DEAR NESTLE : MAGGI OAT MEE

Assalammualaikum wbt

2 minggu lepas, Yaya ada 'sign-up' 1 borang dari 'Dear Nestle' ni. Kata nya cuma perlu isi borang untuk dapatkan 'SAMPLE PERCUMA'. Yaya ni pantang dengar segala benda yang percuma. Haha apalagi, terus isi 'form' dalam laman web NESTLE tu. Biasa benda-benda macam ni memang akan amik masa. Jadi Yaya memang tak expect langsung bila free sample ni akan sampai ke rumah. Tak sangka pula akan datang secepat ni. Rasanya tak sampai 2 minggu pun.

Memula tengok bungkusan ni, tulis 'Maggi Oat Mee'. Pelik pula. Bila masa ada beli online makanan ni.haha. Tak teringat juga jika ada isi apa-apa borang untuk dapat makanan ni secara percuma.

Bila masa pula la beli online makanan ni.. =_="




FREE 2 paket Maggi Oat Mee, 2 paket serbuk Secukup Rasa & Recycle bag yang cantik ni! ^_^

Seronok betul Yaya bila dapat semua tu. PERCUMA pula tu. Cantik juga recycle bag dia.hehe. Alhamdulillah. THANK YOU NESTLE!! 

Korang kalau nak juga, rajin-rajin la isi apa2 borang yang ada kat internet tu. Isi borang je. Bukan nak suruh korang buat atau post apa-apa. Bukan semua orang nak bagi benda or makanan secara PERCUMA ni.hehe. Betul tak.

Ok. Itu sahaja entri Yaya. Saja nak share dengan korang. Lain kali turn korang pula. Oklah, Yaya nak pergi usha lagi ada lagi tak borang nak isi untuk dapat benda and makanan percuma ni.haha.. =p

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

6 Comments

  1. eh, maggi ada oat..? 1st time tahu..

    ReplyDelete
  2. sapa x suka barang percuma kan...

    ReplyDelete
  3. Bagus banget artikelnya.
    Sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Wah.. bestnya dapat free maggi.. akak suka maggi nie.. Buh sayur, udang memang sedap dan mengenyangkan..

    ReplyDelete
  5. Wah dpt maggi oat free...beg tu cantik lah yaya, boleh guna untuk letak barang lain juga nanti. Tahniah!

    ReplyDelete