PERCUTIAN KELUARGA : TERBANG BERSAMA AIR ASIA

Assalammualaikum wbt.

Yaya dengan family baru lepas balik bercuti 2 minggu yang lalu. Kan kita baru lepas musim cuti sekolah seminggu kan. Musim raya Haji. Semenjak semua ahli keluarga dah duduk dekat dekat ni, memang 'wajib'kan diri untuk spend time few FULL DAYS with family. Macam tahun yang sudah, kami pergi bercuti di Melaka je. Sewa homestay dengan private pool. Syiok la anak buah. Main air dalam rumah. 

PERCUTIAN TAHUNAN KELUARGA
Tahun ni, Alhamdulillah dapat bawa lagi family semua bercuti. Kali ni jauh sikit. Mana? 'OVERSEA' ke?? Idokla teman nak pergi jejauh. Belum ada kemampuan lagi. Kalau pun ada kemampuan, Yaya nak pergi umrah dulu. Allahu..teringin sangat nak jejak kaki kat sana, tengok Kaabah dengan mata kepala sendiri depan-depan. MasyaAllah mesti best sangat. Mudah mudahan ada kesempatan untuk kesana. Aamiin. InsyaAllah.



Jadi mana kami pergi? Kami pergi Langkawi sahaja. Takda lah jauh pun kan. Perancangan sebenarnya kami adik beradik sahaja nak pergi bercuti di Sabah. Tapi itu hanya kami adik beradik sahajalah tapi ayah teringin nak merasa naik kapal terbang pula. Bukan tak pernah naik, tapi memang dah lama gila kot tak naik pesawat. Kali terakhir naik kalau tak silap Yaya, masa Yaya masih belajar dip dulu. Dan masa tu pun ayah masih sihat. Sekarang ayah kurang sihat. Dah jadi Orang Kurang Upaya disebabkan penyakit Diabetis. Memang berkerusi roda sepanjang masa. Disebabkan itu, pergerakan lebih terbatas.

Kerana tidak mahu menghampakan ayah, jadi kami pun bawa ayah ke Langkawi. Tak berani pula nak bawa ayah ke Sabah. Sebab, masing-masing kami adik beradik tak pernah jejakkan kaki ke Sabah. Jadi kami tak tahu perjalanan kami nanti bagaimana. Takut, risau pula akan menyusahkan ayah nanti. 

This all for you, ayahku... ='( sob sob

PENGALAMAN SADIS
Macam pengalaman yang pernah kami lalui sebelum ni. Pergi bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Siapa yang pernah bercuti di Colmar tu tahulah bagaimana keadaan hotel disana. Maksud Yaya kat sini, jalan nak melalui ke bilik hotel tu. Memang ada sediakan lif tapi jalan nak pergi ke bilik ada banyak tangga dan memang tidak ada laluan lain. Sukar untuk diterangkan disini tapi pendek kata hotel tu amatlah tidak sesuai untuk OKU yang menggunakan kerusi roda sepanjang masa. 

Sedih juga waktu tu sebab ayah tak dapat keluar berjalan jalan amik angin kawasan sana. Yela, nak masuk ke bilik pun dah susah. Kesian pula kami tengok. Tu semua sebab kami tidak tahu keadaan bilik hotel yang telah ditempah tu. Nak bertanya dalam telefon susah. Mungkin akan ada salah faham disana. Jika salah seorang dari kami yang pernah ke sana, mungkin tidak menjadi masalah sebab dah tahu keadaan hotel bagaimana.

TEMPAHAN PENERBANGAN BERSAMA AIRASIA



Ok. Back to the main story. Kami pergi bercuti ni bulan Ogos. Tapi dah buat tempahan tiket awal bulan Januari tahun ni tau. Disebabkan harga yang tidak menentu. Tahu-tahu saja lah kan. Harga penerbangan ni memang sentiasa berubah. Ada masa dia jadi murah 'kaw-kaw' punya. Dan ada masa harganya boleh membuat kita menelan air liur.hehe. Alhamdulillah masa buat tempahan tu, perbelanjaan untuk penerbangan pergi balik sahaja untuk 7 orang dalam RM2k++. Kat bawah ni Yaya share dengan korang jumlah pembayaran untuk penerbangan pergi balik beserta dengan luggage. Mana tahu, boleh bantu korang yang kot-kot nak start buat bajet percutian korang pula. Memang tak akan sama tapi boleh la agak-agak berapa yang perlu dibelanjakan untuk penerbangan sahaja,kan.






























LAPANGAN TERBANG LANGKAWI
Kami bertolak melalui KLIA 2. Di kawasan sana memang semua ok. Tiada masalah. Lebih mudah masa nak naik pesawat. Golongan OKU diberi keutamaan untuk masuk terlebih dahulu. Jalan nak masuk pun mudah. Ayah cuma perlu berjalan menggunakan tongkat sedikit untuk beberapa langkah. Tempat duduk memang di barisan paling hadapan la kan. 45 minit selepas itu, tiba di lapangan terbang Langkawi pula. Memang kami masing-masing tidak menyangka Lapangan terbang sana tidak seperti di KLIA. Maksud Yaya, waktu nak turun dari pesawat. Tidak seperti di KLIA yang ada laluan keluar terus masuk ke kawasan kompleks di dalam tu. Pesawat berhenti di tengah dan kami perlu turun melalui tangga dan berjalan masuk ke kawasan lapngan terbang Langkawi. Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Langkawi jadi memang agak tidak biasa dengan keadaan begitu.


Kalau korang perasan ada kerusi automatik kat tepi laluan tangga kat atas tu.
Kerusi tu la yang akan bawa turun OKU

Siap sedia untuk ayah. Kerusi ni kami punya sendiri.
Dekat Lapangan terbang tu pun ada sediakan juga kerusi roda.

Terima kasih bang!
Mesra betul abang ni. Bagus! =)

Tapi memang Yaya tabik spring ah kat staff Lapangan Terbang Langkawi ni.Tengok abang tu, buat sebaiknya tolong ayah kami untuk turun dengan kerusi automatik tu. Yaya risau juga tengok, boleh ke kerusi tu tampung berat ayah. Ish memang selawat je la tawakal harap selamat turun dari kapal terbang tu dan Alhamdulillah semua selamat. Terima kasih ye, abang! hehe

Lapangan terbang Langkawi sekarang masih dalam proses menaik taraf. Masih lagi kelihatan kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan. Jika tidak silap dalam tahun ini juga siap. Kalau tidak silap Yaya la. Harap nya boleh siap dengan segera. Jika nak dilihat keadaan sekarang nampak sedikit suram dek kerana proses menaik taraf masih lagi dilakukan dan tidak banyak kedai di sana. Cukup sekadar tempat makan di 1-2 tempat, dan tempat membeli sedikit barang.

Ok. Itu sahaja Yaya nak share dalam entri hari ni. Sambungan nanti di entri yang seterusnya, ya. Kalau nak cerita semua dalam 1 entri memang takdalah orang nak tengok langsung kan.hehe.

Terima kasih sebab sudi singgah blog Yaya.
Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

9 Comments

  1. Replies
    1. kena dgn hari..
      bole dpt mura lagi sbnrnye ni..huhu xrajin

      Delete
  2. X penah pergi langkawi huwaaaa haru kan hahahha

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tau masa bila maklum kat air asia yg kita akn bawa wheelchair sendiri? Sbb bila beli tiket online takda pun bahagian makluman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya sdri tak pasti. tiket kakak yang beli.kalau nak kepastian boleh call air asia dulu.tanya. lagi better. ^_^

      Delete
    2. Azizah kena pergi report kat kaunter penerbangan tu dlu.gtau yg kita ada bawa penumpang oku berkerusi roda sendiri.dlm 2 jam sebelum pun ok.sy pun agak sllu bw adik oku fly.

      Delete
  4. Sy xboleh naik tangga dan turun tangga, sbb sakit lutut.. Dh dekat setahun.. Ni bru naik flight, agak2 dia air asia bagi tak? Sbb sy bkn baru sakit. Masih blh bjln slow2, cuma sy xblh naik tangga n turun tangga.. Tgh gigih google ade x kerusi oku utk trun tngga..nasib jumpa entry ni. Harap org air asia bg la sy gune ni wpun sy bkn oku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah bole jika minta pada mereka =)

      Delete