaya nak bagitaw pasal pagi tadi..hihi..biasalah kan kat dalam kad kawen jemputan tu jamuan makan kul 12-4@5 and majlis sanding nya plak kul 1..Yaya ni plak da biasa pegi ikut mak Yaya p umah orang kawen..kat kampung..xde kampung sangat r.. biasa kalo orang kampung ni kad majlis makan nya dalam kol 11-12..lbig kurang jugak la..tapi biasa jugak orang awl pagi kul 11 da ramai jugak la..xde ramai mana..kira ada orang la kan..tapi bile Yaya p kat majlis kawen kakak ni..kul 11.30 nak dekat kol 12..sorang pon xde datang lagi..huhu >,< Yaya xtaw nak cakap apa..masa tu aku mai dengan kakak Yaya dengan anak dia sekali..malu ada segan pon ada..eh,malu ngan segan tu samela kan..hihi yela..aku bajet orang adalah yang da datang..erm..mungkin perkiraan aku silap..kat bandar xsama macam kat kampung..huhu..kat kampung yela..orang bangun awl..datang pon awal la..kalo dalam kad jemputan tulis kul 12 pon dtg tetap kul 11..awl..tpi xmacam kat bandor ni..mjls kate kul 12..kul 12 la baru gerak dari uma..huhu..erm..Yaya xtaw nak cakap pe masa tu..datang cuma bagi adiah n jumpa kakak tu je..tu pon xsiap lagi..tengah bermake-up..standard la tu kan..sanding pon kul 1...nak amik gambo pon xdapat..ingatkan boleh berposing dengan kakak tu..malang sekali xdapat tengok dia bersanding..sebab nak gerak awal masa tu...ada hal lain lagi..erm..untuk kakak nanie ku yang bersanding hari ni,Yaya ucapkan tahniah taw..n sowi sebab balik awal..xdapat tengok kakak bersanding..tapi amat terharu bila akak jemput sebagai tetmu VIP..hihi ;p me cih! ^o^
*ni pic masa deme bertunang..thun lepas..Yaya ada p jugak.. =) sekarang da kawen da.. ^_^ sowi kak..curi pic akak kat FB..hihi

Wassalam..

Saturday, 4 June 2011

PAGI SABTU YANG RAMAI.... -_-''

Assalammualaikum w.b.t.
Hai u olss..

Hari ni terlewat Yaya nak update...huhu..juz nak saying yang Yaya dah tengok Pirates!! huhu..g pagi lagi tu..blum kol 11..tapi da kene beratur panjang..ish3..tapi xpe,disebabkan lama Yaya mengidam nak tengok,walaupon ramai beratur n da terlewat 10minit,Yaya tetap tengok jugak..hihi...masa nak beli tu berbelah bagi jugak antara citer Pirates ngan X-Men..tapi bila pikir X-men bleh tengok minggu depan hari rabu, jadi Yaya pilihlah citer Pirates jugak..hihi ^,^

*romantik..aku terharu cam nak nangis..huhu

Minggu depan mesti tengok..X-Men!!yea...hihi ntah best ke x xtaw jgk..tapi xkesa..nak tengok jugak..


hmmm..citer KL Gengster pon keluar hari khamis depan.. =) kalau ada wayang pagi sabtu bleh tengok wayang lg..hihi..keje tengok wayng je Yaya ni..padahal ongkos bukan ada sangat...huhu..


Oklah..nak citer tu je...sambil menunggu kedatangan kakak mlam2 ni..datng dari Kedah..huhu,..mak da siap masak lauk kegemaran dia lagi..ayam masak merah..cehh....Yaya nak nasi ayam xnak masakkan..huhu >,< xpela..

Wasaalm...nite u olss... =)

Wednesday, 1 June 2011

WAYANG SAHAJE! ISH3..

Assalammualaikum w.b.t.
Hai u olls..pe habaq ari ni...?

Hari ni macam biase pepagi mesti bosan sedikit. Takde keje nak dibuat..selagi xdibagi keje memang takkan ade keje nak dibuat..huhu..so wat2 la macam ada keje ni ha..meng-update la..online la..blogwalking la..haha..sume tu memang xpenah miss tiap hari samaada kat office ke..kat uma ke..orang takda keje memang camnih kan kan.. ;p

Yaya pon xtaw nak citer pe..saje je gatai tangan nak menaip tapi takda idea nak wat entri apa..haaa...Yaya nak citer pasal wayang..la..nak taw x..dari minggu lepas lagi Yaya nak tengok wayang citer Pirates taw..tapi xkesampaian lagi..jeles dengar citer member da tengok wayang banyak dah..Yaya plak nak tengok wayang da xboleh macm dulu..kalo dlu ada citer baru je Yaya terus g tengok..masa belajar la nih..yela..ada banyak masa la katakan..pagi ade kelas,ptang xde jadi kua tengok time petang..harga student kan murah..huhu..tapi sekarang xboleh da..da hbis blaja, pastu praktikal plak ni..mlm baru ade masa ngan sabtu ahd..kalau hari biasa nak tengok pon tunggu hari rabu sebab murah..huhu..pastu kalo hujung minggu plak tengok ada wayang waktu pagi sebelum kul 11 x..sebab early bird mura...heee...kowang paham x mksud Yaya kat sini...yelaaa...orang tak bekerja memang macam ni..huhu..nakl kene tunggu uet jatuh dari langit kot.. ^o^

Macam minggu lepas ingat nak g tengok Pirates tapi full giler wlaupon Yaya g sowang..ade tgl 2tmpt kosng je..itupon kalo tengok wayang memang xbest la..xde feel orang kata..hihi..minggu lepas tengok Kongsi..huhu ok jgk..nasib baik best..bleh tahan la citer dier..sebab dengar2 sblum tu orang kate xbest..hmm tapi Yaya still berdegil nak tengok sebab bagi Yaya citarasa orang berlainan..bagi dia mungkin xbest..tp bagi orang lain plak mngkin best..kan kan? =)

Haaa..minggu ni confirm la Yaya akan tengok citer Pirates..hihi..tadi da tengok TGV online..nak tengok ada kul bape..ari ni kan rabu..murh la..hihi..tapi Yaya bukak jugak untuk hari sabtu ngan ahad...wahhh ada citer pagi..kul 10.45..ni pluang baik ni..baik g tgok ari sabtu pagi tu daripada tengok malam khamis ni.nanti lambat balik plak kan..dah la esok keje pagi..harga sama je kalo g pagi sabtu tu..hihi..cadangan yang baikk! ^o^ walaupon lambat@ketinggalan tengok citer Pirates ni..tapi xpe..sebab Yaya da tengok citer ni start dari movie 1st dia kua kat wayang..so da terjebak untuk follow terus citer dia sampai sekarang.. =) Lepas ni nak tunggu plak cerita KL Gangster-mesti support filem melayu maaa.... =D pastu filem X-men & Transformers!! then nak tunggu jugak filem Harry Potter yang terakhir..huuu..lepas ni mesti rindu ngan filem ni..dari dorang kecik smpai beso den nengok@follow citer ni.. >,< Tapi kan..best btol thn ni...citer yang best2 kua..dan memang best jgak la..uet pon kua dok habis tengok wayang je..huhu.. -_-''

Oklah..sampai sini je untuk masa ni..kua idea lain nanti Yaya update lagi..huhu..
Wasalam..

Popular Posts