Assalammualaikum wbt.
How to deactivate / uninstall your beetalk account atau dalam bahasa Melayu nya, bagaimana cara untuk menyah aktifkan akaun Beetalk anda.
Haa. Mesti kat sini ramai yang ada atau PERNAH ada akaun BEETALK kan. Bila da buat, agak da bosan sikit (haha =p) nak deactivate tapi tak tahu bagaimana cara mahu memadamkan akaun tersebut.
Untuk yang menggunakan akaun BEETALK versi lama ada jugalah ruang untuk DELETE ACCOUNT Beetalk ni tapi bila BEETALK dah upgrade diorang punya version, hilang teruih ruang untuk DELETE ACCOUNT tu. Sudahnya orang yang ada akaun BEETALK ni cuma boleh UNINSTALL je la aplikasi tersebut dari HP diorang. Tapi tahu tak korang walaupun korang UNINSTALL aplikasi Beetalk tu, orang lain yang mungkin ada aplikasi Beetalk masih boleh melihat nama ada di ruangan 'CONTACTS' disebabkan korang mendaftar akaun Beetalk menggunakan nombor tersebut yang masih disimpan oleh kenalan korang yang lain.
Yaya pun mengalami perkara yang sama sebenarnya. Bila da buka akaun dan nak DELETE ACCOUNT balik tak dapat sebab memang perkataan untuk delete account tu takda dalam versi baru applikasi Beetalk tu. Yaya kalau boleh nak DELETE atau lenyapkan terus akaun tu biar sampai kesan 'tapak kaki' tidak kelihatan.hehe. Jadi berusahalah cari bagaimana cara nak memadamkan terus akaun Beetalk ni. Yang Yaya kongsikan cara dibawah ini adalah hanya bagi pengguna ANDROID ye.
Cari app BEETALK 1.3.1 di 'Search Engine' yang korang biasa guna lepas tu terus klik gambar kanta tu aka 'search'.
'Google Chrome' adalah amat disarankan sebab Yaya guna Google.
Takut guna lain nanti tak dapat macam yang Yaya tunjuk ni. Tapi korang boleh je cuba.
Akan keluar seperti gambar diatas. Terus klik 'Donwload' kat button hijau tu.
Ada sesetengah telefon, korang sendiri 'unable'kan kat bahagian 'Security' untuk tidak menggalakkan apa-apa sumber yang tidak diketahui TERinstall dalam hp kita tu. Ini memang sangat penting bagi telefon jika tidak mahu 'hang' dek kerana TER install app yang tidak perlu dan boleh membahayakan telefon sendiri. Tapi untuk kes ni, siapa yang keluar error macam ni, korang perlu 'enable' terlebih dahulu settings korang kat bahagian Security.
Gambar diatas ialah dari pengguna telefon yang menggunakan telefon jenama Xiaomi Redmi Note 5A Prime
(fuhh sebut full jenama telefon sekali dengan jenis apa pula tu..nampak tak siapa sebenarnya pengguna tu =p)
Lihat. Akan keluar amaran seperti diatas ni. Tak apa. Klik sahaja 'OK' untuk sementara waktu bagi korang delete dahulu akaun Beetalk yang korang taknak tu. Bila dah delete, cepat-cepat korang 'unable' semula kat bahagian Security. <-- ini kalau Setting Security korang macam diatas lah ye, kalau yang takda tu boleh teruskan ke langkah seterusnya.
Klik 'Install'
DONE
Macam biasa bila korang dah Install app ni. Buka, Log In seperti biasa. Memang akan nampak lain sebab ini adalah versi lama. Oldschool. Masih belum ada butang Followers semua tu. Jadi ni terus pergi ke 'My Accounts' seperti dalam gambar diatas ni
TADAAAA..!!
Nampak tak butang tap warna merah yang korang nak tengok sangat tu.haha.
Apalagi, tekan lah cepat sebelum orang lain sedar korang ada akaun Beetalk.hehe
Ok! Dah berjaya. Sekarang bila dah delete boleh lah UNINSTALL balik. Itu sahaja. Moga entri ni ada manfaat bagi mereka yang tengah mencari cara untuk delete akaun lebah tu ye. ^o^
Sekian, Wassalam =)
8 Comments
Nice tips Yaya..
ReplyDeleteOh tak pernah install beetalk, hehe nampak sangat ketinggalan zaman sikit hahaha
ReplyDeletesebenaenya akk xtahu beetalk ni apa..adakah ia sejenis chatting room juga?
ReplyDeleteKalau tak dapat verification code macam mana nak buat ek ? ðŸ˜
ReplyDeletekena ada juga..kalau x,xbole la nak log in =)
DeleteUNTUK IPHONE MCM MNA YE? SBB SAYA DOWNLOAD VERSION BARU 3.3.0 TP TAK TAU NAK DELETE MCM MNA
ReplyDeleteI dah try banyak kali untuk dapatkan verification code, tapi failed... watdehek
ReplyDeleterasanya da xbole guna da cara ni skrng..dia mcm da tuka @ upgrade..
Deletexsure cara skrg cmne..huhu