MOVIE REVIEW : THE EQUALIZER 2

Assalammualaikum wbt.

Banyak betul movie Yaya review. Memang dasar kaki wayang.hehe. Yela. Banyak movie menarik yang keluar di penghujung bulan Ogos dan diawal bulan September ni. Ditambah sekarang tengah 'jiwa kacau' nak hilangkan strees Yaya ni memang itulah cara Yaya. Kalau tak tengok movie, pergilah jenjalan naik kereta, drive sensorang tanpa arah tuju sambil layan lagu haaa gitu. Agak rasa dah ok baru balik rumah. Sambung layan perasaan kat rumah pula. ^o^


Kali ni review sikit movie THE EQUALIZER 2. Masa Equalizer yang pertama Yaya tak tengok pun kat pawagam. Kalau tak silap la. Yaya tau cerita ni pun masa ditayangkan kat Astro. Yaya ni jenis suka filem aksi lawan-lawan macam ni, haa jadi sekali dah tengok bila tahu keluar nombor 2 pula kat pawagam apalagi, pergilah tengok. 


Pelakon utama lelaki tersebut, DENZEL WASHINGTON, memang amat berkebolehan dari segi aksi. Tak sangka juga. Tak sangka bukan sebab apa. Yela, boleh tengok sendiri tubuh badan beliau. Nak kata sasa tu, taklah kan. Boroi juga tengok. Haha. Tapi aksi yang ditonjolkan dalam filem ni agak memberangsangkan juga. Tapi walau apa pun masih tidak boleh lagi lawan JASON STATHAM

Haih tetap maintain handsome..hukhuk

Kenal kan lelaki ni? Memang agak popular bila ada filem aksi. Boleh dikatakan semua filem yang ada dilakonkan oleh Jason Statham ni, adalah filem aksi yang bagi Yaya memang best lah untuk ditonton. Yaya biasa macam tu lah. Bila sesebuah filem keluar, diteliti dahulu siapa pelakon utamanya. Dari situ kita sendiri boleh tahu dan agak filem tersebut best atau tidak. Setuju?

Sedikit review Yaya mengenai filem THE EQUALIZER 2 ni. Dipendekkan, Robert Mccall (lakonan Denzel Washington) ingin mencari pembunuh yang telah membunuh sahabat karibnya yang dikatakan telah hampir berjaya mencari dalang bagi satu kes pembunuhan. 


Dan tidak menyangka, dalang yang sebenar itu sebenarnya adalah sahabat dia juga. Banyak konflik, pengajaran yang dapat diambil juga menerusi filem ini. 


Lebih-lebih lagi bila masuk 'part' Robert Mccall mengajar seorang remaja yang tidak suka sekolah dan lebih suka membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah berubah menjadi seorang yang sangat berguna bukan sahaja bagi keluarganya tapi juga dikawasan kejiranan tempat tinggal mereka.

Ok. Setakat itu sahaja review Yaya untuk filem ini. Rating yang Yaya boleh bagi adalah : 3.9/5 (boleh tak? ^o^)

Ada siapa lagi yang telah menonton cerita ini? Kongsilah pendapat korang tentang filem ni. Jangan risau, masing-masing punya pendapat tersendiri. Citarasa kita semua sememangnya berbeza =) Buat yang tak tengok lagi, plan nak pergi tengok tu boleh la pergi tengok jika masih ada tayangan. Tapi diingatkan, filem ini memang hanya diKHAS kan untuk orang dewasa. Walaupun dia kata untuk tontonan 13 tahun keatas, tapi Yaya rasa, sesuai 18 tahun ke atas kot. Disebabkan aksi-aksi yang agak ganas.huhu

Sekian, Wassalam ^_^

Post a Comment

3 Comments

  1. Nampak menarik... LeYa belum tonton lagi... Banyak sangat filem nak ditontonnya. Boleh singgah blog Leya, LeYa Blog dan juga blog entertainment Propa Rangers

    ReplyDelete
  2. lakonan DW jarang menghampakan...almaklum laa da msk taraf legend hollywood...

    ReplyDelete
  3. Jason Statham memag terbaik aksinya.. Equalizer 2 ini okaylah.. Akak tengok kat wayang.. layan juga..

    ReplyDelete