PERCUTIAN KELUARGA : MEMBORONG COKLAT DI H.I.G

Assalammualaikum wbt.

Semua orang mesti tahu yang Pulau Langkawi ni salah satu sebab ia terkenal ialah kerana Pulau itu adalah Pulau yang BEBAS CUKAI. Tapi betul ke bebas cukai? Ye. Betul untuk SESETENGAH barangan sahaja. Ada sesetengah barang tu pula, ada juga yang sama harga je dengan kita kat sini. Malah Yaya perasan ada juga yang lebih mahal disana berbanding harga barang disini. Tapi tak banyak la. Macam yang Yaya beritahu tadi, untuk SESETENGAH BARANGAN sahaja.

Dan selain itu juga, Pulau Langkawi ini juga terkenal dengan harga coklat, dan barangan dapur lain yang lebih murah. Yang Yaya perhati, murahnya tu takdalah jauh beza, tapi ok la. Jimat la juga duit sikit bila sekali beli banyak untuk coklat kegemaran. hehe. 

HAJI ISMAIL GROUP (HIG)
Dimana kebiasaannya korang beli coklat yang murah di Pulau Langkawi ni? Kebiasaannya mestilah pergi di pekan kan. Pekan Kuah. Destinasi membeli coklat yang kami pilih adalah di Haji Ismail Group (HIG) ini. Dalam 1 bangunan nya tu tidaklah seluruh tingkat menjual barang. Atas Kompleks ni adalah hotel. Dibawahnya ni la ada tempat membeli barangan. Nak cari cenderahati ke, set pinggan mangkuk, barangan dapur dan juga yang pasti coklat!



HALAL KAH COKLAT DISANA?
Mula memasuki ruang kedai menjual coklat tu saja dah terasa teruja bila tengok lambakan coklat-coklat yang ada. Semua nampak sedap tapi memang tidaklah Yaya nak memborong coklat-coklat kat sana pula kan. Pada mula tengok coklat-coklat disana tak terfikir apa pun. Nak ambil je. Tapi tiba-tiba datang persoalan dalam kepala ni, ADAKAH COKLAT-COKLAT NI HALAL?? Tapi takkanlah pula mereka nak menjual coklat tidak halal pula,kan. TAPIII (eh banyak pula tapi) hati tetap tak berpuas hati. Sebab teringat satu ceramah oleh seorang Ustaz ni @ penceramah bebas mengenai coklat. Yup! Coklat yang kebiasaannya ada dikedai yang biasa kita lihat, biasa dibeli oleh orang ramai tidak kira kaum dan agama. Eh nak tahu ke alkisah apa yang diceramah oleh penceramah tersebut mengenai coklat ni. Takpa lah Yaya kongsi sedikit dengan korang supaya korang pun tahu.

Korang tahu tak penting untuk badan kita ni terima untuk bahan-bahan makanan yang SAH HALAL sahaja. Pernah tak korang makan makanan yang korang SANGKA halal tapi sebenarnya tidak. Kenapa tidak? Sebab tidak ada lambang mahupun logo halal pada bungkusan bahan makanan tersebut. Contohnya Mi Segera. Semua orang biasa makan tapi tak semua Mi Segera itu HALAL untuk kita makan. Samalah juga kes coklat ni. Ianya coklat yang biasa kita makan, tetapi TIDAK SEMUA coklat itu ada tanda halal. 

Alkisahnya la, ada seorang anak tahfiz ni, nama pun tahfiz, penghafal AlQuran jadi menghafal Al Quran ini memang sudah menjadi rutin hariannya. Dia menghafal sambil diperhati oleh emaknya. Emaknya pula memang seorang yang sangat menitik beratkan tentang pemakanan dan cara hidup si anak supaya tidak ada perkara yang tidak baik mempengaruhi anaknya. Sampai satu hari ni, si anak balik dari sekolah, macam biasa di waktu petang @ waktu menghafal alquran, kanak-kanak ini berasa susah untuk ayat hafalan masuk dalam kepalanya. Si emak pun pelik kerana kebiasaan anaknya tidak seperti itu. Bila disoal siasat anaknya baru la dia menceritakan semasa disekolah, ada rakannya memberi makan satu jenama coklat ni dan didapati coklat ini tidak ada logo halal pada bungkusannya.

Jadi barulah si emak tahu kenapa pada hari itu hafalan anaknya susah untuk masuk didalam kepala. Kerana apa? Kerana coklat yang tidak dapat dipastikan kehalalannya yang dimakan oleh si anak tadi. Begitulah kisahnya. Dari sini kita dapat lihat, jika kita ada memakan makanan yang tidak halal atau yang kurang pasti akan tahap halal nya, ia sungguh memberi impak yang sangat tidak baik pada diri kita. Bagaimana pula amal ibadah kita nanti.

Disebabkan Yaya teringat ceramah itulah Yaya sangat BERHATI HATI untuk memilih coklat-coklat yang ada di kedai ni atau di mana-mana tempat sekalipun sekarang ni. Soal makanan halal dan tidak ni jangan dipandang remeh. Kerana apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita. Takkan kita mahu ada daging yang dicemari dalam anggota tubuh badan kita? Betul tak?

Jadi, kita fikirkanlah bersama-sama dan buat penilaian sendiri. Kat bawah ni Yaya kongsi sedikit coklat apa yang Yaya ambil. Pastinya ada tanda halal dan bebas dari lemak haiwan.huhu

Coklat Kisses yang tiada tanda Halal


Sayang juga kan. Banyak coklat yang sedap-sedap ni. Teringin nak rasa tapi tidak ada logo Halal 
jadi sememangnya Yaya jauhi dari mengambilnya...biarlah tak dapat makan coklat sedap tu 
(padahal Yaya ni HANTU COKLAT tau..='( ) dari masukkan bahan yang tidak pasti halal ke dalam badan.
Jadi kesudahannya tengok sajalah coklat itu.

Coklat Kisses yang mempunyai tanda halal

Halal - Sedap. Memang fevret coklat yang inti raisins ni 

Halal - Dark Coklat. Pahit yakmat. Gatai tangan nak rasa dark coklat ni.
Memang 'dark' sangat rasa.haha. Tapi DARK CHOCOLATE baik untuk kesihatan =p

Halal - Sedap juga. Rasa durian...

Sedap! Tapi KALORI pun agak tinggi.
Yaya makan 1 batang sehari. hahaha =p

Pastikan coklat yang korang ambil ada tanda HALAL

Hari pertama - Rasanya da cukup kot..ek

Hari Kedua - Tak cukup rupanya...haha ^o^
Yang penting semua HALAL, InsyaAllah

Ada pun coklat yang tiada tanda halal yang Yaya ambil mempunyai logo VEGETARIAN. Dan pastinya kalau dah mention VEGETARIAN ni segala macam lemak or unsur-unsur haiwan mestilah tidak ada kan. Hopefully. Tapi Yaya yakin memang tidak ada jika dibungkusan coklat sudah tertera ia sesuai untuk pengamal Vegetarian. Apa coklat yang ada mention Vegetarian tu? Ia adalah coklat TOBLERONE.

Halal - Beli kat HIG. POPCORN TOMATO
Sedap wei. Nyesal beli 1..haha
Kat sini mana ada ye??

Terpulang kat korang nak beli atau tidak. Tepuk dada tanya IMAN, ok. Yaya kongsi je kat sini. Lebih baik elak dari makanan yang kita sendiri was-was akan kehalalannya. Tapi if korang rasa yakin coklat tu boleh dimakan even takda tanda atau logo halal, yang mungkin korang ada partner share dalam proses pembuatan coklat tersebut, korang pasti ia adalah halal, why not untuk tak beli,kan..

Sekian, semoga ada manfaat untuk kita demi kebaikan bersama. InsyaAllah. Wallahua'lam.. =)

Post a Comment

4 Comments