Monday, 24 September 2018

DEAR NESTLE : MAGGI OAT MEE

Assalammualaikum wbt

2 minggu lepas, Yaya ada 'sign-up' 1 borang dari 'Dear Nestle' ni. Kata nya cuma perlu isi borang untuk dapatkan 'SAMPLE PERCUMA'. Yaya ni pantang dengar segala benda yang percuma. Haha apalagi, terus isi 'form' dalam laman web NESTLE tu. Biasa benda-benda macam ni memang akan amik masa. Jadi Yaya memang tak expect langsung bila free sample ni akan sampai ke rumah. Tak sangka pula akan datang secepat ni. Rasanya tak sampai 2 minggu pun.

Memula tengok bungkusan ni, tulis 'Maggi Oat Mee'. Pelik pula. Bila masa ada beli online makanan ni.haha. Tak teringat juga jika ada isi apa-apa borang untuk dapat makanan ni secara percuma.

Bila masa pula la beli online makanan ni.. =_="




FREE 2 paket Maggi Oat Mee, 2 paket serbuk Secukup Rasa & Recycle bag yang cantik ni! ^_^

Seronok betul Yaya bila dapat semua tu. PERCUMA pula tu. Cantik juga recycle bag dia.hehe. Alhamdulillah. THANK YOU NESTLE!! 

Korang kalau nak juga, rajin-rajin la isi apa2 borang yang ada kat internet tu. Isi borang je. Bukan nak suruh korang buat atau post apa-apa. Bukan semua orang nak bagi benda or makanan secara PERCUMA ni.hehe. Betul tak.

Ok. Itu sahaja entri Yaya. Saja nak share dengan korang. Lain kali turn korang pula. Oklah, Yaya nak pergi usha lagi ada lagi tak borang nak isi untuk dapat benda and makanan percuma ni.haha.. =p

Sekian, Wassalam =)

HOW TO DEACTIVATE YOUR BEETALK ACCOUNT

Assalammualaikum wbt.

How to deactivate / uninstall your beetalk account atau dalam bahasa Melayu nya, bagaimana cara untuk menyah aktifkan akaun Beetalk anda.


Haa. Mesti kat sini ramai yang ada atau PERNAH ada akaun BEETALK kan. Bila da buat, agak da bosan sikit (haha =p) nak deactivate tapi tak tahu bagaimana cara mahu memadamkan akaun tersebut. 

Untuk yang menggunakan akaun BEETALK versi lama ada jugalah ruang untuk DELETE ACCOUNT Beetalk ni tapi bila BEETALK dah upgrade diorang punya version, hilang teruih ruang untuk DELETE ACCOUNT tu. Sudahnya orang yang ada akaun BEETALK ni cuma boleh UNINSTALL je la aplikasi tersebut dari HP diorang. Tapi tahu tak korang walaupun korang UNINSTALL aplikasi Beetalk tu, orang lain yang mungkin ada aplikasi Beetalk masih boleh melihat nama ada di ruangan 'CONTACTS' disebabkan korang mendaftar akaun Beetalk menggunakan nombor tersebut yang masih disimpan oleh kenalan korang yang lain.

Yaya pun mengalami perkara yang sama sebenarnya. Bila da buka akaun dan nak DELETE ACCOUNT balik tak dapat sebab memang perkataan untuk delete account tu takda dalam versi baru applikasi Beetalk tu. Yaya kalau boleh nak DELETE atau lenyapkan terus akaun tu biar sampai kesan 'tapak kaki' tidak kelihatan.hehe. Jadi berusahalah cari bagaimana cara nak memadamkan terus akaun Beetalk ni. Yang Yaya kongsikan cara dibawah ini adalah hanya bagi pengguna ANDROID ye.


Cari app BEETALK 1.3.1 di 'Search Engine' yang korang biasa guna lepas tu terus klik gambar kanta tu aka 'search'. 
'Google Chrome' adalah amat disarankan sebab Yaya guna Google. 
Takut guna lain nanti tak dapat macam yang Yaya tunjuk ni. Tapi korang boleh je cuba.


Akan keluar seperti gambar diatas. Terus klik 'Donwload' kat button hijau tu.


Ada sesetengah telefon, korang sendiri 'unable'kan kat bahagian 'Security' untuk tidak menggalakkan apa-apa sumber yang tidak diketahui TERinstall dalam hp kita tu. Ini memang sangat penting bagi telefon jika tidak mahu 'hang' dek kerana TER install app yang tidak perlu dan boleh membahayakan telefon sendiri. Tapi untuk kes ni, siapa yang keluar error macam ni, korang perlu 'enable' terlebih dahulu settings korang kat bahagian Security. 
Gambar diatas ialah dari pengguna telefon yang menggunakan telefon jenama Xiaomi Redmi Note 5A Prime 
(fuhh sebut full jenama telefon sekali dengan jenis apa pula tu..nampak tak siapa sebenarnya pengguna tu =p)


Lihat. Akan keluar amaran seperti diatas ni. Tak apa. Klik sahaja 'OK' untuk sementara waktu bagi korang delete dahulu akaun Beetalk yang korang taknak tu. Bila dah delete, cepat-cepat korang 'unable' semula kat bahagian Security. <-- ini kalau Setting Security korang macam diatas lah ye, kalau yang takda tu boleh teruskan ke langkah seterusnya.

Klik 'Install'


DONE


Macam biasa bila korang dah Install app ni. Buka, Log In seperti biasa. Memang akan nampak lain sebab ini adalah versi lama. Oldschool. Masih belum ada butang Followers semua tu. Jadi ni terus pergi ke 'My Accounts' seperti dalam gambar diatas ni


TADAAAA..!! 
Nampak tak butang tap warna merah yang korang nak tengok sangat tu.haha. 
Apalagi, tekan lah cepat sebelum orang lain sedar korang ada akaun Beetalk.hehe

Ok! Dah berjaya. Sekarang bila dah delete boleh lah UNINSTALL balik. Itu sahaja. Moga entri ni ada manfaat bagi mereka yang tengah mencari cara untuk delete akaun lebah tu ye. ^o^

Sekian, Wassalam =)

Thursday, 20 September 2018

7 DOA PENENANG HATI UNTUK MENGHILANGKAN STRES, SEDIH, DAN GELISAH

Assalammualaikum wbt.
Salam 10 Muharram 1440h

7 DOA PENENANG HATI UNTUK MENGHILANGKAN STRES, SEDIH, DAN GELISAH



DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. 
Wa shamaamatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh
~ Sahih Bukhari ~

DOA 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
~ Hadis Riwayat Tirmidzi ~

DOA 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
~ Sahih Ibnu Hibban ~

DOA 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
~ Sahih Bukhari ~

DOA 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
~ Surah Al-Anbiya’ Ayat 87 ~

DOA 6
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
~ Surah Taha Ayat 25-28 ~

DOA 7
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
~ Surah Al-Imran Ayat 173 ~

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Selamat beramal.

Wassalam.

Wednesday, 19 September 2018

WORDLESS WEDNESDAY : TESCO BLOOD DONATION

Assalammualaikum wbt.


Buat yang berada berdekatan area Tesco terpilih ni boleh la pergi menderma ye. Yaya rasa macam nak pergi juga ni..Area Shah Alam hujung bulan ni 29 September. Haa elok sangat. 

Jom !! ^o^

WORDLESS WEDNESDAY : MEMORIES

Assalammualaikum wbt.
Salam 9 Muharram 1440h

in memories

Wednesday, 12 September 2018

WORDLESS WEDNESDAY : PERSAMAAN GAMBAR?

Assalammualaikum wbt.
2 Muharram 1440m





Nampak ke nampak? hehe. Perkara biasa bila ada dalam perut kapal terbang kannnn...

MOVIE REVIEW : MILE 22

Assalammualaikum wbt.

Entri tergendala.hehe. Patut 2 minggu yang lepas update. Teruk nau la kan. Ok. Cuma review pendek je. Nak kata review ke, atau pandangan tentang moive ni selepas menonton ceritanya dipawagam.?hm


Ok. Secara keseluruhan movie ni, Yaya rasa ok je. Ada aksi.Tapi ada bahagian-bahagian yang agak bosan sedikit tapi menarik la juga. Ada yang masa tayangan movie ni, dorang tidur.haha bosan sangat ke apa tak tahulah cuma bagi Yaya movie ni biasa je. Tak begitu menarik perhatian.

Ok. Itu sahaja pandangan Yaya bagi movie ni. Rating ? Hm. 3.5/5 Siapa yang dah tengok movie ni? Cer komen sikit ater nak tahu. ^o^ 

Tuesday, 11 September 2018

MOVIE REVIEW : THE EQUALIZER 2

Assalammualaikum wbt.

Banyak betul movie Yaya review. Memang dasar kaki wayang.hehe. Yela. Banyak movie menarik yang keluar di penghujung bulan Ogos dan diawal bulan September ni. Ditambah sekarang tengah 'jiwa kacau' nak hilangkan strees Yaya ni memang itulah cara Yaya. Kalau tak tengok movie, pergilah jenjalan naik kereta, drive sensorang tanpa arah tuju sambil layan lagu haaa gitu. Agak rasa dah ok baru balik rumah. Sambung layan perasaan kat rumah pula. ^o^


Kali ni review sikit movie THE EQUALIZER 2. Masa Equalizer yang pertama Yaya tak tengok pun kat pawagam. Kalau tak silap la. Yaya tau cerita ni pun masa ditayangkan kat Astro. Yaya ni jenis suka filem aksi lawan-lawan macam ni, haa jadi sekali dah tengok bila tahu keluar nombor 2 pula kat pawagam apalagi, pergilah tengok. 


Pelakon utama lelaki tersebut, DENZEL WASHINGTON, memang amat berkebolehan dari segi aksi. Tak sangka juga. Tak sangka bukan sebab apa. Yela, boleh tengok sendiri tubuh badan beliau. Nak kata sasa tu, taklah kan. Boroi juga tengok. Haha. Tapi aksi yang ditonjolkan dalam filem ni agak memberangsangkan juga. Tapi walau apa pun masih tidak boleh lagi lawan JASON STATHAM

Haih tetap maintain handsome..hukhuk

Kenal kan lelaki ni? Memang agak popular bila ada filem aksi. Boleh dikatakan semua filem yang ada dilakonkan oleh Jason Statham ni, adalah filem aksi yang bagi Yaya memang best lah untuk ditonton. Yaya biasa macam tu lah. Bila sesebuah filem keluar, diteliti dahulu siapa pelakon utamanya. Dari situ kita sendiri boleh tahu dan agak filem tersebut best atau tidak. Setuju?

Sedikit review Yaya mengenai filem THE EQUALIZER 2 ni. Dipendekkan, Robert Mccall (lakonan Denzel Washington) ingin mencari pembunuh yang telah membunuh sahabat karibnya yang dikatakan telah hampir berjaya mencari dalang bagi satu kes pembunuhan. 


Dan tidak menyangka, dalang yang sebenar itu sebenarnya adalah sahabat dia juga. Banyak konflik, pengajaran yang dapat diambil juga menerusi filem ini. 


Lebih-lebih lagi bila masuk 'part' Robert Mccall mengajar seorang remaja yang tidak suka sekolah dan lebih suka membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah berubah menjadi seorang yang sangat berguna bukan sahaja bagi keluarganya tapi juga dikawasan kejiranan tempat tinggal mereka.

Ok. Setakat itu sahaja review Yaya untuk filem ini. Rating yang Yaya boleh bagi adalah : 3.9/5 (boleh tak? ^o^)

Ada siapa lagi yang telah menonton cerita ini? Kongsilah pendapat korang tentang filem ni. Jangan risau, masing-masing punya pendapat tersendiri. Citarasa kita semua sememangnya berbeza =) Buat yang tak tengok lagi, plan nak pergi tengok tu boleh la pergi tengok jika masih ada tayangan. Tapi diingatkan, filem ini memang hanya diKHAS kan untuk orang dewasa. Walaupun dia kata untuk tontonan 13 tahun keatas, tapi Yaya rasa, sesuai 18 tahun ke atas kot. Disebabkan aksi-aksi yang agak ganas.huhu

Sekian, Wassalam ^_^

Monday, 10 September 2018

SALAM MAAL HIJRAH 1440H

Assalamualaikum wbt
29 Zulhijjah 1439m

SEMOGA TAHUN BARU LEBIH BAIK BUAT KITA!

Ayuhlah semua kita menyambut kedatangan tahun baru Hijrah dengan berazam kepada kebaikan dan memperbanyakkan beribadah kepada Allah SWT. Nak baca doa lain pun boleh, tak ada masalah. Asalkan kita memohon kepada perkara yang baik, berdoa dengan khusyuk dan meyakini bahawa Allah sentiasa mendengarnya.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada Akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Masa nilah sesuai. Jom!


Manakala Doa Awal Tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam satu Muharram. Maknanya lepas Maghrib malam ni adalah masuk 1 Muharram ya .

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah juga semakin bertambah. Insha Allah…Aamiin

Sunday, 9 September 2018

MOVIE REVIEW : EUROPE RAIDERS

Assalammualaikum w.b.t


Takda nak review panjang pasal movie ni sebab dah lepas lama da. Kat pawagam pun cuma tinggal bapa tayangan je.

Entah apa mimpi Yaya pergi tengok movie ni.haha Biasalah. Sebab tertarik dengan trailer depa la ni. Macam best je. Movie action kan. Well, secara keseluruhan, movie ok, Tapi bila dah tengok dan faham keseluruhan cerita, ianya tak ubah seakan movie 'NOW YOU CAN SEE ME 2' yang pernah ditayangkan di pawagam sebelum ni. Tahun lepas kalau tak silap Yaya.

Yang mengisahkan, orang baik nak rampas 1 benda dari orang jahat ni, iaitu satu alat @ software yang boleh mengawal dunia. Dan perkara yang tidak sangka adalah, semua cerita dari awal hingga akhir sebenarnya telah dirancang dan hanya lakonan semata demi untuk menumpaskan penjahat yang sebenar. haa lebih kurang begitulah ceritanya. Memang ada persamaan cerita EUROPE RAIDERS ni dengan NOW YOU CAN SEE ME 2 tu.

Kesimpulan, jalan cerita ok. Kalau bukan sebab Yaya pernah tengok NOW YOUCAN SEE ME 2 tu mungkin bagi Yaya cerita ni bestla juga. Penuh aksi. Tapi sebab da tahu, rasa keterujaan tu kurang sedikit.

Takpala kan dah tengok, terhibur juga la untuk masa tayangan tu.haha Korang, ada yang da tengok juga ke cerita ni?

Ok. Itu sahaja pandangan Yaya bagi movie ni. Rating ? Hm. 3.5/5

Saturday, 8 September 2018

MOVIE REVIEW : ALPHA

Assalammualaikum wbt.


Filem arahan Albert Hughes ini juga tidak kurang hebatnya. Pertama kali Yaya menonton filem begini. Mengisahkan seorang remaja yang bernama Keda, mencuba untuk hidup seorang diri di kawasan yang penuh mencabar selepas dia dibiarkan mati diwaktu pertama kali pemburuan bersama suku Cro-Magnon.


Keda yang tersedar dari pengsan amat terkejut apabila mendapati dia ditinggalkan oleh kaumnya yang menyangka beliau sudah pun mati. Disebabkan musim sejuk bakal tiba, Keda sedaya upaya mencari jalan pulang yang sebelum ini mengambil masa hampir seminggu untuk dia dan kaumnya yang lain untuk sampai ke kawasan pemburuan tersebut.

Mula je garang,asyik bergaduh..lepas tu..haaa

Dalam pada perjalanan pulangnya, Keda telah telah bertemu dengan seekor serigala yang cedera. Serigala itu tercedera kerana sekumpulan haiwan itu sebelumnya telah mengganggu Keda dan Keda telah mencederakan salah seekor dari haiwan itu demi untuk mempertahankan dirinya.

BFF dah pun.. ^o^

Dipendekkan cerita, Keda dan serigala yang cedera itu akhirnya menjadi kawan baik dan bersama-sama menempuh segala cabaran dan bahaya yang mendatangi mereka sepanjang perjalanan pulang Keda ke kampungnya sebelum musim sejuk tiba. 

Berjaya atau tidak Keda dan serigala sampai ke kampung halamannya, korang perlu menonton filem ini bagi yang belum menonton. Ianya adalah sebuah cerita yang menarik.

Ok. Itu sahaja yang dapat Yaya kongsi review dengan korang mengenai filem ini. Rating yang Yaya boleh bagi selepas menonton filem ini adalah 3.5/5.

MOVIE REVIEW : MUNAFIK 2

Assalammualaikum wbt.


Telefilem yang menjadi perbualan terhangat dipasaran sekarang. Mengutip kutipan yang mencecah belasan juta ringgit. Betul kan jika Yaya silap. atau sekarang dan mencecah puluhan juta. Allahu. Alhamdulillah jika benar. Dapat belas juta tu pun dan syukur yakmat kan. Pasti tidur lena la semua kru / pelakon semua yang terlibat dalam pembikinan filem Munafik 2 ini.

Memang merupakan sambungan kepada filem Munafik yang pernah ditayangkan sebelum ini. Filem yang lepas pun BOX OFFICE juga kan. Bila lihat perkembangan yang begitu baik ini, jelas sekali boleh dilihat FILEM MELAYU masih lagi boleh diterima oleh penonton dinegara kita ni. Atau rakyat Malaysia memang suka filem yang berunsur seram ni? Mungkin juga dilihat dari segi arahan filem oleh siapa,kan. Syamsul Yusuf sememangnya seorang yang berbakat besar. Anak kepada penerbit terkenal, Dato' Yusuf Haslam. Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kan.

Siapa yang masih tidak menonton filem ini? Rugi jika tidak lihat sendiri di pawagam. Masih ada tayangan lagi tau. Jadi pada sesiapa yang belum menonton filem ini, boleh la pergi tengok. Pasti tidak akan menyesal. Berbaloi dengan tiket wayang yang dibeli.

Sebuah filem yang sangat 'kena' dengan budaya hidup rakyat Malaysia. Sesetengah la.Bukan semuanya, ye. Juga memberi banyak peringatan pada kita semua termasuklah yang sedang menaip ni.hehe. InsyaAllah.

Antara babak menarik dalam filem MUNAFIK ni







Pengalaman Yaya semasa menonton filem ini, pada mula memang sedikit seram (yela tu sikit.. =p) dah la pergi menonton wayang seorang diri. Nasiblah bukan tengok sorang-sorang dalam panggung tu,kan. Sebab tu Yaya pilih untuk menonton filem ni di siang hari.haha. Jadi kuranglah sedikit rasa KURANG BERANI tu..hehe tapi itu cuma dipermulaan. Rasa seram tu bertukar jadi sedih dan hampir nak mengeluarkan air mata juga la bila tiba dipenghujung cerita. Eh bukan Yaya je tau. Rasanya sesiapa yang menonton dengan penuh kusyuk filem ini juga merasa perkara yang sama. Alhamdulillah. Itu sebenarnya tanda masing-masing sedar diri bukan seorang yang sempurna, setiap hari melakukan dosa tanpa disedari. Dan tiap taubat dan keampunan yang kita pohon pada ALLAH SWT pula, entah diampunkan atau tidak, tawakal sahaja pada NYA. Sesungguhnya DIA Maha Pengampun akan pada hambaNYA kan. InsyaAllah.

Kesimpulannya, filem ni memang TERBAIK! Rating dari Yaya? 5*****! Tahniah Syamsul Yusuf dan juga semua pelakon dan kru yang terlibat. Usaha, penat lelah anda sememangnya tidak sia-sia! KEEP IT UP!!! 

SUBHANALLAH!
ALLAHUAKBAR!

Siapa yang dah menonton juga filem ini? Sila la komen sepatah dua dibawah ni =) 

Sekian, Wassalam.

Friday, 7 September 2018

MOVIE REVIEW : ALONG WITH THE GODS 2

Assalammualaikum wbt.

Pada mulanya was-was nak tengok cerita korea ni. Yela, hakak ni bukan peminat cerita drama atau filem korea. Time memuda duluuu je suka dan layan cerita korea. Dah besar ni, bila kurang tengok televisyen memang semua pun ke laut lah. Drama melayu apatah lagi. Korang duk sibuk dulu cerita pasal HUSNA, Yaya terpinga-pinga. Siapa? Yang Yaya kenal kawan sekolah dulu nama Husna adalah.hehe.


Ok. Back to the review. Filem ALONG WITH THE GODS 2, pasti ada yang pertama dan Yaya memang tak tahu pun ada pernah ditayangkan cerita versi yang pertama di pawagam sebelum ni. Tahun ni je bila keluar, dengan trailer dia yang macam menarik, jadi Yaya mengambil keputusan untuk menonton di pawagam.

Filem yang berdurasi hampir atau memang mengambil masa 2 jam ini agak menarik bagi Yaya. Sungguh, tak terasa bosan pun. Mungkin kerana kelainan pada jalan ceritanya, yang diselitkan juga unsur komedi didalam. Tapi yang kurang menarik bila cerita ini dikaitkan dengan keadaan NERAKA. Bila masuk bab ni, kita sebagai yang beragama Islam, yang mempunyai pegangan agama, tidak boleh lah percaya akan apa yang dicerita dan ditayangkan tentang keadaan di alam sana bagaimana. Itu semua memang jauh panggang dari api. Tonton hanya sekadar hiburan, boleh tapi jangan percaya pula ye.

Kesimpulan Yaya untuk filem ini, best. Jalan cerita menarik, unsur komedi yang mereka masukkan juga menjadi. Dan membuatkan penonton tak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Apakah nasib ---? Adakah dia didapati benar-benar bersalah? Adakah dia dapat dilahirkan semula? Semua terjawab dipenghujung filem ini. Buat yang masih belum menonton dan teringin nak menonton filem korea ini, Yaya tak pasti masih ada ditayangkan lagi sekarang. Rasanya masih ada lagi cuma waktu tayangannya sahaja yang sudah tidak banyak.

Ok. Itu sahaja pandangan Yaya bagi movie ni. Rating ? 4/5 Siapa yang dah tengok movie ni? Cer komen sikit apa pandangan korang ^o^ 

Sekian ,terima kasih sudi singgah kat entri Yaya ni.
Wassalam =)

PERCUTIAN KELUARGA : MEMBORONG COKLAT DI H.I.G

Assalammualaikum wbt.

Semua orang mesti tahu yang Pulau Langkawi ni salah satu sebab ia terkenal ialah kerana Pulau itu adalah Pulau yang BEBAS CUKAI. Tapi betul ke bebas cukai? Ye. Betul untuk SESETENGAH barangan sahaja. Ada sesetengah barang tu pula, ada juga yang sama harga je dengan kita kat sini. Malah Yaya perasan ada juga yang lebih mahal disana berbanding harga barang disini. Tapi tak banyak la. Macam yang Yaya beritahu tadi, untuk SESETENGAH BARANGAN sahaja.

Dan selain itu juga, Pulau Langkawi ini juga terkenal dengan harga coklat, dan barangan dapur lain yang lebih murah. Yang Yaya perhati, murahnya tu takdalah jauh beza, tapi ok la. Jimat la juga duit sikit bila sekali beli banyak untuk coklat kegemaran. hehe. 

HAJI ISMAIL GROUP (HIG)
Dimana kebiasaannya korang beli coklat yang murah di Pulau Langkawi ni? Kebiasaannya mestilah pergi di pekan kan. Pekan Kuah. Destinasi membeli coklat yang kami pilih adalah di Haji Ismail Group (HIG) ini. Dalam 1 bangunan nya tu tidaklah seluruh tingkat menjual barang. Atas Kompleks ni adalah hotel. Dibawahnya ni la ada tempat membeli barangan. Nak cari cenderahati ke, set pinggan mangkuk, barangan dapur dan juga yang pasti coklat!



HALAL KAH COKLAT DISANA?
Mula memasuki ruang kedai menjual coklat tu saja dah terasa teruja bila tengok lambakan coklat-coklat yang ada. Semua nampak sedap tapi memang tidaklah Yaya nak memborong coklat-coklat kat sana pula kan. Pada mula tengok coklat-coklat disana tak terfikir apa pun. Nak ambil je. Tapi tiba-tiba datang persoalan dalam kepala ni, ADAKAH COKLAT-COKLAT NI HALAL?? Tapi takkanlah pula mereka nak menjual coklat tidak halal pula,kan. TAPIII (eh banyak pula tapi) hati tetap tak berpuas hati. Sebab teringat satu ceramah oleh seorang Ustaz ni @ penceramah bebas mengenai coklat. Yup! Coklat yang kebiasaannya ada dikedai yang biasa kita lihat, biasa dibeli oleh orang ramai tidak kira kaum dan agama. Eh nak tahu ke alkisah apa yang diceramah oleh penceramah tersebut mengenai coklat ni. Takpa lah Yaya kongsi sedikit dengan korang supaya korang pun tahu.

Korang tahu tak penting untuk badan kita ni terima untuk bahan-bahan makanan yang SAH HALAL sahaja. Pernah tak korang makan makanan yang korang SANGKA halal tapi sebenarnya tidak. Kenapa tidak? Sebab tidak ada lambang mahupun logo halal pada bungkusan bahan makanan tersebut. Contohnya Mi Segera. Semua orang biasa makan tapi tak semua Mi Segera itu HALAL untuk kita makan. Samalah juga kes coklat ni. Ianya coklat yang biasa kita makan, tetapi TIDAK SEMUA coklat itu ada tanda halal. 

Alkisahnya la, ada seorang anak tahfiz ni, nama pun tahfiz, penghafal AlQuran jadi menghafal Al Quran ini memang sudah menjadi rutin hariannya. Dia menghafal sambil diperhati oleh emaknya. Emaknya pula memang seorang yang sangat menitik beratkan tentang pemakanan dan cara hidup si anak supaya tidak ada perkara yang tidak baik mempengaruhi anaknya. Sampai satu hari ni, si anak balik dari sekolah, macam biasa di waktu petang @ waktu menghafal alquran, kanak-kanak ini berasa susah untuk ayat hafalan masuk dalam kepalanya. Si emak pun pelik kerana kebiasaan anaknya tidak seperti itu. Bila disoal siasat anaknya baru la dia menceritakan semasa disekolah, ada rakannya memberi makan satu jenama coklat ni dan didapati coklat ini tidak ada logo halal pada bungkusannya.

Jadi barulah si emak tahu kenapa pada hari itu hafalan anaknya susah untuk masuk didalam kepala. Kerana apa? Kerana coklat yang tidak dapat dipastikan kehalalannya yang dimakan oleh si anak tadi. Begitulah kisahnya. Dari sini kita dapat lihat, jika kita ada memakan makanan yang tidak halal atau yang kurang pasti akan tahap halal nya, ia sungguh memberi impak yang sangat tidak baik pada diri kita. Bagaimana pula amal ibadah kita nanti.

Disebabkan Yaya teringat ceramah itulah Yaya sangat BERHATI HATI untuk memilih coklat-coklat yang ada di kedai ni atau di mana-mana tempat sekalipun sekarang ni. Soal makanan halal dan tidak ni jangan dipandang remeh. Kerana apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita. Takkan kita mahu ada daging yang dicemari dalam anggota tubuh badan kita? Betul tak?

Jadi, kita fikirkanlah bersama-sama dan buat penilaian sendiri. Kat bawah ni Yaya kongsi sedikit coklat apa yang Yaya ambil. Pastinya ada tanda halal dan bebas dari lemak haiwan.huhu

Coklat Kisses yang tiada tanda Halal


Sayang juga kan. Banyak coklat yang sedap-sedap ni. Teringin nak rasa tapi tidak ada logo Halal 
jadi sememangnya Yaya jauhi dari mengambilnya...biarlah tak dapat makan coklat sedap tu 
(padahal Yaya ni HANTU COKLAT tau..='( ) dari masukkan bahan yang tidak pasti halal ke dalam badan.
Jadi kesudahannya tengok sajalah coklat itu.

Coklat Kisses yang mempunyai tanda halal

Halal - Sedap. Memang fevret coklat yang inti raisins ni 

Halal - Dark Coklat. Pahit yakmat. Gatai tangan nak rasa dark coklat ni.
Memang 'dark' sangat rasa.haha. Tapi DARK CHOCOLATE baik untuk kesihatan =p

Halal - Sedap juga. Rasa durian...

Sedap! Tapi KALORI pun agak tinggi.
Yaya makan 1 batang sehari. hahaha =p

Pastikan coklat yang korang ambil ada tanda HALAL

Hari pertama - Rasanya da cukup kot..ek

Hari Kedua - Tak cukup rupanya...haha ^o^
Yang penting semua HALAL, InsyaAllah

Ada pun coklat yang tiada tanda halal yang Yaya ambil mempunyai logo VEGETARIAN. Dan pastinya kalau dah mention VEGETARIAN ni segala macam lemak or unsur-unsur haiwan mestilah tidak ada kan. Hopefully. Tapi Yaya yakin memang tidak ada jika dibungkusan coklat sudah tertera ia sesuai untuk pengamal Vegetarian. Apa coklat yang ada mention Vegetarian tu? Ia adalah coklat TOBLERONE.

Halal - Beli kat HIG. POPCORN TOMATO
Sedap wei. Nyesal beli 1..haha
Kat sini mana ada ye??

Terpulang kat korang nak beli atau tidak. Tepuk dada tanya IMAN, ok. Yaya kongsi je kat sini. Lebih baik elak dari makanan yang kita sendiri was-was akan kehalalannya. Tapi if korang rasa yakin coklat tu boleh dimakan even takda tanda atau logo halal, yang mungkin korang ada partner share dalam proses pembuatan coklat tersebut, korang pasti ia adalah halal, why not untuk tak beli,kan..

Sekian, semoga ada manfaat untuk kita demi kebaikan bersama. InsyaAllah. Wallahua'lam.. =)

Sponsor