Sunday, 21 September 2014

REVIEW (MAKANAN): PISANG CHEESE JAKARTA

Assalammualaikum w.b.t.

Tengok title macam sedap je kan...actually memang sedap punnn...ni Yaya nak review sikit ^,^ Pertama kali Yaya dengar PISANG CHEESE ni lama dah. Dalam 1-2 tahun lepas, masa tu Yaya nak travel pergi Sarawak dengan kengkawan..tengah nak searching la kunun tengok lam internet apa yang best makan kat sana then ternampak pisang cheese ni. Bila da sampai sana ada jugak order tapi just PISANG CHEESE yang biasa (ori) la itupun Yaya xrasa, just belanja member makan tu.

Dalam hati tengok macam sedap tapi xda terasa macam nak makan pun. Then sekarang nama PISANG CHEESE tu macam da banyak kali terlihat oleh mata ni kat internet, lebih2 lagi bila ternampak dia da ada macam-macam flavour, especially ada CHOCOLATE..ni yang membuat perasaan nak merasa tu membuak2 plak kan..haha

Kebetulan, bufday kakak Yaya semalam (19/9), teringin nak beli, belanja family rasa PISANG CHEESE ni sebab memang xpernah merasa pisang goreng yang mempunyai perisa macam tu ^,^ tapi xdapat beli semalam disebabkan faktor penyakit 'M' yang datang membuatkan Yaya lebih suka duduk kat rumah..hahahah so, sebab tu baru beli keesokan hari nya (hari sabtu ni la)..


Owh ye, mana nak dapatkan PISANG CHEESE ni ye? Kalau kat area Klang/Shah Alam ni korang yang duduk sini boleh cari kat Seksyen 7. Lokasi belakang pasaraya Giant, nama Restoran - Lawangsari. Dia ada 5 perisa. Original, Chocolate, Messy chocolate, Coco Caramel & Crunchy Oreo. Yaya beli 2 perisa je dulu..CRUNCHY OREO & MESSY CHOCOLATE. Lau beli bnyk nanti takut xhabis. Almaklumlah, makan panas baru sedap, xkan nak simpan dalam fridge or oven plak kan..mana fresh dahh ^o^ xpe, disebabkan sedap, boleh beli lagi next time perisa yang lain pula..ngeeee =D Anak buah Yaya suka sangat.."sedapnyerrr....!!" (dia kata) sampai cakap pon da macam iklan..errr family yang rasa semua pon kata sedap. ^_^

Anyway, dia ada jugak buka branch lain..antaranya kat Bangi, Subang Jaya dan ada 2 lagi area Shah Alam (Seksyen 23 & TTDI) nak tau lebih lanjut lokasi dan updated pasal PISANG CHEESE JAKARTA ni boleh lawati laman FB dia kat SINI ye ^_^ Jom serbu ramai2 habiskan Cheese n Chocolate dia..hehehe ;p

Sekian, Wassalam =)

18 comments:

  1. ss15 dekat je. hikhik.. seksyen 7 pun boleh tahan dekat jugak.. nk try lah lepas ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nti cik aisya... ^_^

      Delete
    2. tetiba teringat balik soklan cik yaya yg tak terjawab lg..

      sy kt shah alam ni jugak ha, boleh lah jumpe sambil2 beli pisang cheese ni ke.. hikhik.. nnti cik yaya tinggalkan phone number eh.. pm pun boleh jgak.. kt komen pun boleh, nnti sy tak publish la komen tu.. :)

      Delete
    3. hehe..ok2..boleh jek cik aisya ^_^

      Delete
  2. sedap nya,, penyakit M nie lah penyebab sampai skrg malas nak beratur beli pisang goreng cheese .hhi

    ReplyDelete
  3. Pernah tengok kat tv dan pernah dengar orang cerita..tapi bunda tak pernah makan lagi...

    Rasa macam teringin jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la try sekali bunda at least.. ^_^ merasa je..
      dah tau nti mana tau boleh buat sdri kat uma jekk ^,^

      Delete
  4. kt wangsa maju pun dah mula ada...beratur panjang..suki lum try lg..malas nak beratur..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..tu la..kena mai awl sket la lau nak rase..yaya pon xska beratur..huhu

      Delete
  5. first time try pisang cheese masa bulan puasa yang lepas...tapi malas pula nak cuba buat sendiri..haha

    ReplyDelete
  6. Baca apa yang cik yaya review aje dah buat saya rasa sedap.. Hehe.
    Nak lah beli.. Tapi jauh la pula.

    ReplyDelete
  7. tu la..tgu dia buka brnch kat sana..
    hehe ;p

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kek mana pulak..huhu
      ni pisang lor cik mieya ^_^

      Delete
  9. mcm super sedap jaa ni, huh..

    sy xbole nampak perkataan OREO.. rasa nk try jaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe try je lorrr en.caliph uii... ^,^

      Delete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016