Lately ni Yaya tengok kat laman 'Muka Buku' tu ramai manusia2 yang post status dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sememangnya kurang enak didengar mahupun dibaca. Baik yang budak@remaja atau yang da meningkat usia.
Pelik juga kenapa harus di'post' segala yang xpatut dilihat, meluahkan segalanya kat laman 'Muka Buku' tu..kalau sendiri tengok tu tak apalah jugak, ni tak...apa dapat bila luah segala yang tak puas hati dalam laman sesawang ni ye...maksud Yaya, perlu ke sampai mengeluarkan kata-kata yang tidak elok? Dah terang lagi bersuluh hal tu boleh mengaibkan diri sendiri. Betul x? Yela, taip perkara dan perkataan yang tak elok, lepas tu post..jelas menampakkan diri kurang sopan, kurang adab dan segala macam lagi yang kurang.
Laman sesawang ni xkira kat 'Muka Buku' ke, kat dalam blog ke atau apa2 medium yang digunakan sekalipun, harap janganlah diguna pakai keluar segala macm perkataan yang kurang enak dilihat@dibaca, lebih baik post perkara2 yang mendatangkan faedah@manfaat bila orang membaca..dapat juga kebaikannya.kan =)
Firman Allah SWT:
لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا (١٤٨) إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا (١٤٩
(Surah An-Nisa: 148-149)
Maksudnya: Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi*. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (148)
Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa. (149)
Ingat ye, apa-apa yang xpuas hati, sedih atau gembira, xsalah untuk diluah tapi biarla kena pada tempatnya. Lebih AFDHAL jika diluah pada Yang Maha Mendengar..AllahhuAkbar!
*peringatan untuk diri sendiri juga....*
Renung2kan ye..
Sekian,Wassalam =)
30 Comments
Yup.. jaga mulut. Kerana mulut badan binasa...
ReplyDeletebtul.. =)
Deletebukan setakat jaga percakapan tapi jaga jari juga...sebab menaipkan???
ReplyDeleteinclude la smua.. ^,^
DeleteBiasalah yaya.. bebudak skang ni berani x bertempat. Konon2 hot la tu kalau dapat post benda yg bukan2, yg menyakitkan hati org lain. Publisiti murahan..!
ReplyDeletehaii..tu la......
Deletetp tu lau bebudak skrng..lau bebudak yg 'dulu' pon lebh kurng je..acaner nak ckp ea.. ^o^ huhu
Salam Cik Yaya~
ReplyDeleteErrrrr... Rizal terasa... sbb selalu suka luah ketidak puasan hati di laman sosial... hehehe. InsyaAllah semakin berkurangan~ ekekeke :D
wslm...
Deleteehhh..sorry..huhu
xpe..same2 kita perbaiki diri =)
selalunya yg buat mcm tu attention seekers.. nak tarik perhatian orang.. kdg2 kita yg baca pun termalu sendiri.. tak faham betul.. eh, esok ada rancangan kt tv9 kan Prof Muhaya.. tajuk 'Muka buku'.. harus tengok ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah cikna dah sihat sikit berbanding semalam.. yaya lak?
hehe...
DeleteAlhamdulillah jg..da ok skit..harap bleh cpt baik..lebih2 lagi selsema ni ha..adoi..penat nak lap ingus..haha ^o^
biasalah tu.. budak2 kebanyakannya... kita dulu2 pun mungkin ada terbuat jugak kot tanpa sedar.. bila dah sedar skrg ni dah 'tua' sikit, jadi tugas kita peluk menegur dan membimbing budak2 skrg.. kan cik yaya? hehe
ReplyDeletetapikan, budak2 skrg ni agak susah sikit lah.. ramai yg jenis pantang ditegur.. mudahan dijauhkan lah anak2 sy nanti dgn sikap yg begini.. huhu..
tu la..salah sape?slh dri sdri la kot kan..huhu
Deleteharap ank2 ya nti sok pon xde cmni..
nak meluah tu boleh..tapi janganlah keterlaluan. Kadang kala ada yang meluah sekadar untuk mendapatkan pendapat dari keluarga atau rakan-rakan. Tapi kalau dah sampai ke tahap mengaibkan orang atau mengaibkan diri sendiri tu dah too much la kan
ReplyDeletebtul tu...
Deletekena juga tapis2 pe yg nak diluah tu..lagi teruk yg post share kat 'public'..huhu..
tulah..nanti apa yang dipost tu..ramai plak yang share.
Deletetu lah kak. kekadang sakit mata gak baca post2 diorang yang entah pape tu. hm sabau aje laa. mengadu kepada Allah itu yg terbaik kan? ^^
ReplyDeletebtl =)
DeleteTerlajak kata...xberguna
ReplyDeleteterlajak perahu je boleh di undur..huuuu
Deletefacebook dah jd sgt popular, sumer benda org nak luahkan kat situ.
ReplyDeletetu la..da jadi tmpt luahan perasaan la pla..huhu
Deletehaah kannn. lately ramai yg dah salah gunakan laman sosial ni haa. nak2 bile gaduh ngan pakwe makwe ke kwn2 ke. hurmm lumrah manusia kan huhu. anyway sy datang blogwalking sini n follow. tq sudi singgah n follow sy hehe :)
ReplyDelete=)
DeleteHi visiting here!
ReplyDeletehi =)
Deletewaalaikumsalam ayie =)
ReplyDeleteye btul..yg penting smua perlu rasional dan matang..bila xmatang,mcm2 la jadinya..
itu ler..pastu status di fb mesti yg maki hamun, kutuk org dan salahkan org..apa kata di fb share benda2 bermanfaat je
ReplyDeletekann
Deletetak semua ketidakpuasan hati dan masalah kita boleh luahkan di laman sosial.. pasti ada orang akan meluat membaca status yang sia-sia begitu.. seeloknya selesaikan secara offline saja..
ReplyDeletesokong Ust Azhar Idrus. X perlu la rasanya nak share hampir segala2nya dlm fb. Ada sampai citer gaduh suami isteri pon org lain tau.
ReplyDelete