RENUNGAN : JAGA PERCAKAPAN...

Assalammualaikum w.b.t.

Lately ni Yaya tengok kat laman 'Muka Buku' tu ramai manusia2 yang post status dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sememangnya kurang enak didengar mahupun dibaca. Baik yang budak@remaja atau yang da meningkat usia.
Pelik juga kenapa harus di'post' segala yang xpatut dilihat, meluahkan segalanya kat laman 'Muka Buku' tu..kalau sendiri tengok tu tak apalah jugak, ni tak...apa dapat bila luah segala yang tak puas hati dalam laman sesawang ni ye...maksud Yaya, perlu ke sampai mengeluarkan kata-kata yang tidak elok? Dah terang lagi bersuluh hal tu boleh mengaibkan diri sendiri. Betul x? Yela, taip perkara dan perkataan yang tak elok, lepas tu post..jelas menampakkan diri kurang sopan, kurang adab dan segala macam lagi yang kurang.

Laman sesawang ni xkira kat 'Muka Buku' ke, kat dalam blog ke atau apa2 medium yang digunakan sekalipun, harap janganlah diguna pakai keluar segala macm perkataan yang kurang enak dilihat@dibaca, lebih baik post perkara2 yang mendatangkan faedah@manfaat bila orang membaca..dapat juga kebaikannya.kan =)

Firman Allah SWT:

لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا (١٤٨) إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا (١٤٩ 
(Surah An-Nisa: 148-149)

Maksudnya:  Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi*. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (148)
Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa. (149)

Ingat ye, apa-apa yang xpuas hati, sedih atau gembira, xsalah untuk diluah tapi biarla kena pada tempatnya. Lebih AFDHAL jika diluah pada Yang Maha Mendengar..AllahhuAkbar!
*peringatan untuk diri sendiri juga....*
Renung2kan ye..
Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

32 Comments

  1. Yup.. jaga mulut. Kerana mulut badan binasa...

    ReplyDelete
  2. bukan setakat jaga percakapan tapi jaga jari juga...sebab menaipkan???

    ReplyDelete
  3. Biasalah yaya.. bebudak skang ni berani x bertempat. Konon2 hot la tu kalau dapat post benda yg bukan2, yg menyakitkan hati org lain. Publisiti murahan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii..tu la......
      tp tu lau bebudak skrng..lau bebudak yg 'dulu' pon lebh kurng je..acaner nak ckp ea.. ^o^ huhu

      Delete
  4. Salam Cik Yaya~

    Errrrr... Rizal terasa... sbb selalu suka luah ketidak puasan hati di laman sosial... hehehe. InsyaAllah semakin berkurangan~ ekekeke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...

      ehhh..sorry..huhu
      xpe..same2 kita perbaiki diri =)

      Delete
  5. selalunya yg buat mcm tu attention seekers.. nak tarik perhatian orang.. kdg2 kita yg baca pun termalu sendiri.. tak faham betul.. eh, esok ada rancangan kt tv9 kan Prof Muhaya.. tajuk 'Muka buku'.. harus tengok ni..

    Alhamdulillah cikna dah sihat sikit berbanding semalam.. yaya lak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...
      Alhamdulillah jg..da ok skit..harap bleh cpt baik..lebih2 lagi selsema ni ha..adoi..penat nak lap ingus..haha ^o^

      Delete
  6. biasalah tu.. budak2 kebanyakannya... kita dulu2 pun mungkin ada terbuat jugak kot tanpa sedar.. bila dah sedar skrg ni dah 'tua' sikit, jadi tugas kita peluk menegur dan membimbing budak2 skrg.. kan cik yaya? hehe

    tapikan, budak2 skrg ni agak susah sikit lah.. ramai yg jenis pantang ditegur.. mudahan dijauhkan lah anak2 sy nanti dgn sikap yg begini.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..salah sape?slh dri sdri la kot kan..huhu
      harap ank2 ya nti sok pon xde cmni..

      Delete
  7. nak meluah tu boleh..tapi janganlah keterlaluan. Kadang kala ada yang meluah sekadar untuk mendapatkan pendapat dari keluarga atau rakan-rakan. Tapi kalau dah sampai ke tahap mengaibkan orang atau mengaibkan diri sendiri tu dah too much la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu...
      kena juga tapis2 pe yg nak diluah tu..lagi teruk yg post share kat 'public'..huhu..

      Delete
    2. tulah..nanti apa yang dipost tu..ramai plak yang share.

      Delete
  8. tu lah kak. kekadang sakit mata gak baca post2 diorang yang entah pape tu. hm sabau aje laa. mengadu kepada Allah itu yg terbaik kan? ^^

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..cik yaya :)
    klu di dunia nyata kena jaga percakapan..tapi klu di laman sosial spt fb dan lain2..kena jaga emosi..sbb dari emosilah yg dizahirkan melalui jari-jemari yg menaip ayat2 yg kurang enak tu kn..cik yaya...
    emosi pulak terbit dari hati..byk perkaitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ayie =)

      ye btul..yg penting smua perlu rasional dan matang..bila xmatang,mcm2 la jadinya..

      Delete
    2. yep..matang dan rasional.. :)

      Delete
  10. facebook dah jd sgt popular, sumer benda org nak luahkan kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..da jadi tmpt luahan perasaan la pla..huhu

      Delete
  11. haah kannn. lately ramai yg dah salah gunakan laman sosial ni haa. nak2 bile gaduh ngan pakwe makwe ke kwn2 ke. hurmm lumrah manusia kan huhu. anyway sy datang blogwalking sini n follow. tq sudi singgah n follow sy hehe :)

    ReplyDelete
  12. itu ler..pastu status di fb mesti yg maki hamun, kutuk org dan salahkan org..apa kata di fb share benda2 bermanfaat je

    ReplyDelete
  13. tak semua ketidakpuasan hati dan masalah kita boleh luahkan di laman sosial.. pasti ada orang akan meluat membaca status yang sia-sia begitu.. seeloknya selesaikan secara offline saja..

    ReplyDelete
  14. sokong Ust Azhar Idrus. X perlu la rasanya nak share hampir segala2nya dlm fb. Ada sampai citer gaduh suami isteri pon org lain tau.

    ReplyDelete