Adakah perlu hantaran perkahwinan mengikut taraf akedemik seseorang? Ianya bukan perkara baru tapi itulah yang selalu kita dengar dan ianya dapat dilihat pada waktu kini. Lagi tinggi tahap pelajaran seseorang itu, maka tinggi juga la hantaran perkahwinannya. Kebanyakan ia adalah permintaan dari keluarga pihak wanita.
Kalau perkara macam ni berterusan, pasti akan lebih gejala maksiat berlaku lebih-lebih lagi pada anak muda remaja sekarang ditambah lagi dengan teknologi yang semakin canggih, semakin meluas gejala tidak sihat ni. Lalu terjadilah juga kes buang bayi, pengguguran janin dan bunuh diri kerana tidak mampu berkahwin. Kerana itu, Islam menggalakkan perkahwinan untuk membina ikatan yang sah antara lelaki dan wanita walaupun pada usia muda.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau reda terhadap agama dan akhlaknya, nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." - Hadis Riwayat Tirmizi & Ahmad
Kemudian hadis daripada Ali RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: "Tiga perkara jangan engkau tangguhkan, 1) solat apabila tiba waktunya, 2) mayat apabila telah sampai & 3) bujang apabila telah ditemukan sekufunya." - Hadis Riwayat Tirmizi
Pada zaman Rasulullah, pernah berlaku sebuah kisah yang menunjukkan betapa Islam itu sangat mudah apabila tiba soal perkahwinan. Kisah seorang sahabat yang miskin dan tiada apa-apa tetapi ingin mengahwini seorang wanita. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya apa yang boleh dijadikan mahar untuk mengahwini wanita itu. Lelaki itu menyatakan dia tiada apa-apa kecuali sebentuk cincin besi dan kain untuk menutupi tubuh wanita terbabit. Rasulullah SAW kemudian menyatakan kepadanya supaya mengahwini wanita itu dengan bermaharkan ayat al-Quran.
SubhanaAllah. Mudah kan perkahwinan pada zaman Rasulullah tapi ni kerana sahabat tu miskin dan tidak punya apa-apa untuk diberikan pada wanita tersebut jadi dengan memberi mahar ayat al-Quran adalah cara terbaik. Tapi untuk zaman sekarang rasanya pihak lelaki xdalah sampai begitu sekali miskinnya kan. Paling kurang xkan xde RM10..?? huuuu Kisah sahabat tu juga menggambarkan apabila tiba soal kahwin, Islam akan sedaya upaya memberi jalan untuk mempermudahkannya. Kerana perkahwinan itu sebenarnya antara pintu kepada pintu pembuka rezeki.
Allah berfirman di dalam surah An-Nur,
ayat 32, yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan)
daripada kalangan kamu, dan orang yang soleh daripada hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah
kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi
alasannya, bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Antara
kebaikan wanita ialah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (mas kahwin), dan
mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan
At-Thabrani)
Bagi pasangan yang baru hendak mendirikan 'Masjid', ambillah sunnah Rasulullah
SAW sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan
dengan kenduri yang penuh dengan kemungkaran, bermegah-megah dan pembaziran. Kejarlah redha Allah dan berusaha mencari keberkatan dari-NYA.
Adakah berkat kehidupan yang bakal ditempuhi pada pasangan yang baru berkahwin jika perkahwinan mereka dimulakan dengan perkara yang boleh membawa kemungkaran Allah SWT. Na'zubillah..moga dijauhkan. Cukup la sekadar buat majlis secara bersederhana. Majlis ni diadakan sekadar untuk memberitahu masyarakat yang kita sudah ada ikatan yang sah. Itu sahaja.
Renung-renungkan...
p/s: kalau Yaya nanti buat yang WAJIB sahaja. =) InsyaAllah
Sekian,Wassalam...
18 Comments
bersederhanalah dalam apa jua maka hidup ktia akan sentiasa berasa bersyukur dan bahagia
ReplyDeletebtul tu...
DeleteHuuuu,tak patutttt ! Boleh jadi menghinakan orang pun ada ..nauzubillah min zalik....
ReplyDeleteminta djauhkan...
DeleteSusah jugak zaman sekarang nie.. kalau zaman dulu bila tahu anak2 nak kawen parent akan mmpercepatkan urusan tanpa menyusahkan.. tapi sekarang parent lebih suka menyusahkan anak2 nak kawen dgn minta and suruh mcm2.. :P
ReplyDeletetu pon btul jgk..huuuu
DeleteBersederhana cukup la. Kan? Huhu
ReplyDeleteye...cik aisya =)
Deletedah lama jadi budaya kita. Susah nak kikis. Makin tinggi taraf pendidikan seseorang tu, makin mahal hantaran nye. Dalam tv pon asyik bercerita pasal hantaran perkahwinan yg beribu2 harganya... masyarakat pon mudah la terpengaruh.
ReplyDeletetu la..dah dari dulu kan..tp sknrg ibu bapa yg lbh..pyh juga..
Deletetak munasabah semua tu...emmm abaikan
ReplyDeletemmg diabaikan...
Deletehuuuuu
yang penting sentiasa bersederhana kan yaya :)
ReplyDeleteyup! ^_^
Deletesbnr nyer bergantung kat family kedua2 belah pihak gak. patut tgk dlu sama ada belah laki tu mampu bayar ke x.
ReplyDelete=)
DeleteTerima Kasih, Cik Yaya. Sy dlm proses utk planning. Semoga majlis nnt simple dan diberkati.. InsyaAllah.
ReplyDeletereally? wahh
Deletesemoga dpmudahkan segalanya ye..cukup dahulukn ygwajib je dlu ^_^