Thursday, 28 November 2013

RENUNGAN : PERKAHWINAN YANG DIBERKATI

Assalammualaikum w.b.t

Adakah perlu hantaran perkahwinan mengikut taraf akedemik seseorang? Ianya bukan perkara baru tapi itulah yang selalu kita dengar dan ianya dapat dilihat pada waktu kini. Lagi tinggi tahap pelajaran seseorang itu, maka tinggi juga la hantaran perkahwinannya. Kebanyakan ia adalah permintaan dari keluarga pihak wanita.

Kalau perkara macam ni berterusan, pasti akan lebih gejala maksiat berlaku lebih-lebih lagi pada anak muda remaja sekarang ditambah lagi dengan teknologi yang semakin canggih, semakin meluas gejala tidak sihat ni. Lalu terjadilah juga kes buang bayi, pengguguran janin dan bunuh diri kerana tidak mampu berkahwin. Kerana itu, Islam menggalakkan perkahwinan untuk membina ikatan yang sah antara lelaki dan wanita walaupun pada usia muda. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya, nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." - Hadis Riwayat Tirmizi & Ahmad

Kemudian hadis daripada Ali RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: "Tiga perkara jangan engkau tangguhkan, 1) solat apabila tiba waktunya, 2) mayat apabila telah sampai & 3) bujang apabila telah ditemukan sekufunya." - Hadis Riwayat Tirmizi

Pada zaman Rasulullah, pernah berlaku sebuah kisah yang menunjukkan betapa Islam itu sangat mudah apabila tiba soal perkahwinan. Kisah seorang sahabat yang miskin dan tiada apa-apa tetapi ingin mengahwini seorang wanita. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya apa yang boleh dijadikan mahar untuk mengahwini wanita itu. Lelaki itu menyatakan dia tiada apa-apa kecuali sebentuk cincin besi dan kain untuk menutupi tubuh wanita terbabit. Rasulullah SAW kemudian menyatakan kepadanya supaya mengahwini wanita itu dengan bermaharkan ayat al-Quran.

SubhanaAllah. Mudah kan perkahwinan pada zaman Rasulullah tapi ni kerana sahabat tu miskin dan tidak punya apa-apa untuk diberikan pada wanita tersebut jadi dengan memberi mahar ayat al-Quran adalah cara terbaik. Tapi untuk zaman sekarang rasanya pihak lelaki xdalah sampai begitu sekali miskinnya kan. Paling kurang xkan xde RM10..?? huuuu Kisah sahabat tu juga menggambarkan apabila tiba soal kahwin, Islam akan sedaya upaya memberi jalan untuk mempermudahkannya. Kerana perkahwinan itu sebenarnya antara pintu kepada pintu pembuka rezeki.
Allah berfirman di dalam surah An-Nur, ayat 32, yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” 

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Antara kebaikan wanita ialah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan At-Thabrani) 

Bagi pasangan yang baru hendak mendirikan 'Masjid', ambillah sunnah Rasulullah SAW sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan kenduri yang penuh dengan kemungkaran, bermegah-megah dan pembaziran. Kejarlah redha Allah dan berusaha mencari keberkatan dari-NYA. 

Adakah berkat kehidupan yang bakal ditempuhi pada pasangan yang baru berkahwin jika perkahwinan mereka dimulakan dengan perkara yang boleh membawa kemungkaran Allah SWT. Na'zubillah..moga dijauhkan. Cukup la sekadar buat majlis secara bersederhana. Majlis ni diadakan sekadar untuk memberitahu masyarakat yang kita sudah ada ikatan yang sah. Itu sahaja.

Renung-renungkan...

p/s: kalau Yaya nanti buat yang WAJIB sahaja. =) InsyaAllah

Sekian,Wassalam...

Wednesday, 27 November 2013

Monday, 25 November 2013

JOM SIHAT! - BAKAR 100 KALORI

Assalammualaikum w.b.t.

Holla.....Yaya sebenarnya nak save sendiri info ni..yela.Yaya ni kan suka dengan perkara-perkara macam ni. Lau bab kalori memang suka. ^o^ Tapi malas pula nak copy paste kat Microsoft Word,nak save picture sume la..jadi senang kerja share terus la kat blog..orang lain pon bleh ikut buat sama juga. Ada juga manfaatnya kan. =D
Lagi satu Yaya sebenarnya tengah cari cara yang mudah untuk bakar kalori, yang boleh dilakukan dirumah je. Malas nak keluar jogging...haha malas lagi.Pemalas bet0l! >,< Err..sorry ;p Jadi sekarang tengah GIGIH mencari info2 untuk bakar kalori dengan cara yang mudah dan pantas! ^,^ 

Burn 100 Calories in less than 10 minutes:
Jog in place for one minute
Jumping jacks for one minute
Crunches for one minute
Push ups for one minute
Deep squats for one minute
Burpees for one minute
High knees for one minute
Butt kicks for one minute
Jog in place for one minute
Sebanarnya exercises ni boleh buat lebih dari tu sebab senang giler kan..10 minit sahaja tapi setiap hari tau. Jom join Yaya buat sama2..buat lebih, kalori yang terbakar pon lebih la kan..^_^ 

p/s: dah terasa diri makin cepat membesar..huuuu >,<

Sekian, Wassalam =)

Friday, 22 November 2013

DOA PILIHAN : MOHON KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT & KETEGUHAN IMAN

Assalammualaikum w.b.t.
Mohon Kebaikan Dunia & Akhirat
Surah Al-Baqarah : 201
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Satu lagi cita-cita yang ada pada setiap orang Islam ialah agar mendapat kebaikan, kebahagiaan hidup didunia & diakhirat kelak. Kebahagiaan & Kebaikan itu adalah dari segala segi, tetapi yang pasti ialah Kebaikan & Kebahagiaan yang mendapat keredhaan Allah SWT. Perkara-perkara yang haram dan dilarang bukanlah kebaikan, kerana ia akan mendatangkan balasan celaka di akhirat kelak.

Fadhilat & Kaedah: Amalkan membaca ayat/doa ini hingga menjadi wirid setiap kali lepas solat dengan penuh harapan bahawa Allah SWT akan mengurniakan Kebaikan& Kebahagiaan didunia & diakhirat.

Mohon Keteguhan Iman

Surah Al-Imran : 8
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Beriman kepada Allah & agama Islam adalah suatu nikmat yang tidak terkira besarnya. Orang Musyriq atau kafir tidak beriman kerana mereka tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT & mereka kelak akan menerima azab seksa di akhirat. Oleh yang demikian, keimanan mesti dipupuk supaya tidak dikalahkan oleh tipu daya syaitan & segala kejahatan.

Fadhilat & Kaedah: Amalkan membaca ayat/doa ini hingga menjadi wirid setiap waktu lepas solat dengan memohon kepada Allah SWT agar petunjuk iman yang telah dikurniai-Nya tidak akan terpesong atau luntur. Berdoalah disertai dengan azam untuk meningkatkan lagi amal bakti kita terhadap-Nya.

Dah biasa kan dengar 2 ayat kat atas ni kan..jadi xde masalah rasanya untuk kita sama-sama amalkan membacanya tiap kali lepas solat.. ^_^ Mudah-mudahan kita mendapat keberkatannya..amin. InsyaAllah.

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 21 November 2013

HAFIZ HAMIDON - R4BIA SYRIA (VERSI BAHASA)

Assalammualaikum w.b.t.

Terjumpa ni kat FB Hafiz Hamidon..jadi nak share kat blog juga..heeee =D



Composed, Arranged & Produced by Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik MelayuMalay Lyric by Fedtri Yahya (Arteffects Production)

Lyric: R4BIA SYRIA
Rabi'a..
Syria..
Ku kirim cinta 
Sebagai umat
Syahadah yang sama
Hati terguris 
Sebak di dada
Rabi'a..
Syria...
Saudara kita

Tak henti
Rintangan melanda
Dan mereka
Merana

Rabi'a..
Syria...
Ya Allah
Bantulah

يارب بالمصطفي
بلغ مقاصدنا
واغفر لنا مامضي
ياواسع الكرم
محمد سيد الكونين والثقليـن
والفريقين من عرب ومن عجمِ

Rabi'a..
Syria...
Ku kirim doa

Dihadapan
Di belakang
Teruskanlah berjuang

Rabi'a..
Syria...
Hapuslah derita

Rabi'a..
Syria...
Hujungnya di syurga
P/s: Show your support... =)

Monday, 18 November 2013

MY BEST FREIND WEDDING

Assalammualaikum w.b.t.

Ni entri ke-2 Yaya update tentang wedding best fren Yaya lepas entri yang INI.. member yang tu theme color wedding dia biru dan merah. Best fren ke-2 Yaya kali ni theme color wedding dia pula warna merah dan silver.

Member since Sekolah Menengah lagi, dah hampir 9tahun berkawan..sekarang dah smpai jodoh membina 'Masjid' bersama dengan pilihan hatinya..Alhamdulillah. Selamat diijabkabul hari Sabtu yang lalu, 16 November bersamaan dengan 12 Muharram..dan majlis makan dan persandingannya telah berlangsung di Seksyen 7, Shah Alam  yang diadakan pada waktu malam. Wuhuuuuuu...layan picture yang Yaya snap-snap ni ye... ^o^ ada juga copy dari member yang datang sekali tu.. =D
Lepas diijabkabul...rasanya.Yaya xde masa dia nikah..heeee ;p
p/s: kamu sangat SWEET shayunk...^,^

-THE 'GORGES' BRIDE -
We're SINGLE but NOT available ok ;p

US! ^_^
-Good fwenzz since we're in Form 4..budak NAKAL ni tau! ^o^
P/s: sudah menjadi WIFE orang dah kamoo..weeee =D

Bergambo dengan pasangan mempelai la plaks....^_^

Pelamin yang bertemakan Fantasi ni memang menarik mata yang memandang..sweet sangat tau!

Siap ada 2 orang 'BIDADARI KECIL' yang mengiringi..hehe

 Majlis dimeriahkan dengan kehadiran AR TOMPEL sebagai pengacara majlis.. =>

Sesi menepung tawar pada mempelai...

Nak jugak snap pic berlatar belakangkan pelamin tu..ngeh3! ;p
*santeq sangat..*

View from inside....
p/s: kek tu nampak nyummy la..;p 


Disini, saya ingin mengucapkan 'SELAMAT PENGANTIN BARU' pada one of my besh fwen - Norazwa dan pasangannya. Semoga bukan sahaja bahagia dan kekal hingga anak cucu tapi hingga akhir hayat. Semoga kamu menjadi istri solehah yang dapat menjadi penyejuk mata bagi suami, ye shayunk..Selamat menempuh di alam baharu bersama dengan orang tersayang.. =)
ME- Dah tema wedding merah jadi kiter pon nak jugak pakai warne merah..ouwww! ^o^

Ok. Setakat itu sahaja pic yang sempat di-snap..hehe. Anyway to my darl- Azwa, nice wedding you have there..thanks invite us..^_^ to my second darl- Dessy, kita bile plaks...??hahahaah ^0^ lol

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 16 November 2013

HARI PUTIH DALAM ISLAM

Assalammualaikum w.b.t.

Apa hari putih ni? Hari tu kena pakai pakaian putih ke??huhu ehh tak lahhh..bagi yang masih belum tahu lagi maksud hari putih ni, ni Yaya nak share lah ni..Yaya pon sebenarnya baru tahu..tahun ni..MasyaAllah..lama dah bergelar Islam tapi baru tahun ni tahu tentang HARI PUTIH dalam Taqwim Islam (Qamariah). Alhamdulillah.Rasa bersyukur sangat, sejak berhijrah kepada yang lebih baik ni, banyak sangat perkara yang sebelum ni Yaya xtau, xpernah ambil tahu pon sekarang setiap hari ada sahaja ilmu-ilmu agama yang dapat Yaya pelajari, ada je ilmu yang bertambah..dapat jugak lah Yaya prakktikkan ilmu yang dapat dan dapat juga sekali berkongsi ilmu dengan para pembaca@blogger yang membaca ni..=)

Berbalik semula tentang HARI PUTIH ni..hari-hari putih ni adalah hari-hari tanggal 13, 14 & 15 SETIAP BULAN..bulan kalendar Islam tau, bukan kalendar yang biasa kita tengok sekarang..contoh macam bulan November 2013 ni..hari putih bagi Bulan Muharram ni kalau mengikut kalendar biasa jatuh pada esok (Ahad) -17 November bersamaan dengan 13 Muharram 1435m, dan begitulah hari seterusnya iaitu 14 dan 15 Muharram iaitu hari Isnin dan Selasa.Haa..paham dah? 
Lagi satu kenapa dipanggil HARI PUTIH? sebab ketiga-tiga malam (13, 14 & 15) tu, bulan sedang mengambang penuh dan cahaya bulan tu memang sangat terang..haaa kalau korang yang selalu termenung kat luar tingkap tiap2 malam tu perasan x time bulan mengambang tu berapa hari bulan? Lau nampak bulan mengambang tu maknanya itu lah waktu atau malam2 di pertengahan bulan..ye

Dan untuk pengetahuan, hari-hari inilah diantara hari-hari yang diSUNATkan untuk berpuasa selain dari puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu yang biasa korang buat tu. Nabi Muhammad SAW selalu berpuasa Isnin dengan Khamis, selain tu berpuasa 3hari setiap bulan (13,14 & 15) dan ada kalanya baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari sepertimana puasa Nabi Daud AS.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.”  
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Puasa sunat tiga hari setiap pertengahan bulan Hijrah, menyamai puasa setahun sebagaimana hadis riwayat daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari, maka ganjarannya adalah puasa setahun.”  
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan; “Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda SAW bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.” 
(Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah SAW bersabda: “Di syurga ada ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar, untuk mereka yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat ketika orang lain tidur.”  
(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Jom..kita mula amalkan pula puasa 3hari setiap bulan selain puasa sunat Isnin dan Khamis..buat kerana mengikut SUNNAH Nabi dapat pahala tau. InsyaAllah. ^,^ Wallahua'lam..

Sekian, Wassalam =)

Friday, 15 November 2013

DOA PILIHAN : MUDAH BERSALIN (KHAS - IBU MENGANDUNG)

Assalammualaikum w.b.t

Khas buat bacaan bagi ibu-ibu yang yang sedang mengandung..xkira la walaupon baru berapa minggu pun,xsalah rasanya diamalkan sejak awal kandungan lagi, kan? =) Yaya tau, Yaya ni belum kahwin pon,jauh lagi nak menandung,hehe tapi sesaja share doa buat bakal-bakal ibu yang sedang mengandung ni supaya mudah untuk bersalin, InsyaAllah, dengan izin Allah SWT.. ^_^

Semoga selamat melahirkan ye buat para ibu sekalian.. amin.
Sekian,Wassalam =)

Thursday, 7 November 2013

RENUNGAN : JAGA PERCAKAPAN...

Assalammualaikum w.b.t.

Lately ni Yaya tengok kat laman 'Muka Buku' tu ramai manusia2 yang post status dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sememangnya kurang enak didengar mahupun dibaca. Baik yang budak@remaja atau yang da meningkat usia.
Pelik juga kenapa harus di'post' segala yang xpatut dilihat, meluahkan segalanya kat laman 'Muka Buku' tu..kalau sendiri tengok tu tak apalah jugak, ni tak...apa dapat bila luah segala yang tak puas hati dalam laman sesawang ni ye...maksud Yaya, perlu ke sampai mengeluarkan kata-kata yang tidak elok? Dah terang lagi bersuluh hal tu boleh mengaibkan diri sendiri. Betul x? Yela, taip perkara dan perkataan yang tak elok, lepas tu post..jelas menampakkan diri kurang sopan, kurang adab dan segala macam lagi yang kurang.

Laman sesawang ni xkira kat 'Muka Buku' ke, kat dalam blog ke atau apa2 medium yang digunakan sekalipun, harap janganlah diguna pakai keluar segala macm perkataan yang kurang enak dilihat@dibaca, lebih baik post perkara2 yang mendatangkan faedah@manfaat bila orang membaca..dapat juga kebaikannya.kan =)

Firman Allah SWT:

لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا (١٤٨) إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا (١٤٩ 
(Surah An-Nisa: 148-149)

Maksudnya:  Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi*. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (148)
Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa. (149)

Ingat ye, apa-apa yang xpuas hati, sedih atau gembira, xsalah untuk diluah tapi biarla kena pada tempatnya. Lebih AFDHAL jika diluah pada Yang Maha Mendengar..AllahhuAkbar!
*peringatan untuk diri sendiri juga....*
Renung2kan ye..
Sekian,Wassalam =)

Monday, 4 November 2013

SUDAH SAMPAI PENGHUJUNG

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..hari ni genap 30 Zulhijjah 1434h..iaitu hari dan tahun terakhir dalam kalendar Islam..SubhanaAllah sekejap masa tu berlalu kan..(lambat nyer masa berlalu lau dalam kalendar biasa ni...huhu ;p) Alhamdulillah, harap masih berpeluang untuk menempuh hari2 dalam tahun yang baru ni..

Bila dah nak akhir tahun dan awal tahun ni, mesti ada doa2 dan amalan sunnah yang kita bleh lakukan bagi menambah lagi amal ibadah seharian kita,kan. Yaya xtau pernah kongsi ke amalan2 tu dalam entri sebelum ni,,sebab malas nak pergi search..huhu ;p jadi share je lagi untuk bahan bacaan hari ni ye..=D

1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)
2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut
Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.
Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.
4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.
Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
5.  Qiamullail:
a)     Bersolat sunat Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir.
6.  Doa Awal Muharam
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa diatas:
ATAU boleh juga di baca;
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
Wallahu A’lam bishowab
Sumber: KLIK SINI
Semoga tahun yang baru yang bakal tiba ni, akan membuatkan diri kita lebih baik dar tahun sebelumnya. InsyaAllah. Sama2 kita berusaha ye.! ^_^
Sekian,Wassalam =)

Friday, 1 November 2013

DOA PILIHAN : MOHON PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN SYAITAN

Assalammualaikum w.b.t.

Dengan membaca
(Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yang direjam)

samada didalam masa khusus seperti membaca al-Quran juga setiap masa sebelum memulakan pekerjaan. Atau ketika marah, ia disebut didalam hadis daripada Sulaiman bin Shurad katanya, "Dua orang lelaki saling memaki berhampiran Rasulullah saw sehingga seorang daripada mereka merah matanya dan mengembung urat-urat lehernya. Maka bersabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya aku tahu suatu kalimah yang kalau dia membacanya, nescaya hilang marahnya. Kalimah itu ialah: A'udzubillahi minasy syaitannirrajim (Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yang direjam)


Popular Posts