DOA PILIHAN : MOHON KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT & KETEGUHAN IMAN

Assalammualaikum w.b.t.
Mohon Kebaikan Dunia & Akhirat
Surah Al-Baqarah : 201
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Satu lagi cita-cita yang ada pada setiap orang Islam ialah agar mendapat kebaikan, kebahagiaan hidup didunia & diakhirat kelak. Kebahagiaan & Kebaikan itu adalah dari segala segi, tetapi yang pasti ialah Kebaikan & Kebahagiaan yang mendapat keredhaan Allah SWT. Perkara-perkara yang haram dan dilarang bukanlah kebaikan, kerana ia akan mendatangkan balasan celaka di akhirat kelak.

Fadhilat & Kaedah: Amalkan membaca ayat/doa ini hingga menjadi wirid setiap kali lepas solat dengan penuh harapan bahawa Allah SWT akan mengurniakan Kebaikan& Kebahagiaan didunia & diakhirat.

Mohon Keteguhan Iman

Surah Al-Imran : 8
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Beriman kepada Allah & agama Islam adalah suatu nikmat yang tidak terkira besarnya. Orang Musyriq atau kafir tidak beriman kerana mereka tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT & mereka kelak akan menerima azab seksa di akhirat. Oleh yang demikian, keimanan mesti dipupuk supaya tidak dikalahkan oleh tipu daya syaitan & segala kejahatan.

Fadhilat & Kaedah: Amalkan membaca ayat/doa ini hingga menjadi wirid setiap waktu lepas solat dengan memohon kepada Allah SWT agar petunjuk iman yang telah dikurniai-Nya tidak akan terpesong atau luntur. Berdoalah disertai dengan azam untuk meningkatkan lagi amal bakti kita terhadap-Nya.

Dah biasa kan dengar 2 ayat kat atas ni kan..jadi xde masalah rasanya untuk kita sama-sama amalkan membacanya tiap kali lepas solat.. ^_^ Mudah-mudahan kita mendapat keberkatannya..amin. InsyaAllah.

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

17 Comments