Assalammualaikum wbt.
Pada mulanya was-was nak tengok cerita korea ni. Yela, hakak ni bukan peminat cerita drama atau filem korea. Time memuda duluuu je suka dan layan cerita korea. Dah besar ni, bila kurang tengok televisyen memang semua pun ke laut lah. Drama melayu apatah lagi. Korang duk sibuk dulu cerita pasal HUSNA, Yaya terpinga-pinga. Siapa? Yang Yaya kenal kawan sekolah dulu nama Husna adalah.hehe.
Ok. Back to the review. Filem ALONG WITH THE GODS 2, pasti ada yang pertama dan Yaya memang tak tahu pun ada pernah ditayangkan cerita versi yang pertama di pawagam sebelum ni. Tahun ni je bila keluar, dengan trailer dia yang macam menarik, jadi Yaya mengambil keputusan untuk menonton di pawagam.
Filem yang berdurasi hampir atau memang mengambil masa 2 jam ini agak menarik bagi Yaya. Sungguh, tak terasa bosan pun. Mungkin kerana kelainan pada jalan ceritanya, yang diselitkan juga unsur komedi didalam. Tapi yang kurang menarik bila cerita ini dikaitkan dengan keadaan NERAKA. Bila masuk bab ni, kita sebagai yang beragama Islam, yang mempunyai pegangan agama, tidak boleh lah percaya akan apa yang dicerita dan ditayangkan tentang keadaan di alam sana bagaimana. Itu semua memang jauh panggang dari api. Tonton hanya sekadar hiburan, boleh tapi jangan percaya pula ye.
Kesimpulan Yaya untuk filem ini, best. Jalan cerita menarik, unsur komedi yang mereka masukkan juga menjadi. Dan membuatkan penonton tak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Apakah nasib ---? Adakah dia didapati benar-benar bersalah? Adakah dia dapat dilahirkan semula? Semua terjawab dipenghujung filem ini. Buat yang masih belum menonton dan teringin nak menonton filem korea ini, Yaya tak pasti masih ada ditayangkan lagi sekarang. Rasanya masih ada lagi cuma waktu tayangannya sahaja yang sudah tidak banyak.
Ok. Itu sahaja pandangan Yaya bagi movie ni. Rating ? 4/5 Siapa yang dah tengok movie ni? Cer komen sikit apa pandangan korang ^o^
Sekian ,terima kasih sudi singgah kat entri Yaya ni.
Wassalam =)
Sekian ,terima kasih sudi singgah kat entri Yaya ni.
Wassalam =)
3 Comments
Member tengok jugak..dari yang pertama dulu...... kemain ulang tengok, supaya ingat balik sebelum nak tengok no dua..haha
ReplyDeletemmg nk tgk filem ni tp tu laa rs nyer kena tgk yg 1st dulu utk fhm kn jln cerita...
ReplyDeleteNak tonton Along With The God 1 dulu, baru tgk sekuel yang kedua.. hehe
ReplyDelete