Monday, 29 September 2014

RESEPI : KEK KE BISKUT MARBLE

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share 1 resepi..well, bukan resepi apa la..cuma Yaya 'recycle' balik je kek yang ada..huhu 
Kenapa KEK ke BISKUT MARBLE? begini ceritanya......korang ada baca tak entri Yaya yang INI ? Ada tinggal beberapa lagi pieces lebihan kek marble yang ada. Simpan kat dalam fridge memang tahan lama..bape minggu dah ni..haha still ok lagi condition dia ^o^ tapi kalau makan kek selalu pun boleh jadi muak, so daripada tersimpan lama, lebih baik buat something kat kek tu..jeng jeng jeng...ngeeee lalu terciptalah resepi BISKUT KEK MARBLE ni..maybe ada yang pernah try kot..kat bawah ni cara buat dia:

Bahan & barang yang WAJIB ada:- 
1. Kek Marble @ sponge kek pun boleh k0t
2. Pisau
3. Oven
4. Dulang aluminium @ loyang
(barang pun perlu mention ke..xpernah dibuat orang.. =_= erk)
Cara-caranya:-
1. Memula, sediakan kek marble
2. Potong macam biasa, ikut suka korang la nak potong wat ikut bentuk apapun, 
korang jugak yang nak makan kannnn
3. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dalam suhu 150-200 selama 10minit je..
buka api atas dan bawah ye.
4. Dah lepas 10minit, terbalikkan pula kek tu dan buat lagi 10minit 
atau kurang dengan suhu yang sama.
Pastikan kek yang dipotong tu tak terlalu tebal, dan jangan buh mampat-mampat dalam loyang korang tu ok..sebab nanti jadi tak garing/rangup

Tujuan bakar semula kek tu dalam oven adalah untuk bagi dia keras..so, bila keras jadilah biskut, t0l tak? ahahahahaha ^o^ ni semua idea dari my m0m..ntah mana dapat ntah =D tak kisahlah yang penting sedap..SERIUS! xcaya korang leh try wat..

Lagi 1, Yaya ni sebenarnya suka makanan jenis 'berserbuk'..eh? camana tu? suka makan serbuk ke? ahahaha xdelah, maksud makanan berserbuk tu contoh mcam MILO, NESTUM, SUSU TEPUNG dan yang seumpama dengannya laaa..kalau korang nak tau, semua makanan lau boleh dikisar, Yaya nak kisar, sampai jadi serbuk, pastu makan cenggitu jee..^o^ dan of course la, mcam BISKUT MARBLE yang dah garing ni jadi salah satu 'mangsa' makanan berserbuk Yaya..haha..Yaya buat camne tau?
Kek yang dah keras jadi cam biskut tu, Yaya tumbuk sampai jadi halus@serbuk..
pakai lesung batu koo..jangan memainn..hahaha ^o^

Beginilah hasilnya..ok siap! dah boleh 'meratah' serbuk biskut marble ni...
sedap seyhhh!! haha
(mak Yaya cuma geleng pale tengok Yaya makan...haha macam ini punya orang pun ada kaaa???
adesss..Yaya..Yaya... =p )

p/s:Ada nak try ka? ^,^
Sekian,Wassalam =)

Friday, 26 September 2014

SUNNAH : ZIKIR DENGAN JARI

Assalammualaikum w.b.t.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya. "
[Al Ahzab : 41]


Maksud hadis:
"Daripada Abdullah bin Amru berkata: "Aku nampak Rasulullah SAW mengira tasbih dengan menggunakan tangannya" dan Rasululllah SAW juga telah bersabda. "Wahai seluruh wanita, kiralah dengan menggunakan jari-jemarimu kerana ia akan ditanya dan diminta berkata-kata
(di akhirat sebagai saksi)." 

(Riwayat al-Tirmizi dan di-anggap sahih)

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR, LAILLAHAILLALLAH

 Sekian,Wassalam..

Thursday, 25 September 2014

SALAM ZULHIJJAH 1435

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH
Assalammualaikum w.b.t.





JOMM...sama-sama kita lakukan..

Sekian,Wassalam =)

Sunday, 21 September 2014

REVIEW (MAKANAN): PISANG CHEESE JAKARTA

Assalammualaikum w.b.t.

Tengok title macam sedap je kan...actually memang sedap punnn...ni Yaya nak review sikit ^,^ Pertama kali Yaya dengar PISANG CHEESE ni lama dah. Dalam 1-2 tahun lepas, masa tu Yaya nak travel pergi Sarawak dengan kengkawan..tengah nak searching la kunun tengok lam internet apa yang best makan kat sana then ternampak pisang cheese ni. Bila da sampai sana ada jugak order tapi just PISANG CHEESE yang biasa (ori) la itupun Yaya xrasa, just belanja member makan tu.

Dalam hati tengok macam sedap tapi xda terasa macam nak makan pun. Then sekarang nama PISANG CHEESE tu macam da banyak kali terlihat oleh mata ni kat internet, lebih2 lagi bila ternampak dia da ada macam-macam flavour, especially ada CHOCOLATE..ni yang membuat perasaan nak merasa tu membuak2 plak kan..haha

Kebetulan, bufday kakak Yaya semalam (19/9), teringin nak beli, belanja family rasa PISANG CHEESE ni sebab memang xpernah merasa pisang goreng yang mempunyai perisa macam tu ^,^ tapi xdapat beli semalam disebabkan faktor penyakit 'M' yang datang membuatkan Yaya lebih suka duduk kat rumah..hahahah so, sebab tu baru beli keesokan hari nya (hari sabtu ni la)..


Owh ye, mana nak dapatkan PISANG CHEESE ni ye? Kalau kat area Klang/Shah Alam ni korang yang duduk sini boleh cari kat Seksyen 7. Lokasi belakang pasaraya Giant, nama Restoran - Lawangsari. Dia ada 5 perisa. Original, Chocolate, Messy chocolate, Coco Caramel & Crunchy Oreo. Yaya beli 2 perisa je dulu..CRUNCHY OREO & MESSY CHOCOLATE. Lau beli bnyk nanti takut xhabis. Almaklumlah, makan panas baru sedap, xkan nak simpan dalam fridge or oven plak kan..mana fresh dahh ^o^ xpe, disebabkan sedap, boleh beli lagi next time perisa yang lain pula..ngeeee =D Anak buah Yaya suka sangat.."sedapnyerrr....!!" (dia kata) sampai cakap pon da macam iklan..errr family yang rasa semua pon kata sedap. ^_^

Anyway, dia ada jugak buka branch lain..antaranya kat Bangi, Subang Jaya dan ada 2 lagi area Shah Alam (Seksyen 23 & TTDI) nak tau lebih lanjut lokasi dan updated pasal PISANG CHEESE JAKARTA ni boleh lawati laman FB dia kat SINI ye ^_^ Jom serbu ramai2 habiskan Cheese n Chocolate dia..hehehe ;p

Sekian, Wassalam =)

Saturday, 20 September 2014

END OF REPAYMENT

Assalammualaikum w.b.t.
ALHAMDULILLAH...
Selesai dahh hutang... ^_^
Moga dimurahkan rezki..amin =>

Sekian,Wassalam.. =)

Friday, 19 September 2014

Thursday, 18 September 2014

SITI & SALLY THE SISTERS CLOSET DRESS GIVEAWAY!

Assalammualaikum w.b.t.

Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com

Tomorrow is the last day..mana yang nak join masih sempat lagi sekarang, ok ^_^
Sekian,Wassalam =)

GIVEAWAY SAYA NAK VITAMIN SHAKLEE RM500

Assalammualaikum w.b.t.


Lama da usha produk2 SHAKLEE ni tapi belum tergerak ati nak beli lagi..heeee kena ada pendorong ni..haha teringin nak try produk dia la..sebelum tu join dulu GA yang dibuat oleh 'Kak Long' dan sekeluarga (SHAKLEE) hehe..lama juga tempoh GA dia ni..sebulan tu..nasib baik Yaya sempat join.dan ada masa jugak la nak buat entri GA ni..semua syarat da buat cuma untuk pengetahuan cik2 penaja GA, Yaya ni cuma ada FB je..twter ke..instgrm ke mmg xdok naa..hehe..dan pada sesiapa yang belum join lagi tu sila la join.. Just KLIK kat banner atas ni ye..gud luck pada semua yang turut serta.. ^_^

Jom la join jugak CIK ADIK MANIS...^o^
&
Sekian, Wassalam =)

Friday, 12 September 2014

HAPPY WEDDING, ACIK!

Assalammualaikum w.b.t.


Terkejut jugak Yaya bila dapat 1 sampul surat yang berisi kad kawen ni..seriously masa memula langsung xtau siapa yang hantar...Acik mana pulak ni..siapa Aril plak..huhu jenuh la Yaya mengingat sorang-sorang kengkawan Yaya..ade ke tak yang dipanggil nama tu..bila tengok lebih detail kat dalam tu..nama penuh ACIK baru lah Yaya dapat agak siapa..hehe Maaaf ye Acik.. =p

Kalau xsilap Yaya dapat masa 1-2 minggu lepas lagi..kalau nak ikutkan hati ni nak pergi jugak tapi kat Perak..huhu..jao la pulak nak ke sana dengan keadaan kewangan yang tak mengizinkan untuk berjalan jauh membuatkan Yaya termenung sejenak.. hoho ewahh termenung la sangaattt.. -_-" 

Terkilan sikit je rasa sebab mungkin xdapat menghadirkan diri disebabkan faktor yang telah diberitahu diatas tadi..ngee..dalam masa yang sama terharu sebab Acik xlupa kat Yaya ni..hantar kad jemputan kahwin lagi tuu..comel jek..^_^ 

Di sini Yaya nak mengambil kesempatan untuk wish SELAMAT PENGANTIN BARU buat Acik dan pasangannya, Aril. Moga ikatan yang dibina kukuh dunia dan akhirat..Acik, pasni dah jadi wife orang tau..jangan nak nakal-nakal lagi... (hehe, ade ke?? ;p), jadi isteri mithali ok..isteri yang solehah, menjadi pelengkap tulang rusuk kiri buat suami., menyejukkan hati suami...dan lain2 lagi la..hehe amboi, banyak pula kata Yaya ni..macam lah dah kahwin..huuuu..tolong jangan tanya Yaya pulak.. ;p ok..itu saja nak beritahu..Acik, jangan lupa Yaya ye apa2 pun nanti, rerajin la singgh lau ada masa kat blog Yaya ni..^_^ rindu Acik..*eh, tetibe plak ;p*

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 11 September 2014

THE WEDDING! (6 - 7TH SEPTEMBER 2014)

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni baru ada sedikit kesempatan nak update 3-4 hari lepas punya cerita..huhu..bukan BZ dah tapi bila datang penyakit 'M' ni memang payah..ubat xjumpa lagi..^o^

Alhamdulillah semua majlis sudah selesai dan berjalan dengan lancar..pada secara zahirnya la..Yaya pun xtau lau ada masalah disebalik nya tu..tengok ok je..haha (apedaaa majlis abang sendiri pun xtau.. -_-" ngeeee...)

Xmau taip panjang dahh..Yaya ada amik pic sikit so, layan mata je la ye...(korang bukan suka sangat baca entri panjang-panjang pon kan kan kan) macam Yaya..ahahaa =p

6hb September 2014
Majlis 'malam berinai'..tapi xde berinai mana pon..^,^
Orang Jawa memang biasanya buat majlis malam sebelum bersanding tu..
ummm boleh tahan ramai juga orang yang datang malam tu..


Sempat juga pengantin meraikan PESTA MUDA MUDI..
muda sket ja..mudi xdak langsung..hahahah

7hb September 2014
Photobooth da jadi macam trend dimajlis perkahwinan..mesti ada..so, DIY la..
simple n nice sajeeee... =)


*cube teka siapa saya...;p*
Xketinggalan mahu juga..^,^
memain jek!


Anak buah pon nak ikut jugak..hoho alahai anak buahkuu...


Ok...serius..
'SELAMAT PENGANTIN BARU' buat abangku dan pasangannya.. <3 ^_^


Sesi baling gula+uet syiling jerr..budak2 kan,suke la demeee mende2 cenggini... ^,^


Tema Yellow+Purple uuuu! 
Jangan jeles tengok kek 3 tier I niiii uollssss! ^,^ hhoho


Cam cantik pula tengok kaler dier..bleh tahan juga ye kaler kuning+ungu ni...^o^
Anyway, for 2nd time wish - SELAMAT PENGANTIN BARU for my big bro...



Lepas habis majlis, ada lagi balance DOORGIFT ni..bukan sikit..sampai 4kotak uuuoolss! haaaaa...
ni lah masanya nak beramal jariah..heee....mana yang lebih semua agihkan pada jiran2 terdekat, kengkawan office Yaya antara 'mangsa' nya..hehe..tiap floor and department Yaya bagi FOC jer.. =) ALHAMDULILLAH..xdelah membazir pula kan.. makanan ni xelok simpan lelama pun, berkulat nanti susah pula..rugi je..baik bagi orang makan.. ^_^

Sambil rasa tu promote la sekali..sekarang da tinggal 1 kotak je...heee 

Promote apa..? yang atas ni haaa...Doorgift tu isinya adalah Kek Marble ni dengan air kotak..
Ada 4 perisa semuanya..PANDAN paling sedap, OREN, KELADI dan COKLAT..
tempah dari RESTU REZEKI BAKERY HOUSE..
ramai yang kata sedap..lau sedap apa lagi..moh ler orderr... ^,^


This time punya wedding pengapit biasa2 je..xde nak makeup sangat..sebab nak kena pergi majlis awal, jadi agak kelam kabut pagi tu..huuu 
*pic ni nampak agk flawless coz of edit..haha palsu sangat uolss I ni..agagagag* ^o^

Ok...itu saja boleh update...nant0k la plak...(coz taip entri ni tengah memalam...hukhuk) thank u buat kengkawan yang still sudi singgah blog Yaya even Yaya jarang update@ online ni...ngee 

Sekian,Wassalam =)

Friday, 5 September 2014

Thursday, 4 September 2014

IT'S ONITSUKA TIGER!

Assalammualaikum w.b.t.

Nak tau tak, sejak 2bulan yang lalu, Yaya sudah mula aktif denga merajinkan diri pergi jogging tiap minggu. Yaya selalu pergi jog dekat Tasik Shah Alam. Amboi, jauhnya..padahal duduk kat Klang..hehe ;p Sebab apa tau, kat Shah Alam tu lagi menarik pemandangannya..huhu Dan lagi satu, tempat jog tu siap ada tulis berapa jauh dah kita berjalan. Tu yang semakin bersemangat nak jogging tu..heeee =D

Tapi kan, niat dihati nak mengecilkan apa-apa yang besar tapi lain pula jadinya..huhu memang membina otot betul! ^o^ lemak dah jadi keras. Badan pun macam dah nak2 sasa..mintak polis confirm PASSSS!! errrr..adakah itu berita baik atau sebaliknya..Yaya pun xtau.. >,<

Bila bercerita tentang jogging ni..apa yang penting perlu ada or pakai masa nak berjogging or lakukan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan stamina badan? MESTILAH pakaian yang sesuai, kan. Antaranya baju, seluar dan kasut. Baju dan seluar tu kalau boleh pakai yang menyerap peluh..barulah selesa dari awal hingga akhir aktiviti..begitu juga dengan kasut.
Sekarang memang banyak jenama sukan yang menawarkan pelbagai jenis barangan sukan seperti kasut sukan, pakaian sukan, aksesori sukan dan bermacam lagi jenis peralatan sukan.  Namun untuk mencari jenama yang BETUL-BETUL sesuai dengan cita rasa dan personaliti diri tu kadang-kala boleh menjadi sangat melecehkan terutamanya jika barang yang hendak dicari itu adalah kasut sukan! Silap pilih nanti akan bagi kesan pula pada diri kita. Betul tak?

Produk sukan sebelum ini boleh dikatakan agak ‘dull’ daripada segi rekaan yang mana sangat membosankan. Namun kini keadaan dah berubah kerana ianya hadir dengan pelbagai rekaan yang cukup MODEN dan STYLISH.


Antara jenama sukan yang sangat popular dengan rekaan kasut sukan lelaki dan wanita yang sangat stylish dalam pasaran ialah ONITSUKA TIGER. Onitsuka Tiger membariskan pelbagai kasut sukan dengan variasi rekaan terkini yang pastinya akan menarik perhatian terutama pada yang gemar memakai kasut sport ni..tapi ni bukan setakat pakai untuk bersukan je tapi untuk aktiviti harian juga..kerana rekaan kasut ONITSUKA TIGER ni semua CANTIK + SELESA + STYLISH  = aummmm!! hehe..xpercaya? cer tengok antara kasut rekaannya kat bawah ni..
Amacam?? cun? heee =D

Berminat dengan kasut sukan dan produk daripada jenama terkenal Onitsuka Tiger? Apa kata layari website ZALORA untuk dapatkan informasi tentang koleksi terkini daripada jenama antarabangsa ini. Beli kasut sukan online di ZALORA dan dapatkan dengan harga yang murah dan berpatutan! Lepas ni keluar jenjalan pakai kasut ONITSUKA TIGER je..pasti menarik + tertarik..hoho ^,^

Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 2 September 2014

THE WEDDING! (29 - 30 AUGUST 2014)

Assalammualaikum w.b.t.

Hai kengkawan blogger ku sekalian..Apa khabarkah kalian..lama juga Yaya xupdate blog ni..memang sangat kurang masa..boleh jengah sekejap je..banyak lagi komen2 yang Yaya xreply n terjah kembali..sadisnya.. =/ InsyaAllah akan melawat sorang2 ye..^_^


Ni nak cerita, pada hari Jumaat yang lepas, berlangsunglah sudah Majlis Pernikahan abang Yaya dengan pilihan hatinya yang bertarikh 29 Ogos 2014, tarikh tu dipilih bersempena dengan hari lahir abang Yaya.. Genap sudah umur 29tahun..0oopss..terlepas pula bagitau umo..ngeee memang sesuai sangat dah berumah tangga ni.. (Adiknya ni pun dah boleh jugak ni.. ahahahah ;p )


Majlis pernikahan diadakan di rumah kakak ipar Yaya tu sendiri di Melaka. Dan Majlis persandingannya dilakukan pada esok harinya..kat bawah ni adalah picture sikit untuk tatapan korang..Ada yang Yaya amik sendiri dan ada jugak 'cilok' dari pic yang sedara mara ambil.. ^o^


Majlis Pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan sendiri..
 Berdebor la tu abangku..heee =p
 Alhamdulillah..selesai akad nikah, masa untuk err...pe nama ye... -_-
 Nyum3...Yaya cuma nampak makanan je..^o^
 Gua pulak yang senyum lebih..haha ;p 
(cehhh..ape daaa dorang ni =_=)
*0ooppss terjuluq kaki ceq yang 'lawa' sangat gaye tu..heee=D*
My siblings.. ^_^
(Saya nampak sangat berisi..grrrrr.. >,<)
*gemuk!* 
Malam majlis berinai..adat orang Melaka mmg kena pakai cenggini.. =)

Sebelum nak pergi majlis persandingannya pula, pengapit nak kena SELFIE duluu..ahahaha
Wif my sis pula..kakak gue..^,^

Her husband and daughter ...
Anak perempuanku...
Anak lelaki ku..-let's SELFIE together with ur m0m,my son..hohoh

Ahahaha ok..sangat tipu 2 caption kat pic atas ni..mereka bkan anak saya kerna saya belum MARRIED =p
Yang lelaki ni anak kepada kawan abang Yaya..terlebih mesra ni..suka didukung, bila letak bawah dia peluk leher xmau turun..haha ambooii..=D


Adik jadi pengapit abang..bole tak???
*amik barokah katenyer..mudah-mudahan lepas ni pulak..ngeeee =D*


Bergambar pulak dengan my brother
*ada sama rupa tak kami ^o^*

 Kakak iparku juga....=)


 Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat satu-satunya abangku..
Khairul Nizam & pasangan Kak Lin
Moga kekal akhir hayat, dunia & akhirat..aminn ^_^


Alang2 jenjalan kat Melaka tu, singgah la sat beli pape yang patut untuk kengkawan office kat Klang tu..(ecehcecehhhh amik ati la kununnnn...-_-") 
Sempat lagi balun 1bekas cawan air COCONUT SHAKE ni..sedap giler pasai lama xminum air PENUH BERLEMAK cenggini..selalu minum air SKYJUICE je..^o^
NYUMMYY....! sangat LEMAK BERKRIM!

Inai pengapit lebih dari pengantin..agagaag ^o^ 
*jangan jelesss*

Next majlis untuk sebelah lelaki pula akan diadakan this Sunday..akan update lagi ye..stay tunedd.... ;p

p/s: jadi pengapit lagi..^o^

Sekian,Wassalam =)

Popular Posts